Showing posts with label sibu. Show all posts
Showing posts with label sibu. Show all posts

17 May 2010

DAP Berjaya Memenangi PRK Sibu..

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun jangkakan BN akan menang pilihanraya kecil kat Sibu, disebabkan faktor penyampaian maklumat. Kat sana mungkin tak macam kat bandar yang orang mudah dapat info, dari majalah, surat kahabar, internet. Tapi Alhamdulillah, nampaknya penduduk Sibu mungkin dah jemu dekat berpuluh puluh tahun BN memerintah masih tidak lagi pembangunan di Sabah dan sarawak menjadi seimbang. Pembangunan hanya ditepat tertentu. Pembangunan hanya bila ada pilihanraya, berpusu pusu dana masuk sepanjang hari kempen. Ni seakan memainkan penduduk Sibu. Akhirnya malam tadi diumumkan :
  • Calon DAP Wong Ho Leng - 18,845 DAP menang dengan majoriti 398.
  • Calon BN Robert Lau Hui Yew -18,447
  • Calon Bebas Narawi Haron - 232
Walaupun kecil majoritinya tapi dikira berbaloi kerana Pakatan Rakyat berhadapan dengan kerajaan BN bukan berhadapan dengan SUPP sahaja. Pakatan jugak berhadapan dengan BN yang menyalurkan dana berjuta juta dan pelbagai projek mee segera. inilah pembangunan tak seimbang, kawasan lain tengok mesti sakit hati, kenapa sibu jer dapat? takkan tgu pilihanraya kecil baru dapat?

11 May 2010

Mesej Pada Kawan Kawanku Kaum Cina, India, Non Muslim Di Malaysia....Terutama Di Sibu...

2 komen disini yer..
Selamat Sejatera...
Petang tadi Lanun buka laman web MalaysiaKini, berita hari ni tunjuk SUPP cuba gunakan isu Negara Islam untuk lawan DAP. Seperti kita tahu satu pilihanraya akan diadakan di Sibu. Pertembungan antara DAP dan SUPP.

SUPP telah gunakan satu poster bendera PAS di tengah tengah lambang bulan diletakkan satu hidangan Mee Kampua hidangan popular masyarakat Foochow di Sibu. Mee kampua ni mee yang mengandungi bahan dari babi. Jadi SUPP cuba nak kata kat sini bahawa dengan undi DAP, akan membawa malaysia sabah n sarawak kepada negara Islam dan mereka takkan dapat makan lagi mee kampua ni sebab Islam haramkan babi. SUPP cuba kaitkan dengan pakatan PAS dan DAP dalam pakatan rakyat serta hasrat PAS untuk menegakkan negara kebajikan berdasarkan Islam. Dakwaan SUPP ini adalah tidak benar.


Lanun seru kepada semua kawan kawanku Kaum Cina, India, Non Muslim Di Malaysia Sabah Sarawak terutama di Sibu harap jangan tertipu dengan dakyah ni. Mereka cuba mengongkong informasi kita sehingga kita paham sesuatu itu dengan cara yang salah. Lanun nak katakan kat sini :
  1. Babi itu haram hanya pada orang Islam.
  2. Islam tak larang orang non muslim makan babi atau makanan yang diharamkan oleh Islam.
  3. Mee Kampua atau hidangan lain yang sepertinya tidak akan di hapuskan.
  4. Islam tidak paksa orang non muslim memeluk agama Islam.
  5. Islam adalah cara untuk mencapai keamanan dan kesaksamaan yang tulin.
  6. Islam mengajak ke arah kebaikan.
  7. Jangan terpengaruh dengan berita sebelum mendapat penjelasan, ini satu tindakan yang buat kita seperti budak budak.
Lanun sayangkan kesatuan kita, sudah berpuluh tahun kita hidup bersama... India Cina Melayu pasti boleh bersatu menolak penindasan. Pada pengundi Sibu, undi lah calon yang bersih.