30 November 2010

Lanun tawan kapal Malaysia

3 komen disini yer..
Gambar hiasan ajer...

BRUSSELS: Lanun Somalia disyaki bertanggungjawab menawan sebuah kapal milik Malaysia minggu lalu di Lautan Hindi, kata Kesatuan Eropah, semalam. Kapal Albedo itu ditawan 1,660 kilometer dari Mogadishu, awal Jumaat lalu, menjadikan bilangan tebusan lanun mencapai 500, kata armada laut EU yang ditugaskan memantau lanun (Navfor), semalam.

“MV Albedo mengibarkan bendera Malaysia dan milik negara itu, membawa 23 krew warga Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Iran,” menurut kenyataan Navfor.
“Kapal itu membawa kontena dan dalam perjalanan ke Mombasa dari Jebel Ali di Emiriyah Arab Bersatu (UAE),” katanya lagi.

Mengambil kira Albedo, lanun itu ketika ini menawan 22 kapal dan 521 tebusan,” kata Navfor. Kegiatan lanun memberi masalah kepada mereka yang lalu di Lautan Hindi dekat Somalia sejak 15 tahun lalu. – AFP

+ Sumber Berita Harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/

28 November 2010

Putus tunang punca Teacher Shida buat miming selambe di Youtube

12 komen disini yer..

Salam..
Lanun baru membaca artikel  terbaru CikguDahlia berkaitan Tacher Shida yang cukup popular di Youtube kerana aksi miming selambanya. Lama dah Lanun tengok video dia ni, jadi kat sini Lanun pun nak amik kesempatan komen jugak. Mengikut pa yang Lanun tahu, beliau merupakan cikgu bahasa inggeris, dan turut juga mengajar muzik. Kerana videonya yang "menarik" ia juga  jadi buah mulut dan guarauan Lanun dan kawan kawan kat tempat keje. 

Punca : 
Selepas membaca artikel kat CikguDahlia dan blog yang jadi sumber rujukannya, jelaslah punca Teacher Shida (Channel Youtube) yang berasal dari Parit, Perak itu adalah tekanan dan kecewa akibat putus tunang. Maklumat ini boleh dikatakn reliable kerana dari cikgu jugak.

Peringatan :
Tapi.. perlu dingat sebagai Muslim dan Muslimah kita perlu jaga adab dan batas batas kita. Tak salah buat video di Youtube tetapi ada garis panduan yang telah Islam syaratkan bila muncul dikhalayak, lebih lagi saluran umum macam tu. Jadi berpeganglah pada tu, semoga apa kita buat tidak mendapat murka Allah SWT.

Harapan : 
Pada Teacher Shida, bersabarlah dan carilah ketenangan yang sebenar bukan dengan cara tu, tak lupa juga  semoga bertemu jodoh dengan suami yang soleh Insyaallah... :-)

Cerita asal & lebih lagi maklumat ttg TeacherShida : http://az-arepa.blogspot.com
p/s : banyak video miming ciptaan TeacherShida telah didelete.

Kisah Ruben Yang Mencari Tuhan Alam & Tujuan Kehidupan Manusia...akhirnya memeluk Islam..

2 komen disini yer..
Salam..
Dah 14 tahun dah pun kisah ni, 1996 seorang anak muda dari Australia telah menemui apa yang dicarinya selama ni. Pemilik alam ini, tuhan kepada segala makhluk di bumi dilangit dan diantaranya. Anak muda ni bernama Ruben ( nama barunya Abu Bakar ) telah mengkaji banyak agama, dan 1 agama saja dia tak siasat..iaitu Islam.

Tapi akhirnya dia memeluk Islam. Bagaimana? Kenapa? Keajaiaban apa yang dia nampak?

Bawah ni Lanun kongsikan video kisah Ruben ni :  

Bahasa dalam video ini mungkin terlalu laju atau sukar difahami jadi rujuk versi teks (versi english recommended, sebab lengkap)

+ Versi Teks : (english version recommended) Abubakr.html
+ Versi Teks (bahasa melayu) : TAK SELENGKAP versi english : Ruben-dari-australia.html


(semoga Allah merahmati beliau)

Versi Mix dengan Lagu Maher Zain + sedutan kisah Abu Bakar / Ruben :

Mungkinkah akan berlaku perang besar antara Korea Utara dan Korea Selatan?

1 komen disini yer..
Salam...
Minggu lepas kecoh dengan serangan meriam dan roket yang dilancarkan oleh Korea Utara (Pro Komunis) terhadap sempadan di Pulau Korea Selatan (Demokrasi Pro Amerika). Serangan tu menyebabkan 4 orang telah terkorban.

Hari ini Korea selatan memulakan latihan dengan tentera US sebagai tanda amaran pada serangan minggu lalu. Pastinya seperti negara lain (singapura, jepun, DLL) mereka dibantu oleh US yang menjadi sekutu mereka. Sekiranya terjadi apa apa US akan backup Korea Selatan demi menghapuskan musuh tradisi ni. Lagipun US memang tak suka Korea Utara, antara sebabnya dia ada Nuklear dan tak takut dengan kuasa kuasa besar.

Sekiranya terjadi perang besar, entah siapa la akan menang. Tapi Lanun fikir US pasti nak perang ni berlaku supaya dapat hapuskan nuklear dan pemimpin Korea Utara yang sememangnya musuh Amerika. Semoga tiada peperangan yang berlaku, kesan nya amat buruk. 

Aksi Sebenar Ala Shaolin Soccer

1 komen disini yer..
Salam..
Selamat pagi semua bloggers, Lanun ucapkan selamat berhujung minggu. Korang nak wat per hari ni? Dah ada cadangan nak pergi mana mana? Tak tau nak update per, ni Lanun sharekan 1 video dari facebook. Aksi Fifastreet dan Parkour main bola yang ala ala shaoling soccer lak. Jom Tengok.

27 November 2010

Tentera Israel roboh masjid di Nablus kelmarin

4 komen disini yer..

NABLUS, 26 Nov: Agensi Berita Palestin, Ma’an, kelmarin (25 November) melaporkan jentolak (bulldozer) Israel telah meratakan sebuah masjid di persekitaran Yazra di bahagian timur pusat bandar Tebing Barat Tuba.

Tentera Israel mendakwa bahawa masjid itu dibina tanpa mendapat keizinan pihak berkuasa, lapor laman web Haluan Palestin. Tuba adalah sebuah bandar kecil Palestin di Tebing Barat timur laut, terletak hanya 21 kilometer (13 batu) timur laut Nablus, beberapa kilometer barat Sungai Jordan.

Ahmad As’ad, seorang pegawai Palestin, menyatakan bahawa tentera Israel menyerang kawasan yang dianggap sebagai lapangan latihan ketenteraan, dan mereka menyatakan bahawa kawasan ditutup kerana ianya kini zon tentera.

Kemudian mereka telah menghancurkan satu-satunya masjid yang ada di kawasan itu. Masjid tersebut dibina pada tahun 1967 dan warga penduduk telah memperbesarkan kawasan masjid itu dengan dua bilik tambahan.

As’ad menambah bahawa warga penduduk memiliki surat-surat rasmi yang membuktikan kebenaran untuk pembangunan masjid di kawasan tersebut pada tahun 1967, dan kedua-dua bilik itu ditambah kerana peningkatan jumlah penduduk yang hadir ke masjid tersebut.

Lanunsepet : Saudara kita di Palestin ditindas di tanah mereka sendiri, betapa kejamnya Israel. Ya Allah engkau teguhkanlah pakatan pejuang di Palestin dan teguhkanlah hati kami untuk membantu Palestin.

26 November 2010

Kena tembak! tapi tak nak mati selagi tak buat....

5 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan dengan korang 3 kartun komik pendek yang Lanun dapt dari carigold forum. Ada 3 cerita yang berlainan tapi permulaan nya sama, watak komik ni kena tembak. Pas kena tembak, dia nazak nak mati tapi... dia tak nak mati selagi tak buat perkara perkara yang diidamkannya. Jom kita tengok, memang kelakar. (credits to TT in cari goldforum)

Sila baca dari atas kebawah yer :


Paham ke tak? Kalau tak paham..gini ceritanya.

Komik 1 : Lelaki mangsa tembakan tu gagahkan dirinya lepas kena tembakan kat dada, walau tersiksa dia tabah jugak sebab nak cpi citanya, kahwin, dpt anak, besarkan anak, bw anak masuk U, konvo, anak dia kahwin, dapat cucu,smpi ke hari tua pun tak mati mati ha3..sebab nak cpi semua cita cita tu. Tengok tangan dia tu, masih lagi pegang dada berdarah tu. 

Komik 2 : Mangsa tembakan tu sedaya upaya tabahkan diri, pas kena tembak cepat cepat pergi kedai jual video tape, atau DVD dan layan semua cerita yang dia nak sebelum ajal nya sampai. Mungkin drama bersiri yang sedih kot, sebab ada banyak tisu. Pas habis siri drama dan banyak tisu dah habis sambil menahan sakit akhirnya dia mati.

Komik 3 : yang ini macam komik nombor 2, tapi bukan video tape tapi nak makan sebanyak mungkin makanan yang dia tak pernah rasa sepanjang hidupnya, pas habis makan semua tu sampai kenyang dia pun mati kat meja, termenung waiter n tukang masak tu. Apa punya orang daa.. lepas bayar bil dan dapat makan apa yang dia teringin. 

Tak nak mati selagi tak buat perkara tu..ha3. Ini komik jepun kalau Lanun tak silap. Dan ini hanya untuk suka suka saja.

24 November 2010

Nombor Plate MCA 1 hingga 9999, Siapa bakal pemiliknya? Nombor Plate paling mahal?

3 komen disini yer..
Bidaan telah bermula hari ini - Sumber Berita Harian

Salam...
Lanun pernah dah terpikir keadaan ni, dimana bila tiba nombor plate kenderaan MCA. Ape yang Lanun first sekali terbayang adalah, ahli parti MCA Malaysian Chinese Association terutamanya yang loaded loaded akan berlumba lumba membeli nombor plate ini yang jelas melambangkan parti dieorang. 

MCA 1 patutnya dibeli oleh presiden MCA lah kan? MCA 2 pulak timbalan presiden MCA he3, dan seterusnya. Bidaan telah pun bermula, berapalah agaknya harga nombor plate termahal dalam senarai 1 hingga 9999 tu. Jom kita sama sama ikuti nanti.

Ada tak pembeli dari bangsa Cina nak beli plate MCA 4, MCA 44, 444, 4444 ?

23 November 2010

SPM 2010 STPM 2010 Semoga Berjaya!

3 komen disini yer..
Salam...
Blog Lanunsepet mengucapkan ucapan selamat berjaya kepada semua calon calon SPM dan STPM 2010 tahun ini. Buat yang terbaik, semoga apa yang telah diusahakandibayar dengan keputusan yang cemerlang. Usaha Doa Tawakal...Betulkan niat.

Lanun ingin mengingatkan SPM dan STPM merupakan satu peperiksaan yang sedikit sebanyak bakal mencorakkan masa depan korang, jadi jangan anggap ia sesuatu yang remeh. Zaman sekarang semua pekerjaan memerlukan sijil untuk menentukan taraf gaji dan pangkat. Jadi, teruskan menuntut ilmu selagi ada kemampuan dan minat.

Tahniah buat semua bakal guru GSST yang telah pun posting dan berkursus...

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun ucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah pun mengetahui negeri posting mereka. Sebelum ini MOE telah pun mengumumakan laman web semakan penempatan untuk temuduga Guru Sandaran Siswazah Terlatih GSST yang lalu [lamanweb semakan posting]

Calon yang berjaya kini sedang menghadiri kursus ataupun orientasi di tempat yang telah ditetapkan, antaranya di Port Dickson. Saudari CoklatUngu juga Alhamdulillah telah pun berjaya, dan bakal di tempatkan di negeri Johor. Semoga beliau dan bakal guru yang lain berjaya dalam karier. InsyaAllah..

22 November 2010

Lagi Maher Zain InsyaAllah versi Malay Version / Bahasa melayu

5 komen disini yer..
MAHER ZAIN - MALAY VERSION (dengan lirik) YANG SEBENAR BENAR NYA


Salam...
Sebelum ni Lanun ada kongsikan video nyanyian seorang bro yang menyanyikan lagu Maher zain Insha Allah dalam bahasa melayu. Kali ini Lanun sharekan satu lagi cubaan orang malaysia kita iaitu Saudara Iqbal Nasir [klik untuk channel Youtube beliau]dan sini pula facebook penyanyi ni [Facebook Iqbal nasir] menyanyikan lagu InsyaAllah. Papepun gudtry and good job! InsyaAllah boleh laku... he3. Lu memang kreatif!

Insha Allah versi Perancis, Islam menembusi apa jua bahasa dan bangsa...

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan lagi satu video klip oleh penyanyi terkenal Maher Zain yang telah pun menyanyikan lagu Insya Allah dengan beberapa versi bahasa antaranya Turki, Arab, English dan juga Perancis. Ini bukti yang Islam boleh menembusi apa jua bahasa dan bangsa. Maha Suci Mu Ya Allah, Tuhan bagi semua makhluk si langit dibumi dan diantaranya. 

Masa program TV kat TV3 aritu, Maher Zain ada menyatakan hasrat nak rakam lagu InsyaAllah dalam bahasa Melayu, sebagai mehargai hasrat pemninatnya. Kata beliau ni sahaja caranya tunjukkan tanda terimakasih nya pada peminat.

Tips Kuatkan Daya Ingatan

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan sedikit cara atau petua untuk menajamkan daya mengingat kita. Ia nya Lanun dapat dari blog CinaIslam. Dibawah Lanun just nyatakan point point sahaja, untuk penerangan lengkap setiap petua dibawah boleh terus klik ke link ini [Idhamlim - Tips Kuatkan Daya Ingatan].
  • Amalkan Tidur Yang Cukup
  • Mengawal Tekanan
  • Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
  • Bersenam
  • Elakkan Kemurungan
  • Awasi Pengambilan Ubat
  • Belajar Sesuatu yang Baru
  • Permainan
  • Banyak Membaca
  • Katakan Berulang Kali
  • Fokus
  • Bermain Dengan Angka
  • Membaca Al-Quran

Khadijah binti Khuwailid (isteri pertama Rasulullah saw)

0 komen disini yer..
Khadijah binti Khuwailid (555 M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak kepada Khuwaylid ibn Asad dan Fatimah binti Za'idah dan termasuk dalam suku Banu Hashim. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.


21 November 2010

Filem 2 Alam Dr Rozmey dan Hitler

1 komen disini yer..
Salam..
Tadi Lanun buka facebook dan terjumpa satu video ni dari Fanpage Syahirul.com. Video ni memaparkan Hitler dengan kali ini kisah bertajuk Filem 2 Alam yang di target oleh DRR Dr Rozmey Jusmate5 dengan RM40 juta pecah hancur panggung. Tapi dengar dengar khabar filem tu tak laku seperti target oleh Dr yang terkenal dengan gaya rambut nya ni.


Cara amik video dari facebook letak dalam post? [klik sini]

Sekarang di Facebook dah ada Fanpage untuk anti Dr Rozmey pulak Hmm..macam macam. : FanPage Kami-tak-suka-Dr-Rozmey-yang-angkuh ( betulkah dia ni angkuh? ) Papepun produk beliau memang terkenal, kawan kawan Lanun pun ada yang amalkan.

Kalau search di Facebook rupa rupanya ada lagi macam macam page berkaitan Dr Rozmey. aduhaii...

Nak Tanya... Awak Tak Rimas Ke?

5 komen disini yer..
Salam..Lanun kongsikan satu perbualan yang diharap memberi sedikit dakwah dan manfaat pada semua muslimin dan muslimat kat luar sana. Kisah perbualan ini Ia nya Lanun COPY n PASTE dari blog Medikasi Hati [wordsbeyondmyheart]

Dengan Nama Allah Ar-Rahman Ar-Raheem

perkongsian dari seorang ukhti fillah...semoga mendapat ibrah!

Padai suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011

7 komen disini yer..
Salam.. Lanun kongsikan info dari Laman Web MOE :

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman web KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010. Sila klik di sini : http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg/

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

SEBARANG MASALAH SILA RUJUK PENGUMUMAN ASAL DI WEBSITE MOE [www.moe.gov.my] SILA RUJUK BAHAGIAN PEMBERITAHUAN.. SKROLL KEBAWAH BHGN PEMBERITAHUAN DI WEB MOE UNTUK BERITA LEPAS.


LINK ASAL : http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1493
WEB MOE : BHAGIAN PEMBERITAHUAN http://www.moe.gov.my/?id=13

Program Latihan Guru Prasekolah Swasta Dan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2010

2 komen disini yer..
UPDATE TERBARU SESI 2011 
Program Latihan Guru Prasekolah Swasta dan JPNIN Tahun 2011

Program Latihan ini ditawarkan kepada semua guru prasekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak pernah mengikut satu bentuk latihan formal bagi mengiktirafkan mereka untuk mengajar di prasekolah.

Sila KLIK SINI "Tawaran Mengikuti Program" untuk pengesahan mengikuti latihan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor Swasta) masing-masing.

Tarikh Kursus:


+ 22 Nov 2010 - 10 Dis 2010 (IPG)
+  29 Nov 2010 - 10 Dis 2010 (IPTA)
+  29 Nov 2010 - 17 Dis 2010 (IPTS)

Sila layari laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru [klik sini http://apps.moe.gov.my/bpg/] untuk keterangan lanjut. Mesej ini diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Guru BPG.


SEBARANG MASALAH SILA RUJUK PENGUMUMAN ASAL DI WEBSITE MOE [www.moe.gov.my] SILA RUJUK BAHAGIAN PEMBERITAHUAN.. SKROLL KEBAWAH BHGN PEMBERITAHUAN DI WEB MOE UNTUK BERITA LEPAS.

WEB MOE : BHAGIAN PEMBERITAHUAN http://www.moe.gov.my/?id=13

Gambar Pemimpin Dalam Ibadah Qurban 2010

2 komen disini yer..
Besarnya lembu ni...
Lagi gambar? sila klik baca sampai habis...

15 November 2010

Perang AC Mizal dan Aidid Mu’addib ??

54 komen disini yer..

Salam..
Pastinya korang dah baca pasal AC Mizal yang menurutnya beliau telah di hina dan fitnah di internet berkaitan dengan bisnes gelang magnetnya. Lanun sebelum ni dah pernah terbaca dah mengenai hal ni di satu blog. Dan.. tak sangka ianya menjadi "panas" dan hingga AC Mizal bawa ke media massa Harian Metro.

Lanun ada juga tengok bukti bukti Aidid Mu’addib ni hujahkan dan ianya juga telah dijawab oleh AC Mizal dalam temuramah beliau dengan Metro. Dan dengan pantasnya, Blogger Aidid Mu’addib ni telahpun menjawab semula setiap hujah hujah AC dalam temubual tempoh hari.

+ Soal Jawab AC Gelang Magnet di Harian Metro : ACjawabdakwaan Article
+ Blog Aidid Mu’addib? Boleh usyarnya kat sini : http://aididmuaddib.blogspot.com/
+ Dari mana Lanun dapat tahu cerit ni dulu dulu : Fanpage Say No to MLM
+ Dan korang tahu tak ada blog anti-SaynotoMLM : http://saynotomlm.blogspot.com/

Seriesly trafik kat blog AididMuaddib ni memang laju.. Jadi popular dier pas masuk surat khabar. Apepun terpulang pada korang untuk judge isu ini. Lanun harap polis dan kementerian berwajib siasat. Plis baca dan teliti setiap hujah kedua dua belah pihak, supaya adil bagi mereka.

Korang suka MLM?

13 November 2010

Teknologi Notebook Terbaru

3 komen disini yer..
Salam..
Bosan bosan layan video lah k, tengok teknologi terbaru dari kembar Bill Gates. Mactini dan Mactini Nano. Brapa lama cuti raya haji korang?

Logo Filem Transformers 3 Terbaru

1 komen disini yer..
Salam..
Bagi peminat filem Transformer, ini merupakan logo rasmi bagi filem arahan MichaelBay Transformer 3 Dark Of the Moon yang bakal ditayangkan pada Julai 2011. Filem ni merupakan sekuel pada transformer 2 yang pastinya menunjukkan muka muka robot baru dalam sekuel kali nih. Tak sabar nak download.. he3 (mesti lama baru dapat download)

credits to http://transformers-3-movie-trailer.blogspot.com/

12 November 2010

Keindahan Ibadah Qurban Yang Kita Raikan, Islam Itu Indah..

1 komen disini yer..
MB Nizar menyembelih lembu qurban.
credits to pinkturtle.wordpress.com

Salam..
Petikan artikel ini Lanun "rembat" dari blog Ustaz Amin, beliau menceritakan keindahan ibadah qurban yang kita duk lakukan setiap tahun. Baru baru ni beliau kelola kan binatang untuk dijadikan qurban untuk golongan miskin di Cambodia. Mari kita ikuti tazkirah ringkas ini.

Ini hanyalah petikan, untuk baca yang penuh sila ke link ini : Ustazamin-Keindahan Islam Di Dalam Ibadah Korban sama sama kita hayati pengajran dari ibadah ini.

Ingin hubungi dan terlibat dengan ibadah qurban PA Ustaz Amin (Alia) : 0196003643

Cuba kita lihat ibadah korban. Niat ibadah korban adalah untuk mempersembahkan hasil korban kita pada Allah bagi mendapat keredhaanNya.

Setelah kita membuat sembelihan korban, daging akan kita agihkan sesama kita dan fakir miskin. Daging tidak kita letakkan di masjid atau surau hingga busuk di atas nama pengorbanan pada tuhan.

Ketika kita berada di Mekah, mungkin kita membuat sesuatu hingga kena bayar dam (denda). Dam (denda) ini berupa seekor kambing dan kita sembelih kambing ini, kemudian kita akan agihkan pada fakir miskin. Kita tidak letakkannya di Kaabah hingga busuk kerana nak persembahkan pada tuhan.

Mungkin ada antara kita lambat ganti puasa Ramadhan hingga kena bayar fidyah. Kita bayar fidyah dengan memberikan beras. Kita tidak letakkan beras di atas mimbar atau hanyutkan di sungai. Tapi beras itu kita berikan pada fikir dan miskin.

Begitu indahnya, Islam, kita mempersembahkan pengorbanan pada Allah, tapi pengagihan pada sesama manusia. Kebaikannya untuk manusia.

Benarlah firman Allah bahawa kita memang perlu membuat perhubungan dengan Allah (hablum minallah) dan perhubungan dengan manusia (hambul minannas). Jika kita tidak membuat kedua-dua hubungan ini, maka kita kaan ditimpa dengan kehinaan.

Firman Allah :-

112. Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia (Surah Ali Imran).

Sesungguhnya, membuat ibadah korban, kita mempersembahkannya pada Allah, dan pengagihan manfaatnya adalah untuk manusia, begitulah indahnya Islam.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Wallahu 'alam..

11 November 2010

Keputusan UPSR 2010 Hari Ini Khamis 11 Nov 2010

2 komen disini yer..
Salam...
Hari ini akan diumumkan keputusan UPSR 2010, Lanun ingin mengucapkan tahniah kepada semua para pelajar yang dah berjaya lepasi ujian kecil ini. Pasni adik adik semua akan hadapi ujian yang lebih besar dan mencabar sehinggalah akahir hayat. Hidup ni juga adalah satu cabaran dan ujian sebenarnya.

Harap semua bergembira dengan result masing masing dan pada yang kurang berjaya jangan risau ini bimbang, adik adik semua boleh baiki nya bila masuk ke tingkatan 1 dengan belajar lebih tekun. Kejayaan bukan di ukur dengan peperiksaan tetapi USAHA.

Dan selamat bercuti, semoga jadi remaja yang berjaya InsyaAllah.. kita dengar lagu ni k.

Pelancaran Proton Inspira 10 Nov 2010 - Gambar Penuh dan Maklumat Lengkap

7 komen disini yer..

Salam...
Hari ini PaulTan.org telah pun update mengenai pelancaran Model terbaru proton, iaitu Proton Inspira. Dulu dulu sebelum dapat nama ni ada yang panggil Waja Lancer, Waja Evo, dan ada juga panggil WaLan ha3, macam macam kan.

Untuk yang ingin melihat gambar gambar penuh dari pelbagai sisi Proton Inspira boleh lah rujuk pada link almbum laman web Paultan di bawah. Terdapat juga video rakaman semasa majlis pelancaran tersebut di laman web beliau. Jadi jangan lepaskan peluang untuk lihat rekabentuknya yang hampir sebijik sama dengan Mitsubishi Lancer dan baca tentang spesifikasi nya juga.

Gambar dari Album Web Paultan, Jom usyar :
  • Album Majlis Pelancaran Inspira Lancer Waja 10 Nov 2010 : [ KLIK SINI ]
  • Album Inspira-Product-Exterior 10 Nov 2010 (luar kereta): [ KLIK SINI ]
  • Album nspira-Product-Interior 10 Nov 2010 (aksesori dalam) : [ KLIK SINI ]
  • Spesifikasi dan Gambar Penuh Majlis Pelancaran : [ KLIK SINI ]

Video Credits to Paultan.org the best 
automotive website in Malaysia , jangan lupa klik link album atas tu k.

10 November 2010

Universiti Tenaga Nasional UNITEN TNB Pengambilan Kemasukan November 2010

1 komen disini yer..
Salam..
satu info Lanun ingin kongsikan kepada semua, iaitu UNITEN telah membuka kemasukan pelajar baru untuk sesi november 2010. Pada yang berminat untuk menyambung pengajian disini bolehlah memohon secara online. Kursus yang ditawarkan antaranya Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Bisnes, Pentadbiran, Perakaunan.

Tarikh tutup permohonan : 30 November 2010
Cara memohon : Secara online melalui website Online Aplication Website
Website rasmi : http://www.uniten.edu.my/

09 November 2010

Video Panduan & Tips Peminat Sugar Glider

2 komen disini yer..

Salam...
Kebelakangan ni ramai yang search mengenai "sugar glider" kat blog Lanunsepet. Pada siapa yang tak tahu apakah itu Sugar Glider / Sugar Bear / Honey Glider. Refer artikel Lanun tentang haiwan ni sebelum ni [Sugar Glider : Comel & Manja, Nak Pelihara Tak?]

Binatang ini merupakan binatang seperti tupai yang kecil dan sangat comel. Ia jinak dan perlu pengjagaan rapi. Mungkin makin ramai orang Malaysia nak bela sugar gilder ni, tapi sebelum memelihara sugar glider korang kena tahu fakta, ilmu penjagaan, diet, ubat, kandang, pemakanan dan sebagainya.

Jadi untuk itu, Lanun akan kongsikan beberapa video informasi tentang binatang comel ni. Ia adalah video oleh seorang doktor veterinar Doctor David M Brust yang juga seorang peminat sugar glider. Banyak maklumat yang korang boleh dapat dari video ni sebelum buat keputusan untuk membeli seekor sugarglider.

Nak tahu? Nak belajar lagi pasal Sugar glider? KLIK SINI [ Channel Youtube Pakar Sugarglider ] atau klik gambar di atas. atau pergi ke Youtube dan search "sugarglidervet" ok. Semoga ia beri lebih informasi untuk korang semua. Adios he3.

08 November 2010

Ragam Orang Nak Makan Burger

5 komen disini yer..
Salam..
Malam ni Lanun makan nasi + burger, bila Lanun rasa geram ada tak puas hati, Lanun akan beli apa Lanun nak. Emm.. agak bahaya attitude macam tu kan? tapi Lanun tak la beli benda mahal mahal pun, cuma benda makan ja takpun kudap kudap he3.

Antara  yang Lanun pernah dengar orang order depan Lanun selain dari special, benjo dan bla bla... :
  • Burger Daging/Ayam tak mau mayonis
  • mayonis lebih / sos lebih
  • lebih sayur
  • tak mau sayur
  • tak mau bawang
  • belah tengah
  • nak daging saja xmau roti
  • nak separuh masak 
  • nak garing
Paling tak tahan "separuh masak".. macam macam ar.. atau memang biasa? ke Lanun yang tak tahu?

Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011

0 komen disini yer..
Salam...

Ini adalah info yang Lanun ambil dari website KPM :
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 8 November 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila lini ini untuk ke laman web tersebut : http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Berita banjir di Kedah diseleweng... Kenapa la berdendam sangat..

6 komen disini yer..
Salam...
Lanun ikuti perkembangan banjir di Kedah melalui laman laman berita online seperti beritaharian, apa yang dipaparkan banyak luahan kekecewaan pemimpin negara dan sultan tentang bantuan dari kerajaan negeri sehinggakan ia seperti kerajaan negeri Kedah tidak langsung membantu mangsa banjir.

Disini Lanun ingin mengingatkan bahawa berita tersebut adalah tidak benar, Info yang Lanun terima direct dari mangsa disana, tidak ada masalah dalam bantuan dari kerajaan negeri serta YB dan Exco kerajaan negeri turun membantu bersama unit sukarelawan. Cuma ia tidak dipublisitikan. Jadi disini membuktikan berita banjir Kedah telah dialprkan secara berat sebelah.

Lanunsepet : Dunia Online Dunia Kebebasan, jangan takut untuk baca berita dari blog atau laman web yang bukan pro kerajaan. Membacanya tak membuktikan kita anti kerajaan atau pro pembangkang, tapi bukti hak untuk mendapat maklumat.

07 November 2010

Semakan Calon Sesi Temuduga Kursus JTM Peringkat Diploma Sesi Kemasukan Januari 2011

0 komen disini yer..
Lamanweb Jabatan Tenaga Manusia : [http://www.jtm.gov.my/]

Senarai calon berjaya kursus peringkat sijil akan diumumkan selewat-lewatnya pada pertengahan Disember 2010. Sila kunjungi laman web JTM dari masa ke semasa untuk semakan status permohonan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-8886 5556.

Halloween, Valentine, Meletakkan Kalung Bunga di Tugu Negara Sama Sahaja

1 komen disini yer..
Salam...
Hari ni dalam HarianMetro tunjuk artis "popular" Fasha Sandha dan beberapa rakannya menyambut Halloween pada 31Oktober lalu. Tak kira la Fasha Sandha ke sape tapi masih ada orang Islam yang sambut lagi perayaan macam tu. Bukan halloween jar Valentine Day pun masih ada lagi yang sambut walaupun berkali kali perkara ni diterangkan.
  1. Baca Hukum Menyambut Halloween
  2. Baca Hukum Meyambut Valentine atau Majlis Fatwa
  3. Baca ni Juga Hukum Meletakkan Kalung Bunga di Tugu Negara 
  4. Dan 1 lagi "pendedahan aurat adalah berdosa" 
Zaman IT serba canggih ni tak leh la kata tak tahu pun ianya haram atau salah dari segi hukum. Boleh dikatakan apa sahaja persoalan baik kecil dan besar kini ada jawapanya semua di hujung jari tau. Nak atau tak nak sahaja.  Mesej ni untuk semua termasuk diri Lanun jugak.

Lanunsepet : Lanun benci bila ada orang backup orang buat perkara maksiat. Jenayah dan Maksiat sama la wehh. Dan janganlah buat ayat " Hal peribadi siapalah kita nak nyibuk ". Kita mesti tegur jangan sesekali redha! . Paling tidak benci perbuatan tu. 

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasa dan perbuatan). Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (tegur guna lisan). Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya (tidak redha dengan perlakuan maksiat tersebut). Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim).

Koleksi Gambar Selepas Hujan Abu Gunung Berapi Merapi di Indonesia

6 komen disini yer..

Salam...
Lanun kumpulkan beberapa 25 keping gambar selepas hujan abu volkanik dari Gunung Merapi yang meletus hujung oktober baru baru ini. Gunung Merapi merupakan gunung berapi paling aktif di dunia menurut apa yang Lanun baca.

Lanun terpanggil untuk paparkan gambar gambar ini selepas terbaca mengenai pengalaman pelajar Malaysia di Yogjakarta yang mengibaratkan keadaan di sana seperti sudah "kiamat". Beliau berkata selepas melihat keadaan serba putih dek abu volkanik dan tidak ada sebarang pergerakan.

Mari kita lihat beberapa gambar suasana di beberapa tempat di Indonesia yang mungkin seperti digambarkan oleh beliau, negeri putih abu. Sila klik "baca sampai habis" untuk lihat gambar ok. [ Bharian - Suasana kiamat di UGM selepas hujan abu, kerikil ]

Sumber Gambar / Pics Source : The Bigpicture, ABC News & The Reuters

06 November 2010

3 Beranak Berakit Dengan Penyapu Dalam Banjir Perlis

2 komen disini yer..
Gambar Ehsan dari Berita Harian

Lanun terharu semacam tengok 3 beranak ni. Tengok tu? Guna penyapu rumah sebagai pendayung ayahnya mengemudi dan anaknya mendayung. Rakit yang dieorang gunakan tu pun bukanlah rakit? mungkin kepingan plastik yang boleh terapung ke ape?

Ingin sampaikan bantuan / derma pada mangsa banjir Perlis, korang boleh hubungi individu berikut yer, setakat ini saluran ni jer Lanun tahu: Tuan-tuan boleh hulurkan sumbangan dalam bentuk wang dan barangan seperti sardin, telur air mineral, gula, beras dll. Sila hubungi Ustaz Ya'akub (019-457 4652), En. Amirul (019-528 9624) dan En. Nizuan (013-246 4620).

Petikan dari BeritaHarian : ABIDIN Hassan, 49, bersama anaknya, Muhammad Sadiq Safwan, 4, (kanan) dan anak saudaranya, Muhammad Labid, 4, berakit di sawah padi yang ditenggelami banjir di Kampung Batu Hampar, dekat Kangar, hari ini. Walaupun sudah masuk hari keenam banjir melanda Perlis, keadaan di kebanyakan tempat masih buruk. - Foto Mohd Kamil Rahim

Jadual PC Expo 2010, Jom Usyar! Samakah macam PC Fair Pikom?

7 komen disini yer..

Salam...
Hari ini berlansung nya PC Expo hari ke 2 kat Kuala Lumpur ( Mid Valley exhibition center ). Lanun mula mula tahu pasal PC Expo ni kat surat khabar bila ternampak iklannya. Lanun terus tertanya tanya, apakah bezanya dengan PIKOM PC Fair? Mungkin kena pergi dulu baru terjawab kot. Tak pun mungkin beza dari penganjur jer, PC Expo dianjur oleh EventMaster ( Sesawang rasmi ).

Interaksi dgn Penganjur PC Expo? : FB PC Expo [nmpk mcm dieorang rajin layan FB]
Sesawang rasmi PC Expo?http://www.eventmasters.com.my/
Download Plan dan susunan gerai? : Klik "exhibitor" & pilih lokasi 

Konsepnya sama jualan barangan ICT, Digital, Gadget, PC, Notebook dan bla bla.. Jadi bagi sesiapa yang tengah nak cari barang barang PC dan sewaktu dengannya jangan lepaskan peluang untuk survey kat PC Expo k. Mungkin ada promosi yang menarik kat sana nanti. Jadi jangan lepaskan peluang kosongkan poket korang disini ha3..

Lanunsepet : PC Fair sesi II tahun ni dah lepas, ingatkan ada sesi ke III? nampaknya macam takda pun ni dah bulan 11 dah pun. Hmmm.. makin banyak PC Fair.. sama sama untung kan ( customer n consumer) apa salahnya? yang penting hati hati dengan berbelanja jangan membazir!.

Jom Usyar PC Expo di tempat korang? Bila yer?
  1. 29-31 OCT 2010 Stadium Indera Mulia, IPOH
  2. 5-7 NOV 2010 Mid Valley Exhibition Centre, KUALA LUMPUR
  3. 12-14 NOV 2010 Village Mall, SUNGAI PETANI
  4. 19-21 NOV 2010 Berjaya Megamall, KUANTAN
  5. 26-28 NOV 2010 Alor Star Mall, ALOR STAR
  6. 3-5 DEC 2010 Pisa, PENANG
  7. 3-5 DEC 2010 Persada Johor, JOHOR BAHRU
  8. 10-12 DEC 2010 BP Mall, BATU PAHAT
  9. 17-19 DEC 2010 MITC, MELAKA
  10. Sabah dan Sarawak tak mau ka pegi? 
PC Expo akan jejalah beberapa tempat di seluruh negara seperti jadual timetable PC Expo di bawah :

Jadual roadtour PC Expo 2010

PC expo di KL Mid valley [gambar ehsan dari Facebook PC Expo]

Gambar Keretapi Baru Bukit Bendera Pulau Pinang

10 komen disini yer..

Salam...
Teringat lagi kes tahun tahun lalu dimana ada yang terkandas di atas bukit bendera oleh sebab beberapa masalah teknikal keretapi yang sangat uzur. Bayangkanlah motor cabuk membawa muatan tinggi menaiki bukit? tak ke jam? he3. 87 tahun usia keretapi lama tu tau.

Tapi hari ini, Pra pelancaran projek naik taraf sistem baru kereta api telah pun dirasmi oleh Menteri Pelancongan Ng Yen Yen. Projek ni pastinya membaik pulih imej pelancongan disana dan tidak lansung kat Malaysia ni seluruhnya. Tak nafi, Malaysia banyak tempat menarik yang boleh tarik pelancong,tapi TEGAS! tak perlu buka pub atau kelab malam untuk tarik dieorang!! betul tak? 

Semoga pasni tak ada lagi rungutan dari pelancong baik dalam atau luar negara di Bukit Bendera.

Fakta Sistem Keretapi Baru Bukit Bendera :
Dijangka Siap: Hujung tahun 2010
Modal : 63 Juta Ringgit Malaysia
Buatan : Swiss
Muatan : 50 orang dan ada  Aircond
Berat n Panjang : 16 Tan berat & 16 Meter panjang
Kelebihan : 1 Jam boleh 1000 penumpang berbanding 250 sahaja sblm ni, ada sensor kesan pokok tumbang dan tanah runtuh, backup generator dan banyak lagi.

Lanunsepet : Tak pernah lagi pergi sana hu3... [ Berita penuh TheStar ]

Bawah ni gambar keretapi baru untuk Bukit bendera kita : 

Keretapi lama oldskool 87 tahun beb... credits : www.blogsempoi.com

credits : thestar photo [ nak juga ada 1 Malaysia tu...]

credits : thestar photo 

credits : thestar photo

Banjir Di Kedah dan Perlis, Lanun harap semua bersabar dengan ujian.

5 komen disini yer..
Salam...
Semua tahu tentang musim hujan yang melanda kawasan utara tanah air kita. Selepas edisi hujan yang tak henti henti  menyebabkan banjir di negeri Kedah dan Perlis. Menurut berita, banjir ini lain dari yang sebelum ini, bermakna ia lebih teruk. Selain tu dari maklumat yang Lanun terima kawasan di Kuala Nerang yang sebelum ini tidak pernah banjir sehingga ke paras gadu kini pada beberapa hari lalu ia terjadi. 

Lanun harap semua beri kerjasam pada unit penguatkuasa, sekiranya diberi arahan berpindah sila patuh. Jaga keselamatan dan utamakan nyawa dan dokumen penting. Semoga semua mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian ini.

Gambar ehsan dari Kedahlanie.blogspot.com ( berita terkini dari kedah )

“Tidak pernah sepanjang hidup selama 67 tahun kawasan kami dinaiki air termasuk ketika Kedah dilanda banjir besar pada 1999 dan 2005, tetapi (banjir) kali ini, kami turut terjejas.” Itu luahan penduduk Hutan Kampung, dekat sini, Mokhtar Ahmad, 67, yang terkejut apabila kawasan tempat tinggalnya dinaiki air sehingga sedalam dua meter semalam.

05 November 2010

Versi Bahasa Melayu : Lagu Maher Zain Insha Allah ; ada rupernyer...

5 komen disini yer..
MAHER ZAIN - MALAY VERSION (dengan lirik) YANG SEBENAR BENAR NYA


Salam...
Dalam dok melayan jiwa dan perasaan sambil mendengar lagu nyanyian Maher Zain di Youtube Lanun ter jeumpa satu video yang sebelum ni Lanun katakan mengenai nya. Lagu Insha Alla versi bahasa melayu. Yup, ingatkan tak ada rupa rupanya ada. Tapi....

Tapi bukan Maher Zain yang nyanyi tapi ia di nyanyikan dan di terjemah oleh saudara Busyairi Ahmad. Lanun tak kenal siapa dia ni, tapi dia adalah multimedia designer berdasarkan maklumat di Facebook beliau. Bawah ni adalah lagu nyanyian saudara Busyairi sendiri, anda nilai lah sendiri he3. Facebook Busyairi Ahmad : http://www.facebook.com/busyairi.ahmad

Apa pun, nice try he3. ( baca komen, mcm dia nak release studio vesion punyer )

Lanunsepet : Harap sangat artis nasyid Malaysia, Hijjaz mungkin nyanyikan lagu Insha Allah versi melayu dengan izin Maher Zain,.

Maher Zain - InshaAllah Turki version

4 komen disini yer..


Salam...
Maher Zain keluarkan video klip Insha Allah terbaru kali ini dengan update bahasa Turki. Waahh.. bestnya la kalau Maher Zain buat yang versi Bahasa Melayu punya.. Ku3.. nak jugak, arabic dah ada, turki dan english dah ada, wat la bahasa melayu, mesti ramai yang nak bantu Maher Zain punya Raihan, Hijjaz, Inteam n byk lagi. Silap silap Siti Nurhaliza pun nak menumpang popular.

Saya suka Maher Zain, kat mana leh dapat update terbaru beliau? [ DI SINI ]

Happy Deepavali Kepada Semua Kawan Kawan Penganut Agama Hindu 1 Malaysia

1 komen disini yer..
Salam...
Hari ini cuti umum seluruh negara sempena dengan perayaan Deepavali bagi penganut agama Hindu. Kilang Lanun shutdown hari ini jadi tak kerja lah, kiranya sama sama "sambut" raya ni he3. Blog Lanunsepet menujukan ucapan ini kepada semua kawan kawan bangsa India dengan harapan Deepavali kali ini akan lebih meriah dan bermakna dari yang sebelum ini. Happy Deepavali.

03 November 2010

Penurunan "Referrer Site" dari Digg.com ?

4 komen disini yer..
 

Salam...
Korang biasa dengan laman web Digg.com? Pada blogger blogger yang rajin update blog dan yang mengejar trafik pastinya kenal dengan lama web "gali" ni (digg.com). bagi yang tak tahu Digg.com merupakan adalah satu merupakan satu laman sesawang yang dijadikan tempat untuk orang berkongsi cerita ( link link dan url sesuatu web atau post terbaru )

Kebaikan Digg.com adalah ia dapat menaikkan "value" atau "ranking" post korang apabila korang submit link post blog korang kat sana. Yup, memang betul!, disebabkan tu Digg.com merupakan antara referrer terbanyak Lanun sebab ia telah naikkan ranking post Lanun di SERP (Search Engine Result Page)


Tetapi sekarang tak, hu3.. sejak Digg.com mengubah laman web nya kepada satu sistem yang baru referrer dari Digg.com telah jatuh menjunam. Adakah kerana kelemahan blog Lanun? atau Digg tidak berfungsi lagi seperti sebelum ni? Harap ada perkongsian jugak dari korang. TQ myfren..

02 November 2010

Pengorbanan Suami : Harian Metro - Gadai Nyawa Demi Selamatkan Isteri

2 komen disini yer..
KUALA TERENGGANU: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.


Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.

Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.