08 June 2011

Sahabat.. Mari Tutup Aurat..

Buat renungan lelaki muslim ni adalah pemain bola sepak Iran 
yang dihalau kerana berjilbab.. klik sini

Salam..
Lanun seru kepada semua lelaki lelaki muslim  supaya menutup aurat kalian, tak kira lah masa jalan jalan, bersukan, beriadah dan santai di pantai sekalipun. Aurat lelaki sangat lah mudah, dan tak perlulah Lanun nak ingatkan.

Lanun teringat Lanun tegur kawan Lanun yang memakai seluar 3 SUKU @ 3/4...

Dia kata : Aku takpe tengok ni tutup lutut..
Lanun : Memang lah masa berdiri tutup, tapi macam mana masa duduk? masa atas moto? masa angkat kaki? (rugi la kamu..kita tutup ni kita dapat pahala tau..)


Ada perintah kelas kedua?
Lanun ada ramai kawan yang main bola, tapi pakai seluar panjang, Takda masalah! ada kawan yang pakai seluar pendek masa main bola tapi pakai "thight" Takda masalah!. Jangan jadikan alasan "tidak selesa" untuk kita tak tutup aurat. Tuntutan tutup aurat adalah sama wajib seperti Solat 5 waktu dan berpuasa di Bulan Ramadhan dan ianya "valid" sepanjang kita hidup.

Jangan tunggu kain kafan yang tutup aurat kita bila dah mati, Tutup Aurat Anda Sekarang. :-)
Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

Abang Long said...

Salam...wow! Dasyat! Lanun pon bagi nasehat utk tutup aurat...hehe.

Dulu masa Abg Long blajar skolah agama, ustaz ckp lelaki xleh jd wali kalau ms bersukan xtutup aurat selagi tidak bertaubat..so, kalau wali xsah, camner pernikahan tu? Ramai la org kita yg berstatus zina w'pun dr segi undang2 negara sah...ish3

http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara.html

LaNuNsepet said...

hu3.. betul tu..
terpk juga isu tu.
syarat saksi dan wali hendaklah tidak kekal dalam keadaan melakukan dosa besar dan tidak bertaubat.

bahaya kan. cari wali n saksi carilah yang baik2 supaya diberkati dan sah akad kita.

aque said...

jarang kite dengar hujah mengenai aurat lelaki...

baru terfikir... same2 la kite menutup aurat... :)