Pages

10 June 2011

Cara Solat Jenazah Yang Ringkas


Salam..
Ramai yang tak sertai solat jenazah apabila berlaku kematian. Ni disebabkan mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menunaikan solat tersebut. Ketahuilah bahawa Islam ini mudah, Allah memudahkan Islam supaya kita dapat beribadat kepadanya.

Actually secara asasnya solat jenazah sangat mudah. Sesetengah orang tak ikut solat katanya tak tahu baca tu, tak tahu baca ni, padahal bacaan panjang itu adalah sunat. Sebab itu kita kena kenal rukun dan syarat sah setiap ibadat yang kita buat. Kuncinya belajar!.

Rugilah kalau kita tidak bersama menyembahyangkan jenazah kawan atau saudara kita ianya merupakan penghormatan terakhir buat mereka.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
++  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri :)
++  Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah. 

Semua ni Lanun compile dari :
Syahirul.com, al-azkar.blogspot.com, Siputonline.blogspot.com [ustaz azhar idrus], Al azim.com [lawat link untuk blajaq lagi detail]

Nota PENTING Lanunsepet :
Lanun terbuka untuk teguran, dan pembetulan. Apa kurang itu adalah dari kelemahan Lanun sendiri. Yang paling afdhal dan baik adalah dilakukan dengan tertib dan khusyuk dan bukan nak mudah dan cepat habis solat saja. Tujuan Lanun menggunakan perkataan "MUDAH""RINGKAS"  adalah untuk mengajak semua supaya sedar bahawa Solat Jenazah adalah mudah dan semua boleh buat. Bukan memandai mandai memudahkan sesuatu hukum. Sekian :-) Tegurlah Lanun. 

33 comments:

  1. perkongsian yang amat bagus..walaupun ringkas n mudah..tapi masih ramai yang xtau...

    ReplyDelete
  2. Memang sempoi, budak kecik pun bleh faham..

    ReplyDelete
  3. semoga ade berkat ilmu yg di kongsi ni :-)

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum saudara.
    Jazakallah kerana memaparkan info mengenai cara solat jenazah. Semuga kita dapat manafaat bersama dari usaha saudara, dan usaha saudara selanjutnya diberkati Allah SWT.

    Usaha saudara yg baik ini merupakan salah satu amalan orang2 yang beriman. Jadi disini, saya ingin sarankan, amalan yg baik, eloklah bermula dgn nama blog yg baik supaya usaha saudara senentiasa mendapat berkat, taufik dan hidayah Allah SWT. Nama blog yg baik di kaca mata Islam, insyaallah akan kena pada tempatnya, apabila posting ilmu saudara disebut-sebut. Wallahu'alam
    - Abdul Rahman Bin Ibrahim

    ReplyDelete
  5. mohon share.

    ReplyDelete
  6. as salam,..beri salam kanan ke kiri or kiri ke kanan

    ReplyDelete
  7. To mat :
    boleh.. tak jadi masalah. Saya ikuti kuliah solat di masjid kmpung saya. Menurut ustaz saya, yg penting rukunnya cukup. Yg lainnnya adalah sunat. Bacaan yang paling afdhal adalah seperti yang bgtahu. solat ini mudah sebenarnya. Seperti solat hajat. baca alfatihah ja pun pun takpa. Tp.. ada cara yg afdhal. kalau tahu, buat yg afdhal. kalau tak mampu buat yg rukun saja ikut kemampuan. kalau nak tgu hafal mmg tak buat2 la solat tu kan :)

    to radzi :

    silakan share. ada kesalahan mohon tegur.

    to cp ;

    waalaikumussalam..
    salam ke kanan sahaja pun boleh. ke kiri adalah sunat sahaja. sama seperti solat 5 waktu. :)

    ReplyDelete
  8. aa2 silap taip rupanya. Kanan n then kiri :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...terima kasih
    ringkas dan padat

    ReplyDelete
  10. admin, mohon kebenaran untuk post di blog saya.. juga

    ReplyDelete
  11. Mudah difahami..TKasih

    ReplyDelete
  12. Mudah difahami..TKasih

    ReplyDelete
  13. Mudah difahami..TKasih

    ReplyDelete
  14. Tq.moga ramai yg sudi solat jenazah sekiranya ada kematuan

    ReplyDelete
  15. Ada yg kata ..beri salam kanan shj..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  16. ALHAMDULILLAH...REZEKI IMLU ALLAH,SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI KALIAN...TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI...

    ReplyDelete
  17. Sangat bermanfaat.
    Syukran.
    :)

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah sgt menafaat..jazakallahu khairan..

    ReplyDelete
  19. Klu mcm kita tdk menghafal doa ...bolehkah kita berdoa dl bahasa melayu

    ReplyDelete
  20. Uhh... Nak tanya, angkat takbir dulu baru niat ke sebaliknya? Sori, nakkan kepastian je...

    ReplyDelete
  21. Thank you, that was just an awesome post!!!

    ReplyDelete
  22. That is great to hear, thank you for reading!

    ReplyDelete
  23. Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

    ReplyDelete
  24. Looking great work dear, I really appreciated to you on this quality work.
    these tips may help me for future.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen korang, korang boleh gunakan ANYNOMOUS bagi yang tiada akaun. TQ ada2 aper pertanyaan leh juga emailkan ker lanunsepet@gmail.com