31 December 2012

Rahmat Allah..

2 komen disini yer..
Salam..

Adakah rahmat menyeluputi kita hari ini tuan tuan? Mungkin ia satu persoalan yang patut kita tanya pada kita di permulaan hari. Pastinya rahmat akan datang pabila ada redha dari Allah..

Tapi dari mana mahu dapatkan redha Allah? Amal Makruf Nahi Mungkar.. 

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya pada diri ini, pada anda dan pada seluruh muslimin dan muslimat.

Mari kita beristighfar..

28 December 2012

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2013.. Bagaimana Palestin?

2 komen disini yer..
Salam...

Tahun baru 2013 bakal tiba hanya beberapa sahaja lagi. Pastinya ramai pihak telah menyusun pelbagai aktiviti untuk menyambut kedatangan tahun baru masihi ini. Lanun mengajak kita sama sama menyambut tahun baru ini dengan berpada pada dan sentiasa menmatuhi garis syarak yang telah ditetapkan.

Dalam kemeriahan itu juga jangan lah kita lupa nasib penduduk Palestin, kita berduka dan bersedih baru baru ini dan kerana datangnya tahun baru ini kita janganlah terlupa nasib saudara kita di sana. Letupab bunga api di Malaysia dan di Palestin tidak mustahil ada letupan juga tetapi yang disusuli dengan tangisan dan kesedihan. 

Sambutlah tahun baru dengan aktiviti berfaedah dan jauhilah maksiat..