30 April 2011

Video Penuh Datuk T Bersumpah

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan video klip penuh apa yang berlaku di Masjid tempat Datuk Eskay salah seorang Trio dari Datuk T. Sebelum sumpah itu berlaku, seorang ustaz iaitu Ustaz Shamsul Firdaus AlHafiz [Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara] muncul dalam video.

Beliau kemudian memberi penjelasan serta pembetulan kepada apa yang sebenarnya patut berlaku serta apa kesilapan yang terjadi mengenai niat 3 orang Datuk ini. Datuk T juga menerima senaskhah Buku mengenai Qazaf dalam Islam. Jom kita saksikan video ini dan kita nilai sendiri.

29 April 2011

Trailer Terbaru Transformer 3 Dark Of The Moon

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan video trailer kedua untuk filem sekuel transformer 3. Trailer ini baru sahaja dilancarkan hari ini. Lanun memang minat dengan filem transformer ni he3. Jom Layan!.

Semuanya Emak, Emak, Emak...

3 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu renungan buat diri kita yang masih mempunyai atau sudah ketiadaan emak. Insan yang menjadi kita ada di dunia sekarang ni. Kita baca dan fikirkan apa yang belum kita lakukan buat emak kita yang dah melakukan segalanya buat kita.

Orng kata aku lahir dari perut............emak
bila dahaga,yang susu kn aku.................emak
bila lapar,yang suapkn aku...........emak
bila keseorangan,yang setiasa menemani aku......emak
kata emak,perkataan pertama aku sebut.....emak
bila bagun tidur yang aku cari..........emak
bila nangis,orang pertama yang dtang............emak
bila nk bermanja aku dekati ..............emak
bila nk bergesel,aku duduk sebelah...............emak
bila sedih,yang boleh memujukku hanya .......emak
bila nakal,yang memarahi aku.........emak
bila merajuk,yang memujukku hanya.........emak
bila melakukan kesalahan,,yang paling cepat marah....emak
bila takut,yang tenangkn aku ....emak
bila nk peluk,yang aku suka aku peluk........emak

Pertandingan Anugerah Blog Popular Di Blog Coretan Anuar

2 komen disini yer..

Salam..
Lanun menjemput semua rakan rakan blog untuk menjengah ke Blog Coretan Anuar di [ LINK INI ] untuk usyar pertandingan blog paling popular anjuran saudara Anuar. Sama sama kita join, kerana siapa tahu anda boleh memenangi hadiah menarik!.

Berita terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
Bil. Peserta : 74 peserta dan semakin meningkat...

Hadiah yang lumayan!! Woww!!
Hadiah tempat pertama : RM500
Hadiah tempat ke 2 : RM300
Hadiah tempat ke 3 : RM200
Hadiah untuk setiap kategori : RM100
Banner pilihan pengundi : RM200
30 hadiah misteri menanti pemenang yang berjaya mendapat 30 undian tertinggi

Sekiranya ada sesiapa lagi yang berminat untuk menjadi penaja pertandingan ini sila sms 016-5425547 (Anuar)

22 April 2011

Waktu Siaran Rancangan Imam Muda Musim Kedua 106 Astro Oasis

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan maklumat yang Lanun dapat dari laman web rasmi  Astro Imam Muda [Astro Imam Muda Official Website] dan Facebook Imam Muda Iaitu mengenai waktu siaran episod episod ujian dan cabaran serta tugasan yang dilalui oleh Imam Muda musim terbaru ini. 

Dalam episod ini, penonton bakal menyaksikan bagaimana kesemua 10 peserta imam muda musim kedua yang terpilih mengharungi cabaran mengatasi pelbagai ujian penting mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Pengetua dengan dibantu dua orang Mentor.

PROGRAM TARIKH WAKTU SIARAN SALURAN
Medan Imam Muda EP 1     29 April 2011   9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 2      6 Mei 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 3     13 Mei 2011     9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 4     20 Mei 2011     9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 5     27 Mei 2011     9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 6     3 Jun 2011        9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 7     10 Jun 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 8     17 Jun 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 9     24 Jun 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 10   1 Julai 2011      9mlm-10mlm    Astro Oasis(saluran 106)

Calon Imam Muda Musim Kedua Di Astro Oasis

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu video klip dari Youtube video promo calon calon Imam Muda Musim Kedua di Astro. 10 orang imam kesemuanya yang menampilkan pelbagai background pekerjaan tetapi mempunyai ilmu agama yang mantap InsyaAllah Harapan Lanun ini yang dapat melahirkan pendakwah pendakwah baru yang mampu meneruskan perjuangan amar makruf nahi mungkar sesuai dengan cabaran cabaran baru dunia moden.

 
Credit to : aftalentaesb youtube channel

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:

1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam.

Surat Banduan : Kisah Yong Vui Kong Rakyat Malaysia Di Penjara Singapura

2 komen disini yer..
Sumber Asal : MalaysiaKini

Yong Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian.

Baca sepenuhnya surat dari beliau di bawah, semoga jadi pengajaran buat setiap insan, baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

22 April Hari Bumi : Earth Day

2 komen disini yer..

22 April setiap tahun iaitu hari ini adalah Hari Dunia [Earth Day]. Untuk tahun 2011 temanya adalah A Billion Acts of Green. Pelbagai usaha telah dilalukan baik NGO atau pun badan berkanun untuk menyelamatkan Bumi dari dihakis pembangunan yang tidak terancang.

Untuk usaha penghijauan semua ini memerlukan kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat juga. Tak dinafikan juga kita akui kita rakus merosakkan Bumi kerana mengejar kemajuan dan keuntungan. Selalunya, tiada siapa peduli sebab Bumi tak mampu berkata kata. Semua tahu, apabila sudah terlambat.

Ingin ketahui aktiviti, kempen, maklumat di seluruh dunia : KLIK SINI [http://www.earthday.org/]

p/s : Sesungguhnya kerosakan dimuka bumi ini adalah kerana tangan2 manusia itu sendiri.. Jom hijaukan Bumi.. Bumi juga makhluk Allah hormati ia sebagaimana kita hormati makhluk lain.

20 April 2011

Kerana tak mahu kalah, Ibu suruh saya cari jodoh yang juga bekedudukan tinggi

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu luahan dan soalan dari seorang pembaca metro diruangan Fikrah Dr Salam. Jom kita ikuti apakah masalahnya, dan apa respon doktor.

SAYA berusia 21 tahun dan sedang menuntut di sebuah IPTA tempatan. Baru-baru ini, sepupu saya melangsungkan perkahwinan dengan seorang doktor.

Ibu berasa begitu tercabar dan meminta saya mencari calon suami yang mempunyai kedudukan. Namun, mungkin kerana kuatnya doa seorang ibu, tahun lalu saya dipertemukan dengan seorang doktor.

Untuk pengetahuan Dr, lelaki itu seorang warga asing penganut agama kristian yang kuat. Pada mulanya ibu menentang hubungan berkenaan kerana faktor agama, namun melihat kesungguhan kami, ibu mula merestui asalkan dia memeluk Islam.
Saya sebenarnya masih merahsiakan identitinya yang bukan warganegara Malaysia. Jika ibu mengetahui hal berkenaan pasti dia menolak sama sekali.

Sebelum ini, sudah dua kali saya memiliki teman lelaki, tetapi kerana tidak mendapat restu ibu, saya terpaksa memutuskannya. Untuk kali ketiga ini, saya harapkan hubungan kami akan kekal berpanjangan.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi memperkenalkan Islam kepada teman lelaki saya seterusnya menambat hatinya memeluk Islam?

Ikuti Jawapannya disini : Dr Salam menjawab......

19 April 2011

Panduan Membeli Kenderaan Baru

3 komen disini yer..

Cara Cara / Langkah Membeli Kenderaan Baru
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Semua orang ingin memiliki kenderaan sendiri. Bergantung kepada kemampuan kewangan sendiri sama ada membeli kenderaan baru atau terpakai. Biarpun membeli kenderaan baru menyeronokkan bukan sahaja dapat menikmati pemanduan secara selesa dan menyenangkan, tetapi jika tidak berhati-hati, kenderaan yang baru dibeli itu akan menimbulkan masalah.

1.Ketika membuat tempahan
  • Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau bank deraf. Bayaran tunai tidak digalakkan.
  • Pastikan setiap bayaran yang dibuat diberikan resit rasmi syarikat serta merta sebagai mengakui penerimaan bayaran.
  • Pastikan borang tempahan diisi dengan betul seperti maklumat peribadi, maklumat pinjaman dan maklumat kenderaan.
  • Satu salinan yang lengkap dan ditandatangani hendaklah disimpan oleh pembeli.
  • Pembeli hendaklah membaca dan memahami keseluruhan terma dan syarat yang terkandung dalam borang tempahan.
2.Membuat pinjaman

Ketika memohon pinjaman, serahkan dokumen-dokumen berikut :
  • Salinan borang tempahan rasmi syarikat pengedar.
  • Salinan fotokopi kad pengenalan yang dicatatkan perkataan 'untuk tujuan pinjaman dengan syarikat kewangan' bagi mengelakkan penyalahgunaan salinan tersebut.
  • Salinan fotokopi lesen memandu atau sekeping gambar.
  • Slip gaji terbaru bagi tempoh tiga bulan.
  • Penyata akaun simpanan/semasa/tetap
  • Borang cukai pendapatan.
  • Borang EA.
  • Surat perlantikan tawaran kerja.
  • Borang 9, 24, 49 M & A, resolusi syarikat (jika pembelian oleh syarikat).
Apabila pinjaman telah diluluskan, sila ambil tindakan berikut :
  • Hubungi syarikat kewangan dan sahkan syarat-syarat kelulusan pinjaman seperti dicatatkan dalam surat jaminan seperti jumlah pinjaman, tempoh bayaran, kadar faedah dan jenis atau model kenderaan.
  • Semua dokumen mengenai perjanjian pinjaman ditandatangani di syarikat kewangan.
  • Tidak ada bayaran dikenakan bagi pengendalian proses pinjaman kenderaan.
  • Pendaftaran Kenderaan
Pendaftaran kenderaan hanya boleh dibuat sekiranya :
  • Bayaran penuh harga kenderaan telah dibuat (bagi pembelian tanpa pinjaman).
  • Surat Akujanji dari syarikat kewangan dikeluarkan dan bayaran muka telah dijelaskan sepenuhnya.

Untuk tujuan pendaftaran, kemukakan dokumen-dokumen berikut di Jabatan Pengangkutan Jalan :
  • Salinan fotokopi kad pengenalan pembeli yang disahkan (dicatatkan perkataan ' untuk tujuan pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja'.
  • 2 salinan JPJ K1 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli.
  • Borang pelepasan tanggungan JPJ yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli dan juga ditandatangani oleh seorang saksi.
  • Surat jualan dari syarikat pengedar.
  • Dokumen perlindungan insurans yang berkuatkuasa yang diisi penuh dengan butir-butir pembeli dan kenderaan.
  • Surat tuntutan hak milik dari syarikat kewangan.
  • Resit tender nombor pendaftaran (jika ada).
  • Untuk mendapatkan pendaftaran segera, pembeli perlu hadir di Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Bayaran pendaftaran kereta, cukai jalan dan tuntutan hak milik termasuk dalam harga kenderaan yang diisytiharkan.
  • Bayaran tambahan dikenakan bagi kes-kes seperti :
  • Penukaran nombor pendaftaran yang melibatkan pengekalan nombor pendaftaran lama kepada kereta baru.
3.Semasa penyerahan kenderaan

Apabila menerima kenderaan baru, sila pastikan :
  • Kereta tersebut sempurna dan memuaskan.
  • Perkakas dan aksesori lengkap dibekalkan.
  • Buku jaminan diisi dan dicop dengan cop syarikat wakil pengedar dan ditandatangani oleh pembeli.
  • Borang penyerahan rasmi syarikat pengedar kereta hendaklah ditandatangani oleh pembeli dan wakil syarikat pengedar dan satu salinan disimpan oleh pembeli.
Sumber Dari KPDN & HEP

17 April 2011

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

0 komen disini yer..

Salam.. Lanun kongsikan satu maklumat pengumuman dari Laman web }KPM : 
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat mulai pada 12 April 2011 (Selasa) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila [KLIK DISINI].

Harap maklum.
Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Tawaran Scholarship For The Studies Of Al-Qur’an And Al-Qira’at At Unissa Peringkat Ijazah Kedoktoran Dan Ijazah Sarjana

0 komen disini yer..

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan telah membuka iklan tawaran biasiswa tajaan Kerajaan Brunei bagi peringkat Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana. Sila [KLIK DISINI] untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai tawaran tersebut.

Sekian, terima kasih.
Diterbitkan Oleh: Bahagian Tajaan Pendidikan

Ralat Tak Boleh Log In Facebook : Account Unavailable

7 komen disini yer..

Salam...
Lanun sejak duduk di oversea ni (sarawak) rajin layan facebook. Lebih lebih lagi dalam proses merancang perkahwinan ni. Setiap perkara kadang terpaksa dilakukan secara online terutama apabila berbincang dengan bakal isteri mengenai majlis.

Pagi tadi leh la pulak facebook Lanun tak boleh log in masuk. Ada ralat keluar nyatakan "Account Unavailable Your account is temporarily unavailable due to site maintenance. It should be available again within a few hours. We apologize for the inconvenience." Hu3..tension jugak tak dapat berfacebook he3.

Facebook kata beberapa jam ja "site maintenance".. Ni dah nak separuh hari dah...

AKHIRNYA SELEPAS HAMPIR 12JAM DOWN..DAPAT JUGA BERMUKA BUKU.. Done!!

15 April 2011

Ustazah Pilihan, Program Realiti Terbaru Astro ?

11 komen disini yer..


TERBARU : SAH!! Ditayangkan Oktober.. Perasmian Rancangan Ustazah Pilihan terbitan Astro Oasis KLIK SINI



Salam...
Ustazah Pilihan? adakah satu lagi rancangan realiti televisyen islamik terbaru keluaran Astro?  Imam Muda, kini..Ustazah Pilihan? Ya, mungkin. Ini berdasarkan apa yang Lanun terbaca satu wall status di Facebook Imam Muda mengenai siri pencarian realiti 'Ustazah Pilihan'. 


Jadi kali ini akan menampilkan ustazah ustazah pula sebagai peserta dan mungkin di uji seperti format rancangan Imam Muda pertama dan kini dalam sedang musim kedua. Untuk Siri Usatazah Pilihan ini program kendaliannya dan penglibatannya hampir 95 peratus dari wanita untuk wanita. Program realiti keagamaan ini dikatakan dibuat dengan kerjasama JAWI dan Bank Islam.

Adakah "Astro : Ustazah Pilihan" ini akan berjaya? Apa pendapat anda? 

Respon (peribadi) Lanun mengenai Ustazah Pilihan :
  1. Ada baik dan Ada Buruknya.. 
  2. Rancangan sebegini baik pada pandangan Lanun sekiranya ia dibuat dengan acuan Islam.
  3. Ia nya hendaklah tidak terlalu menekankan pertandingan siapa hebat dan siapa tidak hebat.
  4. Adakah kecantikan jadi keutamaan? Jangan jadikan kecantikan ustazah ustazah kita sebagai eksploitasi oleh Astro.
  5. Mohon sangat jangan la pandai pandai nak tukar gaya peserta sehingga mereka jadi mangsa fesyen yang akhirnya bawak dosa!!. Lebih lebih stail tudung !.
  6. Lanun setuju sekiranya ia menampilkan imej Sebenar seorang Muslimah mengikut Syarak.
  7. Lanun harap ia akan memberi mesej yang sebenar tentang aurat, akhlak, dan gaya hidup Islam yang menepati syarak supaya wanita muslim di Malaysia dapat mencontohinya.
  8. Semoga ia dapat lahirkan ulamak dari kalangan muslimah yang dapat menjalankan amar makruf nahi mungkar di Malaysia.
  9. Harap ia boleh jadi idola gadis gadis dari dok melayan AF, Mentor, OIAM, Malaysian Idol, dan lain lain yang lansung tidak mempunyai kebaikan pada Muslim di Malaysia.

14 April 2011

Ong Kim Koon Lelaki Prihatin Patut Dicontohi...

6 komen disini yer..
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA UNCLE ONG TELAH PUN MENINGGAL DUNIA, LANUN TABEK SPRING KEPADA BELIAU DAN MENGUCAPKAN TAKZIAH PADA SELURUH KELUARGANYA. [http://www.mmail.com.my/content/70242-farewell-hero-ong]
Fanbook page Uncle Ong :[ klik disini ]


Salam..
Lanun merakamkan ucapan SYABAS dan SANGAT BANGGA dengan Ong Kim Koon (52) yang berusaha untuk menyelamatkan sepasang suami isteri bangsa melayu yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kaki kanannya kudung dan kaki kiri patah. Ong Kim Koon telah menyelamatkan mangsa terlebih dahulu kemudian meletakkannya di tempat selamat.

Kemudian pergi semula untuk menyelamatkan mangsa ke 2. Dalam usaha nya menyelamatkan mangsa ke 2 beliau telah dirempuh sebuah kereta toyota estima dari belakang hingga menyebabkan beliau cedera teruk di kaki dan kaki kanannya terpaksa di potong, manakla kaki kiri patah. Kereta merepempuh Ong telah melarikan diri.

Lanun SANGAT BANGGA dengan apa yang telah dilakukan Ong, satu tindakan prihatin dan heroic yang patut kita contohi. Lanun harap kita dapat membantu beliau dan juga menyeru kerajaan untuk tidak memandang enteng usaha lelaki ini dan hulurkan bantuan sesuai pada beliau. Inilah contoh yang baik patut kita contohi. Kepada keluarga Ong, harap mereka bersabar.

Sisters Ong Yi Qing, fi ve, (left) and Yi Heng, three, (right) had been constantly asking when their 'Ah Kong' or grandfather will wake up from his 'sleep' as they would often check on Ong Kim Koon's (centre) body lying in an open casket at their house in Taman Pandan Mewah. - MalayMail

Kepada pemandu estima yang melanggar Mr.Ong, baik anda serah diri!!

TEMURAMAH ONG KIM KOON DENGAN WARTAWAN

Ong yang ditemui di Hospital Ampang (HA) di sini, semalam, berkata sebelum kejadian itu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandan Mewah selepas habis bekerja dan melihat dua kenderaan terbabit kemalangan.

“Saya memberhentikan kereta dan turun untuk meninjau keadaan kenderaan itu. Selepas melihat sepasang suami isteri dalam Perodua Viva tersepit dan meronta-ronta sambil menjerit meminta pertolongan menyebabkan saya membantu.

“Selepas berusaha kira-kira 10 minit, saya berjaya mengeluarkan mangsa wanita sebelum meletakkannya di bahu jalan dan memintanya menghubungi polis berikutan dia sedar,” katanya.

Ong berkata, dia kemudian berusaha pula mengeluarkan mangsa lelaki, namun tiba-tiba sebuah kenderaan merempuhnya dari arah belakang.

“Saya tak sedarkan diri selepas itu dan hanya tersedar selepas berada di HA. Saya terpaksa menerima hakikat pahit apabila doktor memaklumkan kaki kanan saya terpaksa dipotong akibat parah manakala kaki kiri saya pula patah,” katanya.

12 April 2011

Malang Tak Berbau Tapi Bergolek..

4 komen disini yer..
Malang tak berbau.. dan bukan sahaja rezeki datang bergolek tetapi malang juga boleh datang bergolek. Jom saksikan video ni, Lanun memang simpati betul dengan lelaki ni sebab dia bukan ditimpa malang tetapi di golek malang, oh dia memang tak salah langsung. Manusia mana ada side mirror jadi apa kan daya.

11 April 2011

Telur Ayam Tiruan Dirampas di Pulau Pinang Sah Telur Tulen!

1 komen disini yer..

Salam..
Syukur Alhamdulillah, telur ayam yang baru baru ini dirampas dalam satu operasi oleh penguat kuasa kesihatan di Pulau Pinang, mengesahkan bahawa telur ayam yang disyaki adalah telur ayam tiruan adalah tidak benar. Telur tersebut adalah telur ayam yang tulen yang sebenar berdasarkan ujian DNA oleh Jabatan Kimia ke atas empat sampel telur ayam.

Oh Yaka...Alhamdulillah...
Lega rasanya telur tu bukan telur ayam tiruan. Lanun harap apa yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan untuk memantau adalah benar, berharap juga kementerian terus memantau barang barang keperluan yang dibawa masuk dari negara luar supaya selamat untuk rakyat.

Lanun disini juga menyeru sekiranya ada terjumpa atau mensyaki perkara seperti kes telur ayam tiruan ini hendaklah dengan cepat menghubungi pihark berwajib demi kebaikan kita bersama melalui laman web [http://fsq.moh.gov.my] atau pejabat kesihatan / berkuasa berdekatan.

Lanun terfikir apakah nasib rakyat Malaysia terutama kanak kanak apabila disaji makanan sedemikian? tambahan pula komponen bahan-bahan kimia digunakan dalam buat telur tu boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati. Cuba fikirkan??

TAPI... TAPI... aritu persatuan pengguna pulau pinang CAP ada bergambar dengan telur ayam tiruan tu kan? adakah kementerian kebetulan salah rampas yang tulen? jadi adakah telur ayam tu ada dipasaran Malaysia sebenarnya? ada sapa leh jawab? harap kementerian terus memantau dan menghapuskan telur ayam tersebut, termasuk pusat memprosesnya sekali.

Bagaimana Seluar Jeans Di Hasilkan.. Lusuh dan Nampak Season..

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun terjumpa satu video dokumentari "How Jeans are made' Bagaimana seluar jeans dibuat di kilang, jadi Lanun kongsikan video ini pada kawan kawan pembaca semua. Video dokumentari ini menunjukkan bagaimana Denim memproses dari kapas hinggalah menjadi seluar yang cukup popular 1 dunia. Yang menarik dalam video ini adalah bagaimana mereka melusuhkan jeans tersebut serta membuat corak nampak "season" berdasarkan kehendak dan gaya masa kini.

Jom kita lihat video bawah ni :

10 April 2011

Video Ratu Cantik Pondan Nyah Malaysia di Youtube, Siasat segera!

4 komen disini yer..
Salam..
Lanun dah tonton video ni sebelum [di blog Mazidul Akmal Sidek 999] disiarkan beritanya di Metro Ahad hari ni. Video ini bertajuk Miss Malaysia Pahang 2010 [yang ni dah di private oleh owner] di Youtube. Tetapi di dalam Metro Ahad ia dikatakan dibuat di Pantai Timur? Hmm.. Lanun ingatkan dia buat di Pahang?

Malaysia = Thailand ?
Dalam video ini dipaparkan nyah nyah meragakan pakaian dan membuat pertandingan ratu cantik, dah macam di Thailand. Tak sangka dalam sibuk pihak berwajib membanteras perkara ini, maksiat sebegini masih berleluasa dengan mengadakan majlis agak grand Lanun lihat. Jika kita tidak banteras maksiat ini pastinya kita mengundang murka Allah pada kita, pemimpin kita dan Bala Allah pasti tak kan terhalang untuk menimpa kita.

Channel Youtube Arezeo? Siasat!
Korang semua boleh jugak lihat video maknyah lain [tak taulah kalau owner dia dah delete] ini di Channel Youtube Arezeo yang memaparkan lebih banyak koleksi video yang lebih dahsyat!!! dan memalukan Malaysia yang "dikatakan" negara majoriti penduduk Islam. Lanun harap pejabat agama menyiasat siapakah pemilik Channel Youtube Arezeo ni yang Lanun tengok menyimpan banyak video event golongan ini.

PERHATIAN : VIDEO ASAL DARI AREZEO TELAH DI DELETE / PRIVATE KAN!!! OLEH PEMILIH CHANNEL AREZEO , video di bawah adalah salinan kedua oleh MovieKita TQ n credit pada beliau sebab buat copy.

Macam macam gimik dalam video ini, yang Lanun lihat direka reka? 
entah betul ke tidak wakil dari wakil dari negeri sekian sekian.

09 April 2011

Tingkatkan Trafik Blog Anda Dengan Yahoo Buzz

6 komen disini yer..
PENGUMUMAN - Yahoo Buzz Di Tutup Oleh Yahoo bermula 20 April 2011

Dari Yahoo Answer : Yahoo Buzz was stopped on 21st April 2011. There was a little notice given but no reasons as to why, except 'staffing numbers'. Presumably, they are making redundancies. On the forum before it closed there was a lot of conjecture as to why this was happening such as:::;1. Certain people in government didn't like the criticism directed their way. 2. Some on Buzz were going a bit over the top with their comments and it was getting quite heated at times. It could have been handled better and people could have been informed properly instead of having to search around for an answer. I myself emailed Yahoo and eventually received an answer, but it was not very comprehensive and didn't go into much detail.

Sayang betul tak dapat guna servis Yahoo Buzz ni, yang tinggal hanya Yahoo Buzz Log. Nak submit memang tak boleh dah Harap Maklum.


Salam...
Dah lama rasanya Lanun tak share ilmu berkaitan blogging ni. Jadi hari ni Lanun ingin share kan satu lagi tips yang Lanun lihat berkesan pada trafik blog Lanun sendiri. Apa yang Lanun nak cerita kat sini Lanun dah try dan terbukti InsyaAllah. Korang boleh cuba dan lihat hasilnya bagaimana.

Pengenalan?
Yahoo Buzz, pernah dengar? biasa guna? ianya adalah satu medium untuk internet user submit story yang dieorg minat dan ingin kongsikan pada yang lain. Ianya sama seperti Digg, Delicious, Innit Nuffnang, Im curtain, My Ebuzz dan yang sewaktu dengannya.

Kelebihan?
Tapi apa kelebihannya berbanding laman web yang lebih kurang fungsinya tu? Kelebihanya ialah ia berada di bawah Yahoo sendiri, jadi secara logiknya apa yang Lanun faham Yahoo Buzz akan memberi sedikit sebanyak pengaruh pada hasil carian Yahoo Search Engine. Pastilah dia akan utamakan Yahoo Buzz kan? salah satu service company diaorang. Pastinya ia percuma!

Bagaimana ia berfungsi?
Seperti laman web yang lain, apabila kita submit artikel kita di Yahoo Buzz ini secara automatik kita akan menambah backlink blog post kita. Backlink ini sangat penting untuk trafik dan ianya elemen penting bagi SEO itu sendiri.

Gambar di bawah ni menunjukkan YahooBuzz yang Lanun baru sahaja 1, 2 hari gunakan dah mampu tersenarai sebagai 10 Referring Site tertinggi dengan cepat [ maksud : Lamanweb asal yang bawa visitor ke blog kita ]. Ini memberi semangat pada Lanun untuk berkongsi ilmu ini bersama dengan blogger yang lain.
Gambar dari Blogspot Stats for Lanunsepet

Cara nak guna servis Yahoo Buzz?
1. Buka www.buzz.yahoo.com
2. Sign In
3. Klik Submit pada menu sebelah kanan
4. Paste URL post yang anda ingin submit
5. Klik Preview
6. Lengkapkan maklumat yang diminta
7. Klik Submit

Done! Siap dah, Post tu akan disubmit ke database Yahoo Buzz dan bersedia untuk menjadi hasil carian pengguna internet yang mencari artikel berkaitan dengan post itu. Lanun harap dengan perkongsian ini akan menambahkan lagi ilmu kita disamping meningkatkan trafik ke blog anda semua. Sekian...Tq sudi membaca.

08 April 2011

Cara Kaedah Menghasilkan Telur Tiruan China

5 komen disini yer..

Salam...
Sambungan pada artikel Cara membezakan telur tiruan dan asli Lanun kongsikan satu artikel yang Lanun ambil dari Selangor2u.com dan Kalahatiberkata82.blogspot.com dan juga Mylovely-fieda.blogspot.com [tq..so much for sharing...] iaitu Cara cara membuat telur palsu yang kini telah memasuki Malaysia. 

Dari rampasan baru baru ini telah membuktikan bahawa telur tipu ini telah masuk ke dalam pasaran Malaysia. Pada yang ingin tahun apakah bahan-bahanya? Bagaimana cara menghasilkannya sila ikuti artikel ini seterusnya yer. Yang komfem bahan bahan yang digunakan adalah berbahaya!

Jom kita lihat bagaimana Telur Tiruan China dibuat?

Awas! Cara Mengenal Telur Tiruan?

3 komen disini yer..

Salam...
Lanun kongsikan satu berita yang sangat penting buat seluruh rakyat Malaysia. Telur Tiruan, yang ngah hangat diperkatakan sekarang. Kita sebagai pengguna pasti menggunakan telur untuk pelbagai kegunaan dalam memasak seharian. Telur Tiruan ini biasa di China, ia tidak berbau seperti telur biasa, tak tiada rasa seperti telur.. TAPI ada maklumat dari laman web lain mengatakan rasanya lebih sedap dari telur biasa yang berpunca dari kandungan bahannya yang berbahaya.

Ikuti : Cara Kaedah Menghasilkan Telur Tiruan China 

Lanun berharap kerajaan mengambil tindakan tegas dalam hal ini, dahulu kecoh ikan bilis tiruan, sekarang ini telur pula telah masuk ke Malaysia. Ini pasti akan rosakkan kesihatan dan rohani rakyat kita yang memang tersepit dengan barang mahal dan ingin yang murah dan akhirnya terjebak membeli barangan tipu begini.

Jom kita kenali bagaimana kenali telur tiruan ini :

06 April 2011

Senarai Calon Pilihan Raya DUN Sarawak 2011

0 komen disini yer..

Salam...
Hari ini adalah Hari Penamaan calon PR DUN Sarawak, jadi Lanun kongsikan DIBAWAH ni senarai calon calon yang bertanding dalam pilihan raya dewan undangan negeri Sarawak bagi tahun 2011 ini. Terdapat 71 Dun kesemuanya yang menyaksikan kesemua tempat berlaku pertandingan tanpa menang tanpa bertanding. 

Sebelum ini pilihanraya adalah pada 20mei 2011 dan kali ini ia akan berlansung pada 16 April dengan tempoh masa 10 hari berkempen. Pada para pengundi di Sarawak pilihlah dengan bijak. Lanun tak boleh lah mengundi walaupun dok disini he3.
Sumber : Malaysiakini 

01 April 2011

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Kakitangan Kerajaan

1 komen disini yer..

Ikrar Perkhidmatan Awam

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:
  • Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
  • Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama.


Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Kami, pegawai awam Malayssia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut :

  • Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
  • Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah;
  • Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
  • Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
  • Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
  • Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.