15 February 2013

41 Tips Merangsang Pembelajaran Bayi Atau Anak

198 komen disini yer..
Salam...

Lanun kongsikan 41 tips untuk meransang pembelajaran dan deria anak atau bayi anda. Sambil bermain sambil belajar. Pasti aianya seronok untuk anda dan juga anak anda. Tips tips best ini Lanun copy n paste dari laman blog Blog3dalam1 (credit untuk beliau) Jom kita cuba tips tips dibawah...


22 January 2013

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013

36 komen disini yer..
Salam...

Esok Lanun akan terlibat dengan sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013 di tempat Lanun bekerja. Macam aktiviti telah disusun untuk masyarakat setempat demi meraikan dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammmad SAW.

Walaupun ada khilaf mengenai sambutan ini, tapi ianya baik diadakan kerana sekurang kurang nya kita dapat "refresh" semula kecintaan kita, kerinduan kita dan knowledge kita pada Nabi kita. Ia juga dapat mengisi masa masyarakat yang asyik disajikan dengan aktiviti, sambutan dan hiburan barat yang jauh lg lebih sesat.

Apa tema kali ni 1434 / 2013 12 Rabbiulawal bersamaan 24 Januari 2013?

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Banyakkanlah berselawat dan memperingati sirah sirah Nabi kita. Tak lupa juga paling penting praktikkan sunnah Nabi kita agar kita menjadi insan yang akan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak InsyaAllah.

Allahhumma Solli A'la Muhammad Wa'la Alihi Wasohbihi Wabarik Wassalamm...

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya, bershalawat atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkan salam penghormatan kepadanya”. 
(QS. Al-Ahzab 56)