30 September 2011

Cara Jaga Aurat Perempuan

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun amik gambar ni dari Facebook Ustaz Zamri TV9. Lanun tuliskan apa yang diapaprkan didalam gambar yer :) Moga ada kebaikan buat kita bersama. Terutama pada Ayah ayah dan suami suami di luar sana.

Cara menjaga aurat :
  • Labuhkan baju
  • Labuhkan tudung
  • Longgarkan baju
  • Longgarkan seluar
  • Labuhkan tangan baju
  • Longgarkan kain
  • Pakai sarung kaki/stokin
Menjaga Aurat:
  • Tanda taat kepada Allah
  • Dilindungi Allah
  • Mendapat pahala
  • bermaruah Tinggi
  • Tampil Yakin
  • Tampil Menarik
  • Dihormati
Klik untuk lebih besar.

Video Klip Maher Zain For The Rest Of My Life

1 komen disini yer..
Salam..
Lagu khas buat isteri kesayanganku.. :)

For the Rest of My Life - LYRICS



Lelaki Mesti Mesti Baca Ini..

1 komen disini yer..
Salam..
Pada bakal suami, bakal ayah ini adalah tanggungjawab anda pada isteri ataupun anak anak anda. aurat Mereka Tanggungjawab anda. Marilah kita sama sama menjaga aurat yang makin dipandang enteng dan serong sekarang. Ia bukanlah fesyen, ia bukanlah soal bersedia atau tidak tetapi kewajipan. anda Islam? anda wajib tutup aurat.



Lelaki, jangan lupa juga, masa main bola jangan pulak pakai seluar pendek..

29 September 2011

Penjelasan perlaksanaan Hudud dalam Islam Oleh Ustaz Zaharuddin

0 komen disini yer..
Salam.. Lanun kongsikan satu video yang Lanun ambil dari Youtube yang mana menerangkan serba sedikit tentang Hudud. Penjelasan tersebut adalah oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Zaharuddin. Semoga ilmu di dalam video ini dapat memberi kita kefahaman dan dapat menyedarkan kini bahawa ada pihak yang cuba menyelindungkan hakikat sebenar Hudud demi kepentingan mereka. 

28 September 2011

Tips Elak Kecurian Harta Benda dan Keselamatan Keluarga

3 komen disini yer..


Credits to : Ct Nafisa Facebook (sekiranya dia bukan pemilik asal maaf)

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Sambung baca lagi dibawah yer..

Bajet 2012 : Cuepacs Yakin 80% Tuntutan Dipertimbang Dalam Bajet Baru

0 komen disini yer..

Salam..
Berita ini agak menggembirakan kerana menurut Pengerusi Cuepacs, beliau yakin dalam bajet 2012 yang akan diumukan oktober ini bakal menyaksikan 80% tuntutan Cuepacs dipertimbang. Lanun doakan banyak pengumuman yang memberi kebaikan kepada SELURUH RAKYAT dan bukan pada satu satu golongan sahaja. 

Apa yang bermain di fikiran Lanun, adakah gaji akan naik dalam bajet 2012? Kalau ia benar, kenaikan ini amat perlu bagi semua kerana harga dan kos hidup yang semakin meningkat. Semoga banyak perubahan dan kebaikan untuk rakyat, itulah harapan Lanun. 

Sama sama kita tunggu Instisari Bajet 2012.

27 September 2011

PM Berjiwa Rakyat Naik Bas

2 komen disini yer..
Salam..
Membaca berita dimana Najib melawat Perak dengan menaiki bas, Lanun rasa teruja. Oh berjiwa rakyat nyar.. Lanun terbayanglah naik bas loncat tak pun naik bas ekspress. Ya lah, dalam berita tu kata PM Najib nak rasa macam mana rakyat rasa naik bas. PM Najib juga kata dia teruja pertama kali dapat jumpa rakyat dengan naik bas. 

Sekali tersebarlah gambar bas yang Najib naik, bukan main mewah lagi. Ni macam mana nak rasa apa yang rakyat rasa. Kalau naik bas macam ni rakyat akan rasa jurang yang dalam antara pemimpin dan rakyat marhaen. Kecewa lar. Patut nya YB Zambry ajak naik Bas Kinta. Lanun dekat perak naik bas kinta jar. Takpun nak Sungai Siput naik Bas Reliance. Tapi sekali Bas VVIP da.. ada sofa kulit dalam tu.

Bawah ni gambar pemimpin yang pernah naik bas :
 Ni pulak antara dua darjat. Tuan Guru pun naik bas juga hari tu. Tapi takda sofa pun dalam nya.Kerusi standard jar.


Semasa YB Nizar dan Adun Perak lama dah naik bas ni semasa melawat Parlimen, naik bas rasmi kerajaan. Kerusi standard dan sempoi jar. Yang 1 pics ni masa Nizar buat roadshow tahun 2010, pusing 1 perak. Ni baru la berhati rakyat. Tapi kerajaan rakyat dah dirampas.. Kalau kerajaan haram Perak sekarang jangan harap dia nak naik Bas ni. Jatuh kot air muka dia.

Ini lah Salah Satu Sarang Maksiat dan Jenayah

0 komen disini yer..
Salam... Terbaca hari ini di surat khabar tentang seorang gadis yang teraniaya selepas disuruh menjadi GRO di kelab malam. Pada mulanya hanya menyanyi kemudian dikurung kerana enggan menjadi GRO untuk melayan pelanggan di sebuah kelab malam. apa yang Lanun nak cerita disini bukanlah mengenai gadis ini, tetapi adalah isu pokok dalam kejadian ni.

Apa pendapat korang tentang Kelab Malam atau Club Night atau Pub? Bagi Lanun ia merupakan sarang maksiat dan jenayah. Ya, ia merupakan bermulanya pelbagai maksiat dan jenayah. Antaranya ialah :
  1. Pergaulan bebas
  2. Zina
  3. Minuman keras (ibu maksiat)
  4. Pelacuran
  5. Pengambilan dan Penjualan Dadah @ Pil Khayal
  6. Pemerdagangan orang
  7. Gengsterisme
Kenapa ia terjadi? Mana tak nya.. dah la gelap, terlindung dari pandangan orang, bising, di kendalikan oleh orang yang hanya mementingkan keuntungan, dan kadang kadang ia dikendali oleh orang yang memang kepala maksiat seperti ketua gengster atau bapak ayam.

Sekiranya kelab malam bertambah dan tidak dibendung maka bertambah biaklah maksiat dan jenayah kat Malaysia ni. Sampai tu lah tak selesai jenayah jenayah ni, kerana kelab malam adalah salah satu sarangnya. Hiburan di kelab malam yang bukan saja tertutup memang akan membuka jenayah dan maksiat di atas.

26 September 2011

Sangka Buruk Dengan Iklan Ni..

0 komen disini yer..

Salam..
Lanun perasan satu iklan di laman web berita harian online (www.bharian.com.my) yang memberi Lanun perasaan tak sedap hati menyebabkan Lanun bersangka buruk. Iklan itu adalah iklan Meet Your Asian Lady Today. Sebelum ini Lanun perasan iklan serupa tetapi iklan perempuan kulit hitam Afrika.
Iklan ini selalunya ada di laman laman web download dan laman web luar negara, tapi sekarang kat Berita Harian pun ada juga? Lanun dah try klik dan macam tak berapa percaya dengan iklan ni. Ia seperti mempromosikan gadis gadis seksi yang meragukan. Lanun bimbang ia akan membawa kepada maksiat takpun jenayah. Harap Berita Harian pantau iklan yang dipaparkan.

Kalau Lanun salah maaflah.. cuma iklan macam ni meragukan Lanun.

Makin Pelik Pelik..

1 komen disini yer..
Salam..
Sedih dan menakutkan keadaan Malaysia dari hari kehari. Kes bunuh dan jenayah makin berleluasa. Dan zina juga semakin kerap dilaporkan dengan pembongkaran yang makin hari makin dahsyat. Sebelum ini 4 beradik yang bangga menjadi Call Girl dan hari ini pula seorang ibu kepada 2 anak menyuruh dan mengajar anaknya menjadi pelacur. 

Melalui pendidikan agama dan penguatkuasaan undang undang yang boleh mengekang masalah ini. Ya Allah.. kurniakan lah kami zuriat yang soleh dan solehah.. Jauhilah kami dan negara  kami dari maksiat.

25 September 2011

Lokasi Gua Rahsia Batman Di Dedah!!

0 komen disini yer..
Akhirnya... semua tahu.. 

Asy - Syafi : UNIC HPA Hijrah

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu lagu yang Lanun cukup minat. Ianya dari Album HPA Hijrah nyanyian kumpulan UNIC. Lagu ini liriknya dihasilkan oleh Haji Ismail HPA sendiri ( Pengarah Urusan HPA ). 

"Allahumma anta asy-syafi, la syifaan illa syifauka,syifaan la yughadiru saqoma" Ya Allah, Engkaulah Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau; penawar yang tiada meninggalkan kesakitan lagi.

"Imsahi al-ba`s rabb al-nas biyadika asy-syifa` la kasyif lahu illa anta" Buangkanlah kesulitan ini, Tuhan segala manusia, ditanganMu penawar, dan tiada yang menyembuhkan melainkanMu (Sahih Bukhari)

24 September 2011

Video Kempen PilihanRaya Presiden Yang USA Yang Agak Gempak.

0 komen disini yer..
Salam...

Lanun sempat tengok satu video pesaing Barrack Obama, iaitu Rick Perry. Video ini adalah satu cara berkempen mereka. Boleh dikatakan gempak, dan nampak boleh memancing undi. Jika kita lihat di Malaysia, cara berkempen melalui video seperti ini dah ada dan kalau kita lihat, secara jujur Pakatan Rakyat lebih banyak menggunakan saluran ini berbanding Barisan Nasional yang banyak gunakan Televisyen.

Harap Media Malaysia akan adil dan terbuka seperti di USA, Masing masing parti ada peluang untuk berkempen di Televisyen. Tapi semua tahu, memang tak dapat pun dari dulu sampai sekarang. TV3 dan TV swasta lain mungkin akan dapat lebih banyak keuntungan jika mereka terbuka dan adil pada dua belah pihak. Tapi tidak.. buktinya mereka dikongkong.

Kita saksikan video di bawah :

23 September 2011

20 September 2011

Pengkid : Masalah Serius

0 komen disini yer..
Salam..
Tadi Lanun baca artikel artikel yang berkaitan dengan Pengkid di Blog Mazidul TV3. sudah lama tenggelam dan tidak mendapat perhatian kebelakangan ni. Bila baca balik artikel artikel lama Mazidul dalam isu ini, Lanun rasa bimbang pada generasi sekarang dan akan datang.

Baca sebagai pengajaran :
  1. Pengakuan Janda dan Pengkid (18SX)
  2. Temubual Teman Wanita Pengkid 
  3. Ulasan Pengkid Membunuh
Lanun nak ingatkan pada semua supaya perhatikanlah kawan perempuan anda, adik perempuan anda, kakak anda yang didapati berisiko menjadi pengkid atau mempunyai hubungan yang "rapat lain macam" dengan Pengkid. Di pihak Lanun sendiri ada cerita Pengkid yang cuba merosakkan rumahtangga kawan Lanun.

Please, jangan ada sesiapa yang cuba nak "back up" Pengkid, bukan soal mereka baik hati atau tidak lakukan jenayah. Tetapi isu disini ialah Pengkid adalah Haram, selagi mana ia berpakaian seperti lelaki dan berperwatakan lelaki maka ia berdosa dan wajib bertaubat apatah lagi jika ia ada hubungan intim dengan sejantina mereka.

Marilah sama sama kembali ke fitrah anda wahai wanita yang indah.. Kebahagian tidak akan anda dapat dengan melawan fitrah dari Ilahi. Sama samalah awasi saudara perempuan anda. Atasi sebelum terlewat.

p/s : Harian metro hari ni pasal Pengkid

Harapan Lanun buat Penerbit Filem dan Penulis Skrip

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun betul betul kecewa dengan apa yang terjadi baru baru ini apa bila skrip filem hantu bonceng mengandungi perkataan yang menghina Rasulullah. Filem Hantu Bonceng ni Lanun tak berapa berkenan sebenarnya kerana ada adegan yang bermain main dengan hal hal agama. Saudara Zizan telah pun memohon maaf dan Lanun yakin apa yang terjadi atas kekurangan ilmu. 

Apa yang terjadi, harap Zizan, Lanun dan semua orang berlapang dada dan ambil pengajaran. Bukanlah nak kata Lanun ni banyak ilmu, tapi Lanun pun mungkin terjadi sedemikian kerana tahulah mulut ni kadang kadang kita banyak sangat cakap dan melawak lain jadinya.

Lanun juga nyatakan harapan di sini pada semua Penerbit dan Penulis Skrip di Malaysia tak kira apa agama mereka marilah sama sama kita mengutamakan isi yang akan memberi faedah kepada penonton. Dan juga berhati hati dengan apa yang hendak dipaparkan kepada rakyat semua.

Memang niat jujur dengan hati yang suci dan ikhlas tetapi apa yang dipaparkan sekiranya melanggar syarak ianya takkan membawa pahala bahkan akan mengundang dosa dan murka Allah SWT.

Allah MEMANDANG pakaian dan rupa paras seseorang bukan tak pandang k. Yang Allah tak pandang cantik atau tak, baru atau lama dan kemas atau tak.. Tetapi sekiranya mendedah aurat, ketat, sendat dan muka pula bertindik, bertatu serta bercukur bulu kening memang lah Allah pandang dengan murka. Tak kira lah hatinya suci ke apa.

Kalau ada isi yang salah tegurlah Lanun :)

Garis Panduan MLM Mengikut Syariah Terbitan JAKIM

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM berkaitan dengan MLM Multi Level Marketing. MLM ni pada yang tak tau ialah bisnes yang ada downline downline tu he3. Panduan ini adalah sebagai rujukan sama ada sesuatu MLM itu mengikut syariah atau melanggar syariah.

Semoga ianya boleh menjadi satu bahan rujukan yang baik buat pembaca yang menanti nanti maklumat seperti ini.Kadang kadang kita lihat, bonus sesetengah MLM itu tinggi dan menarik tetapi banyak muslihat dan penindasan disebaliknya. Maka hati hatilah kerana hasil bisnes akan jadi darah daging kita dan anak anak.

KLIK SINI (.pdf) : Garis Panduan MLM JAKIM in pdf

19 September 2011

Soalan Lazim Kadi Ketika Akad Nikah

4 komen disini yer..
Tangan Lanun masa akad nikah... sian tangan tok kadi kena tarik.. he3

Salam..
Alhamdulillah Lanun dah selamat dinikahkan dengan zaujah tercinta pada 3September 2011. Pernikahan dengan beliau merupakan kebahagiaan dan nikmat yang cukup indah kurniaan Ilahi pada diri ini. Lanun sayang sangat pada zaujah Lanun, Salam Sayang buat dinda :) 

Lanun masa  hari tu, cuak dan gementar habis, bukan apa risau dengan tok kadi yang mana lah tahu tiba tiba nak uji ilmu yang di dada ni dengan soalan bab fardhu ain. Kata orang, kalu gementar habih semua lupa. Kebetulan lak Lanun ni orang darah gemuruh memang kecut perut masa nak akad hari tu. Tapi alhamdulillah dengan 1 lafaz, semua selesai syukur kepada hadrat mu Ya Allah.

Antara yang Tok Kadi minta Lanun bacakan adalah, Khutbah Nikah, Istighfar, dan Mengucap dua kalimah syahadah beserta maksud, kemudian selepas akad bacaan Taklik. Tetapi ada sesetengah tok kadi yang rajin tanya orang ni. Rezeki calon suami lah kan. Antara soalan yang popular @ lazim @ spot dan mungkin ditanya semasa akad nikah ialah :

  1. Syahadah dan maksud
  2. Istighfar
  3. Selawat ke junjungan besar Nabi Muhammad SAW
  4. Rukun Nikah, Iman, Islam, atau Rukun Solat.
  5. Niat dan Cara mandi wajib
  6. Qunut
  7. Tanggungjawab seorang suami
  8. Tapi zaman sekarang jarang dah dengar kena tanya tanya ni... 

18 September 2011

Benarkah Gaji Guru Akan Naik 15-20% Tahun ni?

0 komen disini yer..
Salam..
Ada khabar khabar yang mengatakan gaji guru akan naik sehingga 20% tahun ini? Sekiranya khabar ini benar maka gaji pokok bagi seorang guru gred 41 akan lebih tinggi daripada gaji seorang doktor pada gred yang sama.

Mungkin berita ni dah lama, tapi harap harap bukan guru sahaja dinaikkan tapi biarlah golongan pekerja lain juga mendapat kenaikan. Apa yang Lanun lihat, bukan guru sahaja layak mendapat kenaikan. Berita lanjut : http://melayukini.net/2011/05/gaji-guru-naik-banyak-januari-2012/

17 September 2011

Video Ular Tedung Senduk (Cobra) Menyumpit Racun Pada Manusia

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan video bagaimana ular senduk / tedung senduk menyumpit racun dari mulut terus kepada seorang lelaki. Dengan video ini Lanun berharap berhati hati dengan Ular jenis ini kerana bisanya sekiranya terkena pada mata akan mnyebabkan kesakitan dan buta. Sekiranya anda terserempak dengan Ular jenis ini, juahkan diri dan berhati hati.

Konsep iPhone Akan Datang..

1 komen disini yer..
Salam..
Memang hebat imiginasi manusia sehingga membolehkan pelbagai teknologi yang dulu dulu hanya angan angan tetapi semakin hari semakin ia menjadi kenyataan. Akal manusia ciptaan Allah SWT yang maha bijaksana dan Maha luas kuasanya.

Video dibawah adalah konsep iphone 5 akan datang. Tak semua idea ini telah tercapai..sebahagian daripadanya adalah imej janaan komputer. Sebahagiannya masih Fake!!.

16 September 2011

ISA dimansuhkan, penghargaan patut pada siapa?

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun memang menentang ISA, ia adalah akta yang zalim. Kenapa? kerana membolehkan seseorang itu dipenjara tanpa dibicarakan selama mana perlu. Maknanya? Terus sabit kesalahan tanpa dibuktikan. Sekalipun ia benar bersalah setiap insan patut dibicarakan dahulu, dalam Islam sekalipun yang dituduh mesti dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman.

Pemansuhan ISA bukanlah jasa baik kerajaan yang memerintah sekarang, tetapi adalah jasa rakyat dan pertubuhan tertentu yang mendesak supaya ianya dimansuhkan. Sama juga seperti kemerdekaan, bukan penjajah yang baik mengurniakan kemerdekaan tetapi pejuang kemerdekaan lah yang terus menerus berjuang mendesak kemerdekaan. 

Kenapa ada pihak yang menyokong ISA? Tak berhati perut.

p/s : ada akta baru pula, jangan buat akta yang zalim seperti ISA lagi.

Teks penuh ucapan PM Najib perutusan khas Hari Malaysia

0 komen disini yer..
Perutusan khas Hari Malaysia
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
sempena sambutan Hari Malaysia 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

15 September 2011

Google Images Down?

0 komen disini yer..

Salam..
Adakah Google Images down?? Susah juga yer nak kerja bila servis ni tak ada, tak pasti bila perkara ni terjadi tapi mungkin start pagi ini. Semalam Lanun search gambar di Google iMages masih lagi berfungsi seperti biasa. Tapi, nampaknya dari pagi tadi skrin Google memaparkan perkataan "Your search - gambar - did not match any documents. ". 

Anda dah cuba?