18 June 2013

Iklan Gadis Syria dan Somalia

Salam..

Semalam ramai yang share satu gambar yang mempromosikan gadis syria dan somalia yang menjadi mangsa perang. Diletakkan gambar gadis arab yang comel cukup menarik perhatian ramai orang. Macam macam reaksi yang muncul, tak kurang juga yang meragui dan menyimpan hasrat untuk mendapat isteri dari kalangan keturunan arab tersebut.

Tak lama selepas tu keluar pula artikel yang menegur keinginan lelaki malaysia ingin mengahwini gadis gadis ini tetapi mereka terlupa sekiranya mereka mngahwini gadis ini, mereka automatik ade kelaurga mertua di Syria. Sibuk sangat nak bela gadis ni, jangan lupa kena bela juga keluarga nya di Syria. Mungkin ada yang lupa barangkali...

tetapi dikhabarkan bahwa berita tersebut mungkin tidak benar, ada yang mengatakan ia adalah untuk menarik perhatian masyarakat kepada isu Syria yang semakin meruncing. Lanun mohon marilah kita mendoakan Syria akan bebas dari cengkaman kezaliman Basyar. Semoga Mujahidin diberi kemenangan.

Aaminn Ya Rabbalalamin..
Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: