Showing posts with label cara tarik orang pada islam. Show all posts
Showing posts with label cara tarik orang pada islam. Show all posts

14 June 2011

Statistik Permohonan Murtad Di Malaysia

4 komen disini yer..

Salam..
Sekadar berkongsikan berita yang Lanun baca sebentar tadi di MalaysiaKini. Jumlah permohonan untuk murtad yakni meninggalkan Islam yang terbesar sekali adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47. Sejumlah 135 yang memohon untuk meninggalkan agama Islam telah diluluskan.

Sama sama kita fikirkan apekah puncanya? 

Astaghfirullah.. Semoga Allah menetapkan hati hati muslimin dan muslimat. [Baca berita penuh klik sini]

Menteri Jamil Khir menafikan yang sebanyak 135 permohonan diluluskan. Angka yang dimaksudkannya adalah salah faham sebenarnya.. Sila baca lagi disini..

25 September 2010

Bernas : PM Najib nak bantu Obama atasi Islamophobia

2 komen disini yer..

Salam..
Lanun rasa macam satu kenyataan yang baik dari PM Najib 1 Malaysia kita yang kata nak bantu Obama dalam atasi fenomena Islamophobia di US Amerika. Pada yang tak tahu apa Islamophobia, sila search kat Google apa maksudnya.

Wikipedia : Islamophobia (ie. Islam+phobia, "fear") is prejudice against, or an irrational fear of Islam or Muslims.

Lanun pandang kehadapan apakah langkah langkah yang PM Datuk seri Najib nak buat. Ia satu kerjasama dan cadangan yang baik yang patut di puji. Semoga perancangan beliau itu berjaya, sebab fenomena takutkan dan bencikan Islam ni lah yang akan burukkan lagi persepsi orang bukan Islam kepada Muslim.