09 February 2011

Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Masalah - Doa Elak Stress dan Hutang..

5 komen disini yer..

Salam...
Bunuh diri merupakan salah satu kes kematian yang kian meningkat kat Malaysia. Lanun percaya korang pun dah baca Metro hari ni bertarikh 9 februari dimana muka hadapan di isi dengan 2 kes bunuh diri. Pertama Ibu Anak, dan seorang lagi Pelajar Tingkatan 5 ( Rujuk Harian Metro hari ini ).

Bunuh diri ni kalau dalam islam amat jelas ia nya adalah satu dosa besar. Walau berat mana ujian setiap insan perlulah pandai dalam mengurus stress. Kalau orang yang beriman tu pastilah dalam hatinya akan terdetik "ini adalah ujian, kalau aku sabar manis buahnya.." Tapi kalau hilang pertimbangan macam2 lah orang buat.

Mari kita sama sama amalkan satu doa iaitu :


Allahuma inni a'udzubika minal hammi wal hazani wa a'udzubika minal ajzi wal kasali wa a'udzubik minal jubni walbugh wa a'uzubika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali.

'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung kepada-mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepada-Mu dari tekanan hutang dan paksaan orang lain.'

Amin ya robbal alamin.

02 February 2011

Produk Anti Berdengkur Untuk Malam yang Lebih Tenang...

3 komen disini yer..
Salam...
Korang berdengkur? Roomate korang berdengkur? atau pasangan korang memang kaki dengkur? Ni nak citer tadi Lanun pusing baca berita kat Yahoo tadi pastu terjumpa satu artikel jualan produk anti-snoring atau dalam BM nyer anti dengkuran. Krohhh Krohh...

Jom kiter usyar.. guane produk dia.



01 February 2011

Harapan Lanun Disebalik Krisis Di Mesir

3 komen disini yer..

Salam...
Salam dari Lanun di perantauan bumi Mukah Sarawak. Lanun harap korang semua sihat. Lanun nak komen sket berkaitan isu krisis yang sedang melanda Mesir. Satu demonstrasi besar besaran telah berlaku yang mendesak Hosni Mubarak PM Mesir untuk turun dari kepimpinan. Demonstarsi tersebut jugak telah bertukar menjadi ganas sehingga mengancam keselamtan.

Lanun berharap sangat dalam krisis ini dimana satu penyelesaian damai dapat dicapai. Semoga pemimpin yang benar benar berkakhlak Islamiyyah dapat memipin Mesir kembali seperti zaman kegemilangan nya dahulu. Hosni Mubarak merupakan pemimpin Arab yang ramai ketahui terlibat dalam konspirasi penindasan rakyat Palestin. Maka berhaklah ia diturunkan.

Ya Allah selamatkan dan Lindungilah lah pejuang jalan Mu dan Para Pelajar Malaysia di Mesir.. Aamin..