Showing posts with label baju. Show all posts
Showing posts with label baju. Show all posts

12 October 2011

Kantoi, Akademi Budaya Tiru Keris Cokmar UTeM Bulat Bulat...

3 komen disini yer..
Salam..
Kelakar betul lah dengan gambar yang kat bawah ni. Ia adalah printscreen daripada laman web Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan yang paparkan banner konvokesyen yang ke 8 nya. (leh check laman web) Yang tak tahannya, Kantoi Kantoi... banner laman web konvo dieorang di copy and paste direct sejibik daripada banner Konvo UTeM yang ke 6 ( masa Lanun konvo ni tau.. ha3 )

Buktinya? lihat logo UTeM masih lagi tersergam indah di keris / cokmar tu. Adakah designer lupa nak edit? atau nak cepat? Aduhai.. please lar.. Hak Cipta Terpelihara tau. Lanun bekas student UTeM rasa simpati lak dengan designer laman web akademi budaya tu ha3. Bukan keris saja, font pun nak sama dah, design background pun lebey kurang saja.

Apa pendapat anda? nak lihat sendiri plagiat ini? Klik Laman Web Aswara

Gambar ni Lanun edit sket, tambah gambar beg jubah Lanun masa KOnvo ke 6 lalu.
Credit n Source : Facebook Adly's

29 May 2011

Menteri Yang Lain Agaknya Sokong M U jugak ke?

0 komen disini yer..

Salam..
Lanun perhati gambar PM kita tengok bola malam tadi, apabila Man U telah seri bila melawan Barcelona 1-1. Ok lah daripada kalah kan? Apa yang Lanun terfikir ialah bila lihat pic ni, rasa rasa korang ada tak menteri menteri yang minat team lain sebenarnya atau pun minat Barcelona contohnya, tapi... terpaksa sokong M.U malam tu sebab takkan tak nak sokong team favourite boss kan? Boss punya pasal. 

Gurau jek..he3

p/s : Bagus sebenarnya strategi PM ni, penyokong MU kat Malaysia ni ramai, jadi ni salah satu cara untuk tarik minat dieorang mendekati beliau.

24 October 2010

Lanun Securities : Ada syarikat Saudi nama Lanun Securities rupanya..

3 komen disini yer..

Saja petang petang ni cari keyword bermula dengan perkataan "lanun". Kelakarnya Lanun jumpa ada 1 syarikat ni namanya Lanun securities. Sebuah syarikat di Arab Saudi yang te rlibat dalam bisnes telekomunikasi. Adakah Lanun mempunyai maksud berlainan dalam bahasa arab? Lam Alif Nun Wau Nun