22 January 2013

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013

68 komen disini yer..
Salam...

Esok Lanun akan terlibat dengan sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013 di tempat Lanun bekerja. Macam aktiviti telah disusun untuk masyarakat setempat demi meraikan dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammmad SAW.

Walaupun ada khilaf mengenai sambutan ini, tapi ianya baik diadakan kerana sekurang kurang nya kita dapat "refresh" semula kecintaan kita, kerinduan kita dan knowledge kita pada Nabi kita. Ia juga dapat mengisi masa masyarakat yang asyik disajikan dengan aktiviti, sambutan dan hiburan barat yang jauh lg lebih sesat.

Apa tema kali ni 1434 / 2013 12 Rabbiulawal bersamaan 24 Januari 2013?

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Banyakkanlah berselawat dan memperingati sirah sirah Nabi kita. Tak lupa juga paling penting praktikkan sunnah Nabi kita agar kita menjadi insan yang akan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak InsyaAllah.

Allahhumma Solli A'la Muhammad Wa'la Alihi Wasohbihi Wabarik Wassalamm...

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya, bershalawat atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkan salam penghormatan kepadanya”. 
(QS. Al-Ahzab 56)

Harimau Kumbang Mengamuk Dalam Kampung

2 komen disini yer..
Salam...

Lanun nak share gambar lama dah ni, tapi Lanun baru terbaca. Tak silap ia pada tahun 2011. 2 tahun dulu. Berlaku di India. Harimau Bintang menyerang penjaga hutan di desa dekat Prakash Nagar Salugara, di pinggiran Siliguri, India, Selasa (19/7/2011). 

Harimau Bintang tersebut dikatakan tersesat ke kawasan kampung dan dizalimi oleh penduduk kampung tersebut, termasuk tiga penjaga. Insiden berkahir dengan tangkapan harimau tersebut oleh pegawai perhililitan macam tu lah. Foto: AP Photo

Mungkin ada sebab binatang ni bertindak sedemikian. Apa pun tengok lah gambar kat bawah ni, huru hara pegawai perhililitan tu. Tak cukup tanah lari lintang pukang hahaha. Tapi Cuppp!! respek giler kat jurugambar, shoot yang terbaik. [Sumber : Media Malaya]