30 June 2010

Cara Tunai kan Cek Nuffnang Ke Dalam Akaun Bank

25 komen disini yer..
Salam...
Ni citer lama, tapi baru ni nak citer, 24 Mei aritu pergi ke bank untuk cash kan cek pertama Lanun dari Nuffnang. Teruja jugak bila hasil daripada berblogging kini berada depan mata, cuma tinggal satu step jer lagi, masukkan duit ni kedalam akaun bank Lanun. (actually peristiwa ni berlaku 24hb mei duit Masuk 27 mei)

Untuk mudahkan Lanun sendiri, Lanun akan masukkan duit ni kedalam Bank Islam. Bukan sebab ape, tu lah bank yang senang nak capai pun. Selain tu, sekurang kurangnya ni satu support tanda sokongan pada perbankkan Islam betul tak? Ok, Lanun akan cerita bagaimana caranya nak masukkan duit cek nuffnang ni dalam akaun kita kat bank, tanpa beratur atau tunggu giliran untuk ke kaunter bank.

1. Pergi ke bank yang akaun korang aktif, tak kisah bank apa (yg ada mesin deposit cek)

2. Pergi ke bahagian pertanyaan minta Borang Deposit Cek

3. Hati hati leraikan cek nuffnang dari surat asal.

4. Isi borang tersebut, antara yang kena isi ialah :

a) No telefon & Nama
b) Nombor akaun bank anda (if korang pergi ke CIMB, akaun CIMB korang lah kan)
c) Bank / bank pembayar adalah HSBC (seperti yg tertulis kat cek)
d) Tempat  lak isi K. lumpur (sebab kat cek tu tulis HSBC K. lumpur)
e) Amount / RM tuliskan nilai kat cek tu tulis (bahagian komisyen biarkan kosong)
f) Nombor Cek (di bawah cek nuffnang yang dalam kotak merah tu ha 6 angka yer anak anak)


picts by : spblogger.com edited by : lanunsepet

5. Lepas isi yang Lanun nyatakan kat atas tu pergi ke belakang cek nuffnang isi

a) Nombor akaun bank korang
b) Nombor telefon
c) Nama korang

6. Masukkan cek nuffnang kedlm sampul yg di attach sekali dengan borang deposit cek tu.

7. Semak, n Ceraikan salinan pelanggan dari borang cek (selalunya warna kuning)

8. Pergi mesin deposit cek, masukkan sampul tu ikut arah anak panah.

9. Ambil resit yang keluar selepas kita masukkan sampul cek.

10. Dalam masa 3hari bekerja, duit akan masuk ke akaun (kalau tak ada masalah)

11. Simpan resit dan salinan borang deposit cek. (untuk rujukan jika ada problem)

Hasil deposit cek Lanun selepas 3 hari :

Nilai didalam tu adalah "auta" semata mata....
24 Mei depositkan cek dan 27Mei dah masuk duit.

29 June 2010

Tutorial : Cara Nak Pasang Chat Room Pada Blog

13 komen disini yer..
Salam...
Nak letak ruang sembang kat Blog korang tak? Satu chatroom yang boleh jadi tempat borak ramai pelawat serentak. Lanun rasa chatroom ni sesuai sangat untuk blogger yang nak berinteraksi dengan 1 atau lebih visitor serentak. Seperti yang kita sedia maklum chatbox dan shoutmix ada limit jadi chat room dari chatroll ni boleh atasi kelemahan 2 widget tu tadi.

Untuk register korang boleh terus ke websilte Chatroll.com kemudian hanya dengan 3 langkah anda akan diberi 1 chatroom yang boleh di pasang kat blog Blogger dan Wordpress. Untuk pasang ke Blog Blogger Lanun suggest anda pasang dengan copy and paste kod HTML yang diberi selepas register ke mana mana ruang yang anda mahukan.

Kaedah pasang chatroom blog :
  1. Register dulu di Chatroll.com
  2. Log in
  3. Design
  4. Add Gadget > HTML/ Javascript
  5. Paste & Letak Title
  6. Kod HTML korang boleh dapat pada Step ke 2 Registration...
  7. Drag n drop ke bahagian yang korang nak
  8. Paling sesuai di atas post

27 June 2010

10 Keyword Terhangat Minggu Ini

6 komen disini yer..
Salam..
Hmm.. susah betul nak update blog sekarang, internet dah takdak. Ni pun curi curi masa main intenet sambil rushing untuk study sebab 3 hari ni Lanun dalam final exam untuk semester khas. Macam biasa hari Jumaat Lanun akan sajikan he3 10 keyword popular untuk minggu lepas.

Tak boleh komen banyak sangat, sebab tak dak masa. Pasal 10 keyword terhangat bawah ni perasan tak penjara pudu paling top? sebab apa? sebab kes penjara pudu dirobohkan hari tu lar, dirobohkan untuk pembinaan jalan bawah tanah.

Macam macam reaksi pasal projek meroboh penjara pudu ni, ada yang kata kena kekalkan lah, ada yang kata robohkan je lah, Bagi Lanun baik robohkan jer kalau manfaat nyer banyak pada rakyat. Tul tak? that all buat masa ni.. semoga semua kawan2 sentiasa happy. Chow!.

25 June 2010

Pagerank 10 IPTA Di Malaysia...

16 komen disini yer..
Salam..
Ramai blogger sibuk dengan PR atau pun Pagerank yang dikenali sebagai penanda aras kekuatan sesuatu blog atau website tu. Blog Lanunsepet hanya PR 8/10 ops pembetulan PR 2/10, korang pulak bagaimana? boleh cek kat sini [http://prchecker.info/]. Dalam malaysia ni blog mana paling pagerank tinggi? ada sapa leh jawab?

Kat bawah ni satu info suka suka Pagerank 10 IPTA di Malaysia (ada kurang? tambah?):

BIL
IPTA
LAMAN WEB
PAGERANK
1
UPM
http://www.upm.edu.my/
8/10
2
UM
http://www.um.edu.my/
8/10
3
UNIMAP
http://www.unimap.edu.my/
8/10
4
UUM
http://www.uum.edu.my/
7/10
5
USM
http://www.usm.my/
7/10
6
UMP
http://www.ump.edu.my/
7/10
7
UITM
http://www.uitm.edu.my/
7/10
7
UTM
http://www.utm.my/
7/10
8
UTEM
http://www.utem.edu.my/
6/10
9
UTHM
http://www.uthm.edu.my/
6/10
10
UKM
http://pkukmweb.ukm.my/
5/10

** Lanun ada masalah dengan sambungan internet, jadi tiada BW sori kawan2.. hu3 sedey.

24 June 2010

Pad Tuala Wanita : Pakai, Basuh, Guna Semula..

40 komen disini yer..
Salam...
Satu post yang lari dari dunia Lanun iaitu pasal pad, modes, cotex, tuala wanita atau apa sajalah yang korang panggil. Semua tahu kan? lelaki zaman sekarang kalau tak tahu memang elok kena pelangkong jar benda ni pun tak tahu.

Ok Lanun nak share satu produk baru yang Lanun baru dapat tahu semalam, selepas baca post terbaru member lanun, Ejid [http://palabatas.blogspot.com/] dalam blog nya berkaitan tuala wanita yang boleh diguna semula. Meaning, lepas basuh boleh pakai balik. Wah, first time Lanun jumpa info pasal pad leh guna semula ni.

Kata kawan Lanun tu,
1. Dier boleh jimat duit dan
2. Lebih selesa berbanding pad konvensional yang biasa,
3. selamatkan bumi.. tul tak?

Gambar bawah ni contoh dari tuala wanita istimewa yang dijual. Menarik kan? Pada kaum hawa boleh lah try, pada kaum adam leh gak try, tapi try promote kat wife atau saudara perempuan.


Jadi pada yang berminat untuk tahu lebih lanjut berkaitan pad guna semula ni boleh lah rujuk dekat senarai libk blog bawah ni :
  1. Testimoni? Cara guna? [ http://palabatas.blogspot.com/ ]
  2. Harga? Nak beli? Nak tengok jenis2 lain?  [http://mum7kids.blogspot.com/]
  3. Nak beli? Sini ada jual jugak [http://juallampinmoden.blogspot.com/]

23 June 2010

Trend Beli Nombor Plat Kenderaan Beratus Ribu Untuk Apa?

23 komen disini yer..
Salam..
Hu3.. memang jenis suka membazir punya orang!, sanggup menghabiskan duit semata mata bida nombor plat kenderaan. Terbaru Datuk K suami Siti Nurhaliza beli nombor plate KCT 1 dengan harga RM66 650! Banyak sangat dah duit dieorang kan? Rasanya ada banyak lagi tempat berfaedah boleh si Datuk K ni sumbangkan duit die yang berkepuk kepuk tu. RM66 ribu hanya untuk nombor plat? KCT 1? Untuk bermegah megah?

ni nombor plat memalukan...

Lanun, nak tanya ada sapa tahu tak duit duit bidaan nombor plat pegi tang mana? disalurkan pada JPJ je ke? atau ke mana? kalau ke JPJ sahaja memang JPJ ni leh la jadi antara penguat kuasa paling terkaya kat Malaysia lar, daftarkan nombor lepas tu bidakan pada orang orang kaya. Atau duit ni di beri pada kerajaan Malaysia untuk salurkan pada rakyat di bawah ni? Ada siapa tahu info tak? 

ha3.. ni bukan untuk berbangga..

Fakta sedikit pasal nombor plat : 
1. Shahidan Kassim plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 RM120,000.
2. Exco kerajaan Pahang CCC 3 RM62,400
3. Rekod termahal TAY 1 RM220,000 TAN 1 RM200,090 TAX 1 RM165,000 JJJ 120,000
4. Dato' Seri Adnan CCC 9 RM48,000.
5. Tun Mohd Khalil Yaakob pernah membida MBQ 1 MBN 8 MBN 1
6. ada banyak lagi... seronok dieorg habiskan duit pada benda macam ni.

Trend orang-orang kaya bida  nombor plate ni, semata mata untuk tunjuk lagak dan kekayaan... Jawapan dieorang mungkin : Duit aku..aku punya suka lar..

Masalah Ruang Title / Tajuk Pada HTML/Javascript Add a Gadget

10 komen disini yer..
Salam..
Lanun baru baru ni edit gadget Lanun pada template Lanunsepet dalam blogger, Lanun perasan satu bugs, satu error yang sebelum ni tak pernah jadi pun. Iaitu ruang Title atau tajuk HTML/Javascript Gadget yang sebelum ini boleh diabaikan,n tak di isi pun tetapi sekarang dah ada error.

Ruang title tu sekarang tak boleh ditinggalkan blank, perlu di isi tak boleh kosong. Kalau tak isi akan ada error seperti gambar kat bawah ni. Untuk atasi masalah ni sila baca lagi dibawah.


Lanun siasat perkara ni di forum blogger dan masalah ni sebenarnya berlaku sejak 21hb Jun baru baru ni. Google mengesahkan masalah ni dan akan perbaiki nya dalam masa terdekat. Jadi untuk sementara waktu kita boleh gunakan skrip / kod ini <h></h> untuk ignore Title dan atasi error yang berlaku.

Korang hanya perlu copy and paste kod dibawah ni diruang title, kod skrip ni akan ignore kan sebarang title. Gantikan kod ni <h></h> pada ruang title HTML/javascript gadget untuk abaikan tajuk gadget tu.

22 June 2010

Tutorial : Cara Disable Text Selection Pada Blog Anda...

30 komen disini yer..
Salam...
Sebelum ni dalam tutorial Tutorial : Disable Right Click - Halang Klik Kanan kita belajar macam mana nak halang dari user menggunakan klik kanan. Sebab apa? sebab taknak dia guna fungsi copy n paste. Cara tu memang boleh kurang jenayah copy n paste he3, tapi tak cukup dengan itu sahaja. Visitor still boleh guna kan shorcut keyboard CTRL C untuk copy dan CTRL V untuk paste. Macam mana nak halang benda ni?


Kita boleh ikhtiarkan dengan menambah satu skrip dalam template blog kita. Selepas install skrip tu visitor / siapa siapa pun takkan boleh highlight text dan tak boleh nak buat text selection. ia adalah skrip disable text selection. Ok, nak try install skrip tu? Nak lindung hak cikpta korang? Jom ikuti Tutorial : Cara Disable Text Selection Pada Blog Anda.

1. Log in ke blog anda
2. Layout > Edit HTML
p/s : sila backup template dulu yer klik download full template, demi keselamatan.
3. CTRL F cari </body> dalam skrip template anda.
4. Copy n paste semua kod dibawah ni dan bubuh kat DI ATAS </body>

<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable select-text script- © Dynamic Drive (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/
//form tags to omit in NS6+:
var omitformtags=["input", "textarea", "select"]
omitformtags=omitformtags.join("|")
function disableselect(e){
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)
return false
}
function reEnable(){
return true
}
if (typeof document.onselectstart!="undefined")
document.onselectstart=new Function ("return false")
else{
document.onmousedown=disableselect
document.onmouseup=reEnable
}
</script>
credit to http://www.jiwang.ws/

5. Tekan preview pastikan semua lancar dan tiada error.. kalau ok.
6. Tekan save template.

Ok dah siap, macam mana? tak boleh nak select kan? sekarang baru la jadi hakcipta terpelihara he3. Korang boleh praktikkan dan kalau ada apa apa soalan boleh lah tanya pada Lanun di ruang komen. Lanun dah try memang semuanya ok. Selain itu kalau korang ada cara lain, boleh lah kita share sama sama yer. Lanun pun dalam proses belajar jugak.

Kisah Dan Sejarah Penjara Pudu Kuala Lumpur

16 komen disini yer..

Salam..
Malam tadi bermulanya kerja meroboh Penjara Pudu yang cukup dikenali ramai. Proses itu bermula pukul 10 malam tadi. Rasanya pasti ramai tak tahu lagi yang satu projek mega akan dijalankan disitu untuk menggantikan tapak Penjara Pudu dengan satu laluan bawah tanah. Projek ni dijalankan oleh UDA Holdings.

Fakta menarik semasa peristiwa meroboh :
    • Lukisan terpanjang di dunia di tembok Pudu dirobohkan
    • Orang ramai disitu mengutip batu hasil robohan buat kenangan
    • Penjara pudu sejarah 100 tahun
    • Diroboh untuk projek laluan bawah tanah dijangka siap 2012
    • Ratusan orang datang melihat
    • Video meroboh tembok Penjara Pudu KLIK SINI 
Untuk sesiapa yang ingin nak tahu dan mengikuti sejarah dan kisah penjara pudu boleh mendownload satu kumpulan artikel atau e book beserta gambar dan penerangan yang Lanun compile kan dari sumber maklumat Jabatan Penjara sendiri. Sila klik link download di bawah :


Kerja merobohkan penjara ni Lanun sokong, kerana baik kita gantikan sesuatu yang lebih manfaat untuk rakyat sekeliling dari kita menjadikan ia terbiar dan hanya tempat tinggalan sejarah. lagipun ia hanya sejarah mengenai tali gantung, kisah seram, banduan, dan sebagainya.

Cara Buat "Flip Word" Tulisan Terbalik... Best!!

14 komen disini yer..

Salam..
Esok ada test lagi... Bosan tul, tak tahu nak buat apa..study malas, ni Lanun nak share cara terbalikkan perkataan uɐɐʇɐʞɹǝd yang korang taip. Kalau nak kelirukan kawan kawan korang dan sakit kan hati pembaca pada tulisan korang leh la ni he3 dengan Flip Word. ¿ɥoʇuoɔ eh eh Contoh :

˙pɹoʍ dılɟ uɐƃuǝp 3ǝɥ ƃuɐɹoʞ uɐsılnʇ ɐpɐd ɐɔɐqɯǝd ıʇɐɥ uɐʞ ʇıʞɐs uɐp ƃuɐɹoʞ uɐʍɐʞ uɐʞnɹılǝʞ 'dıɐʇ ƃuɐɹoʞ ƃuɐʎ uɐɐʇɐʞɹǝd uɐʞʞılɐqɹǝʇ uɐƃuǝp ʞouoɹǝsɹǝq ɯoɾ 

Setiap tulisan yang korang taip dibawah akan di terbalikkan / up side down pastu korang boleh gunakan di Facebook, Blog, Website, Friendster, Myspace atau kt mana saja korang nak. Taip di ruang original apa yang korang nak pastu secara automatik perkataan anda akan diterbalikkan, pastu just copy and paste k. Done!. Confirm kepala korang terbalik, atau monitor yang terbalik!.

Arjuna TV3 KRU Episod 4 Download & Review

6 komen disini yer..

Salam..
Short update dari Lanun, sori la ek.. Lanun nak blogwalking pun tak dapat malam ni atas kekangan masa nak study. Jadi sebagai permulaan post Slot Aksi TV3 Arjuna episod terbaru iaitu episod 4 Lanun hanya sempat update link untuk download.

Review :
Coming soon...

Download :
Sesiapa yang terlepas peluang tengok drama ni, dan tak kuasa tunggu video buffering kat TV online tu boleh download episod yang latest sekali kat sini :
  1. Download Episod 4 Arjuna TV3 Part 1/4
  2. Download Episod 4 Arjuna TV3 Part 2/4
  3. Download Episod 4 Arjuna TV3 Part 3/4
  4. Download Episod 4 Arjuna TV3 Part 4/4

21 June 2010

Analisa : Trafik dan 10 Keyword Paling Popular Minggu Ini

17 komen disini yer..
Salam..
Lanun terpaksa update awal mengenai analisa trafik, pelawat, dan keyword terhangat minggu lepas hingga ke hari ini. Bukan apa, besok Lanun takut tak sempat sebab ada test besok. Lanun harap semua doakan urusan Lanun dan kita semua besok hari dipermudahkan Allah SWT.

Analisa trafik menurun
Untuk analisa minggu lepas, Lanun punya UV nampaknya menurun sedikit. Sebelum ni Lanun dapat trafik banyak daripada jadual worldcup waktu malaysia malangnya bilangan search dari keyword tersebut makin kurang dari hari ke hari. Hari ini hanya dalam 5,6 sahaja search jadual tu. Memang logik la kan memang akan berkurang search pasal tu.


Keyword popular
Keyword yang lain biasa biasa saja, cuma sekarang Lanun nampak makin ramai yang update pasal drama dan sinetron terbaru kat TV3. Antaranya Alisa, benci bilang cinta, dan ilusi. Ada yang sediakan link untuk download drama, download OST, dan tak kurang jugak yang buat review pasal drama drama baru ni. Lanun pulak setia dengan Arjuna ha3. Trafik dari drama dan sinetron ni banyak tau. Yang dapat trafik begini adalah hasil dari aplikasi tips tips SEO. Apa itu SEO?

Trafik Malaysia dari Drama TV
Lanun sebenarnya taknak update pasal drama drama melayu ni (arjuna lain, special kes ha3). Tapi untuk pengetahuan korang, dari drama drama ni lah trafik datang dan jadi rahsia kebanyakan blog blogger baru yang meningkat naik. Memang di Malaysia ni trafik cukup banyak datang dari hiburan TV. Apa yang orang nampak kat TV orang akan cari di internet contohnya lagu tema OST, biodata pelakon, sinopsis dan link download.

bilangan search di bawah 16 tidak ditunjuk.. walaupun 1 ia tetap bermakna.. bilangan sebelah kanan jadual menunjukkan berapa kali orang search keyword tu di internet, dan mereka klik artikel tu di blog kita,

p/s : Nampaknya kena cari isu baru yang popular dan sedang di gilai ramai, apa agaknya yer? 

20 June 2010

SEO : Apa itu SEO?

84 komen disini yer..
Salam...
Lanun akan kongsikan hari ini tentang SEO. Pernah dengar kan? yang blogger blogger hebat banyak dok bebel bebel untuk naikkan ranking dan trafik tu lar. Hmm..tapi tak paham apa ke bendanya? binatang apakah SEO itu? dan ada apa dengan SEO? Apa yang di maksud kan guna SEO? Kenapa ia penting? 

Maksud & Definisi

S.E.O : Search Engine Optimization
Ia adalah satu cara, kaedah atau aktiviti yang digunakan untuk menaikkan ranking, menaikkan ke popular an sesuatu web atau blog ke satu tahap yang lebih tinggi. Bagi keyword / kata kunci tertentu pada enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain lain.

SEO stands for search engine optimization. Search engine optimization includes all the activities that help a website to rank well for a certain keyword on a search engine like Google.

Untuk apa SEO ni Lanun?


Nak bagi mudah, Lanun akan terangkan berdasarkan gambar di atas. Bila kita buat search di Google sebagai contoh "Website hosting Murah". Google akan paparkan senarai hasil carian yang berkaitan sesuai dengan apa yang Lanun cari tadi. Apa maksud setiap bahagian di atas?

Warna Merah : Iklan berbayar, individu/syarikat bayar pada google untuk iklan produk dieorang dan keluar setiap kali bila ada orang search perkara berkaitan servis atau produk company mereka.
Warna Hijau : Yang ni dikenali sebagai organic / natural, search result tanpa berbayar, korang pun leh tersenarai kat situ. 

Menurut Google hanya 30% sahaja klik bahagian iklan yang lain 70% lagi klik natural search result yang biasa. Jadi sangat sangat lah penting bagi setiap syarikat atau setiap blogger untuk berusaha tersenarai di SERP (search engine result page) supaya mudah mendapat trafik.

Nak tersenarai, mestilah di page pertama. Page pertama adalah sangat penting kerana pengguna internet yang buat searching jarang nak tengok result yang page 2, 3 dan seterusnya. Kan?

Oleh sebab itu lah SEO ini dijadikan tools atau alat untuk mengoptimakan sesuatu blog atau website itu supaya boleh tersenarai di first page Google search (muka surat pertama hasil carian google).

Search engine ni adalah program, kalau kita tahu apa dan bagaimana yang dia mahukan, kita akan mudah tersenarai. SEO ini lah yang akan menjadikan website dan blog kita "mesra" dengan search engine.

Bagaimana kaedah SEO ni?
  1. Pelbagai cara dan kaedah
  2. Keyword adalah kunci SEO paling utama
  3. Melibatkan semua elemen dalam sesuatu web dan blog
  4. Ada syarikat dan individu tertentu mengambil upah mengoptimakan SEO ni.
  5. Ada "white hat" dan "black hat" SEO
  6. Kaedah "Black Hat" adalah teknik SEO yang di haramkan.
Amacam dapat dah idea sket pasal SEO ni? Lanun dulu blur juga.. sekarang ni paham la sket sket, tu yang share ni. :-) Ok, next time kita share sifu sifu SEO melayu yang boleh kita sedut ilmu dieorang.. choww..

Selamat Hari Bapa... 20 Jun 2010

13 komen disini yer..
Salam...
Lanun tak tahu pun hari ni Hari Bapa, sehinggalah teringat kata kata kawan Lanun Faiz [www.mohdfaiz.co.cc] malam tadi, dia cakap arini hari ni adalah Hari Bapa. Pagi ni pulak Mus [www.puterapescado.blogspot.com] ingatkan Lanun. Tq kawan kawan, sebab ingatkan. Rasanya kalau terlupa pun hari ni Hari Bapa takda lah derhaka pun kan he3.

Tapi its a good idea, ia satu budaya dari Barat yang maklumlah suka buat hari itu lah hari ini lah macam macam. Bagi Lanun sekiranya ia tidak bertentangan dengan Islam, teruskan saja. Apa salahnya kita teringat pada Ayah kita dari tak teringat lansung di hari hari biasa yang lain. Selamat Hari Bapa to all Bapa in the world.

Quo : bapa kemerdekaan, pembangunan ada, siapakah bapa blogger?

Banyak blogger tayang Ayah masing masing, Lanun nak tayang Ayah Lanun jugak ni, siap biodata lagi. :

Umur : 60 tahun ( 9/9/1950)
Kerja : Ejen HPA Kopi Radix (bukan CIA)
Kepakaran : Senibina 
Hobi : Memancing
Cita cita : Perdana Menteri he3
Jasamu takkan terbalas dengan apa sekalipun ku beri....
Semoga dirimu dan bonda beroleh kesihatan tubuh badan dan 
Syurga di akhirat kelak, itulah yang selayaknya.. aaminn...

19 June 2010

UTeM : Universiti Teknikal Malaysia Melaka Menggunakan Nokia 1200

27 komen disini yer..


p/s : apa semua atas ni?? Lanun pun tak tahu... 
Tak sangka menamatkan pengajian aku dengan ada sedikit rasa sakit hati (byk gak..).. 

Jadual & Peta Roadshow Ceramah Palestin LifeLine 4 Gaza (LL4G)

6 komen disini yer..
Salam...
Seperti yang semua tahu, Lanun pun ada siarkan becrita dan info berkaitan serangan binatang yahudi laknatullah pada misi lifeline 4 gaza pada 31mei dahulu yang membawa pada kematian berbelas sukarelawan dari pelbagai negara. Ya, pada yang Muslim menurut ulama mereka Syahid dan Lanun pun bersetuju mereka syahid. Alfatihah untuk semua pejuang pejuang kita..

Lanun kat sini ingin berkongsi dengan semua, sekarang ni LL4G NGO lifeline 4 gaza sedang membuat roadshow, ceramah, dan taklimat berkaitan misi mereka, berkongsi pengalaman mereka, menyampaikan mesej mereka sekembalinya mereka selepas di kepung israel. Ketua misi LL4G Noorazman akan mengetuai roadshow dan jugak memberi ceramah bersama panel panel lain.

Lanun teringin nak pergi dan sedang tinjau tinjau tang mana sesuai n paling dekat nak pergi dengar ceramah roadshow dieorang supaya leh kite dengarsendiri pengalaman perit mereka semasa diserang zionis. Jadi untuk tu, mereka telah sediakan Jadual dan peta untuk ke event yang mereka dah atur. Jadi untuk tahu dimana? dan bila? sila klik link di bawah :

KLIK SINI : Jadual & Peta Roadshow Sukarelawan Lifeline 4 Gaza - Google Maps
(warna merah - event dah lepas warna biru - event akan dtg)

p/s : Lanun sgt sgt syorkan korang pergi... bagi mata kita terbukak sket.

Jadual Event PC Fair 2010 2nd time Julai - Ogos

8 komen disini yer..
NAK SURVEY PC HUJUNG TAHUN NI? PC EXPO OKTOBER -DISEMBER 2010 



Salam..
Lanun nak bagitahu bermula bulan Julai 2010 ini sehinggah penghujung Ogos akan berlansung Pikom PC Fair 2nd event yakni yang kedua untuk tahun 2010. PC Fair seperti yang semua orang tahu adalah pameran IT dan gadget terbesar di Malaysia terutamanya Computer dan notebook. Siapa tak pernah pergi? jom bersesak sesak ke sana!.

Ok, ni lah tempatnya kalau nak cari produk baru, hardware, software dan gadget terbaru dengan harga yang berpatutan. Pikom akan buat roadshow ke setiap negeri tertentu di lokasi tertentu mengikut jadual masa dan tempat dibawah. Jangan lepaskan peluang ni, untuk yang nak survey notebook or PC tu tunggu PC fair datang ke tempat anda k, harga memang istimewa.

p/s : harga isitimewa ke? Tak pun g lowyat jar, ade orang kata sama jar ngan PC fair.
Nak tahu lagi pasal event lain bawah PIKOM? klik sini...[website pikom CMS]

Tutorial : Tukar Ikon Favicon Pada Blog Gantikan Logo Blogger..

42 komen disini yer..
Salam...
Untuk sesi tutorial kali ini Lanun al-blog akan share kan satu lagi tutorial yang ramai dah buat dah pun. Tutorial untuk tukar kan logo ikon "B" blogger pada tab browser tu kepada ikon lain mengikut cita rasa korang sendiri. Korang jugak boleh gantikan dengan ikon format .gif yang beranimasi bagi nampak lagi gempak and interesting lagi blog korang tu. Ikon pada tab tu orang panggil "favicon" .

Ok Jom kita belajar macam mana nak pasang favicon pada blog :

18 June 2010

Jumaat : 20 Sifat Allah Yang Wajib Kita Ketahui, Lagu dan Maksud.

11 komen disini yer..

Salam..
Untuk penerangan yang lebih mendalam untuk setiap satu daripada 20 sifat Allah SWT, Lanun syorkan korang klik kat sini [www.ipislam.edu.my/] untuk lebih mantap dan faham sila rujuk dab baca yang link ni pulak [www.al-azim.com]

Lanun harap perkongsian hari ni akan bagi mengukuhkan balik pemahaman kita dalam sifat 20 Allah yang wajib kita ketahui, tak kenal maka tak cinta.


Lanun ajak Jom kita dengar lagu nasyid sifat 20 sambil tengok senarai sifat sifat dibawah.

BIL
SIFAT 20 ALLAH YANG WAJIB KITA KETAHUI
1
WUJUD     (ada)
2
QIDAM     (sedia)
3
BAQA      (kekal)
4
MUKHALAFATUHU LILHAWADIS (tidak sama dengan yang baharu)
5
QIYAMUHUU BINAFSIHI (Berdiri dengan dirinya sendiri)
6
WAHHDAANIYAH (Esa)
7
AL_ QUDRAH (Kuasa)
8
IRADAH   (Menentukan)
9
ILMU       (Mengetahui)
10
HAYAT (Hidup)
11
SAMA '    (Mendengar)
12
BASAR    (Melihat)
13
KALAM   (Berkata-kata)
14
KAUNUHU QOODIRAN    (Allah tetap selalau dalam keadaan Berkuasa  )
15
KAUNUHU MURIIDUN    (Allah tetap dalam keadaan Menghendaki)
16
KAUNUHU AALIMAN   (Allah tetap dalam keadaan Mengetahui)
17
KAUNUHU HAYUUN       Allah tetap dalam keadaan Hidup)
18
KAUNUHU SAMI'AN     (Allah tetap dalam keadaan Mendengar)
19
KAUNUHU BASHIRAN               (Allah tetap dalam keadaan Melihat)
20
KAUNUHU MUTAKALLIMaN  (Allah tetap dalam keadaan Berkata-kata)
Nota Kaki : Kalau ada kesalahan ejaan atau apa2 maafkan Lanun.. harap kalau ada tegur terus di ruang komen TQ :-)