26 November 2018

Cara buka dan guna web whatsapp di PC Komputer

4 komen disini yer..


Assalamualaikum..

Wasap atau Whatsapp memang aplikasi atau app yang cukup popular di malaysia, dikalangan pelajar hingga ke warga tua pon menggunakan aplikasi ini untuk berhubung dan bersosial. Di pejabat pula ia dah jadi medium komunikasi yang cukup berkesan bila whatsapp perkenalkan pelbagai fungsi fungsi baru.

Ok, hari ini lanun nak share cara buka wasap di PC korang.

Caranya mudah saja.

1. Buka whatsapp , klik satu button 3 biji dot di sebelah kanan atas (sebelah kanta)
2. Pilih Web Whatsapp
3. Sementara tu di PC buka link website ni https://web.whatsapp.com/
4. Di handphone korang akan kluar kamera,
5. Snap atau scan QRcode yang ada pada web whatsapp di PC yang terpapar di PC.
5. Walla.. siap, whatapp akan link dan sync dengan PC korang

Peringatan, jangan lupa ya...

1. Log out web whatapp dari PC korang jika PC tu adalah PC sharing dengan orang lain
2. Log out web whatapp boleh dibuat guna PC atau melalu smartphone dengan klik pada Web Whatsapp> Log out All Devices.
3. Kalau tiada dalam senarai Web Whatsapp maknanya Whatsapp tidak disambung pada mana2 devices lain.

Hati hati ya, kita taknak jadi apa apa atau orang salah guna wasap kita, jadi pastikan beringat bila guna.

Ok itu saja kali ini.. Jumpa Lagi..

Assalamualaikum.. Babai...

06 February 2015

Ukuran Tanah : Saiz 1 ekar tanah besar mana?

65 komen disini yer..
 Saya tertanya-tanya bagaimana nak gambarkan keluasan tanah seluasa 1 ekar? Apa perbandingan yang sama saiz dengan saiz 1 ekar ni?

Anggaran tepat keluasan untuk satu (1) Ekar tanah adalah sama dengan keluasan 1 padang bola sepak yang memiliki ukuran 90 meter x 45 meter.


Ukuran Padang :
Panjang      : Minimum 90m
Maksimum : 120m
Lebar         : Minimum 45m
Maksimum : 90m 

Ukuran Padang Pertandingan Antarabangsa:
Panjang      : Minimum 100m 
Maksimum : 110m 
Lebar         : Minimum 64m
Maksimum : 75m

Ukuran Luas:
1 Ekar      =  0.404686 hektar
1 Ekar      =  4046.86 meter²
1 Hektar   =  2.47105 ekar
1 Meter ²  =  10.7639 kaki²

Ukuran Jarak:
1 Link    =  0.201168 meter
1 Kaki   =  0.3048 meter
1 Inci     =  0.0254 meter
1 Meter =  3.28084 kaki

Copy&Pate dari ; myukur.blogspot.com