31 March 2011

VideoKlip Lagu Terbaru Maher Zain - Freedom

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu lagu terbaru dari artis popular Maher Zain, lagu yang di ilhamkan dari revolusi rakyat di Tunisia, Mesir, Libya dan di seluruh negara Arab. Lagu ini pertama kali di dendangkan semasa konsert di stadium Shah Alahm 26 februari Malaysia.

Jom Layan.. semoga revolusi rakyat membawa kepada bangkitnya Islam...aaminn..

29 March 2011

Fenomena Aneh Ikan Sardin Naik Ke Pantai Acapulco Maxico

3 komen disini yer..
Satu fenomena yang aneh dimana kumpulan ikan sardin naik ke persisiran pantai bagaikan lari dari sesuatu. Fenomena aneh ini awal Mac lalu, telah dikaitkan dengan tsunami di Jepun. Tetapi pakar geologi masih tak dapat mengesahkan kaitan dua peristiwa ini. Berikutan fenomena ini berpusu pusu Nelayan di Pantai Acupulco Mexico menangkap kumpulan ikan ini. 

Jika kita masih ingat dahulu semasa tsunami di Acheh memang kejadian haiwan laut yang bertambah tiba tiba di pantai menjadi petunjuk sesuatu akan datang dari laut.







27 March 2011

Hutang Kredit Dengan Maxis Hotlink RM 2 SOS Topup

27 komen disini yer..

Salam...
Sebelum ini Lanun ada sharekan bagaimana untuk berhutang dengan Celcom melalui servis Credit Advancenya. Jadi hari ini Lanun akan kongsikan 1 lagi servis yang sama tapi dari Operator Maxis yang dikenali sebagai SOS Topup untuk pengguna Hotlink Prepaid. 

Dengan servis dari Maxis Hotlink ini korang akan dapat tambahan kredit RM2, dan potongan akan berlaku selepas anda topup dengan tambahan 0.50 sen cas servis. Menjadikan bayaran semula RM 2.50. Syarat syaratnya kalau tak silap Lanun mestilah kadar kredit yang kurang dari 0.25sen atau kredit sudah expired.

Cara cara untuk memohon kredit 2 ringgit ini ialah dengan :
  1. Dail *100#
  2. Pilih menu nombor 4 - Tambah Nilai
  3. Kemudian di menu seterusnya , nombor 5 - SOS Top Up
  4. dan untuk konfirmasi, pilih nombor 1 - Teruskan * **cas 0.50 akan dikenakan

25 March 2011

Kedai Kopi Ada Gelatin Babi, Kedai Mana 1?

7 komen disini yer..

Salam..
Pasti korang semua dah baca berita di Harian Metro yang mengandungi GELATIN BABI didalam ramuan serbuk kopi bagi sebuah kedai kopi terkenal di Johor Bahru. Dahsyat ni, dan ianya patut diketahui semua umat Islam menghindarinya.

70 tahun layan Kopi :
Dalam berita kata kedai tu dah 70 tahun? makna nya 70tahun mereka menghidang ramuan kopi haram itu kepada pelanggan beragama Islam? Atau penggunaan gelatin dari khinzir itu baru sahaja berlaku? Pastinya kopitiam ni terkenal bukan sebab tu tak cakap nama dia. Tapi kedai mana satu ni?

Siasat guna "Keyword" 
Lanun ada syak satu kedai kopi ni, jadi Lanun cuba search keyword "kedai kopi johor bahru 70tahun" pastu kalau jumpa nama kedai kopi tu cuba search nama kedai kopi tu ditambah dengan "cawangan lembah klang". Korang akan dapat jawapannya kedai mana satu, Kalau betul lah kedai tu, memang ramaiiii kesana dan cerita kesedapan memang tersebar luas.

HASIL SIASATAN LANUN  : Kedai Kopi @ Stesen Keretapi Kluang Johor & ia ada 2 cawangan di lembah Klang dan berusia 70 tahun. Kalau salah harap betulkan... TQ

MAKLUMAT TAMBAHAN : Menurut Facebook Persatuan Bangsa Johor, dahulu Kopi Kluang suci dan selamat, tetapi selepas pengusahanya "bertukar tangan" pencemaran bahan haram ini berlaku.

Tapi kalau maklumat ini SALAH, harap betulkan Lanun sebab ini perkara penting kita tak mahu kita termakan sesuatu yang haram. Mana yang dah sudah terminum, termakan takpalah memang di maafkan sebab kita tidak tahu. Pada peniaga yang menjual kopi itu, atau serbuk kopi itu harap cuba cek dengan Jabatan Agama Johor, kedai mana satu yang positif gelatin babi tu.

Berita Asal : HMetro - Kopi campur gelatin babi Article

Video Bunuh Diri Di KB Mall Kelantan Tapi Gagal..

2 komen disini yer..
Salam...

Lanun kongsikan video yang sedang hangat dipertontonkan dan lebih elok ditonton dari video lucah perlakuan zina yang haram yang dibawa oleh datuk T yang memalukan Malaysia sebab sengaja buat tontonan umum pulak.

Kejadian ini berlaku di KB Mall, seorang gadis yang mula cuba mengelar tangan dengan pisau bertindak ingin terjun dari bumbung KB Mall. Rakaman video tu berjya merakan pergelutan remaja perempuan 20an tu dengan ahli bomba yang cuba menyelamat. Saksikan detik cemas tersebut di bawah :

Apakah puncanya kejadian ini ???

Dapat diselamatakan juga apabila jatuh atas tilam disediakan Bomba.

23 March 2011

Widget Waktu Solat Untuk Blog Dari www.waktusolat.net

2 komen disini yer..

Salam...
Waktu solat merupakan satu widget yang penting bagi sesuatu blog. Ini bukan sahaja memudahkan dan mengingatkan kita waktu solat, ia juga sebagai satu lambang syiar Islam dan seruan Solat itu sendiri. Di mana ibadah tersebut wajib ditunaikan dalam keadaan apa sekalipun. 

Sebelum ini menggunakan widget waktu solat dari laman web masjid al azim [http://www.al-azim.com/], terbaru Lanun ingin berkongsi waktu solat solat untuk blog anda tak kira sama ada menggunakan medium Blogspot atau Wordpress dari Aalwi [www.waktusolat.net]. 

Cara nak dapatkan widget waktu solat :
Korang boleh dapatkan skrip / kod / coding add on waktu solat ini di sini [www.waktusolat.net.] Untuk memilih tempat sila customize dengan memilih kawasan pilihan anda terlebih dahulu sebelum menampalnya ke dalam blog. Ianya adalah percuma dan menarik.

Antara kelebihan waktu solat dari www.waktusolat.net :
  1. Ilustrasi menarik 
  2. "Blinking" pada waktu solat semasa.
  3. Tarikh Hijrah dan Masihi
  4. Imsak dan Syuruk turut disertakan.
Ciri ciri yang Lanun tidak minati :
  1. HyperLink "myjodoh.net" automatik muncul di belah kiri blog anda selepas memasang waktu solat.
  2. Untuk memilih kawasan waktu solat pilihan anda perlu klik dan "jump" ke page lain.

25 Mac Hari Polis Malaysia Ke 204

2 komen disini yer..

Salam...
Tahukah anda bila Hari Polis di Malaysia? Pada yang tidak tahu, ianya jatuh pada 25 Mac setiap tahun. Sambutan nya pasti di isi demo, perarakan, kawad, penganugerahan pingat dan sebagainya.

Terimakasih :
Artikel ini merupakan satu penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia PDRM yang telah bertugas dengan amanah dan berdedikasi dalam menjaga keselamatan negara dan rakyat Malaysia. Lanun mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada semua pegawai Polis di Malaysia kerana anda telah melakukan 1 tugas yang mulia yang pasti diberi ganjaran pahala yang besar.

Pada Polis yang.. : 
Di ingatkan juga pada pegawai Polis yang tidak amanah supaya kembalilah menjalankan tanggungjawab anda dengan jujur dan beretika. Rasuah dan Maksiat adalah perkara mungkar yang sama sama kita sebagai manusia patut hindari dan tidak sama sekali kita bersekongkol.

Semoga PDRM terus beramanah, Selamat Hari Polis Malaysia ke 204. 

Tentera Amerika Ke Libya : Libya bakal lepas mulut harimau masuk mulut buaya..

0 komen disini yer..
Salam...
Seperti yang kita baca dalam perkembangan terbaru di Libya, tentera bersekutu Amerika + Britain + Kanada + Perancis + Itali telah pun mula menyerang Libya dengan misi kononya untuk menghentikan kemaraan Muammar Gaddafi yang dengan kejam melanyak rakyatnya sendiri dengan menggunakan serangan senjata.

Apa yang kita leh wat ulasan sini, adakah ada agenda disebalik serangan ni? Disni Lanun sertakan beberapa point untuk jadi buah fikiran kita :
  1. Libya adalah pengeluar minyak Ke 4 terbesar di afrika. Adakah "emas hitam" ini yang mereka cari?
  2. Keganasan Gaddafi seakan lesen untuk Amerika masuk ke Libya, dimana sebelum ni mereka tak berpeluang.
  3. Libya adalah negara majoriti beragama Islam dan anti Amerika , ini peluang untuk mereka hapuskan musuh mereka.
  4. Peluang anti islam untuk mengurangkan kuasa politik negara Islam.
  5. Menyekat kemaraan pemimpin Islam di Libya dengan ambil alih melalui misi tentera.
  6. Dapat memasang "jerat" atau "boneka" mereka di Libya dalam misi ini.
  7. Serangan dan cara lebih kurang sama "stail" Amerika jatuhkan Saddam dahulu.

Serangan Terbaru Israel di Gaza 8 orang maut : Terus Berdoa dan Menderma..

0 komen disini yer..
Salam..
Di Gaza serangan selalu sahaja berlaku, sehingga kadang kita lupa bahawa keadaan disana sentiasa bergolak. Pelan pendamaian yang di main kan oleh Zionis dan Fatah berlegar legar berlatarbelakangkan penyembilan umat islam di Gaza yang terus menerus setiap hari.

Berita semasa :
Terbaru 8 orang telah maut, terdiri dari 4 orang pejuang syahid dan 4 orang awam yang sedang beriadah. Kita tahu Zionis tidak pernah kenal siapa mangsa mereka, mereka tidak ada belas kasihan, maka kita tidak patut lagi  berlembut dan berdamai dengan puak Zionis ini. 

"Mereka rampas tanah penduduk Palestin dan ingin berdamai? Merepek ke ape nak berdamai?"

Seruan Lanun :
Doakan keselamatan umat Islam disana, doakan kekuatan mereka. Teruskan menderma pada saluran yang betul iaitu kepada Hamas iaitu pejuang Palestin yang sebenar. Ya Allah bantulah pejuang di Palestin berikan mereka kekuatan dan kesabaran menentang musuh Islam. 

22 March 2011

Lanunsepet kutuk tindakan "Paderi anti-Islam bakar al-Quran"

1 komen disini yer..
Salam..
Seorang paderi dan 30 yang lain dalam satu majlis telah pun membakar AlQuran kitab suci umat islam yang di katakanya punca keganasan. Paderi yang bernama Terry Jones yang dulu pernah dikecam hebat ingin membakar AlQuran tetapi tidak berjaya apabila dihalang pemimpin Amerika. 

Blog Lanunsepet mengecam dan mengutuk tindakan paderi ini. Ini sebenarnya berlaku kerana golongan ini sebenarnya tidak pernah cuba membaca Alquran dan tidak menghormati agama lain. Dalam Islam sendiri mengajar umatnya menghormati agama lain tak kira warna kulit, bangsa atau bahasa.

Tindakan ini juga akan membangkitkan kemarahan umat Islam yang akan menyebabkan permusuhan dan sangka buruk lebih hebat akan berlaku. Lanun juga syak ada pihak di sebalik kejadian ini yang ingin melihat Islam dan Kristian bermusuh. 

Lanun juga menyeru supaya pemimpin Islam memberi contoh dan tauladan bagaimana Islam itu sebenarnya. Bukan dengan mengamalkan separuh separuh tetapi mengamalkan Islam secara menyeluruh mengikut lunas lunas syariah yang sebenar bukan berpandukan akal fikiran yang cetek.

21 March 2011

Semakan Keputusan SPM 2010 Rabu 23 Mac ini...

1 komen disini yer..
Salam..
Melalui apa yang Lanun baca di akhbar mutakhir, semakan keputusan SPM 2010 akan di umumkan hari Rabu ini bermula 10 pagi di sekolah masing masing. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Selain itu semakan menggunakan SMS juga akan di aktifkan pada hari yang sama, dengan menggunakan khidmad Mysms 15888 bermula 10 pagi Rabu hingga tengah malam nya. Bagaimana cara menyemak? entah lar tak dibagitau. Boleh rujuk laman web Mysms [http://www.mysms.gov.my] tapi Lanun cek tadi still takdak info.

17 March 2011

Kes Adenovirus / Kencing Tikus : Ya Allah Lindungilah Mereka Sihatkanlah Mereka..

2 komen disini yer..
Dalam BeritaHarian pagi ini melaporkan seorang lagi pelatih inspektor (mangsa kedua) di PULAPOL telah meinggal dunia akibat jangkitan virus kencing tikus ataupun adenovirus. Jangkitan wabak yang bermula 10hari lalu ini telah menyebabkan ramai pelatih dikuarantinkan termasuk sahabt pada kawan Lanun. 

Lanun mohon semua banyak banyak kan berdoa dan solat hajat mohon semua Allah melindungi mereka dan kita dan seluruh rakyat Malaysia dari wabak penyakit berjangkit kencing tikus ni. Penyakit ini memang misteri kerana ia masih tidak mempunyai penawar. 

YA ALLAH LINDUNGI MEREKA, SIHATKAN TUBUH BADAN MEREKA DAN KURNIAKAN LAH KAMI PENAWAR KEPADA PENYAKIT TERSEBUT YA ALLAH. AAMINN YA ROBB..

p/s : Takziah buat keluarga mangsa pertama dan kedua, semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT.

16 March 2011

Ramai Rakyat Malaysia Kahwin Dengan Warga Asing dari 31 Negara Berlainan......

1 komen disini yer..
Lanun baca satu artikel di BeritaHarian mengenai peningkatan perkahwinan campur di antara rakyat Malaysia dengan warganegara asing dari 31 negara berlainan. Ini berdasarkan rekod perkahwinan rakyat kita di lima kawasan selatan Thailand Songkhla.

Pasangan yang dipilih :

Malaysia-Thailand (419)
Malaysia-Indonesia (228)
Malaysia-Pakistan (45)
Malaysia-Filipina (18)
*pasangan

Statistik pernikahan di Selatan Thailand :

2005  - 314
2006  - 845
2007  - 1,944
2008  - 2,000
2009  - 3,260
*pasangan

Semakin meningkat bukan?
Antara negara lain yang jadi pilihan :

Bangladesh
Kemboja
Afrika Selatan
Nepal
Singapura
Perancis
Nigeria
Korea
Jepun
Afghanistan
Lubnan
Denmark
Amerika Syarikat
Iran
Arab Saudi
Uzbekistan.

Kenapa terdapat peningkatan? Antaranya kerana :
  1. Prosedur yang mudah dan tidak ketat berbanding Malaysia.
  2. Perkahwinan yang dirahsiakan.
  3. Perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa atau keluarga dan sebagainya.
Apa yang kita bimbang?
  1. Status akidah pasangan yang dikahwini, terutama jika pengantin lelaki warganegara asing.
  2. Pendidikan keluarga, isteri, anak anak.
  3. Nafkah dan kebajikan.
  4. Penyakit keturunan atau berjangkit dari warganegara yang tidak mendapat suntikan.
  5. Masalah akan timbul sekiranya berlaku kes penceraian, kes pengjagaan anak.
Nasihat Lanun : 
  1. Kita boleh memilih pasangan.
  2. Jangan sesekali cair dengan pujuk rayu, atau terasa terdesak dengan memilih sembarangan.
  3. Berusaha mencari yang terbaik. 
  4. Pastikan pasangan yang dipilih yang kita yakini boleh membawa kebahagiaan di DUNIA dan AKHIRAT dengan memberi nafkah zahir batin serta membimbing dengan ilmu agama.

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Tingkatan 6 Atas Tahun 2011

1 komen disini yer..
Salam.. satu lagi info berguna buat para pelajar, ibu bapa dan guru, disini Lanun maklumkan sekali lagi seperti yang tertera di bahagian pemberitahuan Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Tingkatan 6 Atas Tahun 2011 akan bermula pada :
  1. Zon 1 : Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu - 3 hingga 9 April 2011
  2. Zon 2 : Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan SBP - 10 hingga 16 April 2011
  3. Zon 3 : Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan - 17 hingga 23 April 2011
Alamat aplikasi permohonan adalah LAMAN WEB : http://apps.moe.gov.my/biasiswa [sila guna IE] Sekiranya pihak sekolah terlupa kata laluan, sila rujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian yang menyelia sekolah masing-masing. Diterbitkan Oleh: Bahagian Kewangan

15 March 2011

Kesan & Bahaya Kebocoran Radiasi Nuklear Kepada Manusia

2 komen disini yer..

Sekarang ni kecoh pasal nuklear bocor ni, Bacaan radiasi di Loji Nuklear di Jepun kini mencapai tahap bahaya. Mari kita doakan rakyat Jepun dan rakyat lain disana sentiasa selamat dilindungi oleh Allah SWT dari malapetaka. 

Persoalannya adakah radiasi ini akan tersebar ke Malaysia dan negara lain? Apa bahaya radiasi nuklear ni? Apa kesannya pada manusia? Bawah ni Lanun kongsikan kesan radiasi teknologi yang boleh bawa banyak kebaikan pada manusia tapi ia juga adalah "senjata makan tuan" jika gagal mengawalnya :
  1. Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  2. Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  3. Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  4. Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  5. Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  6. Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

Sumber : Pezolstylez.blogspot.com & Berita harian

Sebelum dan Selepas Jepun Dilanda Tsunami dan Gempa

0 komen disini yer..
Lanun kongsikan satu laman web yang memaparkan gambar satelit sebelum dan selepas tsunami serta gempa bumi berskala 8.9 melanda Jepun. Ikuti beberapa gambar satelit di beberapa lokasi penting yang terjejas teruk akibat tsunami. Gambar ditaja Geo Eye. Saksikan kerosakan yang dialami oleh Jepun.

KLIK SINI : GeoEye - Japan Before n After Hits By Tsunami
[**gambar boleh di drag kiri n kanan]


Radiasi Letupan Loji Nuklear Di Jepun Tidak Merebak Ke Malaysia..

6 komen disini yer..
Lanun dapat mesej kat Hp tadi mengenai radiasi dari letupan loji nuklear di Jepun yang tersebar dan berbahya bila hujan turun. Lanun disini menegaskan bahawa mesej ini adalah tidak benar. Keadaan masih terkawal di Malaysia dan tidak ada radiasi nuklear yang tersebar di negara kita, dan pihak berkuasa akan memberi maklumat pada rakyat mengenai update situasi radiasi ini. Bacaan radiasi di stesen di negara kita masih menunjukkan tahap normal. 

Mesej yang mungkin ramai terima :
"A nuclear plan in Fukumi, japan exploded at 4.30AM today. If it rains tomorrow or later dont go outside. If  you are outside. If  you are outside be sure that you have rain protector. Its acid rain . Dont let it touch you. You may burn, lose your hair or have cancer. Please stay safe and remind everyone you know."



KUALA LUMPUR 13 Mac – Kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat gempa bumi kuat kelmarin tidak akan merebak ke negara lain termasuk Malaysia berdasarkan faktor jarak dan suhu di kawasan bencana.

Profesor Nuklear Dalam Perubatan, Kolej Perubatan Masterskill, Prof. Datuk Dr. Proom Promwichit berkata, kesan radiasi hanya berlegar di sekitar loji terbabit memandangkan suhu di kawasan tersebut hanya dianggarkan 300 darjah celsius.

“Hanya jika suhu di kawasan itu melebihi 1,000 darjah celsius, kesan radiasi akan naik ke lapisan atmosfera dan mampu merebak sehingga ke negara ini.

“Namun, saya anggarkan suhu di kawasan tersebut hanya berada pada paras 300 darjah celsius,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. 

“Apa yang dibebaskan dari loji tersebut hanya lapisan luar nuklear yang tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada manusia. Kesan sinaran X-ray sebenarnya lebih berbahaya,” katanya.

Timbalan Setiausaha MKN, Datuk Che Moin Umar berkata jumlah radiasi di udara di kawasan tersebut adalah amat sedikit dan tidak menjadi ancaman kepada persekitarannya secara terus dan kerajaan Jepun memantau perkembangan di kawasan tersebut.

Katanya, pihak keselamatan Jepun turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa setiap urusan keluar masuk ke kawasan tersebut bagi mengelakkan radiasi daripada tersebar ke kawasan lain.

“Justeru, rakyat negara ini diminta tidak panik kerana kebocoran loji nuklear itu masih terkawal dan tidak memberi kesan kepada rakyat negara ini,” katanya.

13 March 2011

Bandar Minamisanriku jadi "Padang Jarak Padang Tekukur"

5 komen disini yer..
Gambar bandar Minamisanriku yang dilanda Tsunami Jumaat lalu ( Sumber gambar : Boston Big Picture ) Sebagai renungan : Maha Besar kuasa Mu Ya Allah, secanggih mana pun teknologi yang kami cipta untuk mengelak bencana pasti tidak dapat menandingi kuasa Mu yang meliputi seluruh alam ini. Jika Mu mekehendakinya maka jadilah ia.. La Hau La Wa Quwwata Illah Billah...tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah.

p/s : semua rakyat Malaysia di Jepun dapat dihubungi oleh kedutaan kita, Alhamdulillah.

12 March 2011

Lanunsepet ucapkan Takziah kepada seluruh rakyat Jepun

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat negara Jepun yang kini dilanda musibah gempa bumi terbesar dalam sejarahnya. Gempa bumi itu jugak telah mencetus tsunami yang telah memusnahkan perumahan, jalan, dan kenderaan. Mangsa yang kini juga meningkat ke angka ribu.

Lanun menyeru pembaca supaya bersimpati dan dapat menghulurkan bantuan yang termampu kepada rakyat di sana. Semoga rakyat Jepun tabah serta sabar dalam menghadapi bencana ini.

Video Ombak Tsunami Menelan Penempatan di Selatan Jepun

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan 3 video klip dimana ombak dari tsunami yang berpunca dari gempa bumi bermagnitud 8.9 yang baru baru ini melanda Jepun. Video ini menunjukkan rumah penduduk ranap dan dihanyutkan oleh arus deras dan banyak kenderaan juga hanyut bagaikan sampah. Korban dikatakan kini meningkat ke seribu, yang dimana ramai maut kerana mati lemas. Jadikan iktibar dan panjatkan doa dan hulurkan bantuan yang termampu.



Koleksi Gambar Gempa Bumi 8.9 & Tsunami di Jepun

2 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan gambar tsunami dan juga gempa bumi yang berukuran 8.9 magnitud yang telah menyebabkan 200 300 maut. Tsunami yang berukuran 10meter / 23kaki juga melanda Jepun menyebabkan rumah, kenderaan hanyut dibawa ombak tsunami.

Gambar ini diambil dari : Boston The Big Picture
Jumlah gambarz : 47 keping Gambar.

Klik Baca sepenuhnya untuk LIHAT KESEMUA FOTO :



07 March 2011

Permohonan Kemasukan Ke Program Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (Kpt) Sesi Julai 2011 Lepasan SPM dan Sijil / Diploma.

1 komen disini yer..

Salam...
Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik boleh mula membuat permohonan di laman web politeknik e-pengambilan. Terdapat dua kategori iaitu Lepasan SPM, Lepasan Sijil / Diploma tak kira dari mana Politeknik sendiri, Matrikulasi, Kolej bawah Mara, atau pun Kolej Komuniti.

  1. Laman Web Rujukan dan Pemohonan : KLIK SINI
  2. Tempoh Permohonan :

  • Lepasan SPM : 10 Januari 2011 - 4 April 2011
  • Lepasan Sijil / Diploma : 4 Mac 2011 - 4 April 2011

Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

1 komen disini yer..
Salam..
Ini satu info mengenai permohonan kursus perguruan lepas Sijil Pelajaran Malaysia. Korang leh rujuk link yang akan direct ke laman web permohonan.

Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina
C. Program Kembar Bahasa Perancis :
. Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
D. Program Kembar Bahasa Jerman :
. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui LAMANWEB DISINI

Sekian, terima kasih.

02 March 2011

Kisah Disebalik Kejatuhan Kerajaan Langit Ayah Pin dan Jin Jin nya

1 komen disini yer..

Kisah ni Lanun copy n paste dari forum CariGold (klik sini), Lanun hanya memaparkannya semula sahaja sekiranya ada sebarang kesalahan Lanun mohon maaf.

( Di Ceritakan semula oleh Tuan Hj. Lokman )

Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar “Kerajaan Langit” atau “Sky Kingdom” yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin. Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.


Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya. Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.