22 October 2011

Hujan Duit Di Indonesia

4 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu video "hujan" wang yang turun di suatu kawasan di Indonesia. Ia adalah "hujan" duit yang turun dalam bentuk wang kertas. Ini menyebabkan ramai penduduk sekitar saling berlari lari merebut wang yang turun seperti hujan. 

Memang orang yang sedekah kan duit ni tak fikir, kemungkinan akan ada pergaduhan, perebutan yang kasar, takpun ketidakadilan bg yang tak djapat nak berlari atau bergerak. Hmm.. kalau nak sedekah tu biarlah betul caranya dan betul salurannya.

Video Muammar Gaddafi Top View Youtube Hari Ini..

1 komen disini yer..
Salam...
Video Muammar Gaddafi ditangkap pemberontak Libya telah menjadi top view di Laman Web Youtube. Apa yang Lanun boleh komen keadaan nya sangat teruk dan sangat hina. Mungkin ini lah balasan Allah apabila menyeksa rakyat yang tidak bersalah. Dua video dibawah.. menunjukkan video dia di tangkap dan satu video menunjukkan beliau sudah tidak bernyawa menurut laporan. Beliau dikatakan mati akbibat tembakan di kepala.



Misteri Betol... Sapa Sebenarnya disebalik Topeng?

0 komen disini yer..
Salam...
Alamak.. Uchiha Madara dah keluar pulak? abis tu sapa la yang pakai topeng dok claim hari hari yang dia adalah Uchiha madara? Memang betol la pelukis naruto buat Lanun jadi pening and tambah teruja untuk terus ikuti komik @ manga Naruto. Dari Diploma lagi Lanun follow sehingga sekarang masih tak lekang. Tapi 1 yang Lanun tak puas hati. Kenapa lar.. Naruto tak terel mana.. adoii... kadang bodoh kadang hebat.. 

18 October 2011

Quantum Levitation

1 komen disini yer..

Salam..
Korang tau apa itu "Quantum Levitation" ?? Lanun pun tak tau.. pas tengok video bawah ni memang mulut ternga nga woo.. Hebat nya sains kan?? seakan akan ilmu sains ini tiada penghujung kan? Tapi itu hanyalah setitis dari lautan ilmu Allah Yang Maha Bijaksana.

Tau apa yang Lanun fikirkan? Lanun fikir ntah ntah sebab ni hantu boleh terbang, dengan manipulasi magnet bumi, jadi quantum levitation. ha3.

Video Kemalangan Ngeri Melibatkan 15 Kereta Lumba

0 komen disini yer..

Salam..
Lanun sharekan video kemalangan paling ngeri dalam sejarah perlumbaan kereta yang sedang menjadi top view di Youtube. Ia mengungguli 3 tangga teratas paling banyak di tonton di Youtube. Ia adalah video di perlumbaan IndyCar World Championships di Las Vegas yang melibatkan 15 kereta sekaligus. Seorang pelumba yang dikenali Dan Wheldon telah terkorban dalam nahas ngeri ini.

Klon Haiwan, Apa pandangan Islam?

1 komen disini yer..
Kosmo 18 Oktober : Klon Anjing Liar

SEOUL – Saintis sel stem Korea Selatan, Hwang Woo-suk memperkenalkan lapan klon anjing liar atau koyote semalam dalam satu projek tajaan pihak pentadbiran wilayah Gyeonggi.

Woo-suk menghantar klon-klon itu ke sebuah pusat perlindungan haiwan liar di bandar Pyeongtaek, 50 kilometer ke selatan ibu kota Korea Selatan di sini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Gabenor Wilayah Gyeonggi, Kim Moon-soo. Saintis itu pernah dianggap sebagai wira negara sebelum beberapa penyelidikannya bagi menghasilkan sel stem manusia daripada klon embrio didapati palsu.

Namun, kajiannya dalam menghasilkan klon anjing pertama di dunia, Snuppy, pada 2005 disahkan oleh beberapa pakar dan pihak berkuasa.Satu kenyataan pejabat gabenor berkenaan menyatakan, Hwang mengambil sel-sel kulit koyote yang dimasukkan ke dalam telur seekor anjing untuk mencipta klon haiwan liar tersebut.

Klon koyote pertama dilahirkan pada 17 Jun lalu.Sebelum ini pakar-pakar Korea Selatan telah mengklonkan haiwan lembu, kucing, anjing, babi dan serigala. Seekor serigala yang diklonkan itu mati pada 2009. – AFP

Lanun cuba cari hukum bagi isu pengklonan haiwan ini. Sebelum telah pun kita tahu pengklonan manusia sememangnya telah difatwakan haram. Untuk pengklonan haiwan, Lanun jumpa jawapanya di Laman Web Soal Jawab Darul Nu'man.
 
Hukum Klon Manusia, Binatang Dan Tumbuh-tumbuhan
Soalan:
Apakah sebenarnya klon? Apa pula hukumnya mengklonkan manusia dan binatang? Harap ustaz dapat menyelesaikan persoalan saya ini. Izzat, Dungun

Jawapan:
Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Setiap sel itu
mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA). Proses klon biri-biri umpamanya dilakukan dengan mengambil sel daripada biri-biri dewasa.

Sel yang lengkap dengan DNA ini kemudiannya diletakkan di dalam kultur iaitu bahan genetik sel dengan kurang makanan supaya ia berhenti membahagi dam mendormankan gen-gennya. Satu sel daripada telur biri-biri yang lain yang belum disenyawakan diambil. Semua ciri DNA dalam telur kedua ini dibuang. Dua sel ini kemudian diletakkan berdekatan dan diberi denyutan eletrik, menyebabkan kedua-duanya bergabung. Denyutan eletrik kedua memulakan pembahagian sel dan emberio yang terhasil setelah beberapa hari diletakkan ke dalam rahim biri-biri tumpang.

Proses mengandung berjalan seperti biasa dan seterusnya seekor biri-biri yang kandungan gennya sama seperti biri-biri pertama dihasilkan. Begitulah juga proses klon yang melibatkan manusia. Dalam Islam klon tumbuh-tumbuhan bagi meningkatkan lagi mutu pengeluaran pertanian tidak menjadi kesalahan, malah hukumnya adalah harus. Begitu juga klon binatang, asal sahaja tidak memudaratkan binatang tersebut. Tetapi klon manusia tidak dibenarkan sama sekali, malah hukumnya adalah haram kerana memudaratkan kehidupan manusia itu sendiri.

Dalam Islam setiap kemudaratan itu perlu dihilangkan. Ini kerana klon akan melibatkan berlakunya perubahan kepada struktur kehidupan manusia. Manusia membiak melalui proses beranak pinak. Ini adalah sunnah Allah yang telah ditetapkan kepada mereka. Merosakkan sunnah ini akan menimbulkan kemudaratan kepada manusia itu sendiri. Selain itu klon juga boleh menghapuskan sistem kekeluargaan dan menimbulkan masalah dalam penentuan keturunan bayi yang dilahirkan melalui cara ini. Al-Quran melarang kita mencampakkan diri kita kepada kemusnahan.

Link asal : Soal Jawab Darul Nu'man

17 October 2011

PC Kalah dengan Ipad dan Telefon Pintar

0 komen disini yer..


Salam...
Trend sekarang memang dah berubah. Dahulu Lanun masa zaman study, pelajar sebaya Lanun tergila gilakan PC atau Desktop Personal Computer. Tapi sekarang ianya dah berubah kepa Notebook, I pad, Iphone, Samsung Galaxy Tab dan sebagainya. Lanun pula yang kalah dengan student Lanun ha3.

Bila dalam kuliah, Lanun cuba tanya pada student Lanun mengenai part part atau komponen dalam komputer nampaknya mereka tak tahu mana, berbanding zaman Lanun dahulu kami sampai tergila gila dengan upgrade part part komputer nih. Tapi, takda pa yang tak bagusnya.. bahkan satu perkembangan yang baik bagi pelajar lebih kreatif dan inovatif.

Lanun dah makin ketinggalan.. handphone Lanun pun rilek je Nokia 1200 he3..

16 October 2011

Yang Di Pertuan Agong ke 14

0 komen disini yer..

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember 2011 ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2011.

Baginda akan menjadi YDP Agong ke 14, dan sebelum ini pernah menyandangnya pada 1970 -1975 untuk Yang di Pertuan agong ke 5. Untuk sedikit latar belakang beliau bolehlah melawat link ini [wiki : Sultan Abdul Halim ]

Untuk senarai YDP Agong dari yang pertama 1957 hingga sekarang bolehlah klik link ini yer [ Senarai lengkap Yang Dipertuan agong 1- 14 ] Harapan Lanun semoga YDP agong dapat menjalankan tugas dengan amanah, adil dan saksama.

Senarai Lengkap Yang di-Pertuan Agong Malaysia Dulu Hingga Sekarang 2011

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan senarai lengkap YDPA atau pun Yang Di Pertuan Agong Malaysia daripada 1957 hingga yang terkini iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat perkhidmatan 5 tahun nya sebagai YDPA Malaysia pada 13 Disember 2011 ini. 

Baginda akan diganti oleh Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ( YDPA ke 14 ) manakala timbalan YDPA disandang Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Ini telah diputusakn oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Baginda Sultan Kedah akan berkhidmat dari 13 Disember selama 5 tahun akan datang. Ini adalah kali kedua baginda dilantik selepas tahun 1970. Daulat Tuanku.

Untuk senarai lengkap Yang Di Pertuan Agong negara kita boleh lah skroll dibawah. Gambar dan maklumat dibawah Lanun dapatkan dari (source : tak ingat).

No.Yang di-Pertuan AgongRaja Permaisuri AgongTempoh memerintahNegeri
1Tuankuabdulrahman.jpgTuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku MuhammadImg queen1 2.gifTuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin31 Ogos 1957– 1 April 1960Negeri Sembilan
2Img agung2 2.gifSultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman ShahImg queen2 2.gifTengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad14 April 1960 –1 September1960Selangor
3Img agung3 2.gifTuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan JamalullailImg queen3 2.gifTengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail21 September1960 – 20 September1965Perlis
4Img agung4 2.gifSultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin IIIImg queen4 2.gifTunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja21 September1965 – 20 September1970Terengganu
5Img agung5 2.gifTuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan BadlishahImg queen5 2.gifTunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman21 September1970 – 20 September1975Kedah
6Img agung6 2.gifSultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim PetraImg queen6 2.gifTengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra21 September1975 – 30 Mac1979Kelantan
7Img agung7 2.gifSultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam ShahImg queen7 2.gifTengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang26 April 1979 –25 April 1984Pahang
8Img agung8 2.gifBaginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan IsmailImg queen8 2.gifSultanah Zanariah bintii Tengku Ahmad Panglima Raja26 April 1984 –25 April 1989Johor
9Img agung9 2.gifSultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahuImg queen9 2.gifTuanku Siti Bainun binti Mohd Ali26 April 1989 –25 April 1994Perak
10Img agung10 2.gifTuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanImg queen10 2.gifTunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin26 April 1994 –25 April 1999Negeri Sembilan
11Img agung11 2.gifSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-HajImg queen11 2.gifTuanku Siti Aisyah binti Abdul Rahman26 April 1999 –21 November2001Selangor
12Img agung12 2.gifDuli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra JamalullailImg queen12 2.jpgTengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid13 Disember2001 – 12 Disember2006Perlis
13Yang di-pertuan agong ke-13.PNGDuli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-HajImg queen13 2.gifTuanku Nur Zahirah13 Disember2006 – SekarangTerengganu


sumber & credits : Wikipedia dan http://clutzgallery.com/

YDP Agong ke 14 Malaysia , bermula 13 Disember 2011 :

Majlis Raja Raja telah bersidang pada 14 Oktober 2011 lalu memutuskan Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah akan menjadi YDP Agong ke 14. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda akan memulakan tugas pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016. InsyaAllah.

13 October 2011

Kelakar : Antara Faktor Gaji Guru Patut Dinaikkan.. HaHaHa

1 komen disini yer..
Lanun kongsikan satu video dimana satu kes yang berlaku di sekolah apa kepala budak tu hampir di potong ha3.. tapi bukan betul betul ok. Kisahnya mungkin begini. Biasalah budak budak sekolah suka main nyorok nyorok, tahun 1 lah kan. sorok sana sorok sini, kacau sana kacau sini, nak jadi gaban lah ultraman lah, semua dieorg nak try.

Dalam video di bawah ni, adik kita ni menyorok kat kerusi kelas dia. sekali masuk kepala lepas, tapi nak undur balik tak boleh. Aihh gabra juga muka budak tu Lanun tengok. Jom saksikan apa kesudahan, bagaimana cikgu cikgu kita ni selesaikan kes ini. hahaha..

Disebabkan cikgu dan guru menghadapai pelbagai ragam pelajar contohnya seperti kes macam ni, jadi gaji guru memang patut dinaikkan. Tak pasal pasal kena selesaikan kes kepala tersangkut pulak he3.. macam2..

Paling tak tahan, pas setel semua tepuk tangan dengan cikgu..

12 October 2011

Kantoi, Akademi Budaya Tiru Keris Cokmar UTeM Bulat Bulat...

2 komen disini yer..
Salam..
Kelakar betul lah dengan gambar yang kat bawah ni. Ia adalah printscreen daripada laman web Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan yang paparkan banner konvokesyen yang ke 8 nya. (leh check laman web) Yang tak tahannya, Kantoi Kantoi... banner laman web konvo dieorang di copy and paste direct sejibik daripada banner Konvo UTeM yang ke 6 ( masa Lanun konvo ni tau.. ha3 )

Buktinya? lihat logo UTeM masih lagi tersergam indah di keris / cokmar tu. Adakah designer lupa nak edit? atau nak cepat? Aduhai.. please lar.. Hak Cipta Terpelihara tau. Lanun bekas student UTeM rasa simpati lak dengan designer laman web akademi budaya tu ha3. Bukan keris saja, font pun nak sama dah, design background pun lebey kurang saja.

Apa pendapat anda? nak lihat sendiri plagiat ini? Klik Laman Web Aswara

Gambar ni Lanun edit sket, tambah gambar beg jubah Lanun masa KOnvo ke 6 lalu.
Credit n Source : Facebook Adly's

Makna Bacaan Rukuk, Sujud, Iktidal, Duduk Antara 2 Sujud Dalam Solat.

5 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan satu grafik yang mengandungi makna bacaan dalam solat yang kita kadang kadang kita sekadar melepaskan batuk di tangga, tanpa mengetahui apa yang makna nya. Bayangkanlah kita membacanya dengan laju sedangkan ianya adalah permintaan pada Tuhan yang Esa. Tergesa gesa kita meminta pada Nya dan memujiNya?? pasti bukan begitu seorang hamba.

InsyaAllah grafik ini dapat di pelajari dan dikongsi supaya kita lebih khusyuk.

 Klik untuk lebih BESARRR.....

09 October 2011

Tutorial Convert Youtube ke Mp3 Paling Mudah

8 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan salah satu daripada pelbagai cara untuk convert / tukar video youtube kepada format mp3. Sebelum ni Lanun ada cuba software, dengan download video kemudian convert ke mp3 guna software lain pulak. Leceh dan kadang kadang tak boleh nak convert. Tapi, kaedah ini merupakan yang paling mudah setakat yang Lanun tahu. Iaitu menggunakan laman web www.youtube-mp3.org. Jadi sapa yang nak ambil lagu dan tukarnya ke mp3 bolehlah cuba.

Cara caranya ialah :
1. Copy URL video dari Youtube
2. Paste kan di Laman web Youtube to Mp3 Converter
3. Tekan Convert Video
4. Klik Download

Penerangan bergambar dibawah.


08 October 2011

RASMI : Teks Ucapan Belanjawan 2012

0 komen disini yer..


Salam..
Ini merupakan Teks Ucapan Rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perbendaharaan Malaysia. anda boleh buka ucapan penuh bajet 2012 dengan klik link ini [Ucapan Bajet 2012 Full ] dan lampiran bagi rujukan Bajet tersebut pada link ini [Lampiran Bajet 2012]. Untuk maklumat yang lebih lanjut Lanun syor pergi ke laman web rasmi kementerian di Perbendaharaan Malaysiauntuk anggaran perbelanjaan, pegawai yang berkaitan, dan laporan ekonomi semuanya di laman web tersebut.

Iwan Syahman : Segalanya Allah ( Lagu & Lirik )

0 komen disini yer..


Salam..
Untuk Lirik Segalanya Allah sila lihat dibawah. Anda ingin lagu versi MP3? Boleh pastekan URL video di atas, kemudian pastekan di laman web ini http://www.youtube-mp3.org/ (paste kan URL > tekan convert > Downloaduntuk convert dari Youtube video kepada MP3. Semoga ada kebaikan.. dapatkan yang ORI.

07 October 2011

Intipati Bajet 2012 (Download Bajet 2012 PDF)

1 komen disini yer..


TERBARU.. Lanun dah dapatkan senarai Belanjawan 2012. Lanun rasa ia agak lengkap. Lanun ambil dari lamanweb 1Malaysia [klik sini] Dalam artikel tersebut ada menyatakan apa yang telah dibentangkan pada bajet 2012 tadi. jadi boleh download senarai intipati bajet 2012 (format pdf) pada link berikut
+++ [Download Bajet 2012 PDF]

Salam..
Lanun selesai ikuti perkembangan intipati bajet 2012 di laman web MalaysiaKini. Beberapa pengumuman yang menarik perhatian Lanun tak lain dan tak bukan iaitu Bonus separuh gaji di bulan 12 nanti dan juga Kenaikan Gaji RM80-RM320 untuk penjawat awam. Selain itu juga ada beberapa inisiatif dan bantuan yang menarik perhatian Lanun. Lanun akan tunggu details berkaitan Bajet 2012 kali ini. InsyaAllah akan Lanun kongsikan disini.

Bajet selesai dalam pukul 6 tadi :) Detail boleh rujuk dibawah..
Sumber : MalaysiaKini

INTIPATI BAJET 2012

Unta Hitam?

0 komen disini yer..
Klik untuk lebih besar 
Credit to : justhelga blog

06 October 2011

Nasihat Iwan Syahman Pada Artis dan Peminat

0 komen disini yer..




Dalam satu program dan persembahan nasyid di Kuala Lumpur baru baru ini penyanyi irama dangdut, Iwan Dangdut , menyeru rakan-rakan artisnya supaya segera berubah bagi mendapatkan keampunan Allah. Menurut beliau, artis-artis yang ingin berubah tidak sepatutnya melengah-lengahkan keinginan itu supaya dengan itu mereka akan menjadi lebih dekat kepada Allah SWT. 

Katanya, perubahan para artis ke arah yang lebih baik merupakan satu perkara yang penting bagi membolehkan mereka bersama-sama umat Islam lain melakukan perubahan ke arah yang lebih baik pula terhadap masyarakat.


Kesian mereka di aniaya.. Tapi...

0 komen disini yer..

Salam...
Lanun nak komen sedikit mengenai isu pemansuhan ISA, semalam diluluskan rang undang2 pemansuhannya dan diumumkan semua tahanan di bebaskan. Lanun seronok mendengar pengumuman ini kerana bayangkanlah, ada tahanan yang tidak dapat dibuktikan kesalahan mereka terpaksa merengkok di dalam penjara?

Pengumuman pembebasan semua tahanan.. Tapi... Cuba tuan dan puan2 semua bayangkan derita keluarga mereka, anak anak mereka, ibu ayah mereka apabila mereka ditahan kerana disyaki dan tidak dibicarakan. Berapa banyak airmata dah menitis? berapa banyak keringat dah mengalir? berapa banyak hubungan dah hancur? Macam kita takda pernah buat salah penjarakan mereka?

Lanun harap sangat kerajaan bagi pampasan pada mereka yang ditindas ini, bukan orang lain yang tindas, kerajaan sendiri yang tindas mereka penjarakan mereka sehingga tidak dibicarakan dan tidak sabit kesalahan. Betapa berdosanya mereka punya angkara ini. Zalim!

Mohon kerajaan mohon maaf, bagi pampasan!
Tapi siapa yang boleh bayar harga derita bukan?

04 October 2011

Ceramah Ramadhan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun tadi baru jar like satu page ni, page facebook Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Anda kenal beliau? pada yang tak kenal boleh rujuk video ceramah beliau dibawah ataupun boleh rujuk fanpage di facebook.com.

Rasanya masyarakat mula kenal beliau apabila ustaz ni keluar di kaca TV alhijrah dalam program Ihya Ramadhan. Nampaknya Lanun memang lambat lah kenal Ustaz Don Daniyal ni. Dah masuk Zulkaedah dah baru nak tengok video ustaz yang special namanya ni.

Apa yang Lanun baca di internet, keluarganya dan saudaranya memang ada "Don" Don ni. Agaknya sapa nama "Don" tu adalah kaitan dengan Ustaz muda ni. Beliau ni kerja di KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) sebagai pensyarah muda. Beliau belajar di Al Azhar dalam bidang Qiraat, dan adik beradiknya juga baik baik perangai belaka, alhamdulillah.. itulah serba sedikit yang Lanun dapat di internet tentang latar belakang beliau. Wallahualam..

Link Youtube :
Video Ceramah Ustaz Don Daniyal Ihya Ramadhan :
++ Siri 1 : [ Part 1 ] [ Part 2 ]
++ Siri 2 : [ Part 1 ] [ Part 2 ]

p/s : Syukur, ada pelapis ulamak ulamak.. macam keluarga Din. (Harun Din, Hassan Din dan sbgnya...)

03 October 2011

Gambar Zoom Biji Mata Anda Dari Dekat

0 komen disini yer..
Salam..
Hari ini hari Isnin, mula bekerja semula, semoga murah rezeki hari ini dan dikurniakan kemudahan dalam apa yang dilakukan. Begitu juga doa Lanun pada anda semua. Lanun nak share ni gambar dari dekat bagaimana rupa biji mata korang. Memang dahsyat.. Subhanallah. Ni Lanun amik dari CariGold Forum.

Skrollll kebawah lagi k...










02 October 2011

Apa Patut Lakukan Pada Isteri Dera Suami?

0 komen disini yer..


Salam..
Lanun memanjatkan kesyukuran di atas kurniaan seorang isteri yang cukup memahami. Semoga nikmat ini terus kekal walaupun kadang kadang ada perangai Lanun yang macam macam ni buat Zaujah Lanun naik geram, tapi geram geram sayang he3.

Lanun terbaca berita di Metro hari ini [Isteri Panas] yang menjadi bukti bahawa kes penderaan suami semakin meningkat. Lanun dah tak ingat sumber nya dimana, tapi kes penderaan suami meningkat. Wahh, dunia memang bertambah terbalik. adakah kes nasi kangkang? penunduk atau sebagainya? semua ini untuk kita renung dan fikirkan.

Lanun terfikir apakah penyelesaian kepada kes sebegini. Apa pendapat anda tentang penyelesaian nya?