30 September 2009

Kecoh Malam Ni Pasal Gempa Bumi....

8 komen disini yer..
Salam...

Lanun taip artikel ni sambil dengar radio ERA FM . Topik malam ni kat konti radio tu adalah "Pengalaman anda mengenai gegaran yang anda rasa petang tadi." memang ramai yang talipon kongsi pengalaman.


Gegaran di KL berpunca dari Gempa Bumi yang berukuran 7.9 di Sumatera, Indonesia petang tadi,(6.15 pm) memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi. Gegaran itu turut dirasai penduduk di johor lembah klang dan Kuala Lumpur.

Dari satu panggilan ke satu panggilan.....

Dari satu panggilan ke satu panggilan radio Era terima. Macam kisah ada. Ada yang rasa pening lah, ada yang rasa gegar masa basuh baju, ada yang rasa gegar masa ngah baring atas katil, ada yang tengahberborak tibe2 pintu gegar lah. Samapikan ader yang citer tengah main bola bleh tibe2 jatuh disebabkan gegaran kuat. Paling terasa adalah orang yang duduk di banguan tinggi. Di lembah klang penduduk yang terasa gegaran telah lari ke temapat lapang kerana risau berlaku runtuhan.

Lanun masa belajar kat UTM kat KL dulu turut ada pengalaman merasai gegaran semasa tsunami di acheh dulu. masa tu lanun tengah buat air. Tibe2 rase cam pening jer, terhuyung hayang..ingatkan pening.. rupa2nya gempa dari indonesia sampai ke KL menyebabkan gegaran pada bangunan kolej lanun. Lanun masa tu duduk kat tingkat 6..katil memang bergoyang dan loker bebrbunyik sebab bergoyang2.

Lanun harap penduduk di indonesia terutama di padang akan selamat.. semoga mereka dilindungi dari sebarang malapetaka..



* Back To Halaman Utama *

Gempa bumi kuat gegarkan Sumatera, musnahkan bangunan besar

2 komen disini yer..
Sumber : http://mstar.com.my/

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.9 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi, memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi.

Klik Sambung Baca....


"Sebilangan hotel di padang telah musnah," kata ketua amaran tsunami bagi agensi geofizik dan metereologi, Rahmat Triyono.

Bagaimanapun katanya, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi AFP melaporkan, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii bagaimanapun telah mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, namun ia dibatalkan selepas itu.

"Sehingga sekarang, kita belum boleh menghubungi Padang, komunikasi telah terputus," kata Triyono.

Menurut agensi tersebut dalam laman webnya, gempa tersebut berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) yang melanda kawatan laut di wilayah Sumatera Barat.

Saluran berita tempatan, Metro TV melaporkan, kebakaran berlaku di tengah serpihan bangunan di Padang yang didiami kira-kira 900,000 penduduk. Para penduduk bertempiaran lari ke jalan-jalan apabila gempa tersebut melanda.

Tidak ada sebarang laporan segera berhubung kematian atau kecederaan.

Gempa bumi itu turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 940 km dari Padang.

Sementara itu, Bernama melaporkan gempa bumi tersebut turut menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

* Back To Halaman Utama *

Isu kartika : SIS Celupar Lagi.....

0 komen disini yer..
Salam...

Sekali lagi SIS telah "bersuara sumbang" apabila mahkamah syariah Kuantan akan menjalankan hukuman sebat secara islam terhadap kartika. SIS sekali lagi telah mengeluarkan hujah yang berlandaskan logik akal mereka tanpa memperdulikan hukuman Islam yang telah ditetapkan didalam Alquran Alhadis...


Apa yang SIS kata :
PETALING JAYA: The decision to whip Kartika Sari Dewi Shukarno for drinking beer undermines the Government’s efforts to portray Malaysia as a moderate Islamic country, says Sisters in Islam (SIS).
SIS board member Zainah Anwar said while the Prime Minister and Foreign Minister have always been trying to project Malaysia as a model Islamic country, such a punishment was unacceptable and could be seen as too severe.
She said Malaysia had attracted international attention because of the Kuantan Syariah High Court’s recent decision to whip the 32-year-old, along with other issues such as the fatwa (religious decree) on yoga and tomboys.
“Foreigners are interested to come to our country because of the moderate image we portray but when they come here, they are shocked to find the level of conservatism being practised.
“So where is this model Muslim country we have been trying to promote?” Zainah told a press conference at the SIS office here on Wednesday.
SIS executive director Dr Hamidah Marican, who was also present, said there should be a total repeal of laws which allow for whipping to be meted out as punishment, regardless of whether it was civil or Syariah regulations.
“It is torture and a breach of human rights. We teach our children not to hit each other but then what are we, as adults and role models, showing the little ones if we condone such an act?” she said.

Sememangnya terbukti SIS bukanlah badan yang memperjuangkan Islam kerana ketua nya yang telah bersuara berkaitan isu kartika ini telah membangkitkan soal " apa kata negara lain pada kita" , beliau hanya risau presepsi negara lain mengenai malaysia tanpa melihat kes ini dari sudut agama yang dianutinya.

Selain itu :
  • SIS kata "such a punishment was unacceptable and could be seen as too severe." . SIS mmg kena belajar balik hukum2 islam.. Hukum Sebat bagi peminum arak telah ditetapkan.. sejak zaman Rasulullah lagi.. ia tidak severe/berat.. ia hanya mendidik.
  • SIS turut tak paham bagaimana sebatan dalam islam..apa hikmahnya...
  • SIS juga telah membangkitkan islam moderate, aik? hadhari lar, moderate lar, sederhana lar, ekstremis lar, pendapat ni boleh menyebabkan orang salah paham ttg islam ni ader jenis2 plak.
  • SIS juga perjuangkan hak asasi manusia, katanya hukuman itu langgar hak asasi manusia, tapi islam mereka tak perjuangkan pulak? padahal islam lah yang meangkat darjat manusia.

Benarlah apa yang di utarakan PAS Shah Alam, sekiranya ia masih mahu mengeluarkan kenyataan yang sentiasa bertentangan dengan Islam, tukarlah nama NGO anda kepada nama lain, bukan Sister In Islam, tukar ke Sister In Malaysia ker, Sister In Sosial ker.. tapi Kalau lanun sekiranya ia benar-benar menentang apa yang islam perjuangkan sejak dulu lagi maka ia dah tergolong dalam golongan yang sesat.. Wajib dibetulkan dan NGO ini patut diharamkan jika terus begini. Supaya tidak ada lagi orang yang terikut pengaruh NGO ini.

Lanun tahu SIS dianggotai golongan elit..sebab tu terlepas dari tindakan undang2.. Tapi ingat Islam bukan untuk diubah atau diambil sedikit2..


VIDEO RAKAMAN TEMUBUAL SIS..






* Back To Halaman Utama *

Bala "Ketsana" Di Manila....Gambar mangsa....

2 komen disini yer..
MANILA: Angka mereka yang menjadi mangsa banjir besar di Filipina akibat Taufan Ketsana mencecah lebih dua juta orang.

Angka terbaru dikeluarkan kerajaan itu menyebut, seramai 389,616 kini penuh sesak mendiami 561 pusat pemindahan sementara di sekitar ibu negara Manila dan wilayah timur negara itu.

Gambar Bala Ketsana Yang Dahsyat Di Bawah....

Sementara 346,581 orang lagi menetap di kediaman masing-masing atau menumpang di rumah rakan dan sanak saudara, menurut Majlis Koordinasi Bencana Filipina, hari ini. Angka kematian kini kekal 246 orang manakala 42 orang masih dilaporkan hilang. Ribut tropika Ketsana yang membawa hujan paling lebat dalam tempoh 40 tahun melanda Manila serta 80 peratus kawasan di pinggir ibu negara itu. - AFP
















* Back To Halaman Utama *

(Gambar) Gempar !! Tsunami Melanda Samoa....

1 komen disini yer..
PAGO (Samoa Amerika): Sekurang-kurangnya 34 dilaporkan terbunuh selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa.

Gambar Boleh Anda Lihat Di Bawah :


Sementara itu, sejumlah pekerja turut dilaporkan hilang selepas kemudahan Perkhidmatan Taman Negara di sini musnah dalam kejadian bencana itu.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.

Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP

Setakat Ini Hanya ini photo yang sampai ke jabatan berita
kerana banyak kawasan terputus hubungan.
















* Back To Halaman Utama *

Khas Untuk yang Mencari Permata.....

0 komen disini yer..
Salam... lagu ni mesti ramai yang dah tahukan.. ASyik membaca jar..kiter dengar lagu lak k.. Bukan lagu rock klasik ni, lagu nasyid lar..

Klik "play" untuk dengar lagu... take time untuk loading.. :-) (sabarrr)



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lirik Penuh DiBawah Yer...


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com
Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)


* Back To Halaman Utama *

Waktu-waktu yang mustajabnya doa

1 komen disini yer..
Email : Alwi Joe
Oleh : Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih


Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah

(1). Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Malam Lailatul Qadar

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)



* Back To Halaman Utama *

29 September 2009

Filem Lelaki Gay "Bruno" Diharamkan di Malaysia...

6 komen disini yer..

Salam...

Lanun ucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak bijak dengan mengharamkan filem Bruno arahan Sacha Baron Cohen yang kini menjadi filem paling laris di Amerika Syarikat, kerana ia bertemakan gay dan mengandungi adegan lucah, kata bual lucah dan turut mengetengahkan paparan shot penggunaan peralatan seks.


Filem ini pastinya memberi impak negatif kepada masyarakat. Sekiranya malaysia membenarkan filem sebegini masuk ke negara kita pastinya akan memberi satu pengiktirafan pada golongan gay yang tak dinafikan ada di negara kita. Selain itu ia juga akan mempengaruhi gaya hidup masyarakat yang seterusnya akan merosakkan peradaban dan budaya manusia dan paling kita takuti ia akan merosakkan akhlak remaja islam kita.

Tahniah sekali lagi, dan lanun harap pihak penapisan malaysia memantau semua filem tak kira luar dan dalam negeri kerana terlampau banyak pengaruh negatif yang datang dari filem dan drama.

Klik "Jom Sambung Baca" untuk lihat TRAILER BRUNO yang DIHARAMKAN...





Hukum homoseksual haram dalam Islam. Kerana ia melanggar fitrah semulajadi manusia yang dijadikan berpasang-pasangan. Pengharaman tersebut ada disebut dalam kisah yang berlaku di zaman Nabi Luth yang akhirnya mengundang kepada kehancuran kaum tersebut. Ini terkandung dalam surah Hud ayat 77 hingga ayat 83.

Dari Utusan Oline

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Malaysia mengharamkan filem 'Bruno' arahan Sacha Baron Cohen yang kini menjadi filem paling laris di Amerika Syarikat, kerana ia berkisar tentang kehidupan gay dan mempunyai adegan seks hubungan sejenis.

'Bruno' mengetengahkan pengalaman kehidupan wartawan fesyen gay dari Australia.

Seorang pegawai Penapisan Filem Malaysia berkata, filem tersebut tidak layak ditayangkan kerana bercanggah dari segi aliran cerita, gaya bahasa dan jenakanya.

"Ia diharamkan kerana ceritanya berkisar kehidupan gay... Terdapat banyak adegan seks di dalamnya," katanya. "Ia bercanggah dengan budaya kita."

Selain Malaysia, Ukraine juga turut mengharamkan filem tersebut manakala beberapa pegawai Austria juga mengkritiknya tetapi tidak tindakan diambil.

AP


* Back To Halaman Utama *

28 September 2009

Otak Pun Boleh Jemm...Kalu Gni..

8 komen disini yer..
SESAK... Keadaan di plaza tol Lebuh Raya Cheras menghala ke Petaling Jaya sesak setelah warga kota kembali bekerja selepas bercuti selama seminggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri minggu lalu. Tinjauan mendapati keadaan jalan raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Sungai Besi dan Jalan Duta kembali sesak kerana warganya kembali bekerja seperti biasa di sini, hari ini. --fotoBERNAMA

* Back To Halaman Utama *

Coklat "air terjun syurga" (Tasneem) Keluaran Bumiputra.... 100% Halal.

2 komen disini yer..
Salam...

Suke coklat? tapi ade keraguan.... Apa kata try coklat Tasneem :-) 100% Halal.

Produk coklat keluaran bumiputra islam dari negara kite, iaitu Tasneem.. Coklat keluaran usahawan bumiputera itu dikilangkan di Ipoh, Perak dan bersumberkan koko bermutu tinggi dari Lembaga Koko Malaysia (LKM). Antara yang menarik bukan sahaja produknya yang enak tetapi nama produk tersebut iaitu "Tasneem" Tasneem bermaksud air terjun syurga seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Muthoffifin.

Coklat Tasneem boleh didapati dari harga RM1.50 hingga RM75. Dan bersedia menerima tempahan2 khas dari anda. Klik blog tasneem untuk lihat pelbagai jenis coklat dan boleh buat tempahan.

Blog Coklat Tasneem : http://coklathalal.blogspot.com/


(Ini lah masanya untuk menyokong produk islam.. bertukar dr cadburry ke tasneem )

Berikut (klik baca sepenuhnya) adalah cerita penuh mengenai produk Tasneem ini..


Tasneem merupakan satu lagi syarikat pengusaha coklat bumiputera Islam di Malaysia. Produk-produk coklat yang dijual oleh Tasneem Enterprise ini dijamin 100% halal. Produk Tasneem dijual menerusi dalam talian di laman web http://www.coklathalal.com/ serta boleh didapati di sebuah kiosk di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Coklat keluaran usahawan bumiputera itu dikilangkan di Ipoh, Perak dan bersumberkan koko bermutu tinggi dari Lembaga Koko Malaysia (LKM).
Pengusahanya, Haridah Sahri berkata, peniagaannya masih di tahap kecil-kecilan tetapi tetap mampu menawarkan coklat yang enak. Haridah menjelaskan bahawa Tasneem bermaksud air terjun syurga seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Muthoffifin. "Coklat yang kami guna adalah gred A. Keunikan coklat kami adalah ia 100 peratus menggunakan koko. Malah minyak yang kami gunakan dalam adunan juga adalah minyak mentega koko. Kami tidak menggunakan sebarang minyak lain seperti minyak sawit untuk membuat coklat," katanya. Didapati dalam aneka bentuk coklat, terkini, pihaknya telah menambah variasi bungkusan kotak coklat.

Coklat juga boleh didapati dalam bentuk lolipop yang dihasilkan menggunakan teknik tertentu.
Ia juga menyediakan coklat bar dalam tiga saiz iaitu 25 gram, 38 gram dan 50 gram dengan perisa badam, hazel dan kismis. Selain itu, Tasneem Enterprise turut menawarkan coklat eksklusif untuk hadiah perkahwinan serta tempahan khas. Tasneem Enterprise juga menawarkan kelas latihan membuat coklat kepada sesiapa sahaja yang berminat. Coklat Tasneem boleh didapati dari harga RM1.50 hingga RM75.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai coklat Tasneem, bolehlah hubungi Haridah di talian 013-2911762.

* Back To Halaman Utama *

Parti Org2 Meluat Dengan MIC : "Parti Makkal Sakti"

2 komen disini yer..
Salam...

Pada 10 Oktober ini DS Najib akan merasmikan satu parti baru yang dikenali sebagai Parti Makkal Sakhti. Parti ini akan menjadi salah satu daripada komponen BN..sebagai memikat hati orang india yang tak mahu pada MIC, supaya kembali kepada BN. Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lepas, diterajui oleh bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R.S Thanenthiran.



Ia pastinya menjadi alternatif kepada kaum india yang dah meluat dengan MIC yang sememangnya tak boleh buat kerja dan tak mampu lg berbakti pada kaum India. Parti ni jugak dikatakan mempunyai 50 000 ahli dan terdiri daripada anggota n bekas2 pemimpin MIC.

Maksudnya, ahli2 parti makkalsakti ni adalah ahli2 yang tak puas hati dan tak percaya dah dengan MIC , n pastinyer meluat dengan sammy vellu...

Apa kata Dr M pasal Sammy Vellu:

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai cadangan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu untuk bercuti selama dua bulan daripada melaksanakan tugastugas sebagai Presiden parti, Dr Mahathir berkata tempoh itu tidak mencukupi.

"Ia patut dilanjutkan kepada kira-kira 20 tahun, dua bulan tidak cukup. "Dia tidak boleh...dia sudah duduk di situ (jadi presiden MIC) 30 tahun, jauh lebih lama dari saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan (sedangkan) masa saya letak jawatan bukanlah orang benci sangat tapi saya letak jawatan. Selagi dia duduk di situ lagi lama, lagi orang benci," katanya.

Lanun rasa.. akan berlaku pertembungan antara dua parti ni...


* Back To Halaman Utama *

27 September 2009

Ni lagi Bahaya dari H1N1....

0 komen disini yer..
Salam...

Lanun terpanggil untuk menulis posting ni sebab risau tengok statistik kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan ni. Menurut laporan Ops sikap ke20 sebanyak 16 kematian telah dilaporkan pada ke 14 ia dijalankan sempena musim perayaan..dan ini menjadikan jumlah korban sebyk 238 orang.

Berita harian :

Sebanyak 16 lagi kematian dicatatkan pada hari ke-14 Ops Sikap semalam menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya terus meningkat kepada 238 orang sejak operasi itu dimulakan dua minggu lalu.

Menurut statistik yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman hari ini, kemalangan maut melibatkan pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai dengan 11 kematian dan diikuti lima pengguna kereta.

Daripada 1,021 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 423 kes, diikuti jalan persekutuan (295), jalan negeri (184), lebuh raya (69) dan jalan-jalan lain (50 kes).

Dalam isu virus H1N1 yg semakin tenang tanpa mangsa korban, kita pula dikejutkan dengan kemalangan setiap hari di kaca televisyen. Jika kita berhati2 dlm isu H1N1, maka dalam isu ni jugak kiter wajib berhati2.. Jangan campak diri anda dalam kebinasaan kerana ingin cepat sampai ke destinasi.

nasihat Lanun pada kengkawan yang akan balik dari kampung berhati-hatilah.. Punca utama kemalangan adalah kelalaian dan sikap kita tergopoh gapah..

Biar lambat asalkan selamat... Selamat Hari Raya..

Klik baca sepenuhnya untuk TIPS elak kemalangan...

Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa KEMALANGAN serta menjadi pemandu berhemah:

1. BIASAKAN DIRI dengan membuat pemeriksaan kepada keadaan keselamatan kenderaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan khasnya periksa semua lampu berfungsi atau tidak, keadaan corak bunga tayar masih elok dan tekanan angin yang mencukupi, periksa semua minyak-minyak dibahagian enjin kenderaan mencukupi atau tidak dan brek kenderaan berfungsi dengan baik.

2. SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu termasuk penumpangnya sekali.

3. JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

4. SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika cuaca buruk maka kekalkan jarak yang lebih antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

5. SEMASA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya lain untuk memastikan keselamatan anda.

6. JANGAN pandang secara tepat ke arah lampu kenderaan dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan jalanraya dan jadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

7. SENTIASA peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan secara tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar dijalanraya atau mengelakkan daripada halangan lain.

8. MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat amatlah sukar dan merbahaya, pasangkan lampu kereta supaya kenderaan di hadapan dan di belakang dapat lihat dan pandulah dengan kelajuan yang sesuai dengan keadaan cuaca buruk tersebut.

9. KETIKA memandu di jalanraya hendaklah sentiasa berwaspada/berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

10. JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia boleh menyebabkan berlaku keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalanraya.

11. ELAKKAN daripada memandu jika dalam keletihan. Jika penat, berhenti kenderaan dikawasan dibenarkan dan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan semula.

12. PERHATIKAN kereta dihadapan selama 15-20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah di luar jangkaan berlaku dan anda peluang mengelakkannya dengan segera.

13. JIKA anda ingin mengubah lorong, berikan lampu isyarat dan sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan serta keyakinan berbuat demikian.

14. TEMPAT paling selamat bagi kanak-kanak ialah di bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

* Back To Halaman Utama *

LaNuN : Seminggu berhari raya...

3 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah, lanun bersama chekzu selamat sampai di Melaka. Bertolak dalam pukul 3.30 dari perak, n Lanun arrive kat MC dalam kul 8.30 gitu malam tadi..

Cuti dah habis...
Bila cuti habis, teringat balik kerja2 yang perlu disiapkan. Bermula lar episod2 yang tertunda kerana raya..he3. banyak report kena submit, projek lagi.. taksilap, test pun banyak pas ni.. Minggu2 pas raya ni pasti menjanjikan keserabutan yang maksima..he3.

Lupakan pasal kerja dulu..
Huuu..Sekejap jar dah seminggu... kita beraya kan. Keseronokan masa beraya masih lagi terbayang..hu3.. tapi nak wat macam mana, cuti dah habis dan kena lar kembali semula dengan study.. Hmm.. lanun masih mood raya lagi nie,sebenarnyer..he3..

Raya sebulan kan.. Jadi mood raya kena lar sebulan..
Pada kawan2 lanun datang la kerumah..kuih raye ader ni.. he3...

Selamat Hari Raya.. :-)



* Back To Halaman Utama *

22 September 2009

LaNuN nak Demam..... Badan panas...Sejukkan dengan..??

2 komen disini yer..
Salam...

Selamat hari raya semua... :-) Macam mana hari raya ke3 korang? Lanunpun macam korang jugak meneruskan hari raya ni dengan pusing2 umah sanak saudara. Tapi kali tak ramai macam dulu.. pertama disebabkan keluarga abg sulong lanun tak balik kampung, ( raya ke4 katanya) n satu lagi sebab anak buah lanun tengah demam campak (atau kami panggil pelentong? korang panggil ape?).

Siang tadi lanun....


Siang tadi lanun tibe2 rase nak demam sebenarnyer... Nak kate kena campak? dah kena dah masa kecik2 dulu.. tapi memang rasa panas dan asyik bersin jar.. nak batuk pun ada.. Tapi lanun berat mengatakan ni mesti sebab demam raya.. Maklumlar.. dah lama cuti ais2 dan benda2 sejuk ni, ni bile raya tup2 asyik minum ais jar..siang malam ais.. Mungkin usus lanun terkejut kot.. pankreas lanun pun terkejut..he3

Untuk mengurangkan panas dalam badan lanun ada idea.. tengahari tu lanun buat kopi radix... (kopi radix ni kuatkan antibodi )



dan petang tu pulak lanun amik kelapa muda buat minum (bukan mandi daa..) Alhamdulillah badan rasa sejuk dan segar (kebetulan lama dah tak pekena air kelapa). Kebetulan pulak anak buah yang kena demam pelentong tu pun bidan nasihatkan supaya minum airkelapa... jadi lanun amik 2 biji.. :-) he3.. layan...







Anda boleh cuba :-)

* Back To Halaman Utama *

21 September 2009

Kampung LaNuN ader Wireless.. ???

6 komen disini yer..
Salam....

Salam aidilfitri dari lanun dan keluarga di kampung.. Macam mane raya korang sume tahun nie? mesti meriah punyer kan? Jangan lupa untuk kongsikan perayaan korang sume tu kat member2 sume nanti. Pastinya banyak perkara nak diceritakan. Begitu jugak dengan Lanun kat sini. Kalu boleh setiap gambar dan setiap happening nak lanun kongsikan kat blog nie. Tapi baru2 ni seperti lanun penah citer kat post awal raya tu pasal bill broadband yang tak berbayar tu menyebabkan lanun takleh nak online..hu3.. memang sadis..

Tapi hari ini macam satu keajaiban pulak bulan syawal nie...he3.. Lanun dapat tau dari abang ipar lanun bahawa ade satu signal internet sesat yang sampai kat umah ni.. Bila lanun on wireless network, tup.. keluar belkin54g.. memang betul ader signal nie, walau satu bar..tapi speed dier boleh tahan.. Sebab tu lah sekarang lanun boleh update blog nie.. he3.. Alhamdulillah.. baiklah.. kat bawah nie lanun sediakan beberapa screenshot untuk tatapan korang.. Ader pendapat korang, guane signal ni leh sampai?? streamyx orang ker? setahu lanun takdak jiran lanun berinternet.





* Back To Halaman Utama *

LaNuN @ Raya 2009

2 komen disini yer..
Salam semua..

Maaf sebab lama tak update blog dalam beberapa hari ni. Ni semua kes tak bayar bill broadband..he3.. Apepun hari ni dah raya kedua dah.. Tahun ni raya di kampung tetap meriah.. Cuma kali ni raya pertama tak da anak2 kecik sebab anak2 buah tak balik kampung hari raya pertama. Seperti tradisi raya tahun lepas pagi raya kami isi dengan sesi bersalaman untuk menjernihkan ukuwwah keluarga lanun.. Alhamdulillah kami masih utuh tanpa sebarang pertelingkahan. Syukur dikurniakan keluarga yang bahagia..

Lanun tak mau celoteh banyak, lanun kongsikan beberapa shoot di hari raya pertama aritu...

Selamat Hari raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin pada semua pembaca lanunsepet...

Dan Ini beberapa photoshoot Raiyaaa...
















* Back To Halaman Utama *