Showing posts with label tarikh. Show all posts
Showing posts with label tarikh. Show all posts

11 November 2010

Keputusan UPSR 2010 Hari Ini Khamis 11 Nov 2010

2 komen disini yer..
Salam...
Hari ini akan diumumkan keputusan UPSR 2010, Lanun ingin mengucapkan tahniah kepada semua para pelajar yang dah berjaya lepasi ujian kecil ini. Pasni adik adik semua akan hadapi ujian yang lebih besar dan mencabar sehinggalah akahir hayat. Hidup ni juga adalah satu cabaran dan ujian sebenarnya.

Harap semua bergembira dengan result masing masing dan pada yang kurang berjaya jangan risau ini bimbang, adik adik semua boleh baiki nya bila masuk ke tingkatan 1 dengan belajar lebih tekun. Kejayaan bukan di ukur dengan peperiksaan tetapi USAHA.

Dan selamat bercuti, semoga jadi remaja yang berjaya InsyaAllah.. kita dengar lagu ni k.

13 October 2010

Lanjutan Tempoh Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

1 komen disini yer..
Salam.. Info dari KPM untuk korang...

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM.
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Sekian, terima kasih.

21 September 2010

Jadual Peperiksaan SPM & PMR 2010

0 komen disini yer..
Salam...
1 quickie update dari Lanun, selamat menjawab soalan peperiksaan kepada semua calon calon UPSR, dan tak lupa juga pada calon calon PMR dan SPM yang akan duduki peperiksaan mereka tahun Lanun ingatkan supaya jangan lupa study ok, lebih lebih lagi pada calon SPM dimana exam tu amat penting demi masa depan korang.

Daparkan timetable exam PMR dan SPM kat bawah ni yer dalam format PDF :

Jadual Waktu PMR 2010: Muat Turun Jadual Waktu PMR 2010
Jadual Waktu SPM 2010: Muat Turun Jadual Waktu SPM 2010

20 September 2010

Jadual Waktu UPSR 2010 dan Garis Panduan Tahun 6 Sekolah Malaysia

1 komen disini yer..
Salam...
Marilah kita sama sama mendoakan kejayaan adik adik kita yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010 yang akan bermula besok. Semoga mereka terang hati dan dapat menjawab dengan tenang dan betul. Besok akan dimulakan dengan subjek Bahasa dan Matematik Kertas 2. Bagi ingin mendapatkan Jadual Ujian penilaian sekolah rendah UPSR boleh menggunakan link disediakan di bawah.

Adik2 semua.. Good Luck, Adik Lanun paling bongsu UPSR juga tahun ni..Jangan lupa bagi support kat dieorang ok, dan jangan lupa bantu mereka. UPSR ni boleh jadi pendorong dieorang untuk lebih maju lagi nanti.

Download Jadual Timetable UPSR 2010 : [ muat turun sini - mediafire ]
Open Terus Jadual UPSR 2010 : [ klik sini - Lembaga Peperiksaan ]