01 April 2011

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Kakitangan Kerajaan


Ikrar Perkhidmatan Awam

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:
  • Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
  • Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama.


Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Kami, pegawai awam Malayssia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut :

  • Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
  • Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah;
  • Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
  • Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
  • Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
  • Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

suffer8zine said...

ni ke ikrarnya? baru tau, nice

Terkini : Apa Itu April Fool?