31 July 2010

Trafik Tinggi Tapi Takda Buffered Ads??

17 komen disini yer..

Salam...
Lanun bengang dan bengang.. Kenapa sekarang ni Blog Lanunsepet ni susah betul nak dapat buffered. Dulu nak aje dier melekat kat blog Lanun ni sekarang punya la segan. Sejak sejak Lanun slow blogging sebulan lepas terus Lanun tak dapat dapat dah sampai sekarang padahal masa sloww tu pun trafik blog ni still tinggi, unik UV pun tinggi.

So, apa yang tak kena ni?

Nak Kenal Asyraf Juara Imam Muda Astro ??

6 komen disini yer..
Imam Asyraf

Salam..
Beliau lah juara Imam Muda Astro yang baru sahaja memenangi rancangan realiti Imam Muda yang pertama seumpamanya di dunia, Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan. Rancangan untuk pengetahuan korang turut dapat perhatian luar negara sehingga mereka hantar wakil untuk ke rancangan tersebut. Lanun puji usaha ini walaupun tidak berapa suka dan setuju dengan Astro.

Sekarang Imam Asyraf dah ada fan page kat FB jadi sape nak menjadi peminat nya boleh lah join Laman Peminat facebook Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan disini KLIK SINI.

Biodata Ringkas :
Nama Penuh: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26
Asal: Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Nama Isteri: Nurhusna Yusof, 23
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah, Universiti Malaya Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Syariah di UM

Tapi Lanun ingatkan dalam rancangan Imam Muda ni kita jangan sama kan dengan rancangan realiti AF ok, darjat rancangan ni lebih tinggi dari AF. Jangan juga kita terlalu taksub dengan juara atau peserta tertentu. Dalam imam muda tiada siapa yang lebih baik atau siapa yang teruk. Semua peserta Imam Muda adalah pemenang kerana mereka berkhidmat untuk Islam dengan ikhlas itulah sebaiknya. Semoga semua Imam Muda meneruskan usaha dakwah dan menjaga peribadi. :-)

p/s : Golongan berilmu macam dieorg elok kita dampingi... berkat.

Juara Imam Muda Astro Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan

6 komen disini yer..
Salam..

Akhirnya tamat lah sudah Rancangan realiti islamik Imam Muda Musim Pertama, Juara bagi musim pertama julung kali ini adalah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 seorang graduan Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tempat pertama membawa pulang hadiah hadiah berikut :
  1. biasiswa pakej pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah.
  2. Ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan
  3. Kereta Proton Exora
  4. Wang tunai RM20,000
  5. Sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro,
  6. i Phone 3G,
  7. Trofi dan sijil penyertaan serta
  8. Kad pertauliahan daripada Jawi.
Siapa tempat kedua Imam Muda? Tempat kedua di duduki oleh Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Untuk makluman program siri pencarian pertama berunsur Islam ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS).


CNN pun datang? Ia jugak mendapat liputan media luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York. Kesemua wakil media berkenaan turut hadir ketika rakaman program berlangsung dan mereka memberi reaksi positif terhadap keindahan agama Islam yang ditampilkan melalui program itu.

Macam mana yang tersingkir? Pada yang tersingkir mereka masih lagi ikuti pengajian Imam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Untuk siapa yang terlepas, yang ingin tengok episod episod terakhir dan terdahulu boleh rujuk link dibawah :

Laman Web Rasmi : Imam Muda
Laman Facebook : Imam Muda 106 Fan Page

30 July 2010

Kenapa Korang Balik Kerja Lambat ??

9 komen disini yer..
Salam..
Dulu masa study citer pasal study, masuk alam pekerjaan ni citer la pasal kerja la pulak kan. Lanun nyer kerja memang gaji kecik jer, tapi dekat sangat dengan umah sewa. Ilmu yang dapat memang banyak sangat, dpt ilmu hands on tapi gajiinyer..hmm.. no komen.. (sape tak nak gaji besar?)

Masa stduy dulu stay up lama lama sebab nak cover byk topik nak study, sekarang stay jugak lama sket kat tempat keje sejam dua setelkan beberapa perkara n catch up sket sebab banyak kene belajar, so lewat la balik dari tempat kerja. Korang selalu balik lewat dari tempat kerja? Kenapa? 

Jom kita tengok situasi situasi kat bawah ni :
  1. Keje tak banyak pun, tapi saja buat keje sket sket pelan pelan leh dapat OT
  2. Terpaksa, keje berlambak terpaksa la balik lewat.
  3. Tak suka tangguh keje, so stay jap lah.
  4. Tunjuk lagak kat Boss, aku selau stay aku lah pekerja contoh.
  5. Lewat sket sebab study untuk dapat ilmu sebab baru kerja n byk kene belajar.
  6. Tengok kawan banyak kerja, so tolong die tak pun teman die.. kesian.
  7. Tak suka balik lewat, kalu boleh 5.30 tepat keluar tempat keje.
  8. Buat ape balik lambat, gaji sama jar, pangkat tak naik pun.

29 July 2010

PM Najib Bercuti Ke Luar Negara??

7 komen disini yer..
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara mulai hari ini hingga 10 Ogos, menurut kenyataan akhbar pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan dua perenggan itu turut memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. - Bernama

p/s : Wah, PM Najib kita bercuti lama tu..sini Lanun suggest PM cuti la dalam negara, banyak faedah nya..
  1. jimat tambah keadaan sekarang ni (rakyat lak kena jimat? gaji PM, rakyat bayar)
  2. sokong industri tempatan ( zoom malaysia, cuti cuti malaysia), 
  3. boleh rapatkan hubungan dengan rakyat, 
  4. kurang kan pengaliran duit ke luar negara, 
  5. dapat promote pelancongan tempatan kepada semua,
  6. tapi... aku punya duit aku punya suka la kot jawapannya...
p/s lagi : sekadar pendapat Lanun... 

28 July 2010

Santai : Gambar Local Yg Kelakar Buat Korang...

10 komen disini yer..
Salam... Lanun mintak maaf sangat sebab lama tak dapat online. Umah sewa Lanun baru jer pasang internet semalam. Balik jer dari kerja tgk dah ada modem dok berkelip kelip, nasib baik kawan ada masa TM datang modem. Kalau tak ada internet, kedai mamak lah jawabnya Lanun bertandang.

Bawah ni Lanun sediakan beberapa gambar kelakar yang boleh santaikan minda kita yang penat dengan macam macam hal. sesekali gelak anda senyum la sket kan.. penawar duka... ok have fun!!
Tengok astro dalam pajero? 


Nak cari Car Park atau Kapak???


Layan bro...


Pondok Polis Sentri kot ni...


Ayam bunuh diri... gantung kaki...


Mungkin pasang dari atas ke bawah kot..spiderman


Lenguh punya pasal.. pejabat mana la ni.. malu Lanun.


Live or Dead man??


Paham tak??


Mangsa dera ibu bapa..


He3.. tu la nak ikut sangat mama g shoping


2 dalam 1


bantal peluk.. 


Pakcik makan jalan...

27 July 2010

Lanun Kembali Mengganas....

7 komen disini yer..
Salam..

Alhamdulillah penantian Lanun selama hampir sebulan akhirnya tamat bila hari TM telah menunaikan janjinya memasang talian internet ke rumah sewa Lanun. Pas ni Lanun akan kembali aktif dalam dunia blogging, tapi mungkin tak macam dulu sebab sekarang dah bekerjaya ni susah la sket nak tumpu pada blog. Zaman belajar boleh malas malas, tapi zaman kerja ni kalau malas alamatnya lingkup !!!

Lanun mengajak semua kawan kawan blogger mari kita kembali aktif MELANUNNN...!!!


Semakan Panggilan Temu Duga Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSTS) Keluaran IPTA

2 komen disini yer..
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan panggilan temu duga bagi Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Keluaran IPTA boleh dibuat mulai 27 April 2010 (Selasa) di laman sesawang KPM.

Laman web semakan : Semakan Panggilan Temu Duga 

Untuk makluman, semakan ini adalah untuk calon-calon yang telah memohon melalui Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA (e-gst) yang telah dibuka pada 1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010 yang lalu.

Sebarang keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-88847832.

Harap maklum.

26 July 2010

Buat Muka Kartun Anda Sendiri Secara Online...

2 komen disini yer..
Korang nak tak blaja cara nak create Avatar? alar yang muka kartun? jadi manga?  Macam Lanun punyer justkhai  n  daus trademark tu... Korang boleh buat semua tu secara online Mudah jer bai, buat, create, customized, pakaikan dengan baju pilihan korang, tukar bentuk mata, pakaikan kopiah, topi , buh janggut dan macam-macam lagi..


Lanun create yang face Lanunsepet tu guna website ni la, jadi pada sesiapa yang nak create manga face / muka kartun anda sendiri boleh ikut step di bawah: 
  1. Masuk website Faceyourmanga.com (pastikan browser anda ade flash plugin)
  2. Klik create > Select Jantina >
  3. Pilih riak muka, pilih aksesori, dan DLL
  4. Selesai edit ? klik finish dan masukkan email anda untuk dptkan image avatar korang.
  5. Kalau xnak guna email, korg just "print skrin" jer lepas selesai edit n paste kat paint.

24 July 2010

Penempatan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah)

0 komen disini yer..
Makluman Penempatan Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah)

Semakan Penempatan Guru Baru Sekolah Rendah [Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah)] ialah mulai 2 Ogos 2010 melalui Laman Web KPM.

Tarikh Penempatan Guru Baru Sekolah Rendah [Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah)] ialah pada 16 Ogos 2010 (Isnin).

E-GST : Penangguhan Tarikh Semakan Panggilan TemuDuga eGST IPTA

2 komen disini yer..

UPDATE TERBARU :

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan panggilan temu duga bagi Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Keluaran IPTA boleh dibuat mulai 27 April 2010 (Selasa) di laman sesawang KPM.

Laman web semakan : Semakan Panggilan Temu Duga 


Penangguhan Tarikh Semakan Panggilan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Siswazah

Harap maaf, semakan panggilan temu duga Guru Sandaran Terlatih Siswazah Keluaran IPTA bagi sesi permohonan 1 - 30 Jun 2010 hanya boleh disemak mulai 27 Julai 2010. Segala kesulitan amat dikesali.

-Bahagian Pengurusan Sumber Manusia-

Rujukan : Permohonan-e-gst-2010-temu-duga-guru sandaran terlatih
Rujukan : Laman web MOE / KPM

19 July 2010

Misteri Penyakit Sawan

11 komen disini yer..
Salam...
Sawan.. Sawan babi.. Pernah dengar tak? nama lain sawan adalah Epilepsi. Lanun sendiri pernah lihat 2 orang kena serang sawan. badan kaku mengeras dan mulut pulak keluar buih buih. Pakcik saudara Lanun sendiri ada penyakit ni dan arwah meninggal duni ajuga atas asbab penyakit nih.


Sejauh mana pengetahuan kita pasal sawan? Apa puncanya? Apa ubatnya? Apa cara nak halang dari penyakit ni? benarkah ia kaitan dengan keturunan? Bagaimana nak bagi rawatan pada pesakit sawan?

Ikuti penjelasan panjang lebar berkaitan penyakit sawan di KLIK SINI

17 July 2010

Realiti Imam Muda : Pendapat Korang?

8 komen disini yer..

Sepuluh orang calon Imam Muda :
Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

Laman Web Rasmi : Imam Muda
Laman Facebook : Imam Muda 106 Fan Page

Lanun tertarik masa 1st time dengar pasal rancangan realiti baru Imam Muda ni, tapi tak tengok tengok pun sebab sibuk dengan keje, internet pun payah sekarang. Pada yang layan cite ni apa yer pendapat korang dengan rancangan nie? Sesuai tak? boleh tak korang rasa dieorang capai objektif? 

15 July 2010

Kemasukan Politeknik Sesi November 2010

5 komen disini yer..
Salam..
Lanun nak inform pada sesiapa yang masih tak dapat panggilan kemasukan ke Politeknik sesi Jun/Julai 2010 hingga 15 Julai boleh cuba untuk kemasukan November 2010. Apa yang Lanun maklum korang perlu kemaskini permohonan di website yang sama.

Mesej asal dari website e pengambilan Politeknik :

  • Keputusan rayuan boleh disemak pada setiap hari KHAMIS mulai 27 Mei 2010 hingga 15 Julai 2010.
  • Calon yang merayu dan berjaya akan ditawarkan kemasukan ke Sesi Jun 2010. Sekiranya tiada kekosongan, calon akan ditawarkan kemasukan ke Sesi November 2010.
  • Calon yang masih tidak ditawarkan selepas 15 Julai 2010 dinasihatkan untuk mengemaskini e-Borang mulai 16 Ogos 2010 untuk diproses semula bagi kemasukan ke Sesi November 2010.

Cara Memohon/ Kemaskini
1. Buka http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp
2. Borang Permohonan > Cara Memohon > Permohonan Baru / Kemaskini

14 July 2010

Keistimewaan Pemegang Kad OKU

11 komen disini yer..
contoh kad OKU

Senarai Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada OKU Yang Berdaftar. Ini merupakan senarai kemudahan yang ditawarkan kepada semua pemegang kad OKU. Anda berhak mendapat semua kelebihan ini, Jadi sekiranya ada penafian hak anda dalam hal hal dibawah anda boleh memaklumkan kepada pihak berwajib kerna mereka telah ingkar dengan arahan kerajaan.

Kemudahan tersebut adalah seperti berikut [KLIK SINI] atau [KLIK SINI]

12 July 2010

Nasib Paul Octopus Selepas World Cup

11 komen disini yer..
Salam..
Popular betul si sotong sekor ni, rasanya semua tau pasal Paul yang terkenal dengan "ramalan" nya dalam world cup tahun 2010 kali ni. Lanun pasti semuanya hanya kebetulan dan sebab hanya Allah sahaja yang mengetahui hal hal masa depan. Tapi kemeriahan world cup dan kebetulan pulak pilihan si sotong Paul ni kena.


Bila dengar pasal Paul ni Lanun automatik terfikir ape la nasibnya pas habis world cup nih? Ada dari peminat peminat pasukan negara yang kalah mengamuk dengar kata kalau dieorg dapat si Paul ni memang dieorang nak masak ha3. Nampaknya si Paul kena upah pengawal peribadi kot kot kena culik.

Fakta pasal Paul Octopus
  • Dalam akuarium Paul akan di letak dua kotak yang mengandungi makanannya, kotak yang sotong ni pilih tu lah yang akan jadi pemenang.
  • Paul the Octopus was born in 2008 at the Sea Life Center in Weymouth, England.
  • Paul is named after the children’s book “Der Tintenfisch Paul Oktopus” by Boy Lornsen.
  • Since 2008 Paul have predicted a total of 12 games, 10 out of these has been correct.
  • Paul’s species is called “Octopus vulgaris”.
  • An “Octopus vulgaris” usually lives for about three years.
Lanun rasa ni la nasib Paul pas world cup ni :


11 July 2010

Perut Punca Segala Penyakit

23 komen disini yer..
sumber ; http://cvtampang.tripod.com/id32.html
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)

09 July 2010

27 Rejab : Hari Pembebasan BaitulMaqdis Oleh Salehuddin Al Ayubi

2 komen disini yer..
Salam...
Hari ini bersamaan dengan 27 Rejab 1431H, hari ini merupakan hari dimana Baitulmaqdis (Al-Quds Ash-Sharif - Tempat Yang Suci) telah dibebaskan dari tentera salib oleh tokoh syahid Islam terkenal Salehuddin Al Ayubi yang mulia. Beliau merupakan pejuang dan ahli ibadat yang disegani dan digeruni oleh kawan dan musuh. Mari kita sama sama kenang kembali dan ambil pengajaran sepanjang tempoh BaitulMaqdis dalam genggaman musuh. Apa kita dapat belajar?

Sedih rasa hati mengenangkan hari ini Baitulmaqdis dan Palestin masih dalam genggaman Israel. Hanya secebis tanah di semenanjung Gaza terus dipertahankan oleh Hamas sehingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa serangan pada konvoi kemanusiaan pada awal bulan Jun telah membuka lebih luas mata pihak yang masih tertidur dengan lena. Sehinggakan wartawan yang di tawan Israel berkata " saya merasakan derita rakyat palestin dalam masa 28 jam" semasa berada dalam tahanan. Bayangkan saudar kita disana?

Sedikit sejarah mengenai Baitulmaqdis :

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

Ya Allah tabahkan hati para pejuang Mu di Palestin... aaminn..

08 July 2010

2 Laman Web Yang Boleh Bantu Dalam Tugasan Dan Laporan

6 komen disini yer..
Salam...
Sebagai student kita tak lari dari buat tugasan atau assignment, selain tu kita jugak buat presentation (pembentangan) guna slideshow seperti flash dan microsoft powerpoint. final report, hardcover, assignment, technical report,  memang lumrah student macam Lanun ni.

Untuk hari ni Lanun akan sharekan sebahagian dari Laman web yang Lanun kongsi laman web yang boleh dijadikan tempat untuk cari bahan, tambah idea dan bantu korang buat assignment / tugasan serta siapkan slideshow presentation powerpoint. Kalau korang bernasib baik, sebijik sebijik macam apa yang korang nak pun ada.


1. Slideshare [http://www.slideshare.net/]
  • Di Slideshare.net korang boleh search slideshow powerpoint .ppt dalam pelbagai bidang.
  • Boleh download (ade sesetgh owner halang dload) dan upload.
  • Slideshow provide embed code / html kod untuk blog DLL.
  • Mudahkan presentation korang kan?
  • Register (percuma) untuk download.


  • Boleh cari slideshow, report, kertas kerja,resume dan dokumen lain lain.
  • Boleh dapatkan soalan exam past year UPSR PMR SPM STPM
  • Boleh download dan upload
  • download kepada .pdf .doc .txt .ppt .word (bergantung pada jenis file)
  • Ada disediakan embed code jugak
  • Register untuk download.
  • Boleh log in guna facebook.

05 July 2010

Tutorial : Cara Mudah Buat Table Dan Jadual Dalam Post Di Blog

14 komen disini yer..
Salam...
Nak guna table dalam post? nak buat jadual dalam pos terbaru korang? nak buat table / jadual yang menarik, berwarna? Tapi tak tahu nak buat jadual dalam post editor blog kan. Ni contoh hasil dari cara Lanun create table : 20 sifat Allah SWT

Lanun akan share kan cara yang Lanun selalu gunakan. Caranya mudah saja iaitu korang just copy and paste, and then korang akan dapat hasilnya macam kat bawah ni, kemas dan cantik. Jom kita tengok step step untuk masukkan table dalam post.



















































03 July 2010

Selamat Tinggal Zaman Study....

5 komen disini yer..
Salam...
Hu3.. banyak hari dah blog ni tak berupdate 3 hari tu. Bukan kebiasaan bagi Lanun untuk tak update blog secara daily. Semua ni jadi bukan per, tapi sebab Lanun dah berpindah ke rumah sewa baru dan takdak internet. Sebab ape pindah? sebab Lanun baru sahaja menamatkan semester khas pada 29hb jun lalu.

Alhamdulillah, semua dah tamat. semuanya tinggal kenangan. Zaman study, zaman sebagai pelajar universiti dah menjadi sejarah hidup. Pasni Lanun akan tentukan hidup Lanun sendiri. Sebelum ni dalam universiti kita ada silabus sekian-sekian kena ikut. Bila dah habis dan merdeka ni kita on our own..kita akan bergantung sepenuhnya pada diri kita, bersediakah?

InsyaAllah hari Isnin ni Lanun akan melangkah ke alam baru yang Lanun dah tinggalkan dulu, alam pekerjaan. Tak jauh dari umah sewa, Lanun akan sign in pagi isnin nanti. Dekat mana Lanun kerja? klik sini. Doakan semuanya berjalan lancar dan hubungan dgn rakan sekerja kat tempat kerja pun baik. :-)

Lanun mungkin akan kurang yang amat kurang update sebab kat rumah sewa baru tu tak pasang internet lagi. Nak pakai broadband tak dak duit pulak, leh lari bajet Lanun. Jadi Lanun target beberapa area yang ade internet free kat area rumah sewa Lanun Taman Tasik Utama Melaka. Blog punya pasal...
  • E-inkubator berdekatan Mydin Mall
  • Restoran Mamak bawah Mydin Mall
  • Restoran Mamak Ayob Bistro depan Mydin Mall
  • Mc Donald kat Zoo Melaka.
p/s : tenkiu sangat2 pada yg sudi singgah melanun.. teruskan k.. Lanun mintak maaf sebab selagi takda sambungan internet ni payah sket nak blogwalking dan bersedekah he3.