26 July 2011

Gambar Duit Syiling Baru Malaysia

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan 1 info yang menarik Lanun baca di Malaysiakini tadi iaitu mengenai wajah baru duit syiling kita di Malaysia. 10sen 20sen 50sen dan 5sen akan mendapat sentuhan baru mulai tahun hadapan. Bagaimana rekabentuk duit syiling kita yang baru boleh tengok gambar di bawah. Nampaknya 50sen dan 20sen akan jadi warna emas tu, n 5sen dan 10sen kekal warna perak yang lama.

p/s : Boleh lah jual syiling lama kat Mudah.my yer he3..

Antara ciri ciri syiling baru :
  • Lebih kecil dan ringan
  • Rekabentuk baru ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan
  • Mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
  • Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur
  • Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
  • Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu 
  • Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia

24 July 2011

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Lanunsepet

8 komen disini yer..
Assalamualaikum...

Kepada semua pembaca pembaca blog Lanunsepet, semua sanak saudara, sahabat sahabat, kenalan, adik adik kakak kakak abang abang ..yang mengenali Lanunsepet. Walaupun hanya kenal Blog, nak bagitahu, Dengan rasa rendah hati..Kami menjemput semua ke Majlis Walimatul Urus Kami di Kuala Nerang, Kedah (Rumah Perempuan)

Majlis Perkahwinan : Kuala Nerang, Kedah.
Tarikh : 3 SEPTEMBER 2011 bersamaan 5 SYAWAL (Hari SABTU).
Jamuan : 12tghari - 6 petang.

Bagi yang memerlukan KAD jemputan bolehlah P.M kan ALAMAT (lanunsepet@gmail.com) supaya dapat kami senaraikan dan pos kan. Ataupun tinggalkan alamat anda di ruang komen. Untuk majlis sebelah lelaki InsyaAllah akan diadakan pada bulan 11 nanti di Gopeng, Perak.

Terima Kasih..
Doakan kami menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah.. :-) Sambil sambil datang makan boleh datang ziarah hari raya sekali InsyaAllah. 

22 July 2011

Tekong Sepak Takraw Bertudung ?

2 komen disini yer..
Gambar Tekong Sepak Takraw Indonesia Bertudung

Salam...
Boleh bukan tak boleh... Sukan bukan penghalang untuk wanita yang menganuti agama islam untuk bertudung. Jika kita lihat ramai atlit kita yang Muslimah yang tidak bertudung. Padahal ianya bukan penghalang untuk aktif dan berjaya. Ia sebenarnya perlukan latihan. Harap ia buka mata pada ramai atlit kita yang perempuan tapi dah macam lelaki. 

Berita Asal : Bernama

KUALA LUMPUR 22 Julai – ”Hijab” dan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong dari skuad wanita Indonesia, Cahaya Permata Fahrani membuat libasan kencang ketika beraksi di Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Cahaya Permata, 18, berkata, beliau tidak merasa kekok walaupun memakai ”hijab” dan seluar panjang ketika beraksi di mana-mana kejohanan sekalipun. "Sebagai Muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pendapatnya tidak menjadi kesalahan wanita Muslim bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.

Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, beliau mula memakai ”hijab” pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai Sukan Kejohanan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) 2007.

Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan itu berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di temasya Sukan SEA, Indonesia pada hujung tahun ini. – Bernama

21 July 2011

Cara Untuk Memohon Kad OKU

2 komen disini yer..

Salam...
Lanun kongsikan apa yang Lanun baca di LamanWeb Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM mengenai bagaimana kaedah untuk mendapatkan kad OKU bagi yang layak. Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:

  • OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.
  • Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital / klinik kerajaan atau hospital / klinik pakar swasta.
  • Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar berukuran saiz Kad Pengenalan dan 2 salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran
  • Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.

20 July 2011

Benci Dengan Facebook Chat Sidebar Yang Baru?

3 komen disini yer..


Salam..
Lanun bukan seorang tegar dengan Facebook, tapi tetap menggunakan laman sosial paling popular di seluruh dunia sebagai medium komunikasi. Antara aplikasi yang selalu Lanun gunakan adalah Facebook Chat. Oleh kerana ia ringan dan mudah Lanun selalu juga gunakan. 

Tapi.. Terbaru Facebook dah tukar aplikasi chat nyer kepada sistem baru yang dikenali Sidebar Chat. Lanun memang tension betul dengan Chat yang baru ni. Memang tak mesra pengguna lansung! dia hanya paparkan beberapa Kawan yang online dan yang lain bagaimana? takkan nak taip pulak? Tak ke leceh?

Menurut facebook dia kata "Faster  Way To Message" ? Ya ka? Macam lagi menyusahkan adalar. Selain tu juga facebook nyatakan bahawa ia paprkan kawan kawan yang kita kerap hubungi. Rasanya tak perlu paparkan yang kerap kita hubungi sahaja, bagaimana dengan kawan lama yang kita terlupa? dan kita tak tahu pun dia sedang online. 

Bagi Lanun, ia satu pembaharuan yang tidak membantu.

Buaya Sungai Sebelak, Saratok Sebesar Myvi

4 komen disini yer..
Salam...
MasyaAllah hampir sebesar perodua Myvi? memang besar betul buaya dan besarlah jugak masalah yang dihadapi penduduk di sepanjang sungai sebelak. Disebabkan ia dah membaham beberapa orang penduduk dua bulan lalu. Menurut maklumat buaya tu berukuran 2.74 Meter. 

Sebesar Myvi and panjang 2.74 Meter..hmm.. Buat masa ni pihak tentera dah masuk 2 hari  berusaha keras menjejaki buaya ganas ni. DIsebabkan ia membahayakan penduduk ia perlu di buru demi keselamatan semua orang. Lanun doakan pemburuan ini berjaya dengan selamat. Win and Win k.



19 July 2011

Nak Nangis Baca Artikel Ni..

2 komen disini yer..
Artikel ini adalah tulisan Dr Asri Zainul Abidin 
Lanun ambil dari MalaysiaKini, Surat yang dihantar pada Malaysiakini pada petang semalam.


17 July 2011

Mujahidah Sejati : Dr Lo' Lo' Meninggal Dunia Alfatihah

3 komen disini yer..
Lanunsepet ucapkan takziah pada keluarga Almarhumah Dr Lo' Lo' yang baru sahaja kembali kerahmatullah 10.15pm tadi. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang selepas bertarung dengan penyakit Kanser. Beliau cukup terkenal dengan khidmatnya kepada Rakyat walaupun juga seorang wanita bekeluarga. Lanun doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama orang beriman.

Tak Perasan Selama Ini, Maksudnya Sangat Mendalam..

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan Lagu Ukays - Bila Diri Disayangi. Lagu ini semua orang pernah dengar dan ia cukup popular bersama sama dengan lagu lain yang didendangkan oleh kumpulan Ukays di saat kegemilangan kumpulan band muzik dieorang. Tetapi adakah kita perasan apa maksudnya? apa pengajarannya? apa isi disebalik lirik lagu ni?

Mungkin Lanun tak pernah renung lagu ni atau tatp betul liriknya, jadi bila Lanun dengar baru baru ini sahabat Lanun nyanyi baru Lanun perasan sungguh mendalam maksud lagu ni. Ia menceritakan penyerahan seorang hamba kepada Tuhan yang Esa. Tajuknya Bila Diri Disayangi.. Langkah akan semakin berani menempuh dunia.. Bila keliru atau sesat, merujuk dan mengadu pada Allah.. 

Cukup mendalam maksudnya.. rintihan seorang Hamba pada Allah....



Antara Lagu  lain yang mempunyai maksud mendalam ialah Kekasih Awal & Akhir dan juga Kepada Mu Kekasih. Terdapat juga pendakwah dan motivator yang gunakan Lagu ni sebagai bahan motivator kerana dengan mengulas lagu ni dapat melahirkan input input positif dan kearah ketuhanan.

15 July 2011

Tu dia..tercampak ke page kedua

0 komen disini yer..


Salam..
Sebentar tadi Lanun sempat tengok kedudukan Lanun di Google untuk keyword "Aku Seorang Blogger". Lanun sempat bertahan di page pertama beberapa minggu, tapi malangnya malam ni Lanun check Lanun dah tercampak ke page kedua SERP Google. 

Ni semua gara gara otai otai blogger dah mula masuk contest dari 2day Blogger tu. Memang respek lah kat dieorg yang baru masuk contest ni, sekejap ja dah mencanak ke SERP Google. Apa agaknya rahsia dieorang kan? Nak juga tahu.

p/s : takda chance la menang hadiah.. he3

14 July 2011

Tutorial Letak Alert Popup Mesej Bila Buka Blog

8 komen disini yer..
Salam..
Lanun dapat request dari seorang sahabat Blogger Shahsa untuk buat satu Tutorial Alert Popup Message. Jadi Lanun dah sediakan cara cara membuat alert mesej tu dalam post ni. Alert Popup Message tu akan akan muncul  bila pelawat membuka blog, untuk menutup tetingkap mesej tu boleh klik "pangkah" atau tekan "OK". 

Isi dalam Alert Mesej tu boleh di ubahsuai di dalam kod html nya mengikut citarasa dan ayat anda sendiri. Boleh buh ayat suspent, boleh letak pujuk rayu, tak pun harapan and bla bla bla, sangat mudah!. Tapi bila dah pasang popup ni sila alert lah k, mana tahu ramai visitor yang tak suka. Kalau majoriti tak suka boleh di skrip tu balik dan blog akan kembali seperti asal.



Kaedah Letak Alert Popup Message dengan Butang OK pada 

  1. Buka Blogger > Design > Add a Gadget > HTML/Javascript > Copy n Paste kan Kod HTML  DIBAWAH didalamnya > Biar ruang tajuk kosong > Tekan SAVE.
  2. Anda boleh drag gadget HTML tu ke bawah supaya nampak kemas.
  3. Gantikan tulisan berwarna merah dengan ayat anda, gunakan kekreatifan anda! 
  4. Sesetengah user disable javascript, jadi ayat berwarna biru akan muncul jika internet browsernya block javascript.
Cops n Paste kod ini:
<script type="text/javascript">
alert('Taip mesej / lawak / amaran / pujukan / rayuan anda disini yer..')
</script>

<noscript>Enable javascript in your browser to view an important message.</noscript>

Kepada sahabat sahabat yang dah try skrip ni, tapi tak jadi silalah komen di ruang komen. Rujukan Lanun adalah pada satu blog omputih di DO it 2 us credits to him.

13 July 2011

Sampai Sekarang LanunSentral Tidak Ada PageRank?

0 komen disini yer..


Salam..
Saja berkongsi cerita, nasib cabang blog LanunSepet, iaitu Lanunsentral sudah sekian lama hampir setahun lebih tapi masih tidak mempunyai PageRank yakni N/A. Terfikir juga kenapa sampai ke saat ini masih tidak ada pagerank? Laman web PRChecker telah memberikan beberapa kemungkinan kenapa ia tidak mempunyai pagerank.
Antara kemungkinannya ialah :
  1. Laman web masih baru dan tidak lagi di indeks oleh Google
  2. Sudah di indeks, tetapi belum mempunyai ranking.
  3. Telah di indeks, tetapi ia di tag sebagai supplemental (Supplemental Results) page, bermaksud sebagai hasil carian yang kurang penting.
  4. Blog atau laman web anda telah di Banned! oleh Google.
Bagaimana dengan Lanunsentral? Lanun buat kesimpulan bahawa ianya telah di Banned! kerana Lanun telah gunakan tag ataupun label yang sama dalam semua post di LanunSentral. Apa yang Lanun itu buat mungkin menghalang dari LanunSentral di ranking untuk PR kerana lambakan keyword yang sama dan berulang ni mungkin di syaki sebagai SPAM.  

Syabas UTeM

1 komen disini yer..


Lanun terbaca berita mengenai Universiti Teknikal Malaysia Melaka tempat Lanun belajar dahulu, dimana UTeM dipilih sebagai pusat tumpuan sukan berbasikal. Syabas UTeM! Lanun tumpang bangga. Sapa yang tak tahu UTeM boleh lah singgah bila datang ke Melaka, Lanun yakin anda akan terpukau dengan rekabentuk bangunan bangunanya. 

Berkaitan pengiktirafan tersebut Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ahmad Yusoff Hassan berkata, sebagai PTSB, UTeM akan menjadi pusat latihan bagi pelumba basikal dari semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Lanun harap Semoga UTeM terus cemerlang bukan sahaja lahirkan atlit tapi juga pelapis pelapis sukan yang hebat dan beriman. {Berita Asal - BHarian}

Majalah remaja terbaru Gen-Q: Generasi Quran Kreatif

0 komen disini yer..
Gen-Q dengan tagline Generasi Quran Kreatif merupakan sebuah majalah khas untuk remaja yang inginkan perubahan positif dalam diri. Disampaikan secara terkini oleh barisan kolumnis yang pakar dalam urusan remaja, majalah ini akan membawa isu-isu yang sangat dekat di hati remaja seperti kaedah mengulangkaji yang betul, sirah Nabi SAW, para sahabat dan tokoh-tokoh Islam ketika mereka masih muda, kisah gelora hati remaja dan sebagainya.

Majalah ini PASTINYA berbeza dari majalah-majalah remaja yang lain kerana ia menekankan semua unsur penting dalam kehidupan seorang yang bergelar remaja khususnya Tauhid, akhlak, ibadah, hiburan, cinta, keluarga, jasmani dan mental mereka.

Anda ingin menjadi remaja hebat seperti Saidina Ali ra atau Saidina Umar Abd Aziz? Bacalah Gen-Q, anda pasti temui caranya!

Ciri-ciri Gen-Q: (1) Bicara daripada Quran dan Hadis yang diselaraskan dengan tuntutan zaman (2) Bersaiz kecil senang dibawa (3) Dikemukakan dalam bahasa santai (4) Penuh dengan persoalan dan jawapan (5) Menunjukkan arah karier dengan uswah-uswah yang telah berjaya di kalangan Doktor perubatan, Doktor gigi, juruterbang, akauntan yang berminda Islamik (6) Penuh dengan hikmah, petua, doa dan bimbingan berserta pengajaran (7) Berwarna warni dengan kertas berkualiti (8) Isu-isu semasa untuk remaja seperti cinta dan petua untuk cemerlang

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini!

10 July 2011

Siti Nak Sambung Diploma Muzik UiTM..

0 komen disini yer..
Salam..
Tertarik dengan perkembangan terbaru Siti Nurhaliza nak sambung Diploma. Apa lagi kalau bukan bidang muzik yang beliau pilih. Lanun baca berita ni di BeritaHarian kemudian skroll kebawah tengok apa komen pembaca lain. Antara komen yang menarik ialah :

p/s : he3..Lanun update pasal siti nurhaliza tu..

Apa Yang Anda Nak Print Jika Ada Printer Ini?

5 komen disini yer..
Salam..
Selama ni kita photostat n klon dokumen / kertas jar.. ni mesin leh klon kan atau photostat barang jadi sebijik.. gilernyer teknologi. Video Youtube ni memang buat Lanun betul betul teruja, tak sangka ada teknologi macam ni. Selama ni dok dalam movie dan animasi saja, tapi ia sebenarnya lama dah wujud. 

Dalam video ni, menunjukkan Spanar boleh laras di klonkan dan berfungsi seperti Spanar normal yang boleh dilaraskan. Sekiranya ada peralatan yang hilang, dari softcopy boleh buat hardcopy. Tu dia.

Apa yang korang nak copy kalau ada 3D Printer ni?

Fakta : Ini adalah mesin pencetak 3D ataupun dikenali sebagai Rapid Prototyping Machine @ Molding Machine yang banyak digunakan di Kilang melibatkan proses pembuatan. Harga dalam setengah juta.

Gambar Perhimpunan Bersih 2.0

0 komen disini yer..


Salam...
Lanun kongsikan galeri koleksi gambar gambar perhimpunan demo Bersih 2.0 yang diadakan hari ini. Ia merupakan berita yang cukup hangat diperkatakan, sehinggakan muncul pelbagai iklan televisyen dan kumpulan demo lain sebagai respon kepada perhimpunan serba kuning ni. Antaranya iklan di TV1, kumpulan Patriot dan Perkasa dan banyak siri tangkapan berikutan aura Bersih ni.

Untuk lihat slideshow gambar gambar semasa Demo Bersih 2.0, Sila KLIK DISINI
*** (Sumber Mkini & Sila beri masa untuk loading ke gambar seterusnya)

08 July 2011

Macam mana nak bagi dia naik lagi yer?

0 komen disini yer..
Salam..
Cuba kawan kawan search di Google "Aku Seorang Blogger" apa hasil yang anda lihat adalah ranking bagi pertandingan SEO yang sedang berjalan Lanun punya kedudukan di Google Search Result masih lagi di tempat ketiga. Lanun memang tak tahu dah nak buat apa untuk naikkan ranking tu. Ada sesiapa ada cadangan nak naikkan lagi ranking Lanun bagi dapat yang pertama? 

Disebabkan tu, Lanun ada try bereksperimen tapi hasilnya tetap sama. Jadi Lanun nak minta kawan kawan untuk postkan link ini Facebook atau Twitter anda atau kawan kawan. Klik Kanan dan Copy Link Ini Aku Seorang Blogger untuk dapatkan link artikel yang Lanun pertandingkan. Semoga dengan share dan twit anda dapat naikkan lagi link tu.

Silalah Tweet dan Share Link Ini : http://lanunsepet.blogspot.com/2011/06/aku-seorang-blogger.html di Twitter atau Facebook anda :-) Thank You...


Lanunsepet Cuba Interface Blogger Baru

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun teruja betul tadi bila nak edit post terbaru, sebab berpeluang melihat dan mencuba wajah baru blogger in draft. Agak kekok juga bila cuba nak godek godek he3. Kat bawah Lanun sediakan beberapa capture screen yang sempat Lanun cuba :-). Lanun harap interface baru ni akan beri lebih banyak kelebihan dan kemudahan untuk blogger blogger yang menggunakan Blogspot.

p/s : Bila tengok Blogger ni berwajah baru.. Tambah semangat nak terus Blogging! he3

Edit Post - klik untuk lebih besauuu..

Dashboard Lanunsepet - Klik untuk lebih besauu..

Bahagian edit post - Klik untuk lebih besauu..


Nak tahu pasal ni tak?
+ Untuk tahu lebih lanjut tentang perubahan Blogger? KLIK SINI
+ Nak tahu kisah Lanun Aku Seorang Blogger? Suh Si Tikus Gigit SINI
+ Nak cuba juga? Log In ke Blogger In Draft

05 July 2011

Apakah Pendirian Anda Pada Berita Ini?

1 komen disini yer..
Salam...
Malas nak cerita banyak, anda cuba baca berita ini [Mkini-kliksini] dan nilai lah. Adakah anda rasa tuduhan ini benar? atau tidak benar? Boleh undi pendirian anda dibawahhh yeayy atau pun diruang komen. Tujuan Lanun hanya sekadar ingin mendapatkan respon pembaca pembaca blog ini. Terimakasih.



Undi pendirian anda disini :

Anda Percaya Tuduhan Ini Benar?


04 July 2011

Tutorial Buka Link Pada New Tab

5 komen disini yer..
Salam..
Lanun nak sharekan bagaimana nak buka pautan blog link, atau gambar yang anda klik dibuka pada tab yang baru / "new tab" TANPA mengganggu page asal. Lama dah Lanun aplikasikan skrip ini dalam berblogging kerana Lanun sedar ada banyak kelebihan yang kita boleh dapat daripadanya. 


Tak paham apa Lanun maksudkan ??
++ Klik "Link ini" anda akan faham ( ia akan dibuka pada tab baru di Browser anda)
++ Atau klik gambar kecik atas ni ( ia akan dibuka saiz yang besar pada tab baru)

Antaranya kelebihan skrip ini ialah :
++ Blog akan lebih mesra pelawat
++ Page asal tidak terganggu.
++ Pelawat akan lebih lama di blog kita
++ Pelawat tak perlu tekan back sekiranya masih tak habis baca post kita
++ Pelawat dapat fokus pada beberapa laman web @ blog dalam 1 masa.
++ Boleh digunakan untuk link gambar, link pdf, apa sahaja link.

Bagaimana caranya?
  1. Selepas buat satu link
  2. Klik "Edit HTML" kemudian cari link anda buat tadi.
  3. Tambah target="_blank" selepas URL anda seperti contoh dibawah 
Link korang secara standard nya begini :
<a href="http://lanunsepet.blogspot.com/">Nama Link Blog Lanunsepet</a>

Jadi tambahkan code berwarna merah tu di belakang URL selepas tanda "
<a href="http://lanunsepet.blogspot.com/" target="_blank" >Nama Link Blog Lanunsepet</a>

Permohonan Mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013

0 komen disini yer..
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013 telah dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau BMKPM - KLIKSINI

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

03 July 2011

Hancur Kezaliman, Hidup Kesejahteraan

2 komen disini yer..


Salam...
Dengar lagu atas ni buat Lanun teringat peristiwa tsunami kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan beberapa lagi di negara Arab. Semuanya adalah usaha untuk bebas dari kezaliman pemimpin mereka yang menyekat dari kebebasan dan keadilan yang selayaknya memayungi rakyat.

Usaha revolusi itu juga satu ruang untuk Islam bersinar semula, bagai satu suntikan baru untuk kembali subur di tanah Arab. Kita pandang tinggi bangsa Arab ni, kerana tanah arablah merupakah tanah lahir nya para Anbiya. Tapi ia makin hancur dan semakin jauh dari cahaya Islam.

Semoga Islam akan bersinar semula dan kita bersama sama dengannya,aaminn.. 

02 July 2011

Seminggu Offline Blogging...

3 komen disini yer..
Salam...
Seminggu Lanun offline dari blogging, semua gara gara menunaikan amanah yang diberi. Banyak pengalaman dan ilmu baru Lanun dapat dari musafir selama seminggu nih. InsyaAllah akan dipergunakan sebagai tambahan kepada panduan menempuh kehidupan ni. Lanun pergi mana? ini kerja punya pasal..tapi korang jangan ingat Lanun keluar ikut tabligh pulak yer he3. 

Lanun sampai jer umah pagi ini terus tengok blog dan facebook. Lanun terima lagi komen yang membantah rancangan Ustazah Pilihan Astro Oasis tu. Lanun dengan berbesar hati dan hati terbuka menerima komentar kalian semua. Lanun seru ulamak ulamak bersuara dan keluarkan fatwa sempena rancangan ini sebelum terlewat.

Lanun nak rehat, InsyaAllah sambung dalam post yang baru lagi nanti.