19 November 2009

Qurban.. Ape anda fahami? & Lanun Balik Kampung Esok Pagi...

7 komen disini yer..
Salam....

Lanun baru jar balik beli tiket tadi. InsyaAllah besok pagi kul 9.30am lanun bertolak dari sini ke ipoh perak. N then datang balik pada 29hb 11 ni sebab 30hb 11 ader kursus PIC kat fakulti.  Final Result? Alhamdulillah result pun dah kuar, cuma ada 2 subjek jer lg belum.. Guane? Hmm.. Alhamdulillah , syukur sgt dengan result kali ni cuma ada 1 subjek tu kureng sket, kureng sket??  kureng banyak la jugak. Subjek per? electric drive, lanun dpt C+ hu3.. tapi dari fail kan baik C+.. (Alhamdulillah...) :-)


Yang dua lagi belum tu, PSM 1 and Numerical Method still tak kuar lagi.. debar plak dibuatnyer... Yang dua lagi tu pengaruhi pointer idaman lanun kali ni, sebab lanun angan2kan sem ni biarlah gempak sket dari yang semester - semester lepas, tapi macam pudar n mendung jar nampaknya. Apepun doa tetap dipohon n doa korang lanun perlukan jugak..

K lah.. Nak wat kejer sket.. (kejer aper? kemas kot..) Mungkin pasni kat kampung tak update blog  agaknyer.. Ader rezki InsyaAllah update. :-) he3. Pasal cuti hari raya ni, lanun nak wat ucapan lah sket.. he3. Ucap awal2 lah kan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua pembaca blog  nie. he3..  awal sangat ek? takut tak sempat lak kan..

Hari raya Aidiladha, hari raya qurban orang melayu panggil. Ape anda faham tentang hari raya qurban ni??? Hmm?? Tny diri sendiri k.. Renung semula peristiwa sempena hari raya qurban ni.. Ape maksud die.. ape pengajaran dier..pasti ader pengajaran yang besar boleh kita dapat.. Insya Allah.. banyakkan bertakbir masa hari besar tu nanti..dan jangan lupa nanti n g lh tolong majlis qurban pada hari tu k.. tengok penyembelihan tu :-) n raikan dengan cara yang betul...

p/s : Semoga kalian semua dirahmati Allah selalu..  Nak sambut Aidiladha Cara betul?? KLIK




AIDIL ADHA : Keutamaan Ibadah Qurban...

0 komen disini yer..
Ibadah korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya.

Firman ALLAH S.W.T:

“Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

AIDIL ADHA : Sejarah Ibadah qurban...

3 komen disini yer..
Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

16 November 2009

Nak Tengok TV : Tengok TV Online Disini

7 komen disini yer..
Korang teringin tak tengok saluran-saluran TV yang ada kat astro tak ? Cartoon,Bola, ESPN, HBO, Star Movies,Dragon Ball, Korean Drama and macam-macam lagi lar. Tapi saluran Astro Ria takda lakan. Memang 24hours... Minat??

14 November 2009

Alhamdulillah... Sem ni dah tamat, 1 sem ja lagi.. & 10 List Perkara kena Alert.

8 komen disini yer..
Salam....

Malam tadi lena betul lanun tido.. 2 minggu lepas tido memang tak lena, maklum la hati gundah gulana disebabkan final exam. Semalam paper last, hari ni kire dah merdeka. Alhamdulillah minggu exam aritu dikurniakan kesihatan, dan kemudahan. Walaupun ade jugak soalan / paper yang lanun tak boleh jawab, tapi masih bersyukur pada Allah sebab dapat habiskan semester ni.

13 November 2009

Lembu Makan Ayam....& Final Exam... Tamat... merdeka ???

4 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah... Lanun n kawan2 budak BENE sume baru ja habiskan paper Robotic kul 10.30 am tadi. Ape-ape yang dijawab tadi tak da ingatdah, cuma yang kami ingat kami dah merdeka. he3.. Tamat lah semester ni.. cuma ada report PSM yang kena setelkan.. Em..Hujung minggu ni lah buat report tu, hari ni rehat sepuas-puasnya.

Balik kampung? ada gak orang tanya tadi.. tapi tak tahu lagi bila nak balik, sebab ada perkara-perkara yang perlu disetelkan. Nak jumpa lecterer dan semak markah. Selain tu, hari isnin and selasa ni ader program lak kat Pantai Klebang, kursus "make youself employable". Itu nanti kiter citer dalam post lain.

Ok lah.. nak g solat jumaat..
sebelum tu layan video klip pelik ni...





* Back To Halaman Utama *

12 November 2009

Esok Pagi... paper last.... Leganya...

5 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah hari ini lanun n kawan2 sume sihat2 belaka menghadapi musim exam. yang memigrainkan kepala ni. Walaupun hari nak hujan jar sekarang, kadang2 balik exam, pegi exam pun kena hujan, alhamdulillah xda pa, n masih sehat.

Petang tadi selesai lagi satu paper Proses Instrumentation. Besok pulak, 8.30Am paper terakhir subjek robotik. Pas exam tadi sempat jumpa lecturer jap tanya pasal projek PSM, masa kat sana buka lak citer pasal paper Electric drive hari tu, ramai yang dapat terok. Hmm.. ape nasib lanun agaknyer. Lecturer bagi lanun tengok2 tadi, belek2 paper lanun dier tak semak lagi, Debar pulak tengok markah orang lain. Hu3,xpelah.. ape2 pun esok paper last, malas nak fikir paper electric drive tu.

Doakan lanun n kawan2 :-) esok paper last...

Jom kite dgr lagu ni... Syahdu dan menginsafkan...





* Back To Halaman Utama *

10 November 2009

Lanun Exam Malam ni Lagi....Hiburkan Hati.... Kurangkan Tekanan....

3 komen disini yer..
Salam...

Lanun post artikel ni masa ngah study subjek Electric Drive, paper ni exam malam ni kul 8.30pm (10november). aTak nafikan lanun memang rasa nervous ni..hu3 Rasa macam tak leh jawab jar. Subjek ni la paling tough rasanyer sem ni. Apapun, usaha tetap diteruskan, sebab itu satu-satu nya jalan untuk kita berjaya. Lanun dambakan doa semua kawan-kawan :-) doakan semua sahabat2 kita yang ngah examweek, berjaya dengan cemerlang semester ni.. InsyaAllah.. Do d best!!

Layan nasyid jap, tenangkan hati.. :





* Back To Halaman Utama *

09 November 2009

Tension?? Ni Game Nak Release Tension...he3 (18G)

7 komen disini yer..
Salam...

Game ni lanun jumpa masa dok cari artikel berkaitan stress dan tekanan. Game ni leh la untuk lepaskan geram n tension korang tu..he3.. (tapi ganas sket..)Just for fun and suka suki k. Tak lebih dari tu. :-)

Nak main sila klik Jom Sambung Baca..

Moral : Peace No war.. Ketenangan yang sebenar hanyalah dari Allah SWT..



Stick Stress Relief Flash Game Code

* Back To Halaman Utama *

Tekanan Yang Menekan? Sampai Bila?

0 komen disini yer..
BUAT RENUNGAN SAHABAT-SAHABAT YANG MENGHADAPI MUSIM EXAM :-)

Setiap kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyiksa jiwa adalah merupakan ujian allah s.w.t, untuk menguji sejauh mana iman kita . Iman perlu kepada ujian.Sebagaimana firman allah s.w.t yang bermaksud:


"Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".Al-Baqarah ayat 155


Islam telah memberikan beberapa garis panduan bagi nmenghadapi masalah atau tekanan hidup kepada setiap individu muslim. Antaranya ialah :

1- Sandarkan harapan kita dan pergantungan kepada allah.

Hanya allah s.w.t sahajalah tempat untuk kita menyandarkan harapan dan sebagai tempat bergantung apabila menghadapi sesuatu tekanan, dengan penuh kesabaran dan keyakinan terhadap allah s.w.t. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh rasulullah s.a.w :

"Sebaik-baik senjata bagi orang mukmin adalah kesabaran dan doa (mohon pertolongan allah s.w.t)".

2- Mohon pertolongan dari Allah s.w.t.

Kita sebagai makhluk allah perlulah menyedari tentang peranan dan tanggungjawab kita kepada allah s.w.t. Ini kerana kita telah membuat ikrar dan pengakuan yang berulang-ulang kali dalam bacaan surah al-fateha, dimana kita menyerahkan dan mengabadikan diri hanya kepada allah dan kepadanya jualah kita memohon pertolongan. Maka wajarkah kita buat berulang-ulang kali?. Inilah perkara yang perlu kita fahami supaya kita sentiasa teguh dengan pegangan akidah islam yang sebenarnya. Perkara yang penting untuk memohon pertolongan dengan allah bukanlah semata-mata pertolongan, bahkan perlu didahului dengan menjaga persoalan isbadat seperti solat dan ibadat yang lain, yang mana kesemuanya dilaksanakan dengan penuh sabar dan redha, dengan ketentuan allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan mintalah pertolongan (kepada allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

Al-Baqarah ayat 45

3- Jangan kita sedih dan kecewa.

Kita jangan cepat berputus asa dengan masalah yang dihadapi, sebaliknya tingkatkanlah usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasi masalah tersebut. Seperti yang telah dijelaskan, bahawa setiap ujian yang datang itu adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita terhadap allah s.w.t disamping sebagai peringatan kepada mereka yang ditimpa masalah, sebagaimana firmannya:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), pada hal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (bersungguh-sungguh) beriman".

Ali-Imran ayat 139

4- Berkongsi masalah.

Luahkanlah masalah tersebut pada teman-teman yang bertakwa lagi boleh dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang ditanggung. Suami harus berteru terang dengan isteri bila menghadapi masalah, begitu juga isteri dan juga anak-anak haruslah berbincang dan bersikap mahu berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka, begitu juga pelajar boleh berkongsi masalah dengan guru dan sebagainya.




* Back To Halaman Utama *

04 November 2009

Photo Shoot : Hari Exam.... ( Antara Ceria & Tekanan)

15 komen disini yer..
Salam...

Alhamdulillah.. malam tadi selamat selesai satu paper final exam lanun dan kawan2 lain. Malam tadi paper Project Management berlansung dari 8.30pm-10.30pm. Malam tadi hari hujan membuat hari jadi sejuk, ditambah pulak dengan keadaan dewan besar utem yang beringin dan sujuk tahap gaban. Semasa exam berlansung ramai kawan-kawan lanun bergilir ke tandas, sejuk giler kan. Ape2 pun malas nak bincang dah pasal malm tadi, dah lepas dan kosentret pada 4 subjek lg akan datang.

Malam tadi sempat jugak lanun amik gambar sket untuk tatapan semua :-)
Jom kite tengok, gambar ni lanun campur sket gambar 1,2 hari sebelum exam dan gambar masa hari exam malam tadi..







* Back To Halaman Utama *

02 November 2009

PICS : Oh! Teruknyer Bilik Bersepah !!! = Final Exam ???

15 komen disini yer..
Salam...

Dah masuk pun minggu final exam kan... Besok Lanun paper 1st,hu3.. Nak cite sket, memang minggu exam ni kita jadi kelam kabut sedikit, nervous, risau n gelabah, dan terkejar-kejar je rasanya. Masa rasa cepat, lebih cepat dari masa lain kan. Tapi sebaliknya kita je yang rasa macam tu, fikiran kita yang berserabut dengan macam2 perasaan tu buat kita rasa seperti masa macam menghimpit jer.. Nak buat keje lain pun macam rasa tak sempat2 pulak.. basuh kain, mengemas, susun barang, basuh motor,blogging he3 dan yang sewaktu dengan nya..

Padahal boleh ja kan? Tenang k.. (tapi jangan la tenang sampai rileks selamber rock je k..he3). Kebetulan korang ngah baca lanun pok-pek pok-pek ni kita santai jap tengok gambar kat bawah ni. Ni kira contoh orang yang betul-betul tak ada masa untuk mengemas, dier sibuk kot gamaknya... Korang jangan la sibuk sampai jadi macam ni k. Teruk.. memang teruk.. Jom Tengok.. Bilik paling bersepah...??












Lanun : MasyaAllah... Ni bukan bersepah ni.. Ni dah tahap tempat sampah ni.. Moral nya, lapang2kan masa anda mengemas time final ni k, walaupun sibuk... tempat kiter tido, tempat kiter study wajib kemas, baru selesa nak rehat dan study. Gud Luck Semua.. lanun doakan kita semua dipermudahkan urusan dan mendapat keputusan yang cemerlang.. InsyaAllah... :-)


* Back To Halaman Utama *

Kapsul ubat di Malaysia guna Gelatin BABI dicop halal

1 komen disini yer..

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.


Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.


"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.


Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.


Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.


Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.


Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.


Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.


Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA



* Back To Halaman Utama *