23 June 2013

Indeks Udara IPU terkni di Seluruh Malaysia

0 komen disini yer..
Salam...

Untuk dapatkan maklumat indeks pencemaran udara yang terkini IPU boleh lah tgk di laman wen jabatan alam sekitar JAS di link berikut : http://www.doe.gov.my/webportal/en

Muar Ledang Darurat Akibat Jerebu

0 komen disini yer..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini. 

 Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang berkuat kuasa serta merta selepas bacaan IPU melebihi 750," kata Palanivel. 

 Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746. Bagaimanapun setakat 11 pagi ini, bacaan IPU di Muar mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya. Berdasarkan indeks kualiti udara, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. 

 Pada 2005, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor diletakkan di bawah status darurat jerebu apabila bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu melebihi 500, tahap yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada kesihatan. - Bernama

18 June 2013

Iklan Gadis Syria dan Somalia

0 komen disini yer..
Salam..

Semalam ramai yang share satu gambar yang mempromosikan gadis syria dan somalia yang menjadi mangsa perang. Diletakkan gambar gadis arab yang comel cukup menarik perhatian ramai orang. Macam macam reaksi yang muncul, tak kurang juga yang meragui dan menyimpan hasrat untuk mendapat isteri dari kalangan keturunan arab tersebut.

Tak lama selepas tu keluar pula artikel yang menegur keinginan lelaki malaysia ingin mengahwini gadis gadis ini tetapi mereka terlupa sekiranya mereka mngahwini gadis ini, mereka automatik ade kelaurga mertua di Syria. Sibuk sangat nak bela gadis ni, jangan lupa kena bela juga keluarga nya di Syria. Mungkin ada yang lupa barangkali...

tetapi dikhabarkan bahwa berita tersebut mungkin tidak benar, ada yang mengatakan ia adalah untuk menarik perhatian masyarakat kepada isu Syria yang semakin meruncing. Lanun mohon marilah kita mendoakan Syria akan bebas dari cengkaman kezaliman Basyar. Semoga Mujahidin diberi kemenangan.

Aaminn Ya Rabbalalamin..

17 June 2013

Perniagaan Internet Yang Terbaik?

5 komen disini yer..

Salam...

Kehidupan bekeluarga sememangnya banyak cabarannya. Salah satu cabaran yang besar adalah menguruskan perbelanjaan keluarga. Tambah pulak duduk di Sarawak ni, duit banyak habis dekat tiket jer. Apa boleh buat kan? Jadi Lanun dah nekad nak cari job yang boleh tambah pendapatan Lanun. Lepas duit tiket pun jadi lah hehehehe...

Belek belek, fikir fikir... Facebook lah platform yang sesuai dan mudah nak start berniaga. nak harap blog Lanun ni.. slow la earning dia, macammmm siput. Jadi terpaksa buat research sket, cari produk ape nak jual yang boleh generate income yang lumayan untuk beginner macam Lanun ni.. 

Ya Allah mudahkan lah urusan hamba mu ini.. demi keluarga ku.. 

15 February 2013

41 Tips Merangsang Pembelajaran Bayi Atau Anak

203 komen disini yer..
Salam...

Lanun kongsikan 41 tips untuk meransang pembelajaran dan deria anak atau bayi anda. Sambil bermain sambil belajar. Pasti aianya seronok untuk anda dan juga anak anda. Tips tips best ini Lanun copy n paste dari laman blog Blog3dalam1 (credit untuk beliau) Jom kita cuba tips tips dibawah...


22 January 2013

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013

36 komen disini yer..
Salam...

Esok Lanun akan terlibat dengan sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013 di tempat Lanun bekerja. Macam aktiviti telah disusun untuk masyarakat setempat demi meraikan dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammmad SAW.

Walaupun ada khilaf mengenai sambutan ini, tapi ianya baik diadakan kerana sekurang kurang nya kita dapat "refresh" semula kecintaan kita, kerinduan kita dan knowledge kita pada Nabi kita. Ia juga dapat mengisi masa masyarakat yang asyik disajikan dengan aktiviti, sambutan dan hiburan barat yang jauh lg lebih sesat.

Apa tema kali ni 1434 / 2013 12 Rabbiulawal bersamaan 24 Januari 2013?

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Banyakkanlah berselawat dan memperingati sirah sirah Nabi kita. Tak lupa juga paling penting praktikkan sunnah Nabi kita agar kita menjadi insan yang akan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak InsyaAllah.

Allahhumma Solli A'la Muhammad Wa'la Alihi Wasohbihi Wabarik Wassalamm...

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya, bershalawat atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkan salam penghormatan kepadanya”. 
(QS. Al-Ahzab 56)

Harimau Kumbang Mengamuk Dalam Kampung

2 komen disini yer..
Salam...

Lanun nak share gambar lama dah ni, tapi Lanun baru terbaca. Tak silap ia pada tahun 2011. 2 tahun dulu. Berlaku di India. Harimau Bintang menyerang penjaga hutan di desa dekat Prakash Nagar Salugara, di pinggiran Siliguri, India, Selasa (19/7/2011). 

Harimau Bintang tersebut dikatakan tersesat ke kawasan kampung dan dizalimi oleh penduduk kampung tersebut, termasuk tiga penjaga. Insiden berkahir dengan tangkapan harimau tersebut oleh pegawai perhililitan macam tu lah. Foto: AP Photo

Mungkin ada sebab binatang ni bertindak sedemikian. Apa pun tengok lah gambar kat bawah ni, huru hara pegawai perhililitan tu. Tak cukup tanah lari lintang pukang hahaha. Tapi Cuppp!! respek giler kat jurugambar, shoot yang terbaik. [Sumber : Media Malaya]






21 January 2013

Sharifah Zohra Kak Listen Mohon Maaf Pada Pelajar

2 komen disini yer..

Presiden NGO Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mendakwa video yang memaparkan pertembungannya dengan aktivis KS Bawani dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia diolah untuk mendapatkan sokongan emosi kepada parti pembangkang.

"Taktik licik ini berjaya membiakkan tindakan yang amat kejam – mengutuk, membenci, sungguh kejam dengan memalukan dan mengejek seorang wanita yang tidak bersalah.

"Maka mereka gagal melihat bahawa isu berkenaan hanyalah masalah komunikasi di antara dua pihak (wanita muda di dalam video tersebut dan juga saya)," katanya dalam video Listen Listen Listen tersebut.

Sharifah dalam kenyataan berbahasa Inggeris itu seterusnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Beliau antara lainnya memberi alasan, "Fenomena listen" itu sengaja dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain itu, beliau juga meminta maaf kerana video berkenaan menyebabkan rakyat Malaysia marah dan menyerang beliau secara peribadi. Beliau juga memohon maaf kepada para pelajar di Malaysia yang didakwanya dimanipulasi dalam isu tersebut.

Nik Aziz bincang drama dengan Pengarah Pierre Andre

57 komen disini yer..
Tok Guru melontarkan idea dramanya 'Maulud' kepada
 Pengarah & Pelakon popular, Pierre Andre : Sumber Blog KerabuBersuara

Salam...
Dahsyat jugak ni, kalau benarlah apa yang pengirim gambar ini katakan, tak sabar rasanya nak tenok drama yang di ilhamkan dari Tuan Guru Nik Aziz kita. Tapi dapat kah ia di tayangkan di televisyen? pastinya TV1 tak nak siar.. InsyaAllah pasti ada yang sudi.

Apa agaknya plot nya?

18 January 2013

Cirit Birit : Pantang, Rawatan & Pencegahan

7 komen disini yer..
Salam.. Baru baru ini Lanun telah di uji telah Cirit Birit. Puncanya masih tak tahu, petang tu Lanun minum air teh o dan makan goreng pisang. Lanun syak makanan dan minuman tu berangin jadi itu lah kot yang mencetuskan muntah muntah pada malam tu dan cirit birit sehingga tengahari keesokan nya.

Semasa Lanun sakit perut, Lanun rasa lapar sangat, maklumlah dah muntah banyak.. dan berulang banyak kali ke tandas. Nak makan benda lain takda selera cuma dok nampak Koko Krunch + susu. Tapi Lanun terfikir boleh ke kalau cirit minum susu? Sebenarnya tak digalakkan begitu jugak kalau bayi cirit birit. 

Mungkin persoalan macam pernah bermain di fikiran anda bila cirit birit :

  • Boleh kah minum isotonik masa sakit perut?
  • Makanan apa yang sesuai ketika cirit birit?
  • Apakah punca cirit birit?

So, Lanun share kan satu artikel dari Utusan.com berkaitan nasihat tentang Cirit Birit oleh pakar kesihatan semoga jadi panduan buat semua. :)


Soalan: Apabila saya mengalami cirit-birit, perlukah saya berhenti makan selama 24 jam? atau, patutkah saya mengambil roti dan/atau minuman isotonik? bilakah keadaan boleh dianggap serius dan memerlukan rawatan perubatan? n Amira Natasha. 

Cirit-birit berlaku apabila pembuangan air besar adalah cair dan berair hingga tiga atau lebih kali sehari, atau keadaan yang tidak normal bagi seseorang individu. Cirit-birit adalah masalah biasa, dan dalam kebanyakan kes, ia boleh berlarutan selama 2 hingga 3 hari. Cirit-birit boleh disembuhkan dengan ubat tanpa preskripsi.

Cirit-birit biasanya tidak teruk, dan berhenti dengan cepat tanpa banyak komplikasi dalam kalangan dewasa. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kes cirit-birit yang serius adalah mustahil, dan janganlah mengabaikan gejala atau tanda serius yang mungkin timbul.

Punca Punca
Cirit-birit biasanya adalah satu tanda jangkitan gastrousus, yang boleh berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk:

 - Makanan dan minuman yang tidak bersih – dicemari bakteria, dan kuman lain. - Makanan yang tidak dimasak dengan betul, seperti daging, makanan laut, atau produk tenusu (telur) yang tidak dimasak dengan betul.

 - Makanan yang tidak disimpan dengan kaedah yang betul, seperti susu atau makanan sudah dimasak. Ubat seperti antibiotik, yang membunuh bakteria baik dan bakteria jahat, menyebabkan ketidakseimbangan mikroflora dalam usus sehingga mengakibatkan cirit-birit.

Penyakit yang boleh menjejaskan perut, usus kecil, atau kolon seperti penyakit Crohn’s dan sindrom iritasi usus (IBS). 

Cirit-birit tidak bermakna anda tidak boleh makan apa-apa sepanjang masa 24 jam pertama. Anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda makan, dan mengelakkan jenis makanan tertentu. Makan makanan tawar seperti nasi kosong atau bubur, kentang rebus atau lenyek, pisang, roti bakar dan biskut tawar.

Rawatan Cirit Birit
Untuk merawat ciri-birit, anda perlu menggantikan bendalir dan garam yang hilang. Minum banyak air kosong, atau minuman lain seperti jus buah-buahan tulen. Dalam kes cirit-birit sederhana hingga teruk, rumusan elektrolit, seperti rumusan rehidrasi oral atau minuman isotonik hendaklah diambil.

Pantang Cirit Birit
Elak makanan dan minuman:

- Susu dan produk tenusu, seperti aiskrim, keju.
- Minuman mengandungi kafeina, seperti kopi, teh.
- Makanan berminyak dan makanan bergoreng seperti mi goreng, ayam goreng. - Makanan berserat tinggi, seperti buah-buahan sitrus.
- Makanan manis, seperti kek, biskut, kuih-muih tempatan.

Cirit Birit Yang Berbahaya
Kebanyakan kes cirit-birit adalah sederhana dan tidak berpanjangan, jadi pesakit biasanya tidak perlu berjumpa doktor. Bagaimanapun, anda patut mendapatkan rawatan doktor jika mengalami gejala berikut:

 - Demam panas, dengan suhu 38°C dan ke atas.
 - Cirit-birit berlarutan selama lebih 2 hari. - Sakit sederhana atau teruk pada bahagian abdomen atau rektum.
 - Najis berdarah, atau bernanah. Najis berwarna hitam seperti tar.
 - Tanda nyahhidrat, yang mungkin termasuk kelesuan atau kelemahan, gayat, dan/atau air kencing berwarna gelap.

Cara Mencegah
Cara terbaik untuk mengurangkan risiko anda mendapat cirit-birit ialah dengan menjaga kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap, terutama sekali selepas menggunakan tandas, kerana kuman mudah tersebar menerusi sentuhan.

Amalkan tabiat menjaga kebersihan apabila mengendalikan makanan, sentiasa basuh tangan dengan bersih selepas mengendalikan makanan, terutama daging mentah atau makanan lain yang belum dimasak.

Daging dan ayam hendaklah dimasak dengan betul untuk membunuh sebarang bakteria, dan buah-buahan dan sayuran yang dimakan mentah hendaklah dibasuh dengan betul menggunakan air bersih. Ramai antara kita biasa mengalami cirit-birit, tetapi ini tidak bermakna ia tidak boleh membawa komplikasi.

PROFESOR MADYA DR SHEIKH ANWAR ABDULLAH adalah seorang perunding gastroenterologi dalam Badan Penasihat Perut Sihat. Penulis ini tidak mempunyai kaitan dan tidak menyokong sebarang jenama atau produk. Rencana ini adalah sumbangan Badan Penasihat Perut Sihat dan disokong oleh Program Perut Sihat Vitagen. Untuk mendapat buku panduan kesihatan penghadaman secara percuma atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-5621 1408.

Artikel Penuh: Utusan Online

15 January 2013

Video Parody Lawak Listen Listen Listen Sharifah Zohra UUM

0 komen disini yer..
Lagu Listen Listen Listen - Olahan / Parody  dari lagu Kosong Najwa Latif

 

Lagu Remix Disco - Listen Listen Listen

 

Namewee nak join jugak perli Sharifah Listen Listen Listen..

  Asyik Asyik Listen Listen Listen.. Binatang pun terkait, Ha3.. Takda point la Sharifah Zohra kita ni. Lanun harap beliau banyak banyak muhasabah, kerana anda sekarang dah dipandang negatif di masyarakat. Bawak berubahlah. Listen Listen Listen..

Video Asal Listen Listen Listen Sharifah Zohra VS Bawani

0 komen disini yer..
Salam...

Memang kecoh sejak video 1 forum di UUM telah tersebar di internet. Sapa yang belum tengok boleh lah tengok video asal di bawah ni yang mana telah menjadi satu fenomena 1 malaysia dengan ayat, Listen Listen Listen.



Lanun memang menentang keras apa yang dilakukan oleh Moderator forum terbabit yang jelas nampak tidak adil dan tidak menghormati mahasiswi berani Bawani. Tidak salah untuk berlainan pendapat tetapi cara Sharifah Zohra melayan Bawani yang seorang pelajar amatlah tidak professional!.

Tindakan Sharifah mendapat tentangan YB Khairy Jamaluddin BN dan YB Saifuddin Abdullah BN (Oh Tidak Sharifah Zohra di tegur Khairy dan Dr Asri). Lanun juga memuji YB Saifudin Abdullah BN yang menghubungi Bawani sebagai 1 usaha untuk menghormati dan menghargai keberanian nya bertanya kan soalan yang sensitif bagi seorang yang pro kerajaan. Boleh lihat status beliau di Facebook pada link ini Facebook YB Saifuddin

10 January 2013

"Duit Kertas Baru" RM 6?

1 komen disini yer..
Salam...

Terbaru? Duit kertas RM6 pulak.. 1 lagi gambar yang memang kelakar dari page Himpunan Cerita Lawak. Memang sempoi, separuh separuh.. tapi kawan Lanun cakap tak jadi RM6 tapi jadi RM3.50, sebab seringgit separuh jadi 50sen dan 5 ringgit jadi 2.50.. 


Tarik Balik "Kaki Ayam"

0 komen disini yer..
Salam...

Simpulan bahasa "kaki ayam", maksudnya tak pakai kasut. Tapi nampaknya sekarang persatuan ayam mahu ia ditarik balik.. Hahaha..  Kini ayam ayam telah tampil dengan kasut dan but yang mampu melindungi dan tampak lebih bergaya. Apa reaksi ayam betina? Sumber : Himpunan Cerita Lawak


08 January 2013

Promosi 10,000 Tiket Percuma AirAsia 2013

2 komen disini yer..
Salam..

Sempena dengan program 1 malaysia lagi, tapi kali ini "1Malaysia Integration Programme with AirAsia" pulak. Air Asia umumkan Tiket percuma.. tiket percuma.. 10 000 tiket. Jangan lepaskan peluang ini k kawan kawan.

" Air Asia & DS Najib - Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari. Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan. Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma. "

Tarikh Booking : bermula 9 Januari 2013 12AM - sehingga tiket habis lah kot
Tempoh Perjalanan: 14 Januari 2013 - 4 Februari 2013

07 January 2013

Tsunami di Pantai Terengganu? Pantai Timur?

0 komen disini yer..
Salam...

Lanun terbaca satu tweet yang di tag kan dengan nama @prayforterengganu, dalam tweet tu ada 1 gambar yang kononnya amaran tsunami telah dikeluarkan untuk esok. Tsunami berpunca dari taufan Sonamu yang melanda vietnam dan filipina.

Lanun cuba search di google dan jumpa satu sms yang diterima oleh blogger Dinturtle yang berbunyi " Slm. sok djgka ribut. Nm ribut Sonamu. Ombak 5.5 Meter. Pusat tmpt mdarat Pntai Bt Buruk. Hospital djgka bnjir shgga tgkt 2.Skrg ni duk pndah brg2 pnting ke tgkt atas. Generator TNB sume tutup start sok.3hari djgka xde letrik.So, beli brg2 yg prlu skrg.."

Waahh.. mmg dahsyat sungguh, Lanun pun jadi cuwak jugak masa mula mula baca. TETAPI, mengikut blogger Dinturtle yang berada di terengganu beliau menafikan hal ini, beliau juga dah menghubungi beberpa pihak seperti hospital dan hospital berfungsi seperti biasa.

Dinturtle yakin sms dan berita ini telah disebarkan tanpa soal periksa. Boleh baca lebih banyak lagi di blog beliau pada link ini :Amaran Tsunami di Terengganu, Tak ada ape pun..

03 January 2013

Sarung Kepala Untuk Tidur Lebih Nyenyak...

0 komen disini yer..
Salam...

Macam macam sungguh inovasi produk zaman sekarang ni, terbaru lanun jumpa di lelong.com.my satu sarung kepala atau bantal untuk sapa sapa yang nak tidur di meja, tempat menunggu, tepi tiang atau mana mana sahaja. Rekabentuknya dikatakan akan memberi tidur yang lebih berkualiti daripada tidur tanpa memakai sarung ni.

Saksikanlah.. Power Nap Neckguard Ostrich Pillow B9 (info penuh...)