20 November 2011

Bukti Pemahaman Islam Di Malaysia Yang Masih Rendah

3 komen disini yer..
Salam...
Lanun terpanggil untuk komen pertandingan Bornean Beauties yang Lanun baca sebelum ni dalam surat khabar Borneo Post. Awal awal lagi dah Lanun perasan ada peserta dikalangan orang Islam. Lanun terfikir, adakah pihak JAIS ( Jabatan Agama Islam Sarawak ) tak tegur merekah kah?

Bila Lanun baca surat khabar hari ini. Terbukti JAIS sudah menjalankan tanggungjawabnya menegur dan menasihat. Tapi apakan daya penguatkuasaan yang mungkin tak berpihak pada JAIS menyebabkan tidak banyak JAIS boleh lakukan. Syabas JAIS kerana prihatin terhadap perbuatan maksiat ini.

Apa yang Lanun bimbangkan adalah apa yang di ucapkan oleh 5 peserta islam dalam ratu cantik borneo itu. Antara kata kata mereka

Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.

Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.

“Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya.

Jelas disini pemahaman mereka tentang hukum hakam dalam agama Islam. Bagaimana dengan pemerintah? apa respon mereka? JAIS sudah jalankan tanggungjawabnya. Tak guna kalau kita mengaku selama memperjuangkan Islam tapi ada lagi perkara sebegini berlaku dalam Malaysia.

07 November 2011

Kenapa Perlu & Kelebihan Sembelih Cara Islam?

0 komen disini yer..


Salam..
Lanun sempat membaca satu artikel di mana ia menerangkan kenapa penyembelihan secara islam adalah lebih baik dari kaedah kaedah penyembelihan orang non muslim. Dalam artikel tersebut mencaeritakan bagaimana 1 kajian telah dibuat oleh pakar dari jerman yang membuktikan keistimewaan dan kebaikan pada haiwan dan manusia sekiranya mengikut cara penyembelihan berasaskan syarak. 

Lanun jemput semua membacanya di link ini : Keistimewaan penyembelihan dalam Islam

05 November 2011

Maksud Takbir Raya

2 komen disini yer..
Salam...
Lanun di sini ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha. Semoga dengan keberkatan zulhijjah ini Allah menambahkan rahmat ke atas kita semua. Lanun kali ini beraya di Borneo nampaknya. Kerinduan pada isteri dan keluarga di kedah dan Perak sangat sangat tinggi tapi tak dapat nak balik kampung. 

Dibawah ini Lanun kongsikan takbir raya yang dibacakan oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Lanun sertakan juga maksud bacaan takbir raya sekali untuk renungan kita. Lanun doakan zaujah tercinta sentiasa di rahmati Allah dan begitu juga mak ayah kedah n perak serta semua adik beradik, sanak saudara, sahabat sahabat dan seluruh umat Islam. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin.







“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.” “Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”