Gambar hiasan ajer...
BRUSSELS: Lanun Somalia disyaki bertanggungjawab menawan sebuah kapal milik Malaysia minggu lalu di Lautan Hindi, kata Kesatuan Eropah, semalam. Kapal Albedo itu ditawan 1,660 kilometer dari Mogadishu, awal Jumaat lalu, menjadikan bilangan tebusan lanun mencapai 500, kata armada laut EU yang ditugaskan memantau lanun (Navfor), semalam.
“MV Albedo mengibarkan bendera Malaysia dan milik negara itu, membawa 23 krew warga Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Iran,” menurut kenyataan Navfor.
“Kapal itu membawa kontena dan dalam perjalanan ke Mombasa dari Jebel Ali di Emiriyah Arab Bersatu (UAE),” katanya lagi.
Mengambil kira Albedo, lanun itu ketika ini menawan 22 kapal dan 521 tebusan,” kata Navfor. Kegiatan lanun memberi masalah kepada mereka yang lalu di Lautan Hindi dekat Somalia sejak 15 tahun lalu. – AFP
+ Sumber Berita Harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/
+ Sumber Berita Harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/
3 komen disini yer..:
Dasyat pak2 lanun sekarang.huhu.;p
lanun..lanun..
kalau x tawan kapal nk tawan ape lagi :P
Terkini : Keputusan akhir undian Anugerah Blog Pilihan Malaysia bagi kategori Blog Personal Lelaki Pilihan
Post a Comment