Showing posts with label pengorbanan kita. Show all posts
Showing posts with label pengorbanan kita. Show all posts

16 May 2011

Selamat Hari Guru 2011 Buat Cikgu Cikgu Seluruh Malaysia

2 komen disini yer..
Salam...
Selamat Hari Guru Lanun ucapkan pada semua cikgu cikgu seluruh Malaysia, tak lupa juga pada bakal isteri Lanun yang juga seorang Guru di Johor. Jutaan Terimakasih buat cikgu cikgu yang memang tegas dan gigih  memberi tunjuk ajar, kalau tak kerana kenal ABC, Mengeja dan Membaca maka tidaklah Lanun berjaya sebegini. Alhamdulillah...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
-Allahyarham Usman Awang-

Lanun harap kalian akan terus berjaya dalam karier dan dalam apa juga yang kalian involved. Kalian semua adalah insan terpilih memegang amanah ini, jadi lunaskan dan tunaikanlah amanah itu dengan penuh tanggungjawab. Apa yang kita tanggung itulah yang pasti kita kena jawab.

Selamat Hari Guru :-) Terima Kasih Cikgu.

19 November 2009

Qurban.. Ape anda fahami? & Lanun Balik Kampung Esok Pagi...

7 komen disini yer..
Salam....

Lanun baru jar balik beli tiket tadi. InsyaAllah besok pagi kul 9.30am lanun bertolak dari sini ke ipoh perak. N then datang balik pada 29hb 11 ni sebab 30hb 11 ader kursus PIC kat fakulti.  Final Result? Alhamdulillah result pun dah kuar, cuma ada 2 subjek jer lg belum.. Guane? Hmm.. Alhamdulillah , syukur sgt dengan result kali ni cuma ada 1 subjek tu kureng sket, kureng sket??  kureng banyak la jugak. Subjek per? electric drive, lanun dpt C+ hu3.. tapi dari fail kan baik C+.. (Alhamdulillah...) :-)


Yang dua lagi belum tu, PSM 1 and Numerical Method still tak kuar lagi.. debar plak dibuatnyer... Yang dua lagi tu pengaruhi pointer idaman lanun kali ni, sebab lanun angan2kan sem ni biarlah gempak sket dari yang semester - semester lepas, tapi macam pudar n mendung jar nampaknya. Apepun doa tetap dipohon n doa korang lanun perlukan jugak..

K lah.. Nak wat kejer sket.. (kejer aper? kemas kot..) Mungkin pasni kat kampung tak update blog  agaknyer.. Ader rezki InsyaAllah update. :-) he3. Pasal cuti hari raya ni, lanun nak wat ucapan lah sket.. he3. Ucap awal2 lah kan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua pembaca blog  nie. he3..  awal sangat ek? takut tak sempat lak kan..

Hari raya Aidiladha, hari raya qurban orang melayu panggil. Ape anda faham tentang hari raya qurban ni??? Hmm?? Tny diri sendiri k.. Renung semula peristiwa sempena hari raya qurban ni.. Ape maksud die.. ape pengajaran dier..pasti ader pengajaran yang besar boleh kita dapat.. Insya Allah.. banyakkan bertakbir masa hari besar tu nanti..dan jangan lupa nanti n g lh tolong majlis qurban pada hari tu k.. tengok penyembelihan tu :-) n raikan dengan cara yang betul...

p/s : Semoga kalian semua dirahmati Allah selalu..  Nak sambut Aidiladha Cara betul?? KLIK




AIDIL ADHA : Keutamaan Ibadah Qurban...

0 komen disini yer..
Ibadah korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya.

Firman ALLAH S.W.T:

“Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

AIDIL ADHA : Sejarah Ibadah qurban...

3 komen disini yer..
Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.