22 August 2011

Duit Raya Tahun Ni Berapa Nak Bagi?

2 komen disini yer..
Salam..
Hari raya dan duit raya adalah satu daripada adat orang Melayu. Mungkin ia dicedok tetapi ia tak jadi masalah. Sedekah yang ikhlas ini pastinya akan menjadikan pahal buat yang memberi dan yang menerima satu kegembiraan.

Tahun ni Lanun pun kena bagi duit raya lah nampaknya, tahun yang kedua kalau tak silap. Jadi berapa nak bagi tahun ni? Kawan kawan lain dah ada bajet untuk duit raya untuk anak anak buah dan jiran jiran? Duit besi atau kertas? he3.. 

Semoga raya tahun ini meriah :) Pada yang dekat dengan Kuala nerang, Lanun jemput datang ke Walimatul urus Lanun Syawal ke 5 bersamaan 3 september 2011.

Sekadar pendapat..

1 komen disini yer..
Salam..
Memang isu akidah sesuatu yang tak boleh kita tolak ansur, tetapi dalam aspek negara kita hari ini perlulah berhati hati kerana ia melibatkan pelbagai pihak. Bukan lah maksudnya disini kita diam atau mengundurkan diri tunduk akur.. tetapi kita nak menyelesaikanya dengan cara berhikmah.

Laporan dan video serbuan yang tersebar di blog blog individu yang tidak berakhlak menyebabkan Lanun ragu ragu bagaimana mereka boleh mendapatkan nya? padahal JAIS sendiri mengatakan ia adalah rahsia? kita bukan seperti dilaporkan hendak jaga hati orang non muslim tetapi kita juga hendak menjaga imej Islam dalam menyelesaikan perkara ini.

Walau apa pun Islam tetap tegas dalam isu Murtad. Hati hatilah dengan berita yang anda baca di blog yang kandungannya lebih kepada bahan maki hamun dan lucah. Ada elemen fitnah yang ditambah supaya ia memberi manfaat pada sesuatu pihak.

12 August 2011

Video Temuramah Asyraf Haziq Mangsa Samun Di London

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun amik video ni di HarianMetro, bagi siapa yang tak tahu. Beliau Asyraf Haziq  adalah pelajar Malaysia yang belajar di London. Beliau sedang perjalanan untuk pergi berbuka puasa, kebetulan London sedang bergolak dengan rusuhan yang menyebabkan banyak kecurian dan kerosakan di bandar tu.

Semaasa dalam perjalanan beliau telah disamun dengan tidak berperi kemanusiaan. Video beliau disamun sempat dirakam oleh seorang dari atas bumbung kalau tak silap secara kebetulan. Alhamdulillah beliau dah stabil, dan ini menafikan satu laporan Lanun baca di forum/ internet yang mengatakan beliau meninggal ish ish sapa la tu.

Jom kita dengar penjelasan Asyraf Haziq apabila ditemuramah semula tentang peristiwa beliau disamun.

11 August 2011

Tutorial Log In Multiple User Google Talk Dalam Satu Masa.

2 komen disini yer..

Salam...
Sebelum ni Lanun pernah kongsikan tutorial lebih kurang macam ni jugak, cuma untuk Yahoo Messengger YM. Tapi untuk kali ini, Lanun akan kongsikan tutorial cara bagaimana nak log in multiple user / 2,3 akaun gmail pada Gtalk / Google talk anda. Pada yang ada multiple akaun tu benda ni memang sangat berguna dan memudahkan proses komunikasi. Takdalah kene sign out, pastu sign in user lain lak kan? 


Caranya seperti berikut :
  1. Klik kanan pada Desktop anda
  2. Klik New > Shortcut > dan pastekan link ini kedalam kotak tersebut  
  3. "c:\program files\google\google talk\googletalk.exe" /nomutex
  4. Kemudian tekan Next > Finish 
  5. Korang akan dapat 1 shortut baru Gtalk di Desktop anda.
  6. Setiap kali anda klik, anda akan diberi new window Gtalk, jadi ada boleh log in untuk user yang berlainan dalam satu masa. Mudah bukan?
Credit to :  www.tech-recipes.com

10 August 2011

Kereta Kabel Port Dickson ( PD Waterfront )

1 komen disini yer..
Inikah Pulau Arang? Google lah yang tunjuk...

Salam..
Apa yang Lanun baca tadi dipahamkan, akan ada kereta kabel merentasi lautan di Port Dickson Negeri Sembilan. Projek ni termasuk dalam projek PD Waterfront yang bakal dilengkapi dengan pelbagai fasiliti menarik untuk pelancong. Kereta kabel ni akan menghubungkan sebuah bandar baru di Port Dickson dengan Pulau Arang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

PD Waterfront akan dibina di atas tanah seluas 20 hektar, dilengkapi jeti, hotel, pusat membeli belah, kedai bebas cukai,  pusat konvensyen, pusat perubatan dan taman tema.  Menarik juga kabel car tu, tapi agaknya dimana la laluan kereta kabel tu yer? Lanun search juga tapi takda gambaran projek tu lagi. Cuma ada ni jer.

Projek Port Dickson Waterfront

Yang bawah ni projek kat pasir panjang..port dickson juga..menarik.

Peribadi Zuhud Macam Ni Pun Ada Lagi Yang Nak Hina Beliau..

2 komen disini yer..

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."

Tazkirah ringkas di pejabat Menteri Besar Kelantan pada 10 Jun 2010.
Sumber : Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat

Video Pelajar Malaysia Di London Di Cedera dan Di Samun..

2 komen disini yer..
Salam..
Kurang ajar dan tidak berperi kemanusiaan itulah sesuai di labelkan kepada pemuda pemuda london ini yang telah menyamaun seorang pelajar malaysia yang dalam perjalanan untuk berbuka puasa. Beliau ialah Asyraf Haziq Rosli, 20 tahun. saksikan video dibawah saat dimana beliau di samun. Takda orang nak tolong pun!. Nak berita lanjut boleh refer link ini Bharian- Pelajar Malaysia Di Samun

Harap pelajar Malaysia disana berhati hati yer dengan rusuhan yang berlaku sekarang.

09 August 2011

Musim Jari Hilang Tiba Lagi...

2 komen disini yer..
Salam..
Musim jari hilang, kuku hilang, cedera, terbakar nampaknya akan bermula lagi bila menjelang hari raya. Setakat yang Lanun baca ada dua kes melibatkan mercun dan mercun buatan sendiri mencederakan remaja. Pastikan anak anak dan adik beradik anda serta diri anda sendiri tidak menghancurkan kemeriahan perayaan aidilfitri nanti. 

07 August 2011

Dulu Iwan Dangdut Kini Iwan Syahman, & Album Baru..

2 komen disini yer..


Salam..
Lanun sangat gembira bila dengar mengenai perkembangan terbaru dari Iwan yang seperti ramai ketahui yang beliau telah keluar dari bidang dangdut dan kembali mendalami ilmu agama. Dalam perkembangan yang lebih baru, kini Iwan Dangdut atau nama gelaran barunya Iwan Syahman telah keluarkan lagu terbaru yang kini dalam Nasyid pula.

Dulu lagu dangdut.. kini lagu ketuhanan.. Alhamdulillah. Islam langsung tak melarang penganutnya menghasilkan karya seni, asalkan dengan syarat tidak melanggar hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Jadi boleh lah dapatkan lagu terbaru dari album terbaru Iwan Dangdut @ Iwan Syahman terbitan Hijjaz Record yang diberi judul Allah Segalanya.

Dulu sedang sedang.. kini Allah Maha Agung.. Dengar FullSong Allah Segalanya Klik Disini


Series sedap suara abg Iwan.. abg Iwan, kami bangga dan gembira dengan perubahan ini.. Alhamdulillah. 

Antara lagu lagu di dalam Album Baru : Segalanya Allah dari Iwan Syahman. Boleh lah cari kedai kedai CD berdekatan dengan anda, dan belilah yang original. Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah. Tahniah Hijjaz, Tahniah abang iwan kita. Barakallah...
  1. Segalanya Allah
  2. Shalat Dulu
  3. Fadhilah Shalawat
  4. Semua Allah Punya
  5. Kalimah Toyyibah
  6. Siksa Neraka
  7. Pengasih
  8. Ke Taman Syurga
  9. Nasihah
  10. Ke Jalan Lurus
  11. Segalanya Allah (Versi Asal)