Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

18 September 2010

Alfatihah : M Rajoli Meninggal Dunia..

2 komen disini yer..
Al Fatihah buat M Rajoli 64 tahun dan Takziah buat keluarganya, dimana malam tadi tepat 10.45 malam arwah dilaporkan meninggal kerana sesak nafas. Arwah yang terlantar lebih sepuluh tahun di Hospital Ampang Kuala Lumpur cukup terkenal dengan lakonan sehingga boleh berlakon pelbagai watak.  Semoga roh Arwah M Rajoli di cucuri rahmat Allah.

28 August 2010

Lagenda Bola Sepak Isa Bakar Meninggal Dunia.. Penyerang Pasukan Malaysia 70an

3 komen disini yer..
GEORGETOWN: Bekas lagenda bola sepak negara, Isa Bakar meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, jam 10.15 pagi tadi. Allahyarham berusia 58 tahun. Beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk berdarah, semalam. Isa yang bermain di posisi penyerang pernah berganding dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari untuk pasukan kebangsaan sekitar 1970-an.. Alfatihah... 


Sedikit Biodata Isa Bakar :
  • Nama penuh Isa Bakar 58 tahun
  • Allahyarham meninggalkan isteri, Mazlina Md Ismail,
  • Mempunyai 3 anak perempuan Nur Kamalia, 19, Nur Liyana 21, Nur Aishah
  • dan Seorang anak lelaki Muhd Firdhaus, 16.
Pencapaian Allahyarham :
  • Isa mula menggilap bakatnya pada peringkat kelab dengan mewakili Malayawata, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan seterusnya Telekom Utara.
  • Dalam persada bola sepak Malaysia, beliau sentiasa menjulang nama Pulau Pinang bersama abangnya Ali Bakar dan pernah membantu pasukan negeri itu menjulang Piala Malaysia pada 1974.
  • Membantu pasukan negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1977 dengan membelasah Burma ketika itu 8-1.
  • Isa selaku penyerang berbisa membantu pasukan kebangsaan memenangi pingat gangsa dalam acara bola sepak di Sukan Asia Tehran 1974.
  • Pernah berganding dengan seorang lagi legenda iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari sekitar tahun 70-an.
ERA KEGEMILANGAN... Allahyarham, Isa Bakar (kiri) tersenyum gembira apabila rakan sepasukannya, Mokhtar Dahari berjaya menjaringkan gol ketika menentang Thailand, pada perlawanan peringkat kumpulan, kejohanan Piala Dunia. Malaysia menang 6-4.

p/s : Lanun bangga Malaysia ada pemain seperti ni dulu, yang digeruni pihak lawan.. bagaimana sekarang?? Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah SWT Aminn..

sumber : Malaysiakini, Mstar.com.my, dan bharian.com.my

29 March 2010

Popcorn Dan Handphone : Handphone Boleh Masakkan Otak Kita??

3 komen disini yer..
Sebelum ni aku post pasal pengumuman TNB berkaitan dengan kesan EMF yang terhasil dari kabel pemancar dieorang yang sebenarnya tak berbahaya kepada manusia. Untuk makluman, EMF ni ialah gelombang elektromagnetik yang memang tak nampak dengan mata kasar. 

EMF ni meliputi setiap alat yang menggunakan elektri termasuk kabel elektrik, mesin basuh, hair dryer, handphone dan sebagainya. Gelombang EMF nih memang banyak sangat kegunaan nya lebih lebih dalam komunikasi, selain tu micro oven kita jugak salah satu dari aplikasi gelombang EMF. Jom tengok video jap!!

Jangan tiru mat salleh ni.. arak haram..

Yang atas ni video home eksperimen, yang mat salleh ni buat pada bertih popcorn yang belum dimasak, diletak dekat dengan 4 biji handaphone pastu dieorg call serentak untuk aktifkan gelombang EMF. Dah tengok hasilnya kan. Tapi betul ker apa yang terjadi kat popcorn ni leh jadi kat kita?
Jawapan nya dibawah... kalau rajin baca la lagi he3...