Pages

16 October 2011

Yang Di Pertuan Agong ke 14


Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember 2011 ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2011.

Baginda akan menjadi YDP Agong ke 14, dan sebelum ini pernah menyandangnya pada 1970 -1975 untuk Yang di Pertuan agong ke 5. Untuk sedikit latar belakang beliau bolehlah melawat link ini [wiki : Sultan Abdul Halim ]

Untuk senarai YDP Agong dari yang pertama 1957 hingga sekarang bolehlah klik link ini yer [ Senarai lengkap Yang Dipertuan agong 1- 14 ] Harapan Lanun semoga YDP agong dapat menjalankan tugas dengan amanah, adil dan saksama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen korang, korang boleh gunakan ANYNOMOUS bagi yang tiada akaun. TQ ada2 aper pertanyaan leh juga emailkan ker lanunsepet@gmail.com