28 September 2010

Rahsia Bantal dan Personaliti Diri Anda...

3 komen disini yer..
Salam..
Lanun dapat satu email dari sahabat tentang kaitan bantal dan personaliti diri kita. entahlah boleh percaya atau tidak. Apa apa pun Lanun tetap akan kongsikan apakah maksud gaya anda dengan bantal anda serta kaitanya dengan sikap dan peribadi diri anda juga orang yang anda kenali. Mungkin suami atau isteri anda? Anak anak anda?

Peringatan : Ia bukanlah atas kajian jadi anggap ia sekadar suka suka, kebenaran adalah masih tidak dapat dipastikan.

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

Korang Rasa Palestin dengan Israel Boleh Berdamai Ke?

2 komen disini yer..
Salam...
Bolehkah berdamai? Jika Israel masih layan Palestin bagai binatang yang takda harga? Israel baru baru ni jugak masih terus bina penempatan haram atas tanah rakyat palestin sendiri.

Pada masa yang sama kata nak berdamai, pada masa yang sama juga terus serang palestin? Jangan salahkan Hamas kerana guna ketenteraan kerana hanya itu saja caranya untuk berjuang pertahan kan tanah air mereka, maruah mereka, nyawa rakyat yang banyak terkorban.

Apa guna berdamai tetapi menjadi hamba di tanah air sendiri nanti? 

Video Perkahwinan anak pemilik NAZA dah dibuang?

5 komen disini yer..
Salam...
Lanun perasan pagi ini video perkahwinan anak gadis juwatan SM Nasimudin iaitu Nur Nadia telah pun tidak ada lagi. Begitu juga video rasminya perkahwinan itu di facebook video dan Youtube Channel Manggis Production juga telah tidak ada.

versi youtube juga sudah tidak ada...

Kenapa yer? (walaupun dieorang buang ade orang dah buat copy...)

Artikel Lanun sebelum ni : Video Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin anak perempuan pengasas NAZA, Lanun tak kagum pun..

27 September 2010

Alfatihah : Adun Galas Chek Hashim Sulaima Meninggal Dunia

2 komen disini yer..

Salam..
Alfatihah buat Adun Galas (PAS) yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi 4.30pm. Punca kematian beliau ialah menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Beliau merupakan Adun Galas ( Parlimen Gua Musang ) bagi penggal ini yang berjaya dirampasnya dari BN dalam PRU lalu. SPR telah pun menerima info ini dan akan bermesyuarat tak lama lagi.

Selamat Hari Lahir ke 12 Google.. Google Darjah 6

1 komen disini yer..


Salam...
Blog Lanunsepet mengucapkan selamat hari lahir kepada Google Inc. Ia merupakan birthday Google yang ke 12 tahun ini. lanun terlewat ke? Google di diwujudkan pada September 27 1998. Nak tahu lebih lanjut pasal Google? keuntungan bersih Google? Siapa pengasanya? Apa sejarahnya? klik sini yer adik adik.

26 September 2010

Letak Embed Video Facebook Pada Blog & Tutorial Lain

0 komen disini yer..
Salam...
Pada semua pembaca yang terlepas blog post tutorial bagaimana memasukkan video dari laman facebook ke dalam blog korang boleh merujuk kepada link ini yer.


Korang mesti suka ikan ni.. mesti suka punya...

1 komen disini yer..
Salam...
Selamat hari ahad semua... Allahuakbar... Indah betul pagi ni kat tempat Lanun. Korang semua dah sarapan? Lanun pagi ni macam biasa Radix 3 in 1 yang memang lazat dengan 7 herba pilihan untuk kesihatan luar dan dalam hehehe.. ( padahal tu aje pagi nie.. )

Arini Lanun nak tunjuk sekor ikan ni yang korang mesti suke. Tapi ikan ni takda kat sungai Malaysia n kalau lah ada kat sungai mesti semua orang suke he3. Jom tengok video ni.. Pastikan tengok sampai habis ok.


Cara embed video dari facebook ke blog korang? KLIK SINI
Iklan ni ikan harimau Wikipedia - Tiger Fish

25 September 2010

Bernas : PM Najib nak bantu Obama atasi Islamophobia

2 komen disini yer..

Salam..
Lanun rasa macam satu kenyataan yang baik dari PM Najib 1 Malaysia kita yang kata nak bantu Obama dalam atasi fenomena Islamophobia di US Amerika. Pada yang tak tahu apa Islamophobia, sila search kat Google apa maksudnya.

Wikipedia : Islamophobia (ie. Islam+phobia, "fear") is prejudice against, or an irrational fear of Islam or Muslims.

Lanun pandang kehadapan apakah langkah langkah yang PM Datuk seri Najib nak buat. Ia satu kerjasama dan cadangan yang baik yang patut di puji. Semoga perancangan beliau itu berjaya, sebab fenomena takutkan dan bencikan Islam ni lah yang akan burukkan lagi persepsi orang bukan Islam kepada Muslim.

Video Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin anak perempuan pengasas NAZA, Lanun tak kagum pun..

13 komen disini yer..
Salam...
Lanun tengok video ni mula mula di facebook, video ni berkisar tentang perkahwinan anak perempuan Allahyarham SM Nasimudin pengasas pada kilang kereta NAZA di Malaysia. Empayar NAZA siapa yang tidak kenal kan? NAZA mempunyai kerjasama bersama Ferrari juga untuk pengetahuan korang.

Dalam video rakaman ni, dengan tajuk Wedding of fairy tale, memang nampak gah sesetengah mata. Ramai gila yang kata kagum lah, hebat lah, teringin lah, tapi ada yang Lanun tak suka dalam video perkahwinan anak gadis pemilik NAZA tu. Apa dia?
  1. Campur campur? ada macam gaya barat, adat melayu, n ikut Islam pun ada.
  2. Kejap pakai tutup kepala kejap tak... pakai tudung tapi ada lelaki tak berbaju dan bercawat di belakang. (0:41)
  3. Lelaki hensem tough pengusung Nur nadia tu buka aurat? hanya cawat dan tak berbaju? x setuju!!. (0:40)
  4. Macam gaya greek stail barat. (0:40)
Lanunsepet : Maaf kalu korang tak suka dengan pendapat Lanun... bab gempak n meriah takpa sebab dia mampu. Tapi yang follow stail yang salah tu jar Lanun tak setuju. 



Versi video facebook dan di Youtube perkahwinan ini telah di delete kenapa ya?? 
Nak tahu bagaiman Lanun ambik video ni dari facebook letak di blog ? KLIK SINI

Doa Memulakan Kerja di Tempat Kerja...

3 komen disini yer..
Salam...
Dulu zaman study sebelum nak mula kelas, lecturer ada yang suruh baca al fatihah, lagi baik di tambah dengan doa penerang hati semoga mudah paham apa yang dipelajari. Sekarang?

Sekarang dah masuk zaman bekerja, alhamdulillah zaman study dah tamat sekarang zaman kerja yang bermula pastinya Lanun harapkan kebaikan dan rahmat dalam rezeki yang dicari ini. Dalam memulakan kerja pastinya untuk mendapat berkat mestilah dimulakan dengan cara yang betul. Bagaimana?

Salah satunya ialah dengan berdoa pada Allah SWT memohon kebaikan dan dijauhkan dari keburukan dari pekerjaan yang kita buat tu. Tak kira kita kerja kat site ke, pejabat ke, tempat tinggi, dalam tanah, dalam hutan atau pun dirumah sekalipun.

Bawah ni doa yang Lanun jumpa untuk kita kongsi sama sama dan amalkan InsyaAllah. Tak dapat hafal? fahami maksudnya dan sebutkan jar dalam bahasa Melayu, Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasih lagi Penyayang. Mudahnya menjadi Muslim ada tempat mengadu...

Lanunsepet : Jangan lupa niat mesti betul yer..macam bonda bonda kita pesan... Alfatihah sebagai pembuka juga terbaik..

klik untuk besar lagi...

Macam Ulat Berbuyun buyun...

7 komen disini yer..
Salam..
Camna dengan hari sabtu korang? nak buat ape hari ni? jom kita santai layan video ni.. ikan keli yang berbuyun buyun macam ulat sebab nak dapat makanan dari pelancong. Video ni di tangkap di Tasik Gadisar di Jaisalmer, India. Perangai Ikan kalau dah biasa kita bagi makan, dia takkan takut n datang dekat.

Bila tengok video ni Lanun teringat dua benda :
  1. Rakyat India yang miskin kekurangan makanan
  2. Ikan Keli dekat sungai The Mines he3.. banyak juga.. besar lak tu..


Lanunsepet : selamat hari sabtu n selamat berisitirehat semua... 

24 September 2010

Belanjawan 2011 ( Budget ) : Dengar kata budget lebih tinggi tahun ni...

2 komen disini yer..

Salam..
Ni adalah intipati pada Bajet yang di bentangkanoleh PM kita apa pandangan korang? Nak baca lebih? Nak download e book intipati (.pdf) bajet rakyat ni? 

Terdesak? Cara nak hutang dengan Celcom RM 2 - Credit Advance

323 komen disini yer..

Untuk MAXIS / HOTLINK Klik Sini : Hutang Kredit Dengan Maxis Hotlink RM 2 SOS Topup

Salam...
Korang pengguna Celcom? Pernah tak habis kredit pastu terdesak sangat nak guna, pastu nak topup susah atas sebab kedai jauh ke, dah malam ke, kedai dah topup mungkin. Dengan celcom korang boleh hutang dulu, atau pun pinjam dulu kredit. macam mana?

Cara caranya :

  1. Dail *118#
  2. Pilih 7 My account
  3. Kemudian 5 Other Services
  4. Select 4 Credit Advance
  5. 2 Request Advance
  6. 2 Proceed
  7. Tunggu mesej pengesahan atau cek baki selepas selesai.
Syarat untuk pinjam RM2 dari Celcom prepaid ialah Baki korang tinggal paling kurang 0.25sen, lebih dari tu tak boleh buat. Dan hanya boleh sekali sahaja, kali seterusnya selepas korang topup.

Adakah di caj bila guna servis ni? Tidak sekiranya korang pengguna Celcom lebih dari setahun, kalau kurang korang akan di caj 0.50sen. Potongan akan dilakukan selepas korang topup nanti. Mesej pemberitahuan pemotongan akan dihantar. 

23 September 2010

Di Malaysia Ada Hospital Tambah Penyakit..?

1 komen disini yer..
Salam...
Laa... Ni kes memang kasi imej hospital dan negara rosak.. Kat hospital sepatutnya jadi tempat yang selamat untuk para pesakit terima rawatan dan pekerja serta pelawat untuk tinggal dan melaksanakan urusan masing masing. Tapi baru baru ni di Pulau Pinang ada satu hospital ni mempunyai tempat pembiakan nyamuk. Ni tambah penyakit ke apa?

Penemuan kawasan pembiakan nyamuk di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini adalah satu kesalahan yang amat serius, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Walaupun ia bukannya daripada jenis nyamuk Aedes tetapi kita tetap pandang serius kerana sepatutnya hospital menjadi contoh terbaik dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kementeriannya, di sini hari ini. Berita Penuh : Hospital biak nyamuk satu kesalahan serius

p/s : nasib baik bukan nyamuk aedes.. kalau tak... tambah penyakit


gerammm.. rasa nak tepukk jar.

Jenayah Ganas : Sekat Filem & Drama papar keganasan melampau..

4 komen disini yer..

Presiden Malaysia Hindu Sangam, RS Mohan Shan, berkata sesetengah filem Tamil menunjukkan belia cara untuk terlibat dalam jenayah, dengan ada antara kaedah yang digunakan sebenarnya tidak berlaku dalam dunia nyata.

"Semua itu sebenarnya hanya untuk hiburan...tetapi memandangkan belia India kita sangat terpengaruh dengan filem, mereka ingin meniru aksi itu," katanya hari ini.

Salam..
Ada  betulnya apa yang dikatakan dalam laporan kat atas ni, seperti yang kita tahu filem, drama, media massa terutama TV dan internet memang jadi influence / pengaruh terbesar zaman sekarang ni. Jangan salahkan individu tak pandai menilai, tapi ia dihidangkan dengan semua ni setiap hari sejak kecil.

Sebagai tambahan, Lanun nak juga pesan kat sini, adakah filem Tamil je ganas? Bagaimana dengan filem lain? Mungkin mereka buat laopran ni berdasarkan kes Jutawan Sosilawati mati dipukul dan dibakar. 

Filem Melayu dan juga Indonesia apa kurangnya? filem dan drama sekarang banyak memaparkan elemen hasad dengki, pembunuhan dan hasad dengki yang berakhir dengan :
  • Sihir n Santau ( banyak filem sihir skrg.. )
  • Pukul
  • Ugut
  • Rogol (filem melayu ada ja ni..)
  • Sumbang Mahram
Pada kerajaan Malaysia dan juga penggiat seni harap memikirkan semua aspek ni. Tapi Lanun yakin ramai bertopengkan penggiat seni padahal mereka adalah PENCARI WANG yang gunakan alasan seni dan berkarya, sebab tu hasilnya tak bawa faedah tetapi keburukan.

22 September 2010

Koleksi 7 iklan best 1 Malaysia dari Proton sempena merdeka 2009 dahulu..Mesti Tonton..

3 komen disini yer..
Salam..
Lama dah iklan ni kalau tak silap masa sambutan kemerdekaan ke 52. Tapi Lanun ni la baru jumpa he3.. ada beberapa siri iklan yang istimewa dengan penampilan Afdlin Shauki, Penyanyi Dato David Aramugam & Ho Yuhang ( kenape tak pecaye??).


Iklan iklan ni memang kelakar..he3.. Antara siri iklan dari Proton tersebut ialah :
  1. Rojak ( afdlin jumpa geng2 dia..)
  2. Konsert pasar 
  3. Kuih muih
  4. Hangus ( Angkasawan Msia ke matahari? lawak2..)
  5. Lok lok
  6. Ciplak
  7. Censored 
Dalam iklan ni sistuasi semuanya di Pasar Malam, banyak benda benda kelakar seperti Afdlin cakap kena basuh telinga pas David arumugam cakap sesuatu dalam bahasa tamil, n Ho Yuhang yang suke guna ayat " Internet maa.." dan banyak lagi. Korang kena tengok semua ni k, kalau belom wajib! he3.

Dalam Iklan ni beberapa perkara Lanun nak katakan :
  1. Bagi Lanun tak berapa setuju dengan Imej n Gaya Afdlin tak nampak macam Melayu sebenar..
  2. Censored "bunyi tuutttt" mencarut kah? macam tak baik ja guna modal tu..
  3. Better buat iklan yang lebih kepada saling tolong menolong n membantu..\
  4. Tapi its ok :-) kelakar..cuma sket2 tu la Lanun tak setuju..
p/s : 1 Malaysia? benarkah 1 Malaysia? jangan hanya di dalam iklan saja...Jangan bersatu kerana bangsa, bersatu lah ke arah keadilan dan kebajikan.










Nak Download semua siri Iklan ni? KLIK SINI untuk download

Terowong Dasar Laut Malaysia Singapura dengan RTS Ganti Tambak Johor..

3 komen disini yer..
Salam...
Dalam berita hari ini kerajaan telah menimbangkan cadangan untuk membina lagi laluan masuk antara Singapura dan Malaysia berikutan tambak johor tidak mampu menampung bilangan orang yang makin ramai menggunakan nya.

Antara cadangan selain membina satu lagi tambak ialah cadangan membina terowong dasar laut, under sea tunnel yang akal dilengkapi dengan perkhidmatan pengankutan awam yang cekap iaitu Perkhidmatan Pengangkutan Transit Aliran Deras (RTS) antara Johor Bahru dan Woodlands (Singapura). Perkara ni dah dibincangkan tapi idea terowong tu masih belum pasti.

Apa itu RTS? Lanun ada wat searching sikit dan jumpa Rapid Transit Series. "The Rapid Transit Series (RTS) bus is a long-running series of transit buses originally manufactured by General Motors (the last generation of that company's long bus heritage) and was last produced by Millennium Transit Services as the RTS Legend until the company shut down production in 2009" - Wikipedia 

sekadar make up blog...

Jadi ia adalah satu sistem pengangkutan awam bagi hubung dua tempat ini, yang mana mungkin lebih cekap, pantas dan mesra alam. Bagaimana pulak dengan terowong bawah laut? Hebatkan bunyi nya? Mungkin beginilah terowong yang mungkin akan dibina itu nanti.

p/s : Harap projek ni tak jadi macam apa yang terjadi pada jambatan bengkok, last last rakyat jugak yang tanggung rugi jadi pembaziran. Harap kerajaan ambil series hal ni,jgn jadi lebai malang. Ckp pasal jmbtn ni, teringat degan cadangan Ketua menteri Ali Rustam nak bina jambatan ke Indonesia? Apa cerita?

sekadar gambar hiasan dari gooogle...

21 September 2010

Model Kereta Proton Single Seat Terbaru..

5 komen disini yer..
Salam...
Ramai dok sibuk pasal kereta terbaru proton yang akan dilancarkan tidak lama lagi ( bila la tu? ) iaitu kereta Proton Waja Replacement “P390A” yang buat bikin kecoh satu malaysia, mana taknya memang Lanun tengok pun minat, smart!.

Terbaru lagi, dalam Lanun cari cari maklumat semalam Lanun terjumpa model terbaru keluaran Proton yang berasaskan kayu, yer dengan kayu dan hanya sorang jar boleh duduk ki3.. Bawah ni ha gambar dia.. ada sapa sapa nak buat tempahan? enjin turbo...Jangan sapa sapa nak nafi k, ni memang proton punya.

Ciri ciri Proton Kayu
  • atap boleh buka sebab memang takda atap
  • takyah minyak tapi awas dengan anai anai he3.
  • tayar takyah lagi pam n jaga angin
  • lampu kena beli torchlight lar..tak skali dalam pakej.

he3.. ini keluaran proton jangan sapa nak nafi ok!!!!

Jadual Peperiksaan SPM & PMR 2010

0 komen disini yer..
Salam...
1 quickie update dari Lanun, selamat menjawab soalan peperiksaan kepada semua calon calon UPSR, dan tak lupa juga pada calon calon PMR dan SPM yang akan duduki peperiksaan mereka tahun Lanun ingatkan supaya jangan lupa study ok, lebih lebih lagi pada calon SPM dimana exam tu amat penting demi masa depan korang.

Daparkan timetable exam PMR dan SPM kat bawah ni yer dalam format PDF :

Jadual Waktu PMR 2010: Muat Turun Jadual Waktu PMR 2010
Jadual Waktu SPM 2010: Muat Turun Jadual Waktu SPM 2010

20 September 2010

Jadual Waktu UPSR 2010 dan Garis Panduan Tahun 6 Sekolah Malaysia

1 komen disini yer..
Salam...
Marilah kita sama sama mendoakan kejayaan adik adik kita yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010 yang akan bermula besok. Semoga mereka terang hati dan dapat menjawab dengan tenang dan betul. Besok akan dimulakan dengan subjek Bahasa dan Matematik Kertas 2. Bagi ingin mendapatkan Jadual Ujian penilaian sekolah rendah UPSR boleh menggunakan link disediakan di bawah.

Adik2 semua.. Good Luck, Adik Lanun paling bongsu UPSR juga tahun ni..Jangan lupa bagi support kat dieorang ok, dan jangan lupa bantu mereka. UPSR ni boleh jadi pendorong dieorang untuk lebih maju lagi nanti.

Download Jadual Timetable UPSR 2010 : [ muat turun sini - mediafire ]
Open Terus Jadual UPSR 2010 : [ klik sini - Lembaga Peperiksaan ]

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Menteri Hidang Tarian Tak Sopan, Cemar Kesucian Syawal...

4 komen disini yer..
Inikah cara seorang Menteri yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi membuat sambutan rumah terbuka hari raya aidilfitri? Lanun betul betul kecewa, sepatutnya syawal meraikan kemenangan selepas Ramadhan, dosa diampunkan, dan bebas dari azab api neraka.. Tapi apa ni? Mustahil Menteri ni tak tahu caranya salah?

Perbuatan ini amatlah terkutuk kerana menghina kesucian aidilfitri itu sendiri, Syawal di rai dengan aktiviti begini?? open house tu dah ok dah.. tapi nyanyian tarian tu..simpang!. Manataknya, Penduduk di Lama Kerayong Parlimen Bera di hidangkan tarian tak sopan sebagai hiburan raya. Rasanya kalau pakcik makcik kat situ pun takkan setuju betul tak?

Lagu dihidangkan dan didendangkan itu adalah lagu korea Nobody Want You yang kini cukup popular kerana penarinya boleh menari secara berkumpulan. Lanun perhatikan banyak tempat rajin memutarkan lagu ni dan jadikan ia sebagai persembahan.

Pada Menteri berkenaan Insaflah.. Rakyat menilai... Lanun malu dan LOST RESPECT!! Jom tengok video bawah ni.. rakaman ketika majlis terbuka kawasan parlimen menteri tersebut.

p/s : Tahniah la YB ooiii...

Malware Detected Warning Serangan, Punca, Penyelesaian & Nasihat...

6 komen disini yer..
Kalau mozilla firefox gini warningnya..

warning kat google chrome

Salam...
Makin menjadi jadi serangan Malware sekarang ni, ape yer puncanya? Lanun ada baca kat Malaysiakini aritu selepas laman web dieorang pun kena cop malware.

Punca :
Pada pembacaan Lanun ia berpunca dari iklan yang mengandungi elemen "open x", banyak laman web dan blog guna iklan ber elemen macam tu. Ia bukan salah syarikat pengiklan tetapi pada skrip "open x" yang berisiko dieksplotasi.

1. Malaysiakini jumpa punca serangan malware [ baca sini ]
2. Apa itu hack "open-x" pelajari dengan.. [ baca sini ]
3. Berita harian dan Harian metro juga ada Malware Warning ( puncanya iklan?? )
4. Pengumuman dari Innity mengenai Iklan nya dan Malware [ baca sini ]

Penyelesaian sementara untuk blog :
Sekiranya blog anda mengalami masalah ini, anda boleh atasi dengan mengenalpasti puncanya di halaman amaran malware tersebut. Page amaran akan menunjukkan laman web mana yang menyebabkan malware teresebut, jadi anda hanya perlu buang link blog/laman web tersebut dar blog korang.

Lanun kena jugak Malware :
Pagi tadi Lanun juga hadapi masalah sama, tapi setelah buang link ke justkhai dan ariffshah tiada lagi amaran malware. Ia mungkin kerana kedua dua blog ini justkhai dan ariffshah menggunakan iklan ber elemen "open x" seperti Innity.

Uptodate antivirus :
Lanun tak nafi juga mungkin ia serangan virus, kerana melalui "open x" trojan dan virus boleh masuk kedalam komputer dan browser kita. Jadi kita tgu perkembangan mengenai perkara ini. Nasihat Lanun, Pastikan antivirus anda sentiasa uptodate ok demi keselamatan bersama.

Ping Blog Post Anda Dengan Lebih Mudah Dengan Plug In Pingler Untuk Mozilla FireFox

10 komen disini yer..
Salam...
Biasa Ping Blog? pernah Ping blog post? Pada yang biasa mesti tahu apa kebaikan ping blog anda ke ping services dalam dunia internet. Pada yang tak tahu Lanun akan terangkan secara ringkas. 

"Ping adalah satu proses dimana kita mengarahkan spider web crawler crawl (masuk dan scan dan baca dan submit) ke dalam blog post terbaru kita supaya mereka dapat indekskan atau update blog post korang ke search engine lebih pantas dari biasa. Ping akan buat post korang muncul lebih awal di Google / Yahoo"

Lanun akan kongsikan satu Plug In Pingler untuk ping post post terbaru korang ke internet. Dengan Plug In ini korang akan boleh Ping 5 Blog atau Blog Post artikel dalam 1 Hari. Tetapi Plug In ini masih terhad untuk pengguna Mozilla sahaja. Untuk Google Chrome masih tidak ada lagi.

Cara Ping? Mudah sahaja, buka blog yang ingin ping anda hanya perlu klik butang Ping / Klik butang logo Ping di Mozilla Explorer anda dan tunggu sehingga proses Ping selesai. Pingler akan akan bagitahu Pinging bermula dan berakhir.


Untuk dapatkan Plug In Pingler ni sila ikut step dibawah :
  1. Download file Plug In Pingler
  2. Buka Mozilla File > Open File > Browse dan pilih fail "pingler.xpi" tadi
  3. Install > Restart Firefox
  4. Untuk yang ada akaun premium pingler boleh log in username & password untuk dapat unlimited ping URL ( pastinya kita takda akaun ni kan? he3)
Cara guna PlugIn Pingler For Mozilla FireFox
  1. Buka Mozilla
  2. Nampak tak ikon Pingler sebelah address bar? 
  3. Buka blog korang / blog yang ingin di ping / post yang ingin korang ping
  4. Tekan ikon Pingler
  5. Tunggu sehingga mesej pinging is success.

Petua Jaga Gigi Kanak Kanak Untuk Ibu Bapa

2 komen disini yer..
he3.. masa kecik2 malu bila gigi depan hilang.. nak senyum segannn...

Salam..
Lanun kongsikan beberapa petua atau tips untuk ibu bapa yang mempunyai anak dan bakal memiliki anak. Tips di bawah ni Lanun dapat dari satu artikel di harian metro yang menceritakan pengjagaan gigi.

Petua jaga gigi anak
  1. Ibu disaran berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga kebersihan mulut bayi
  2. Elak memberi anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. Sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur
  3. Bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat (antara tiga hingga empat tahun)
  4. Beri sedikit air masak kepada bayi anda ketika dia berusia tiga atau empat bulan bertujuan membersihkan mulutnya dari sisa susu
  5. Apabila anak berusia 10 atau 11 bulan beri dia minum banyak air masak dari cawan
  6. Apabila anda dapati anak mula mengalami masalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor
  7. Sediakan air masak setiap kali makan
  8. Minum air manis dengan menggunakan penyedut minuman; sebaliknya minum air masak terus dari cawan atau gelas
  9. Jangan sediakan air manis ketika makan tengah hari atau malam. Jadikan air masak sebagai minuman ‘rasmi’ keluarga
  10. Bermula umur 12 tahun, anak anda perlu menjalani pemeriksaan gigi sama seperti anda iaitu dua kali setahun.

19 September 2010

Peminjam PTPTN wajib bayar semula pinjaman melalui potongan gaji bermula Jun 2011, Kata AhLong..

2 komen disini yer..
Salam...
Nama saya aaa lanun,saya ada juga pinjam sama ini ah long, ahlong moden, ahlong ptptn. Lanun ada pinjam ini sama ah long ptptn semanyak lebih kulang 15ribu woo, manyak tak? kaya kan kalu wua ada 15ribu tapi itu 15ribu hutang..bukan uwang. Sikalang Lanun talak duit mau bayar..kejap bayar kejap talak bayar..Kelija pun belom stabil mana mau bayar...

Tahun depan dia mau potong ikot gaji...abisla gaji Lanun...penat saja belaja kasi pointer tinggi tinggi tapi tak buleh dapat potongan sket pon.. Memang PTPTN ah long!!!!

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan. Berita Penuh : Metro Ahad - PTPTN 

Sayu Dengar Lagu Salam Aidilfirti Dendangan Allahyarham Ustaz Asri Rabbani... Ya Allah Tempatkan Dia Bersama Org2 Beriman...

2 komen disini yer..
Salam..
Mungkin agak lewat untuk putarkan lagu ni.. tapi tadi petang Lanun punya winamp memutarkan lagu ni , lagu Salam Aidilfitri yang dinyanyikan oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani.. Memang sayu... Mari kita doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan tabiin..aaminn...

Pada keluarga Ustaz Asri, Lanun ucapkan selamat hari raya..tabahkan hati.. dan teruskan kehidupan tanpa putus asa, Allah sayangkan orang yang sabar. Pada anak anak ustaz Asri, jadilah anak yang baik dan soleh. Alfatihah untuk Ustaz..

Pada yang tak pernah dengar sila dengar kemerduan suara Ustaz asri dalam lagu dibawah.. Subhanallah....sayu..


LamanWeb Rasmi Rabbani : Rabbani.com.my
Laman Rasmi Facebook : Facebook Rabbani

Allahyarham ustaz asri dan anak anaknya...

Untuk yang tak tahu.. lama dah berita ni.. Dalam kotak merah adalah penganti vokalis,
 iaitu Zulkifli, ia dah lama dalam Rabbani cuma banyak buat kerja sebalik tabir.

Proton Waja Lancer Mitsubishi, Proton Bakal Lancar Kereta Barunya...

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun perhatikan ramai yang ke blog Lanun untuk melihat sendiri gambars kereta keluaran proton terbaru iaitu kacukan antara Waja dan Mitsubishi Lancer. Kerjasama antara Proton dan Mitsubishi pastinya membawakan satu wajah baru Waja yang memang smart.

Disini Lanun akan kongsikan lagi gambar gambar dan video Proton Waja Lancer di seluruh Malaysia. Pastinya sumber Lanun tak lain dan tak bukan dari laman web automotif yang cukup terkenal Paul Tan. berikut di bawah adalah koleksi artikel beliau berkaitan dengan kereta yang banyak menggiurkan banyak pihak.




Paul Tan the best automotive website... Lanun suka.

Nak lihat lagi gambar gambar Proton Waja Lancer : Klik link berwarna merah.

Proton P390A based on Mitsubishi Lancer previewed on TV3

Proton Waja Lancer di dalam Berita Utama TV3, dimana Proton telah menunjukkan sedikit kereta Proton Waja baru tersebut. Untuk lihat sedutan berita sila klik link di atas.

Imej lakaran komputer berdasarkan kereta yang telah dilihat di atas jalan yang dimana Proton mengujinya secara senyap tetapi telah dapat di spot oleh masyarakat.

Gambar Proton Waja baru di spot di Pulau Pinang dalam satu majlis konvoi tak silap Lanun, kereta tersebut masih lagi dalam keadaan draft / original lagi. Gambar ni telah mengjutkan banyak pihak dan menimbulkan pelbagai tanda tanya. Kereta apa tu?

Kereta baru tersebut dilihat keluar dari Kilang Proton Shah Alam.. Mungkinkah pandu uji? saksikan gmbar gambar berikut.

Proton Waja sedang dipandu uji dilihat di atas jalan berhenti traffic light. Nak tengok klik link di atas.

Cerita asal dan khabar angin yang mula bertiup mengenai pembentukan semula Waja.

Penyamun terlena ditahan bersama hasil rompakan : Tupai jatuh juga ke tanah...dah kata dah...

0 komen disini yer..
Salam..

Macam macam la perangai penjenayah ni, dari yang sekejam kejam macam kes datuk Sosilawati hinggalah ke tahap tak cerdik macam kes yang berlaku ni Penang GeorgeTown baru baru ni. Seorang penyamun yang tertidur selepas penat menggeledah barang barang di rumah mangsa. Memang sangat tak cerdik.

" Ditahan kira-kira jam 4 petang ketika cuba melarikan diri selepas tertidur di atas sofa di dalam bilik anak pensyarah berkenaan setelah menggeledah rumah itu. Setelah melakukan pemeriksaan di dalam rumah, isteri pensyarah berkenaan terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang tidur di atas sofa di dalam bilik anaknya. Selepas diberitahu oleh isterinya, pensyarah berkenaan menghubungi polis.

Dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda yang kebetulan meronda di kawasan berkenaan, segera ke rumah mangsa. Suspek yang menyedari kehadiran anggota polis, cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan kira-kira-kira 50 meter dari rumah itu. "


Berita Asal : Penyamun terlena ditahan bersama hasil rompakan (bharian online)

jangan bergerak.. bagi duit.. bagi duit!!! (perompak yang tak cerdik)

Kenapa Nuffnang Ads Tak Keluar ? Server Down Ke?

5 komen disini yer..
DALAM PUKUL 5PM 19/9 TADI SEMUANYA DAH OK.. HE3
NUFFNANG KENA VIRUS.. HEHEHE.

Salam...
Rasanya nuffnang ngah ada masalah dengan server atau skrip dieorang. Kalau korang perasan iklan nuffnang tak keluar pun, just kotak kosong tanpa apa apa. Hmm.. atau blog Lanun jar gni? Lanun tgk blog lain pun sama jugak nampaknya. No need to risau, earning pun dah slow.. n blogging pun slow.. agak down sedikit pas beberapa perkara terjadi.. Apa punya Lanun lar semangat tak kuat hu3..

p/s : jap lg ok la tu.. nuffnang ngah repair..atau notebook Lanun yang prob??

UPSR 2010 2 Hari Sahaja Lagi : Untuk Adik2 Semoga Berjaya dan Do The Best

2 komen disini yer..
Salam...
Lagi 2 Hari UPSR Ujian Penilian Sekolar Rendah akan bermula, mesti semua adik adik yang mengambil UPSR ngah berdebar debar. Dan tak kurang jugak yang tak berdebar debar sebab tak amik series dengan ujian ni. Walaupun ia hanya ujian awal bagi peringkat sekolah rendah, adik adik mesti amik berat kerana melalui itulah kita dapat nilai tahap diri kita. Kenapa UPSR penting bagi adik adik ?:
  1. Jadikan sebagai bukti yang kita dah jalankan amanah sebagai anak yang baik dan rajin
  2. Sebagai tanda terimakasih pada mak dan ayah juga cikgu dan cikgi
  3. Sebagai penilai tahap diri kita sepanjang belajar di sekolah rendah
  4. Sebagai tiket untuk ke sekolah / kelas yang baik untuk yang berminat ke sekolah berasrama penuh.
  5. Sebagai nilai tambah diri kita.
  6. Sebagai pendorong dan motivasi pada adik adik dibawah kita.
Abang Lanun mengucapkan Semoga Berjaya Good Luck dan Do The Best pada adik Lanun sendiri yang akan amik UPSR minggu depan, juga pada 3 orang anak buah CoklatUngu yang juga sama ambil UPSR di Kedah serta semua calon calon UPSR 2010. All The Best.... 

Pesanan Abang Lanun :
  1. Ada masa review sket sket
  2. Jaga Kesihatan & Rehat secukupnya.
  3. Mintak izin Ibu Ayah Abang Kakak Cikgu Cikgi
  4. Mintak doa mereka
  5. Banyakkan berdoa dan baca AlQuran
  6. Jauhkan dari aktiviti tak elok.

18 September 2010

Jenis Jenis Software Untuk Extract Compressed Files

2 komen disini yer..
Salam...
Buat pengguna internet yang rajin mendownload pasti biasa dengan jenis jenis software dan extension file file yang dieorang download. Maklumlah, ada banyak website dan blog yang bagi kita sumber movie, filem, video, tv series dan macam macam lagi secara percuma.

Kebiasaan website atau blog yang menyediakan filem filem atau drama untuk di download / muat turun akan compress dan split kan ( mampatkan dan ceraikan ) kan file dieorang dulu supaya lebih ringan dan mudah untuk di download dan di uploadkan.

Setiap penyedia filem filem ni, akan guna software berlainan, ada HJsplit, FFSJ, 7zip, Winrar, Winzip, dan ALzip. Setiap software / perisian ni ada kelebihan masing masing dan mereka hanya boleh extract atau join files yang memili extension tertentu, untuk mengenalinya software mana yang anda perlu guna sila rujuk rujukan di bawah :

'._a' guna  FFSJ
'.rar' guna  7Zip @ Winrar
'.001' guna  HJSplit
'.a00' guna  ALZip

Untuk download software berikut boleh guna link di bawah :

  1. Download FFSJ
  2. Download 7Zip
  3. Download Winrar
  4. Download HJSplit
  5. Download ALZip

Memperingati Hari Penyembelihan Umat Palestin Di Sabra, Shatila : Teruskan Membantu Hamas Supaya Dapat Menghancurkan Israel.

2 komen disini yer..
sumber : haluanpalestin.haluan.org.my

Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.

Serangan dan pembunuhan di Sabra dan Shatila itu merupakan salah satu daripada rentetan sikap keji yang dilakukan oleh rejim pengganas Zionis Israel atas arahan secara langsung oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon. Sharon menggunakan taktik jahat dan hina dengan mengambil kesempatan daripada krisis militia Palangist Kristian di Lubnan bagi menghancurkan rakyat Palestin yang terpaksa menumpang hidup di kem-kem pelarian berkenaan. Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan.
Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka.
Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam.
Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia.
Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah. PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521 (19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat dakwaan secara sendirian ke atas Sharon.
Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium memutuskan untuk membicara kes jenayah perang ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003, memandangkan tidak seorangpun daripada mereka yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium, Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini.
Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin. (mn/Maan)

Alfatihah : M Rajoli Meninggal Dunia..

2 komen disini yer..
Al Fatihah buat M Rajoli 64 tahun dan Takziah buat keluarganya, dimana malam tadi tepat 10.45 malam arwah dilaporkan meninggal kerana sesak nafas. Arwah yang terlantar lebih sepuluh tahun di Hospital Ampang Kuala Lumpur cukup terkenal dengan lakonan sehingga boleh berlakon pelbagai watak.  Semoga roh Arwah M Rajoli di cucuri rahmat Allah.

16 September 2010

Kes Sosilawati : Jenayah Malaysia Makin Ganas

4 komen disini yer..
Salam...

Hu3.. menakutkan bila membaca perkembangan kes jutawan kosmetik yang dibunuh bersama sama 3 orang yang lain. Semata mata kerana urus niaga tanah. Nampak nya makin maju sesuatu negara tu makin majulah jugak keganasan dalam diri sesorang tu. betul tak? dia akan fikir dan fikir macam mana cara paling licik supaya polis tak dapat jejak dieorang.

bakar? bom? c4? santau? skandal seks? ugut?

Apa punca semua ni? Politik dan perniagaan dah mula bercampur dengan jenayah kerana WANG & KUASA.

Keyboard Shortcut Untuk Blogger Taip Blog Post

3 komen disini yer..
Salam...

Dalam berbblogging ada banya tip and tricks yang boleh mudahkan kerja kita. Dibawah ni Lanun sediakan beberapa keyboard shortcut atau jalan pintas papan kekunci yang amat berguna sekali. Korang boleh cuba dan harap harap ia berguna. Have fun.


ShortcutFunctionGlobal browser compatibility?
CTRL+BBold TextYes
CTRL+IItalic textYes
CTRL+UUnderline textYes
CTRL+LBlockquote (when in Edit HTML mode only)No
CTRL+ZUndo last operationYes
CTRL+YRedo last operationYes
CTRL+SHIFT+AInsert HyperlinkNo
CTRL+SHIFT+PPreview PostNo
CTRL+DSave as DraftNo
CTRL+PPublish PostYes
CTRL+SAutosaveYes
CTRL+GIndic TransliterationNo

Sumber : http://www.bloggerbuster.com/

15 September 2010

Hari Malaysia 16 September

2 komen disini yer..
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

p/s : update versi malas he3.. masih lagi di kampung.

12 September 2010

Hari Raya Ketiga : 8 Tips Keselamatan Jalan Raya

3 komen disini yer..
Salam..

Hari ni dah masuk Hari Raya ke 3, Alhamdulillah. Macam mana hari raya korang? ada yang sakit perut? demam ke? janganlar demam k, raya ni rugi kalau demam. Sebab tu kalau pergi ziarah jagalah pemakanan jugak, lebih lebih minuman berais dan manis. 

Hari ni hari ahad, ni ada sape2 bercadang nak balik ke tempat keje dah hari ni? Atau bercadang memandu untuk ziarah saudara dan kawan kawan? Pastinya ada kan. Lanun nak ingatkan kat sini, waktu perayaan macam ni Jalan sibuk dan ramai orang terkejar kejar. Jadi Lanun berikan 8 petua untuk jaga keselamatan di jalan raya.. anda boleh mengubahnya.. ingatlah orang tersayang.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
sumber : panducermat.org.my


patuhi had laju yer kawan kawan...