Showing posts with label website arjuna tv3. Show all posts
Showing posts with label website arjuna tv3. Show all posts

27 May 2010

Drama Yang Lanun Tunggu Selama ni Dah Nak Muncul.... Drama Arjuna TV3 KRU..

11 komen disini yer..
Salam...
Teringat lagi waktu dulu dulu, drama silat Syahadan yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli dan Faizal Hussin. Seiring ngan drama tu kalau korang semua ingat, citer citer drama pendekar. Drama ilmu silat, ilmu aura dan kuasa sakti. Rasanya budak budak lelaki mesti minat drama drama tu kan? Syahadan tu dulu ramai peminat woo. Genre drama macam ni Lanun memang minat, bese la kan budak lelaki, filem fighting kompem jadi pilihan utama betul tak? Tapi Adamaya Lanun sebat jugak ha3.

Selepas beberapa musin drama macam tu banyak siar TV, ia lama lama makin kurang pastu takda dah. Lanun sebagai peminat memang rasa kehilangan betul drama macam tu. Agaknya masa tu filem dari mexico, hindustan pulak amik alih penuh berlambak kat TV. Rimas and tak minat lansung. Memang ramai nak drama lawan lawan macam tu balik... tapi takda sapa yang buat pun. 

Sekarang ni KRU keluarkan satu drama, nama dia "Arjuna". Korang mesti pasan promo dier kat TV kan? Arjuna ni filem epik, filem silat, lawan lawan, ada kuasa , n ada aura (ha3 part ni aku suka ni). KRU cakap dier guna CGI, hopefully CGI drama ni mantap. Dari trailer nyer Arjuna ni macam best, jadi kita sama sama tengok nanti k.

Pada KRU, Lanun bagi harapan kat drama Arjuna ni, sebab dah lama dah teringin nak tengok drama ala ala "fighting power" gini. Hopefully drama Arjuna ni leh bagi ape yang Lanun mahukan, aksi banyak, kurang bercakap, xda jiwang jiwang sangat, dan lawan tu biar nampak real bukan nampak "kayu". KRU, jangan hampakan Lanun.. sebab tak pernah pernah Lanun post pasal drama kali ni post pasal drama lak. Korang agak agak minat tak citer ni? Atau awal awal memang xmau tengok?

poster smart dah.. jangan kecewakan aku der..

Fakta drama Arjuna:
  • Terbitan : KRU
  • (Download Drama Arjuna Episod 1 : [KLIKSINI] )
  • ( Tonton Online Drama Arjuna Episod 1 : [KLIKSINI] )
  • Website Rasmi  Chekeyydawtthttp://www.tv3.com.my/arjuna/
  • Facebook Page  http://www.facebook.com/arjunaTV3
  • Tarikh : Setiap Isnin jam 9 malam bermula 31 Mei ini.
  • Pelakon : Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata dan Komeng
  • Sinopsis drama : Pendita Dzulkarnain adalah guru kepada 3 pendekar sakti yang handal; Adipura, Grakus dan Gempita. Namun malang apabila Grakus dan Gempita berpaling tadah kepada dunia jahat. Mereka diarah mencuri Permata Wilis dan Pedang Wilis Rupasari yang ingin diwariskan oleh Pendita Dzulkarnain kepada anak muridnya yang paling layak. Akibatnya mereka disumpah dan dibuang daripada perikatan Pendekar Sakti dan pedang dan permata itu diwariskan kepada Adipura dan keturunannya sahaja. .
  • Sapa takda TV kita tengok online  k : http://www.tv3.com.my/arjuna/
  • nak download drama arjuna tv3 : tak lama lagi ada la tu orang buat collection, kt download sama2.