26 July 2009

Yasmin Ahmad meninggal dunia

Pengarah filem dan iklan Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah filem negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.


Khamis lalu, Yasmin dikejarkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal?? (dengan kontroversi...), termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah (camane leh dapat anugerah???) di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes..

Lanun : Takziah ducapkan...pd keluarga arwah..tetapi...Perginya kerahmatullah Dr Fathi Yakan...Lebih menyedihkan kerana ia ulama yang muktabar (buku beliau "apa ertinya aku memeluk islam"..)



Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: