31 July 2009

WAJIB BACA : Sebab Allah haramkan babi....

1 komen disini yer..

Soalan

Islam telah mengharamkan umatnya daripada memakan daging babi, apakah falsafahnya dan bagaimana ia boleh dikongsi dengan orang lain?

Jawapan

Sejak manusia pertama dijadikan sudah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Falsafahnya Allah SWT sukakan yang baik dan menyuruh manusia pilih yang baik. Oleh yang demikian Allah SWT melarang umat manusia daripada memakan perkara yang boleh mengundang mudarat kepada jiwa dan raga.

Setiap suatu yang ditegah daripada memakannya pasti ada sebab musababnya. Allah SWT tidak menjadi suatu itu haram, melainkan ada mudaratnya dan menjadikan sesuatu itu halal pasti ada manfaatnya........Klik baca sepenuhnya...

Wabak yang sedang hebat menular dan berjangkit tanpa memberitahu kepada mangsa. Influenza A (H1N1) yang menjadi pembunuh senyap yang memulakan operasinya di Mexico kini sudah sampai ke negara jiran, Thailand.

Sebelum ini masyarakat Malaysia hanya menatap dan membaca serta mendengar mengenai virus ini di samping meluahkan rasa simpati kepada mangsa. Itu dua minggu lepas tetapi hari ini sudah berada tidak jauh dari rumah kita (Malaysia).

Seperti mana yang difahamkan oleh para saintis dan pakar-pakar perubatan bahawa virus ini merebak melalui udara, tidak semestinya di kampung kita ada babi baru boleh kena. Babi tak ada pun boleh kena, ini kerana udara yang membawanya.

Virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Persoalannya bagaimana manusia dijangkiti virus ini?

Jawapannya, manusia selalunya dijangkiti Influenza A (H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini.

Namun ada juga kes yang dicatatkan di mana manusia yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan babi atau tiada kaitan dengan persekitarannya. Virus ini juga boleh berjangkit melalui manusia. Kalau begitu keadaannya, penyakit ini sudah ada vaksinnya? Jawapannya, setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini.

Islam mempunyai penyelesaiannya, Allah SWT yang menjadikan manusia dan yang menjadikan selain manusia telah mengharamkan secara qatie (pasti) bahawa daging babi tidak boleh dimakan.

Firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).

Ulasan Sayyid Qutub menarik minat saya untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia… babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.

Cacing yang sangat berbahaya

“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).

Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.

Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir, Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.

Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.

Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.

BABI dan MELAKA

2 komen disini yer..
Salam...
Semasa gua ngah tulis artikel ni gua rasa konpius... Apasal la melaka ni serius efek giler dalam kes H1N1 nie...??? Mungkin korang ada pendapat masing2 kan, tapi bagi gua n kawan2 gua kami setuju yang punca dia sebab BABI..

Dulu korang ingat tak isu babi kecoh kat Melaka kat paya mengkuang.. Isu Babi tu dah lama..Dah 50 tahun tak setel2... Lambakan babi memang banyak kat sana..membiak anak2 die..n membiak kan cacing pita dalam perut babi yang padat tu... Tak lupa jugak membiak kan virus2 yang pelik yang akhirnya kena kat kite...http://1.bp.blogspot.com/_cHDjiA9EOlg/RwCsCn-QX3I/AAAAAAAABxI/EVMlOWw1lYA/s320/BABI+DALAM+KANDANG+1.JPG



Sekarang H1N1 ... atau nama jahatnye selesema BABI.. Semua tahu babi ni la jadi ejen untuk virus ni pemindahan virus ini ke babi telah menghasilkan virus yang lebih merbahaya.. Maha
Bijaksana Allah kerana mengharamkan hambanya untuk menyentuh babi...


http://2.bp.blogspot.com/_DzfjY5_2tT8/Rt9rq4MppSI/AAAAAAAAAOo/NfwXvj4oSbE/s320/12840865-12840868-slarge.jpg


Member2 gua kata apasal tak hapuskan jar babi.. babi ni banyak bawak masalah kat negara kiter.. Dulu J.E, ramai jgk jadi mangsa.. Sekarang H1N1..lagi bahaya..melalui udara dier boleh bunuh kiter melalui selsema.. Pencemaran bau takyah citer lar.. saper yang penah lalu di kawasan banyak babi mesti tau.... lalu belakang lori dier pun rasa nak muntah...

LANUN : Melaka memang banyak babi... Gua rasa sebab tu lah..melaka jadi tempat virus membiak...


TERKINI : UTeM Dibuka 10hb?

0 komen disini yer..
Terkini : Baru sebentar tadi member gua dgr terdapat perubahan berkaitan penutupan dan pembukaan semula UTeM. Menurut member gua die dgr pengumuman blok asrama mahasiswi utem yang UTeM akan dibuka semula 10hb ogos ni...Gua pun baru dgr pengumuman tadi..rasanya..memang buka 10hb..


MEMO : UTeM ditutup Seminggu

0 komen disini yer..
Di bawah ni gua sertakan memo rasmi dari pihak pengurusan UTeM
UTeM akan ditutp mulai hari ini 31 julai 2009 sehingga 6 Ogos 2009.
Melalui lain sumber mengatakan 2 orang pelajar disahkan positif H1N1.


Klik GAMBAR untuk LEBIH BOSAR...






























UTeM isytihar cuti!!

2 komen disini yer..
As Salam..Buat semua yg bergelar penuntut UTeM..memo dah dkeluarkan bahawasanya UTeM terchenta akan ditutup dr hari ini (31July09) sehingga Khamis(6Aug09) due to H1N1 preventation action..gunakan peluang cuti ini sebaik mungkin..jaga kesihatan korg sume ye!! Moga Allah lindungi kite dari deadly virus ni..bykkan solat hajat..bleh gak aplikasikan Qunut nazilah..

*4BMFB kelas for today ade
cam bese ye..hehe




~klik baca sepenuhnye utk info cuti...

chekZu: Apa erti cuti kalo sakit..?ekk...renung2kan dan selamat beramal... ;)






PELIK : Ini babi? kambing biri2 ? or babiri? bambing?

3 komen disini yer..
Salam...

Kebetulan sekarang musim selesema babi, gua bawakan pada korang pembaca dan pengikut lanunsepet seantero dunia (dunia? perasan..gua nie)mengenai spesies babi . Gambar ni memang menkonpiuskan aku, sebab..aku memang tak arif langsung pasal spesies babi nie.. Bila tgk gambar nie..aku tambah konpius..

Cuba korang tengok.. Ini babi? kambing biri2 ? or babiri? bambing? arghh..korang tengoklah sendiri...





Seni Dengan Garfu...

0 komen disini yer..
Salam...
Kita tau ader banyak seni kat dunia ni kan... Cam malaysia.. Ade seni silat,seni tarian,seni batik and bla bla bla...(byk sgt..)

tapi yang ni pulak..lain..mmg lain..seni garfu..Amacam penah dengar??he3
Dengan kekreatifan makhluk bernama manusia ni..Lahirlah seni Garfu...

Klik baca Sepenuhnya UNTUK TENGOK SENI GARFU... (Teruja gua beb...)










LANUN : Gua ingat guna garfu masa nak makan jar....hu3

Merantau : Filem SILAT HARIMAU (Ala Ong Bak??)

4 komen disini yer..


Filem Silat
(orang minangkabau)
Negara : Indonesia
Filem nie macam filem Ongbak dan filem jackie Chan

Thanx to Kunderemp (in comment): Beliau dah tgk muvi nie dan menurut member kita dari jakarta ni filem ni FULLY berasaskan silat harimau dari golongan minangkabau. thanx Dude.











TERKINI : ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia.

0 komen disini yer..
TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.
Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..
Dalam Masa 60 hari akan PRK di Pulau Pinang

LANUN : Doakan rohnya ditempatkan bersama pejuang agama2 Mu Ya Allah..

30 July 2009

GEMPAR : UTeM Mungkin Ditutup seminggu

0 komen disini yer..
Salam....

Berita terbaru.. Gua dapat tahu yang dekan UTeM akan turun ke murni malam ini untuk membuat pengumuman bahawa mungkin UTeM akan ditutup seminggu ( bermula besok jumaat atau minggu depan ). Berikutan Kes h1n1 yang semakin serius di UTeM.
Berita Lanjut akan Diberitahu kemudian....

LANUN : Gua xnak cuti awal.....


LaNuN Album : Shoot Of The Week !!!

1 komen disini yer..
Salam...

Gua cadang nak wat satu artikel setiap mgu untuk tunjuk kat korang gambo2 (ok tak cadangan tu?) yang menarik kat korang..ni suma pics gua tangkap gune Handphone Sony ericsson w890i (hp gua beb) .. Untuk bahagian ni gua buh Dalam Slide show k.. Sebab Mudah nak buh kat blog.. Any Komen just write it down there..takpun kat chatbox..

Jadi hari ni gua nak share shoot2 sempoi untuk minggu nie...
Ok jom layan...letak mouse tepi... just seat back and relax.... :-)

Klik Baca sepenuhnya untuk VIEW SLIDESHOW GEMPAK!!!




thanx to http://www.slide.com/ for free slide.

Kenyataan Hidup disebalik Pemainan Ini....

0 komen disini yer..
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"



Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada
murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana ten! tu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

LANUN : Hmm.. Betol apa citer ni gtau... Gua risau pada keadaan agama kita pada hari ini....

Sumber : idhamlim.blogspot.com oleh M. Firdaus Ibrahim

Info Kesihatan: Sayangi Hidung Anda

0 komen disini yer..
Assalamualaikum n salam sejahtera buat all peminat LaNuN SePeT (*_^)..
kali ni..beta Ada nak kongsi dengan korang pasal hidung yang beta pasti semua orang milikinya.. ...Saja nak sampaikan sikit tentang hidung kita, mungkin ada yang dah tahu. Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macamana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sedikit. Bunga akan berkembang segar jika disirami air. Dan hidung pulak akan berkembang megah bila dipuji.. ye dak..?. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis.. kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan? Masa yang paling sesuai ataupun senang crita.."faveret" la untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul didalamnya. Tidak diketahui dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita macam-macam dia bikin. Oleh itu bersihkanlah.

Cara nak bersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (macam serombong kapal daa) Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan le banyak sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga.(ini bergantung kpd amalan masing-masing)

Coklat Ungu: Walaupun rropamu tidak kukenall.., tatapi lobang hidungmu tetap menjadi poojaan hatiku..!

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

0 komen disini yer..

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :



1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s. w. t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s. w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s. w. t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui

AIYOO : Roti TESCO Ada Cicak

2 komen disini yer..
Salam....

Kaunter : rm5 bang...roti cicak bersalut cicak
Pembeli : "Sudah...aper citer ni bro... Gua nak beli roti bijan lar... Gua ulang roti bijan... Bukan roti cicak dan bijan..."

Ni dia.. Roti Bijan and dapat free Cicak Rumah sekor...
roti ni dibeli di tesco..tesco mane tak tau...Tapi tesco malaysia kompem.. Gua pun tak tau guane bleh sesat cicak ni dalam roti tu...konpius..konpius...Gua rase die nak makan roti tu...

Tq kepada penyumbang gambau..

Klik Baca sepenuhnya Untuk GAMBAR ROTI ADA CICAK..












LANUN : aiyoo... Macam2 kan... Hati2 k...Gua dah kata BOIKOT tesco....Yahudi..


H1N1 : 54 org disyaki... RTM datang UTEM

0 komen disini yer..
Salam..Pagi tadi gua dapat satu breakingnews yang 54 orang baru sahaja disyaki H1N1, (gua rasa bilangan ni dicampur dengan bilangan2 student yang negatif H1N1 sebelum ni) Pagi ni informer kata, kat fakulti gua ada RTM datang. Informer gua percaya kehadiran van dan jip RTM ada kaitan dengan kes H1N1 yang semakin meningkat di Melaka. Alhamdulillah masih tiada student yang positif H1N1 di universiti gua setakat ini...


29 July 2009

H1N1 : MMU Melaka Ditutup!!!

4 komen disini yer..
Salam...
Ni info gua dapat dari sorang member gua.. MMU melaka kat bukit beruang telah ditutup (2 MINGGU) di untuk memastikan wabak selsema babi dapat dikawal di institut tersebut.. Seperti yang kita tahu MMU dihuni oleh pelajar2 dari luar negara. Jadi kebimbangan menularnya wabak tersebut lebih tgi..

LANUN : semoga Allah melindungi kita.. aaminnn..

KHABAR ANGIN INI TIDAK BENAR... KESULITAN AMAT DIKESALI.. THANKS BUDAK MMU.




Satu Telur Lipas... Braper ekor Anak?

6 komen disini yer..

Salam...

Selamat datang ke Lanun National Geographic..he3... hari ni kiter nak borak pasal lipas... Serangga yang hidup ni kawasan2lembab dan kotor..

Semua tahu lipas ni serangga yang bertelur..korang mesti penah tgk telur dier yang macam kacang tu... elok2...jgn picit ngan tangan...kalu pecah melekat bau busuk kat tgn korang...

Sekarang cuba teka...dalam telur yang kecik tu brapa ekor anak dia?? Nak tau?
Sila Klik Baca Sepenuhnya.... Klik ler...




Apa kata sejarah pasal lipas...?

Sesetengah tulisan terawal berkaitan dengan lipas menggalakkan ia digunakan sebagai ubat. Pedanius Dioscorides (1st century), Kamal al-Din al-Damiri dan Abu Hanifa ad-Dainuri (abad ke-9) semuanya menawarkan ubat yang mencadangkan ia digiling dengan minyak atau direbus. Senarai penyakit termasuk sakit telinga, luka dan "masaalah peranakan gynecological."

Lipas turut menyumbang kepada industri pengawalan serangga perosak yang bernilai jutaan ringgit, tetapi masih gagal menghapuskan lipas sepenuhnya.

LANUN : Haa... Byk kan anak lipas tu... hapuskan ..cepat...!!





Kahwin : Baca..jangan x baca..

8 komen disini yer..
Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua peminat LaNuN..(^_*)..
korang yang lawat blog ni of kos la ada yg dah kawin & masih bujang kan...x kira la apa status korang..ape yang LaNuN nak share ngan korang ni ialah pasal satu hakikat yang korang perlu @ wajib tahu..tanam dalam otak masing2... tolong JANGAN kate x penting !! kang x pasal2 kena pancung ngan LaNuN SePeT..naya korang..baca pun korang da dpt pahala ni...hehe..(seriuss laa) Nak tau kisahnyer??? kiter terussskan....

Perkahwinan Itu Ibadat:
Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.
Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.

Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:
” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:

Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.

Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.

Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:

Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:
"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

CoKLaT UngU : harap semua yg baca mendapat manfaat dan jadikan panduan hidup anda !!





JOm kite kenali Lelaki Dan Perempuan..

3 komen disini yer..
BAGUSLAH kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

Lelaki

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan bahawa anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ! nak tau yang seterusnyer..sila tekan link di bawah..!!

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

1. Sembahyang 5 waktu,
2. puasa di bulan Ramadhan,
3. taat suaminya; dan
4. menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.



Nak Kenakan orang, Tapi Padah Jawabnyer...

0 komen disini yer..
Salam... Gua tadi dok boring2 gua buka youtube.com.. saje bosan2 carik video2..nak hiburkn hati... Cadang nak carik video yang kelakar..pastu jumpa video2 kelakar yang bertukar jadi ganas...
Senang citer ..nak main2..tapi makan diri....Silap2 boleh mati woo..
Ok...Mesti layan k... !!


Ni ader 3 TIGA VIDEO BRO.. leh korang tengok.. Klik Baca Sepenuhnyar..


Ni macam nak wat rancangan WAKENABEB.. Tpi jadi LU KENA BALIK LA BEB... HA3




Yang Ni sampai jatuh bangunan..mula2 memang gurau...





Yang ni pulak sampai kena tembak.. betul ke tak.. tak tau lar..






H1N1: UPSI ditutup hingga 7 Ogos

0 komen disini yer..
IPOH: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim ditutup bermula hari ini sehingga 7 Ogos depan selepas beberapa pelajar dikesan mempunyai simptom virus Influenza A (H1N1).

Exco Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon, ketika dihubungi Berita Harian, berkata pelajar yang disyaki dikuarantin, manakala pelajar lain diarah pulang ke rumah masing-masing.

H1N1 : Korban ke 4 !!

0 komen disini yer..

Seorang wanita berusia 20 tahun merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) pagi semalam di Hospital Melaka, kata ketua pengarah kesihatan. Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican juga berkata kes tempatan itu dimasukkan ke hospital Ahad lalu, 10 hari selepas dijangkiti virus tersebut. Bercakap di Putrajaya hari ini, Dr Mohd Ismail menambah wanita itu mengalami masalah kegemukan dan mati akibat radang paru-paru atau pneumonia.

LANUN : Lindungi kami Ya Allah....dari virus ini...

Kartun: Jom Berdialog .......

2 komen disini yer..
Assalamualaikum & salam mesra buat peminat2 LaNuN sepet semua..hehe =) mmmm...
adakah anda peminat kartun??
ape?? ooo..minat eee...bagus2... itu yang beta mahu dengar...
Sebenarnya.. kali ni LaNuN nak ajak anda berdialog bersama kartun2 yang lucu same mcm LaNuN jugerr... Jom kiter tengok.....



Klik Baca Sepenuhnya..untuk lagi2 dan lagi karton lawakk...











































































































COKLAT UNGU : amacam??? lucu x katun2 tersebut?? hehe..smoga anda smua terhibur..

nak lagi?? tunggu edisi akan datang... tungguuuuuuuuuuuuu

LANUN : ewah2 cik coklat ungu...lanun jahat ganas..mane kelakar..