MELAKA: Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.
Untuk Gambar dan Video boleh rujuk link ini : 11 Maut Kemalangan 2 Bas Ekspress, 1 Van, 3 Kereta di Highway Simpang Ampat Melaka
Senarai Mangsa yang terkorban ( Alfatihah dan Takziah buat mereka yang terlibat)
- 9 rakyat tempatan dan
- 3 warga Myanmar.
Bas yang terlibat ( kalau tak silap Lanun ) - Bas Ekspress delima dan Bas JKM Jabatan Kebajikan Msia
Pemandu bas ekspres
- R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; Bas Delima
- Pemandu Bas JKM hanya cedera parah.
Penumpang bas ekspres,
- Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim;
- Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas;
- Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar;
- Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan
- Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga, di sini.
- Pau Khan Tual, 21;
- Kam Khaw Tual, 28; dan
- Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).
- Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat;
- Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan
- Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki).
3 komen disini yer..:
Cerita pasal bas express yg dipandu laju ni mcm tak habis2... Discuss pasal pantau, blackbox, urine test, driver mabuk, mengantuk huhahuha,..senyap semula. Kena tunggu jadi kat sedara-mara Menteri or pada Menteri sendiri kot baru betul2 nak ambik tindakan... Mana pahat & penukul? Nak ketuk sikitttt...
setuju dengan pendapat babyblogger.
kene tunggu klu ada sedara mara pak menteri-menteri kita, baru tindakan drastik di ambik. selepas kes ini, nanti semua tindakan hanya lah sekadar menghiasi muka depan surat kabar ajer...bas express masih bawak laju macam setan di lebuhraya...
kene tunggu sampai berpuluh2 mati kah?
Nauzubbillah....
babyblogger :...bai..lu mesti ingat..benda ni tak berlaku kat sedara mara menteri..sebab,sedara mara menteri tak naik bas..tak drive sendiri..depa ni semua naik FLIGHT...sebab tu depa buat tak kisah jer...depa cakap.."ader aku kesah..."
Post a Comment