Showing posts with label mp3. Show all posts
Showing posts with label mp3. Show all posts

05 November 2011

Maksud Takbir Raya

3 komen disini yer..
Salam...
Lanun di sini ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha. Semoga dengan keberkatan zulhijjah ini Allah menambahkan rahmat ke atas kita semua. Lanun kali ini beraya di Borneo nampaknya. Kerinduan pada isteri dan keluarga di kedah dan Perak sangat sangat tinggi tapi tak dapat nak balik kampung. 

Dibawah ini Lanun kongsikan takbir raya yang dibacakan oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Lanun sertakan juga maksud bacaan takbir raya sekali untuk renungan kita. Lanun doakan zaujah tercinta sentiasa di rahmati Allah dan begitu juga mak ayah kedah n perak serta semua adik beradik, sanak saudara, sahabat sahabat dan seluruh umat Islam. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin.







“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.” “Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

19 September 2010

Sayu Dengar Lagu Salam Aidilfirti Dendangan Allahyarham Ustaz Asri Rabbani... Ya Allah Tempatkan Dia Bersama Org2 Beriman...

2 komen disini yer..
Salam..
Mungkin agak lewat untuk putarkan lagu ni.. tapi tadi petang Lanun punya winamp memutarkan lagu ni , lagu Salam Aidilfitri yang dinyanyikan oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani.. Memang sayu... Mari kita doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan tabiin..aaminn...

Pada keluarga Ustaz Asri, Lanun ucapkan selamat hari raya..tabahkan hati.. dan teruskan kehidupan tanpa putus asa, Allah sayangkan orang yang sabar. Pada anak anak ustaz Asri, jadilah anak yang baik dan soleh. Alfatihah untuk Ustaz..

Pada yang tak pernah dengar sila dengar kemerduan suara Ustaz asri dalam lagu dibawah.. Subhanallah....sayu..


LamanWeb Rasmi Rabbani : Rabbani.com.my
Laman Rasmi Facebook : Facebook Rabbani

Allahyarham ustaz asri dan anak anaknya...

Untuk yang tak tahu.. lama dah berita ni.. Dalam kotak merah adalah penganti vokalis,
 iaitu Zulkifli, ia dah lama dalam Rabbani cuma banyak buat kerja sebalik tabir.

04 January 2010

Video Kuliah : Dr. Danial Zainal Abidin (author al quran saintifik)

3 komen disini yer..
Salam...
Baru-baru ni lanun ushar-ushar kat youtube cari video ceramah salah seorang ulamak yang cukup lanun minati (idola..he3). Sape dier? tentulah Dr Danial zainal Abidin (biodata beliau) iaitu seorang ulamak, penulis buku dan penceramah motivasi. 

Seorang ulamak yang mempunyai kepakaran dalam agama,sains dan motivasi termasuk sejarah juga.