Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

10 April 2011

Video Ratu Cantik Pondan Nyah Malaysia di Youtube, Siasat segera!

4 komen disini yer..
Salam..
Lanun dah tonton video ni sebelum [di blog Mazidul Akmal Sidek 999] disiarkan beritanya di Metro Ahad hari ni. Video ini bertajuk Miss Malaysia Pahang 2010 [yang ni dah di private oleh owner] di Youtube. Tetapi di dalam Metro Ahad ia dikatakan dibuat di Pantai Timur? Hmm.. Lanun ingatkan dia buat di Pahang?

Malaysia = Thailand ?
Dalam video ini dipaparkan nyah nyah meragakan pakaian dan membuat pertandingan ratu cantik, dah macam di Thailand. Tak sangka dalam sibuk pihak berwajib membanteras perkara ini, maksiat sebegini masih berleluasa dengan mengadakan majlis agak grand Lanun lihat. Jika kita tidak banteras maksiat ini pastinya kita mengundang murka Allah pada kita, pemimpin kita dan Bala Allah pasti tak kan terhalang untuk menimpa kita.

Channel Youtube Arezeo? Siasat!
Korang semua boleh jugak lihat video maknyah lain [tak taulah kalau owner dia dah delete] ini di Channel Youtube Arezeo yang memaparkan lebih banyak koleksi video yang lebih dahsyat!!! dan memalukan Malaysia yang "dikatakan" negara majoriti penduduk Islam. Lanun harap pejabat agama menyiasat siapakah pemilik Channel Youtube Arezeo ni yang Lanun tengok menyimpan banyak video event golongan ini.

PERHATIAN : VIDEO ASAL DARI AREZEO TELAH DI DELETE / PRIVATE KAN!!! OLEH PEMILIH CHANNEL AREZEO , video di bawah adalah salinan kedua oleh MovieKita TQ n credit pada beliau sebab buat copy.

Macam macam gimik dalam video ini, yang Lanun lihat direka reka? 
entah betul ke tidak wakil dari wakil dari negeri sekian sekian.

28 October 2010

Video Selepas Tsunami Mentawai Sumatera Barat 2010 : Mangsa Meningkat Hingga 282 Orang...

1 komen disini yer..

Seperti yang kita tahu satu tsunami telah melanda di Mentawai Sumatera Barat Indonesia isnin lalu selepas gempa bumi skala 7.2 hasil dari letusan Gunung Berapi Merapi. Gunung yang sekian lama tidur akhirnya meletus. Atas ni adalah video amatur yang Lanun amik dari Youtube yang menunjukkan keadaan selepas tsunami di sebuah kampung di Mentawai.

Menurut berita mangsa yang terkorban hampir 300 orang dan yang hilang beratus ratus orang. Tiba tiba pulak teringat dengan rakyat Indonesia yang berdemo ingin "swipe" rakyat negara kita dan membaling najis di Kedutaan Malaysia di sana. hmmm..


"Tsunami itu berketinggian ombak 3 METER dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya. Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

Alfatihah buat mangsa..