02 May 2011

Tshirt "Kite Bakor!" Dari Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

3 komen disini yer..

Salam...
Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah merupakan satu trend baru dan fenomena pada rakyat Malaysia. Tak kira kecik atau besar, muda atau tua bila di sebut "kite bakor aje" mesti mereka akan tersengih kerana teringat babak babak dari filem Hantu Kak Limah Balik RUmah arahan Mamat Khalid tersebut.

Fenomena ini juga, menyebabkan Usop Whilca iaitu salah satu watak yang taglinenya "Kite Bakor Aje"dalam movie tersebut telah menaikkan populariti beliau. Nama nya sering jadi sebutan, peminat semakin bertambah dan ramai yang mengikut gaya tangannya. Betul tak? Kalau setuju angkat tangan macam saya.

Nak Beli Tshirt Kite Bakor?
Kat sini Lanun kongsikan satu produk hasil dari fenomena HKLBR ini iaitu Tshirt Kite Bakor yang di cetak dan di edarkan oleh Awok Design, pengedar sah bagi Baju Kite Bakor seperti yang dipakai Usop Whilca dalam Raja Lawak minggu ke 2. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah membelinya di Facebook Tshirt Kite Bakor! selain itu Tshirt "Sabor Aje Lah" turut di jual.

01 May 2011

Koleksi Dingbats : Font Berbentuk Simbol Yang Menarik & Percuma

3 komen disini yer..

Salam..
Lanun nak kongsikan hari ini mengenai Dingbat, Apa itu dingbat? Dingbat adalah istilah font yang dalam bentuk simbol (seperti font Windings dalam microsoft windows anda) cuma Dingbat lebih pelbagai. Setiap simbol ini diwakili oleh huruf atau nombor diatas keyboard cuma bentuknya diubah kepada bentuk bentuk tertentu. Dengan kecanggihan perisian font sekarang lebih banyak koleksi dingbat telah dihasilkan.


Menarik tentang dingbat ini, ia boleh digunakan dalam design atau dalam rekabentuk. Ianya boleh dicapai di bahagian font, boleh digunakan dimana mana software cuma perlu taip huruf yang mewakili simbol tersebut. Oleh kerana ia adalah sejenis font jadi ia boleh di customize seperti font contohnya diwarnakan, ubah saiz, dan disusun.

Dibawah ini Lanun sertakan dua laman web korang boleh download koleksi dingbat, percuma dan pelbagai kategori dari binatang, simbol, logo dan pelbagai lagi :