09 February 2011

Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Masalah - Doa Elak Stress dan Hutang..


Salam...
Bunuh diri merupakan salah satu kes kematian yang kian meningkat kat Malaysia. Lanun percaya korang pun dah baca Metro hari ni bertarikh 9 februari dimana muka hadapan di isi dengan 2 kes bunuh diri. Pertama Ibu Anak, dan seorang lagi Pelajar Tingkatan 5 ( Rujuk Harian Metro hari ini ).

Bunuh diri ni kalau dalam islam amat jelas ia nya adalah satu dosa besar. Walau berat mana ujian setiap insan perlulah pandai dalam mengurus stress. Kalau orang yang beriman tu pastilah dalam hatinya akan terdetik "ini adalah ujian, kalau aku sabar manis buahnya.." Tapi kalau hilang pertimbangan macam2 lah orang buat.

Mari kita sama sama amalkan satu doa iaitu :


Allahuma inni a'udzubika minal hammi wal hazani wa a'udzubika minal ajzi wal kasali wa a'udzubik minal jubni walbugh wa a'uzubika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali.

'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung kepada-mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepada-Mu dari tekanan hutang dan paksaan orang lain.'

Amin ya robbal alamin.
Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

Pemerhati Dunia said...

Baru tadi kawan cerita tentang seorang ibu yang campak anaknya yang berumur 4 tahun dari tingkat 10, kemudian dia turut terjun. Anak itu tidak berdosa...Sungguh menyayat hati.

Ya Allah, kuatkanlah imanku dan seluruh umat Islam di muka bumi ini...

suffer8zine said...

minta2 umat islam dijauhi perbuatan ni la

Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur

.:padie_eyla:. said...

Ya Allah. jauhkan la.

aibaks said...

bagus klu amalkan bace doa tu hari2.. meh aku tambah skit..

"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair"

Usagi said...

lari dari masalah bukannya penyelesaian terbaik, tmbh2 lg bunuh diri....mintak dijauhkan