10 April 2012

Ratu Elizabeth ucap tahniah kepada Sultan Kedah, YDP Agong baru.

0 komen disini yer..
Ratu Elizabeth II dari Britain mengutus ucapan tahniah kepada Sultan Kedah , Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah 84, atas pertabalan baginda buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Rupa rupanya YDP Agong kita ni pernah ke UK pada 1974. Ketika itu Tuanku abdul Halim Agong ke 4 dan berusia 42 tahun.

Ratu Elizabeth mengucapkan selamat maju jaya baginda yang akan ditabalkan besok. Daulat Tuanku.. semoga tuanku dapat memerintah dengan adil dan saksama.

Kak, Macam ni Tak Tutup Aurat..

1 komen disini yer..
Salam..
Cara pemakaian orang islam disini nampaknya sama sahaja dengan tempat lain. Aurat didedah itu 1 hal. Tapi 1 hal ini sangat mengelirukan Lanun. Apa dia? Pemakaian legging dan tudung. Masih ramai lagi yang membiarkan anak anak dan isteri mereka memakai legging dengan tudung.

Mungkin bagi mereka ia sudah menutup aurat? Ia tidak menutupi aurat. Legging juga adalah haram di sisi Islam jika dipakai di luar rumah. Dalam rumah pun ada batas batas sekiranya ada lelaki bukan mahram.

Bertudung bukanlah menutup aurat sahaja. Ia lebih dari itu.. (teguran buat Lanun sekeluarga juga)