23 June 2011

Semakan Penempatan GSST Bil . 2/2011

8 komen disini yer..

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Yang Telah Tamat Mengikuti Sarjana Muda Pendidikan Dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Bil . 2/2011 boleh di buat di link ini yer.

Untuk Semakan : Bil. 2/2011
Laman Web Semakan : KLIK DISINI
Tarikh Semakan : 20.06.2011 – 27.06.2011.

22 June 2011

Aku Seorang Blogger

13 komen disini yer..


Salam..
Siapa Lanunsepet? ramai rasanya tak kenal Lanun, ya..perkenalkan aku seorang blogger. Ni Lanun kongsikan bebelan Lanun yang panjang lebar dibawah.. so sebelum kita mulakan pelayaran ni..ni nak bagitahu, post kali ini adalah sempena dengan contest SEO yang di jalankan oleh 2dayblogger.com dengan tema keyword pilihan Aku Seorang Blogger.

Aku bukan seorang blogger yang tegar tapi nak masuk jugak hehe Lagipun ilmu blogger pun masih banyak Lanun tak reti, dan aktiviti Blogger satu pun Lanun tak pernah lagi berkesempatan nak join..Jadi dengan rasa rendah diri Lanun join contest Aku Seorang Blogger ni.

Sejarah sket yer.. Lanun dah hampir dua tahun jadi seorang blogger. Bermula dengan post pertama pada 24julai2009 lanun perlahan perlahan memahami selok belok profession seorang blogger. Ingatkan susah, padahal punyalah kacang senang menjadi blogger ni. Terimakasih pada Blogspot yang memudahkan perjalanan blogger.

Sambung pembacaan anda.. (AWAS, bahan mudah bosan dibawah.. he3)

#1 Wordless Wednesday

7 komen disini yer..

21 June 2011

Bagaimana Serangga dan Ulat Bantu Unit Forensik??

2 komen disini yer..


Salam..
Layan Nat Geo tadi kat TV1, Kali ni cerita mengenai bagaimana lalat, berenga, dan serangga  pada tubuh mayat membantu unit forensik. Dengan hanya, mengkaji usia berenga atau lalat di mayat , unit forensik dapat tahu dengan mudah tempoh berapa lama masa mangsa sudah mati, hebat bukan? Ia bukan sekadar menghurung saja. Tapi ada maklumat pada lalat ni.

Selain itu sekiranya lalat sudah tidak ada, akan ada serangga atau ulat lain yang berdekatan dengan mayat reput tadi. Menakjubkan!! serangga yang datang dekat pada mayat yang reput itu berlainan mengikut usia mayat tersebut. Jadi, dengan melihat jenis serangga yang ada pada mayat ia juga boleh beri maklumat berguna buat forensik.

++ Bukan hanya sekadar ejen pereputan, tetapi membantu manusia! Subhanallah!!.
++ Untuk tahu lebih boleh klik link ini yer. [Forensic Entomology]
++ Ni video lebih kurang Lanun jumpa di Youtube [klik untuk lihat]

Tak Semua Orang Senang, Orang Susah Memang Ada..

2 komen disini yer..


Dalam kita menikmati keselesaan hidup, kita jangan lupa ada yang susah. Lanun tersentuh baca satu artikel dalam Metro mengenai seorang pemuda yang terpaksa menjual rebung untuk membayar denda RM 100 kerana kehilangan MyKad. Beliau cuba buat rayuan kurangkan denda kepada RM60 tapi gagal.

Teringat laporan berita di Perlis remaja yang memilih untuk dipenjara sebab tak mampu bayar denda atas gagal hadir PLKN. Kisah yang Lanun kongsi ni berlaku di Perlis juga, Harap ada orang yang bantu beliau terutama VVIP di Perlis... hu3. Korang boleh kisah tu di link ini [hmetro]

Adab Tidur Elak Mengigau

1 komen disini yer..


Salam..
Lanun kongsikan pembacaan Lanun sebentar tadi berkaitan dengan adab ataupun kaedah yang boleh di amalkan untuk mengelak dari mengigau (sleeptalking atau somniloquy). Menurut Dr Abdul Salam [sumber asal - hmetro], Rasulullah telah memberi beberapa adab tidur di dalam Islam. Mudah mudahan ianya dapat mngelakkan dari mengigau.

  1. Tidur awal dan mengambil wuduk
  2. Bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud
  3. Membaca doa sebelum tidur
  4. Membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan
  5. Tidur atas lambung sebelah kanan dan
  6. Mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar.

20 June 2011

Ops Kedua Hack Malaysia? Tolong Hentikan!

9 komen disini yer..
TERBARU : Ancaman ini adalah palsu, Anynomous yang ori (ntah sapa yang betul2 ori) sahkan video ancaman tu bukan dieorang buat. Rujuk sumber pendedahan ni klik sini



Salam...
Menurut Blog Amanz.my & Suffer.frenzyfm.my, Geng  Hackers Anynomous telah merancang untuk membuat serangan siber gelombang kedua terhadap Malaysia. Kali ni dieorang nak hack laman web pejabat perdana menteri [www.pmo.gov.my] pada 4 Julai tak lama lagi.

Mereka juga mengugut nak mengkucar kacirkan sistem data negara kita.?? Apa Hal?? Nak susahkan kami ka? [video PALSU amaran dari Anynomous ]

Baru baru ini serangan gelombang pertama oleh hacker dilaporkan adalah hackers tempatan seperti kambeng, Hisyam 92, Jack, DarkJawa, Dragon Force. Ada yang kata dah ditangkap, ada yang kata masih dalam proses kenal pasti.

Susahkan Orang Hacker Anynomous ni..Komen Lanun :
  1. Anynomous orang luar, kenapa nak sibuk hack sistem Malaysia?
  2. Nak kucar kacir sistem? Kami berurusan banyak guna online!! Jangan kacau.
  3. Kami rakyat, ramai berurusan dengan online, kalau web down macam mana? 
  4. Kalau data penting kerajaan @ rakyat Malaysia hilang? Kami rakyat juga susah.
  5. Hack lamanweb kerajaan atau yang berkaitan tak selesaikan masalah ni!
Tolong la...
Ada baiknya..buat kertas kerja.. mohon supaya SKMM batalkan block tu laman web download tu. Dari hack laman web yang melibatkan urusan pentadbiran. Tak cool lansung!!!

Jom Guna StatCounter

2 komen disini yer..

Stat Lanun seminggu By StatCounter

Salam..
Lanun nak kongsikan satu aplikasi percuma @ gadget statistik bagi blog dan website. Servis ini daripada laman sesawang StatCounter dimana servis statistiknya juga digunakan oleh Redmummy [kenal ke x? Sapa tak kenal kan blogger terkenal tu.]

Lanun dah guna seminggu gadget ni di Blog Lanunsepet, jadi Lanun memang puas hati dengan servis dan paparannya, bukan sahaja mudah ditambah pulak kita boleh banyak belajar dengan observe behaviour pelawat yang masuk ke blog.

Korang pun patut pasang juga. Lebih lebih lagi yang gila pantau trafik.. Prit prit..

Ok antara kelebihan yang anda akan dapat ?
++ Graf pelawat yang lebih detail (view, unik, return visit)
++ Keyword analysis yang lebih banyak dan mendalam
++ Boleh bagi pelawat biasa tengok trafik kita tanpa sebarang log in
++ dan macam macam lagi.

Guane Nak Register?
++ www.statcounter.com
++ Sign Up

Leh try kalau nak cuba.. Sign Up percuma jer.

19 June 2011

Tiada Satu Pun Yang Sia Sia

3 komen disini yer..


Salam..
Tadi tengok jap National Geographic kat TV1 mengenai Bison (macam lembu tapi berbulu tebal), Saintis sedar bahawa Bison ini bertugas sebagai penyubur tanah, sambil mereka berjalan beramai ramai mereka menggemburkan tanah untuk pokok2 tumbuh lebih subur.

Kemudian kisah Tupai yang tinggal dalam tanah dengan membina lubang. Ia nya mempunyai 2 tugas penting rupa rupanya. Pertama spesis ini menyediakan lubang bukan sahaja untuk spesies nya saja, tapi lubang yang ditinggalkan menjadi tempat tinggal banyak lagi hidupan seperti musang dan arnab. Spesies ni jugak rajin makan rumput supaya rumput baru yang lebih subur tumbuh.

Kemudian, kisah api pulak. Kebakaran yang berlaku di taman negara seperti afrika. Kebakaran yang terjadi secara semula jadi ini bukan pemusnah. Tetapi sebenarnya adalah pengawal ekologi semulajadi. Api ini akan membakar rumput yang lama supaya tanah yang lebih subur akan terhasil. Ia juga akan membunuh serangga perosak seperti belalang.

Yang menariknya, saintis mendapati bila pihak taman negara ni padam kebakaran semulajadi ni, pokok pokok dan rumput tidak tumbuh sesubur dahulu. Sehingga pihak taman negara terpaksa buat kebakaran dengan sengaja supaya ekologi kembali seimbang.

Ini Bukti!! Hebat kuasa Allah, tidak ada satu pun yang dicipta yang sia sia. Inilah tanda tanda orang yang berfikir..lihat keliling anda, atas bawah semuanya tanda kekuasaan Allah SWT Maha Suci Mu Ya Allah..

Hairan dengan Advertlets Earning..

9 komen disini yer..
Salam..
Semalam Blog Lanunsepet telah dapat hits yang sangat tinggi dari sebelum ni. Ni merupakan hits paling tertinggi pernah Lanun dapat sejak berblogging. Tapi Lanun hairan, hairan dengan Advertlets Impression system yang seperti tidak sekata dengan trafik Lanun semalam. 

Sepatutnya impression meningkat tapi tak, ia menurun dari yang biasa. Kotak hijau tu impression semalam, pelik!,sebab rendah dari yang biasa walaupun trafik tinggi mencanak semalam. Patutnya impression n earning tinggi semalam.. Advertlet..memang bagi banyak tanda soal dalam otak Lanun.. ????

Klik untuk lebih besauu..

trafik tinggi semalam.. tapi earning Advertlet sket..

18 June 2011

Pengambilan Pelajar Baru Sesi Julai 2011 Bagi ILP,JMTI,ADTEC Dibawah JTM..

0 komen disini yer..


CETAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
SESI JULAI 2011 - PERINGKAT SIJIL KLIK SINI

CETAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
SESI JULAI 2011 - PERINGKAT DIPLOMA KLIK SINI

Anak PM Najib Nooryana Najwa Betunang dengan Daniyar Nazarbayev

4 komen disini yer..

Gambar Dari PinkTurtle

Salam..
Tahniah di ucapkan kepada PM DS Najib kita kerana di atas majlis pertunangan anak beliau dengan Daniyar Nazarbayev dari Kazakhtan. Majlis dilangsungkan di Seri Perdana pada Jumaat Malam semalam. Ramai VVIP yang hadir termasuk Paklah, YDPA Malaysia, Bonda Najib, dan VVIP dari luar negara turut hadir.

Sedikit biodata Daniyar, beliau berumur 22 tahun sebaya dengan Nooryana. Nooryana adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar pulak menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Penafian..
Sebelum ini, menjadi kontroversi apabila pihak Wisma Putra, Khairy Jamaludin dan juga Dato' Sharizat Jalil telah menafikan bahawa Anak PM Najib bertunang semasa pemergian PM ke Kazakhtan. Nampaknya ada kebenarannya, rupa rupanya sambil melawat bakal menantu..itu yang betul. Apa komen anda?

Komen Lanun, semoga berbahagia..dan doa Lanun semoga mereka ada jodoh dan berkahwin dan jadi Suami Soleh n Isteri Solehah :-) Aaminn..

Gambar Tunang Anak PM Kita?
Dibawah Lanun sertakan gambar gambar Daniyar Nazarbayev Tunang kepada Nooryana Najwa Najib. Untuk semua yang nak lihat bakal suami anak sulung PM kita sila KLIK LINK ini.

Makanan SEO : Gambar Tunang Anak Najib, Tunang Nooryana Najib, Siapa Tunang Anak PM, Bakal Suami, Bakal Menantu, DS Najib Razak, Gambar Daniyar Kazakhtan.

17 June 2011

Modenas CTRIC, Motosikal Elektrik Malaysia Pertama.

2 komen disini yer..


Salam..
Modenas telah memperkenalkan Motosikal elektrik tempatan yang pertama yang dikenali Modenas Ctric. Modenas CTric telah di iktiraf SIRIM, JPJ dan menepati piawai Japan Industrial Standard. Menurut Modenas, semuanya adalah hasil rekabentuk tempatan.

Berbekalkan tenaga bateri Lead acid, manakala harganya RM 4,888.00 dengan elektrik starter dan boleh mencapai kelajuan maksima 70-80km/j. Untuk mengetahui spesifikasi penuh Motor Modenas Ctric ni boleh lah terus membaca.

Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas

56 komen disini yer..


Salam..
Lanun nak kongsikan kaifiat 1 solat yang mudah tapi cukup baik dan cantik untuk kita amalkan. Ia merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.

Jadi Lanun akan straight foward pada perkongsian kita kali nih, Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. Jangan target tinggi tau, buat yang 2 rakaat tapi istiqamah, sebab itu yang lebih baik. Allah lebih suka amalan yang sedikit tetapi istiqamah dari yang dahsyat tapi kadang kadang n jarang jarang.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha : KLIK SINI
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha

Semua ini Lanun compile dari sumber berikut :
Permai 1.tripod.com, Nursyirah.wordpress.com, Mohamadazhan.com

Nota PENTING Lanunsepet :
Lanun terbuka untuk teguran, dan pembetulan. Apa kurang itu adalah dari kelemahan Lanun sendiri. Yang paling afdhal dan baik adalah dilakukan dengan tertib dan khusyuk dan bukan nak mudah dan cepat habis solat saja. Tujuan Lanun menggunakan perkataan "MUDAH" n "RINGKAS" adalah untuk mengajak semua supaya sedar bahawa Solat Jenazah adalah mudah dan semua boleh buat. Bukan memandai mandai memudahkan sesuatu hukum. Sekian :-) Tegurlah Lanun.

Berlari Atas Air, Cabang Sukan Baru??

2 komen disini yer..


Salam..
Malam tadi sempat layan satu video Youtube [9juta views] ni yang bertajuk "Walk on water (Liquid Mountaineering)". Agak terkejut pada mula mula dengar tajuknya sebab dia kata Walk atau Jalan, tapi sebenarnya berlari. Mungkin perkataan berjalan tu tak sesuai dengan apa yang dieorang buat.

Prinsip Baling Batu atas air..
Sebenarnya, video ni tak menipu pun. Ia sama dengan prinsip batu yang kita baling dengan laju di permukaan air. Batu tu walaupun berat tetapi disebabkan halaju dan bentuk fizikal air menyebabkan ia melantun lantun. Itulah apa yang kumpulan liquid mountaineering ni buat.. Sains!. Sebab tu dieorang pakai kasut khas dan baju yang solid macam tu untuk kurangkan rintangan angin.

Kasut 100 water proof
Video kat atas juga adalah satu commercial ads untuk kasut kalis air HI Tec (menarik gak kasut ni). Jadi sapa nak maklumat lanjut tentang "sukan" baru nih boleh klik blog dieorang liquidmountaineering.blogspot.com dan kalau nak tahu pasal kasut tu rujuk link ni pulak www.hi-tec.com/infinity/uk/liquid-mountaineering. Ada banyak lagi video di link Lanun bagi atas ni.

Sumber asal : Carigold by Effies

16 June 2011

Banyak LamanWeb Kerajaan Malaysia kena Hack! Susahkan Kita Balik..

3 komen disini yer..


Salam..
Hari ini dilaporkan ek, hampir 51 laman web kerajaan telah di hack @ digodam oleh kumpulan Hackers yang dikenali sebagai Anynomous dan Dragon Force. Mereka yang cukup dikenali di seluruh dunia kerana telah banyak menggodam pelbagai laman web. Siapa Anynomous dan DragonForce nih? Siapa ahli ahlinya? Tak siapa yang tahu.. cuma boleh refer di link Wikipedia ni untuk tahu lebih lanjut sejarah geng hacker Anynomous.

Kita susah balik..
Aktiviti hack ni akan melambatkan urusan urusan pentadbiran kerajaan dan rakyat yang berurusan secara online. Apa yang Lanun bimbang dengan tindakan menghukum laman web kerajaan, politeknik, uitm dan sebagainya akan menyusahkan rakyat negara kita balik, betul tak?

Selain itu jugak, Lanun tak berapa nak setuju dengan keputusan kerajaan menyekat 10 laman web tersebut. Di barat laman web ini masih bebas, padahal syarikat gergasi perfileman dan hiburan yang selalu menjadi mangsa cetak rompak juga berpusatdisana.. Walaupun begitu, laman web tersebut masih bebas di layari. 

Tabung Earning Advertlets Progress 2

0 komen disini yer..
Salam...
Lagi update tentang akaun Advertlets Lanun, Alhamdulillah makin meningkat he3. Best pulak kalau dapat satu hari RM 1 kan he3. Bagi yang ingin try advertlets boleh lah daftar di www.advertlets.com. Jujur Lanun katakan disini, banyak berita negatif tentang advertlet.. tapi saja nak try, Lagipun blogging ni just untuk suka suka dan berkongsi maklumat.

Lanun Kecam Kartun Utusan Hina Islam

2 komen disini yer..

Salam..
Lanun kecam tindakan kartunis Utusan dengan melukis kartun yang menghina dan memperendah rendahkan agama yang dianutinya. Tidak lain dan tidak bukan puncanya adalah kejahilan tentang agama lebih lebih tentang pembahagian hukum di dalam Islam.

Bila ada kuliah agama disekat kerana risau pengaruh tertentu masuk, akhirnya kerana takutkan musuh politik ilmu agama jadi korban. Lanun tegaskan disini.. jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima, namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada awam.

Kecewa betul, marah orang barat hina Islam.. ni dia tiba tibda hina agama sendiri. Mohon kartunis berkenaan mintak maaf dan bawak bawaklah pergi belajar agama. Kerana musuh politik tercalar agama sendiri. Apa yang orang non muslim akan fikir bila dia lihat kartun ni?

p/s : Nak tahu lebih bagaimana pembahagian hukum Rogol? [ KLIK SINI.. ] huraian yang panjang jadi jika ingin faham dan tambah ilmu bacalah hingga habis :-) semoga ada manfaat. Hukum Islam bukan hudud sahaja..

14 June 2011

Statistik Permohonan Murtad Di Malaysia

4 komen disini yer..

Salam..
Sekadar berkongsikan berita yang Lanun baca sebentar tadi di MalaysiaKini. Jumlah permohonan untuk murtad yakni meninggalkan Islam yang terbesar sekali adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47. Sejumlah 135 yang memohon untuk meninggalkan agama Islam telah diluluskan.

Sama sama kita fikirkan apekah puncanya? 

Astaghfirullah.. Semoga Allah menetapkan hati hati muslimin dan muslimat. [Baca berita penuh klik sini]

Menteri Jamil Khir menafikan yang sebanyak 135 permohonan diluluskan. Angka yang dimaksudkannya adalah salah faham sebenarnya.. Sila baca lagi disini..

Tutorial Back To Top & Move To Bottom

3 komen disini yer..
Salam..
Satu lagi siri tutorial dari Lanunsepet, kali ni dengan bagaimana memasang fungsi butang Back To Top dan Move to Bottom pada Blog korang. Mudah mudah memang mudah.. So rasanya tak payah nak terang panjang panjang rasanya ramai yang tahu bagaimana kod html dia berfungsi. 

Cuma nak bagitahu fungsi ni amat penting bagi memudahkan visitor untuk navigasi dalam blog kita, lebih lebih melibatkan artikel post yang cukup panjang.. Nak tenyeh tenyeh skroll penat, Nak klik klik malas, jadi ini penyelesaiannya. 

Langkah 1 
Login > Design > Add a gaddget > HTML/Javascript > Paste kod html dibawah.
** Title tidak perlu @ anda boleh selitkan kod ni dimana mana gadget.

<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:260px;right:5px;" href="#" rel="nofollow" title="Back to Top"><img style="border:0;" src="http://i31.tinypic.com/2vtqqt3.png"/></a>
<br/>
<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:225px;right:5px;" href="#GoDown" title="Move to Bottom" > <img style="border:0;" src="http://i32.tinypic.com/16lle91.png"/></a>

Langkah 2
Design > Edit HTML > Expand Widget Template > Cari </body> > Pastekan kod <a name='GoDown'/> di atas @ sebelum </body>  > Save template > View Blog

<a name='GoDown'/>

Ok siiiiap!, timekasih n credit pade www.cooltricksntips.com

Tabung Earning Advertlets Progress 1

1 komen disini yer..

klik untuk lebih jelas & besauu..

Salam...
Lanun saja update progress earning advertlets di Blog Lanunsepet. Lanun nak terangkan pun tak berapa faham lagi. Tapi nampaknya, memang betul lah orang kata. Siapa yang ada blog dan trafik anda tinggi, gunalah Advertlet sebab earningnya berkadar lansung dengan trafik blog. Tapi..kalau ada dapat BE dari Nuffnang, kekallah bersama Nuffnang. kelebihan ini hanya akan menarik buat mereka yang tak pernah lansung menerima BE dari Nuffnang.

p/s : Ini adalah satu eksperimen bersama advertlets.

13 June 2011

Pencipta iPhone4 Salah Seorangnya Rakyat Malaysia

3 komen disini yer..


Ketika ramai bercerita dan kagum dengan kecanggihan telefon bimbit pintar generasi keempat, iPhone4, rakyat Malaysia boleh berbangga di sebalik kejayaan itu kerana salah seorang pereka ciptanya adalah anak tempatan.

Salah seorang yang terlibat dalam merealisasikan gajet terbaru itu ialah Timothy Seng Yen Lim, 24, rakyat Malaysia yang diberi kepercayaan oleh syarikat Apple untuk menghasilkan iPhone4.

"Semasa bekerja dengan Apple pada 2008, saya bertanggungjawab untuk merangka model terbaru iPhone itu bagi memastikan ia lebih baik daripada gajet sebelumnya.

"Bekerja di Apple merupakan impian saya sejak dahulu lagi dan apa yang dipelajari di Universiti Stanford telah saya aplikasikan dalam proses rekaan gajet tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
Timothy yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Biomekanikal dan Pengurusan Sains dan Kejuruteraan daripada Universiti Stanford.

Beliau sebelum itu pernah muncul sebagai pelajar Asia pertama yang mendapat 16A1 dalam peperiksaan A Level yang melayakkannya ditawarkan ke Universiti Stanford.

Selain bijak dalam akademik, Timothy juga aktif berpesatuan dan pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di universitinya.

Timothy berkata, beliau merancang untuk berkhidmat di negara ini setelah cukup menimba pengalaman dan kemahiran di luar negara.

Beliau kini berkhidmat sebagai Penganalisis Sistem Perniagaan untuk syarikat Internet terkenal, Yahoo! Inc. di AS bagi merumus semula organisasi tersebut menjadi syarikat berita dan komunikasi tersohor dunia.

Sumber : Utusan Malaysia & BillyInfo.blogspot.com

Doa Hadapi Stress

5 komen disini yer..


Salam..
Lanun sharekan satu doa ataupun zikir yang sesuai ketika menghadapi stress @ tekanan perasaan. Doa ini hendaklah dibaca berulang kali (ikut kemampuan) sehingga hati tenang. Tapi, pastikan anda faham apa yang anda baca tu, barulah ia pergi ke hati. 

Semoga dengan doa ini, tension akan berkurang...Dialah Maha berkuasa atas hati kita.

Bacaan Rumi : Hasbunallah hu wanik'mal wakil.
Maksudnya : Cukuplah Allah untuk menolong kami, dan dialah sebaik baik pengurus dan terserah kepadanya segala urusan kami.
Sumber : Surah AliImran Ayat 173


Artikel ini Lanun copy n paste dari Laman Blog CahayaMukmin

12 June 2011

Earning Pertama Lanunsepet di Advertlets

1 komen disini yer..
Salam...
Lanun malas nak komen apa cerita cerita blogger lain sebelum ni. Ramai yang kutuk Advertlet ni sebab bagi earning yang tak menentu, trafik maintain tapi earning kadang kadang terlampau sedikit menyebabkan ramai yang  jatuhkan talak pada Advertlet.

Apa yang Lanun buat ni saja nak bereksperimen, try try nak tengok bagaimana kalau Lanun buh Advertlet berapa agaknya boleh dapat. So semalam genap sehari , Advertlet detect impression Lanun mencapai 524unik sahaja dan hasilnya ialah Ringgit Malaysia....???

muahaha.. ciputt..

11 June 2011

Blogger Blogspot Bakal Hadapi "Tsunami Besar"

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun teringat perkataan tsunami bila dirujuk pada PRU yang lalu dimana orang sibuk mengatakan perubahan besar berlaku sehingga dinamakan tsumani politik. Itu dunia politik, bagi Blogger yang menggunakan Blogspot mereka juga telah mengalami sedikit sedikit perubahan kecil dan ini akan di ikuti oleh Tsunami besar tidak lama lagi.

Bila? itu tak tahu lagi tetapi Blogger menjanjikan perubahan yang besar dan serba baru pada interface Blogger di Blogspot. Akan ada banyak fungsi baru dan wajah baru yang akan kita lihat nanti. Ianya telah pun dilaporkan dalam Blog rasmi BloggerInDraft dalam post bertajuk Blogger Redesigned!! Teruja lak dengar.

Kalau kita menyusuri balik.. banyak dah Blogger ni berevolusi makin lama makin hebat! seriesly. Lanun memang teruja sangat.. Dari readmore, statistik visitor, design template yang sangat mudah, post editor yang makin advance, uploader gambar dan video yang semakin advance, pre preview blog post sebelum publish, dan terbaru tukar favicon dengan mudah. Bagi Lanun, Blogspot makin lama, makin mudah dan advance!

Untuk lihat PREVIEW TSUNAMI BESAR tu boleh rujuk video di bawah. Ia juga sebagai meraikan blogger yang gunakan medium Blogspot sapa lagi kalau bukan Lanun, kamu, kamu n kita semua. Jangan lepaskan peluang lihat video ni, anda akan lihat fakta fakta yang mengejutkan.

p/s : gunakan teknologi untuk sebar ilmu yang berguna...lebih2 lagi dakwah.. 

Nak tahu lagi banyakk.. ?? Baca sini...

75% trafik Blogger dari luar USA.. hebat!

Tutorial Pasang Read More Pada Blog Post

11 komen disini yer..
Salam..
Kadang kadang ada post yang panjang dan bila nak view kesemua menyebabkan blog nampak tidak kemas. Jadi untuk itu Lanun kongsikan satu tutorial bagaimana nak letak @ buat fungsi read more pada blog korang. Selain itu, read more ni boleh dijadikan gimik bagi saspen pada pembaca untuk ketahui apa sambungan cerita korang tu.

Tanpa buang masa, cara paling kacang buat Read More adalah menggunakan "Jump Break" paling mudah! paling cepat! tanpa memerlukan kode html atau skrip ke hape. Dulu2 Lanun kena bersusah payah geledah skrip tu untuk buat fungsi readmore tapi dengan tools Insert Jump Break boleh lupakan dah kesengsaraan edit HTML tu.

klik untuk lebih besauuu..

Kat mana butang Insert JumpBreak ni?
Di bahadian Compose, Ada terletak sebelah kanan button fungsi Insert Video (simbol kertas koyak dua)

Macam mana cara nak guna Jump Break? Mudah....
Semasa buat blog post terbaru atu edit yang lama, Just klik ikon Insert Jump Break tu dimana-mana bahagian teks / gambar dalam post anda. Selepas klik akan muncul satu garisan. Garisan itu menandakan sempadan Read More :
++ Semua yang diatas garisan akan muncul di awal awal
++ Dan yang dibawah garisan akan muncul selepas klik Read More. Mudah kan!.

Kenapa saya takda butang fungsi Jump Break ni?
Mungkin korang gunakan Post Editor yang lama. Just tukar kepada Post Editor yang baru dengan pergi ke Blogger > Setting > Basic > Skrol ke bawah sekali > Global Setting > Select Updated Editor.

ni yang lama.. tidak ada Jump break

tukar pada baru!!... klik untuk lebih besauu..

Ada lagi korang boleh capai..
Readmore dalam blogger ni boleh di customized @ di iedit lagi. Korang boleh tukar perkataan read more tu kepada ayat anda sendiri contohnya " Baca selanjutnya " atau "Nak tahu sambungnya?". Nak tukar tu boleh pergi ke Design > Page Element > Kotak Blog Post > Tekan Edit > Edit bahagian "Post page link text". Done!

Advertlets & Nuffnang Berdamping.. He3

6 komen disini yer..
Salam...
Kali terakhir Lanun guna Advertlets masa mula mula blogging dulu. Masa tu kecewa betul dengan earning yang sedikit, mana kan tak sedikit nak capai 100unik sehari pun sampai ke ber jam jam blogwalking. Tapi sekarang Alhamdulillah, sebenarnya tak susah nak capai 100unik tu. Tak lama Lanun pakai Advertlets pastu buang.

Jadi hari ni Lanun nak cuba balik, dengan trafik yang "boleh lar" dalam 400unik average sehari Lanun nak tengok bagaimana hasil Advertlets ni boleh bagik. Adakah lumayan? Atau tak selumayan Nuffnang? Lanun amik keputusan ni bukan apa sebab dah 2 hari tak dapat Buffered Earning BE jadi sajalah try he3. Kompem lah pasni status Gliteraty tu bertukar jadi biasa ha3 takpa.

Nak buang Nuffnang terus macam tak patut, Jadi.. pasang dua dualah senang. Kalau tak ok, ber alih balik ke Nuffnang. Hasrat hati nak pakai Innity..tapi dah 3 kali apply tak dapat dapat..dia letak syarat 1000unik sehari woo..mana nak dapat dengan blog kelam kabut Lanun ni. Mungkin next time!

Oklah, Jom kita tunggu dan lihat hasilnya..

10 June 2011

Cara Solat Jenazah Yang Ringkas

33 komen disini yer..

Salam..
Ramai yang tak sertai solat jenazah apabila berlaku kematian. Ni disebabkan mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menunaikan solat tersebut. Ketahuilah bahawa Islam ini mudah, Allah memudahkan Islam supaya kita dapat beribadat kepadanya.

Actually secara asasnya solat jenazah sangat mudah. Sesetengah orang tak ikut solat katanya tak tahu baca tu, tak tahu baca ni, padahal bacaan panjang itu adalah sunat. Sebab itu kita kena kenal rukun dan syarat sah setiap ibadat yang kita buat. Kuncinya belajar!.

Rugilah kalau kita tidak bersama menyembahyangkan jenazah kawan atau saudara kita ianya merupakan penghormatan terakhir buat mereka.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
++  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri :)
++  Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah. 

Semua ni Lanun compile dari :
Syahirul.com, al-azkar.blogspot.com, Siputonline.blogspot.com [ustaz azhar idrus], Al azim.com [lawat link untuk blajaq lagi detail]

Nota PENTING Lanunsepet :
Lanun terbuka untuk teguran, dan pembetulan. Apa kurang itu adalah dari kelemahan Lanun sendiri. Yang paling afdhal dan baik adalah dilakukan dengan tertib dan khusyuk dan bukan nak mudah dan cepat habis solat saja. Tujuan Lanun menggunakan perkataan "MUDAH""RINGKAS"  adalah untuk mengajak semua supaya sedar bahawa Solat Jenazah adalah mudah dan semua boleh buat. Bukan memandai mandai memudahkan sesuatu hukum. Sekian :-) Tegurlah Lanun. 

09 June 2011

Sumber Tenaga Elektrik Di Malaysia

5 komen disini yer..
Salam..
Lanun suka info grafik di laman web TNB Buzz, cara persembahan dan grafiknya memang menarik. Jadi Lanun kongsikan imej info tentang sumber tenaga kita di Malaysia. Dari gambar dibawah kita dapat tahu bahawa tenaga elektrik kita di jana 54.4 percent oleh Turbin menggunakan Gas Asli dan 40.2 percent adalah dari arang batu. Selebihnya pulak dijana oleh stesen hidro elektrik dan petroleum.

Klik untuk lebih besar

Keputusan (MUET) bagi Pertengahan 2011 Di Umum 13 Jun

0 komen disini yer..

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) keputusan MUET boleh disemak isnin depan 13 Jun 2011. Untuk semakan boleh rujuk di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) boleh juga, dengan menaip MUET dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh yang sama.

Rayuan Semakan Semula : Bayaran RM70 dan Tarikh tutup rayuan 27 Jun 2011.
Pendaftaran Baru : Daftar MUET Akhir 2011 secara online di www.mesp.gov.my/online Tarikh tutup : 21 Julai 2011

Blogger Umumkan Fungsi Baru, Tukar Favicon Blog Dengan Mudah

15 komen disini yer..

Salam...
Semalam di rasmikan 1 features / 1 lagi fungsi terbaru di Blogger In Draft (Tak keluar secara rasmi di Blogger biasa lagi yer) iaitu menukar favicon (tukar ikon B Blogger yang boooosann) dengan hanya 2 langkah sahaja. Bagaimana tu Incik Lanun? Mudah jer, tak perlu main koding atau kod html dah .. korang hanya perlu :


Step 1. Log In ke Blogger
Step 2. Pergi bahagian Design
Step 3. Lihat bahagian atas n kiri anda di "NavBar" ada butang "Favicon Edit"
Step 4. Klik "Edit"
Step 5. New popup akan keluar..dan pilih apa sahaja ikon



Step 6. Tekan Save n Save design.. Boleh view dulu kalau nak.

Peringatan :
Ianya hanya support fail dalam format .ico yakni format ikon. Jadi korang leh lah search di google icon yang korang nak atau geledah jer My computer korang cari file icon (.ico). Pergi bahagian search my computer taip jer di ruang carian ".ico". Selamat mencuba.

Pertanyaan?
1. File .jpg, .gif, .bmp, .png boleh support tak? masih boleh TAPI..kena convert ke .ico dulu.
2. Apa software yang leh guna nak convert ikon?  IconConverter.com
3. Kenapa saya tak da features ni pun? sila log in ke Blogger In Draft
4. Apa Blogger in Draft nih? ia adalah tempat pengujian / eksperimen designer Blogspot.
5. Boleh tanya di ruang komen k.
6. Seronoknya bila blogger makin maju!.

08 June 2011

Isu Isteri Pelacur Kelas Pertama & Twitter Makcik Hajjah Sitt

2 komen disini yer..

Salam...
Kecoh betul isu "pelacur kelas pertama" sekarang ni, Lanun yakin penggunaan bahasa oleh Dr Rohaya tu agak kurang sesuai menyebabkan ramai yang membidasnya. Pada firasat Lanun, dia sebenar nak maksud kan layanan yang baik kelas pertama pada suami dari seorang isteri. Maafkanlah beliau.

Adakah kita dah lupa pada isu yang lebih kronik? yang lebih kurang ajar? menghina Islam? menghina Nabi dan Allah SWT? Berseronoklah si makcik hajjah sitt alwuzara tu dengan twitter, facebook, blog dan channel youtube nya setiap jam mengeluarkan perkataan maki hamun. Lanun rayu sekali lagi kerajaan sila ambil tindakan pada penghina ini!!

Kenapa takda tindakan???

Sahabat.. Mari Tutup Aurat..

3 komen disini yer..
Buat renungan lelaki muslim ni adalah pemain bola sepak Iran 
yang dihalau kerana berjilbab.. klik sini

Salam..
Lanun seru kepada semua lelaki lelaki muslim  supaya menutup aurat kalian, tak kira lah masa jalan jalan, bersukan, beriadah dan santai di pantai sekalipun. Aurat lelaki sangat lah mudah, dan tak perlulah Lanun nak ingatkan.

Lanun teringat Lanun tegur kawan Lanun yang memakai seluar 3 SUKU @ 3/4...

Dia kata : Aku takpe tengok ni tutup lutut..
Lanun : Memang lah masa berdiri tutup, tapi macam mana masa duduk? masa atas moto? masa angkat kaki? (rugi la kamu..kita tutup ni kita dapat pahala tau..)


Ada perintah kelas kedua?
Lanun ada ramai kawan yang main bola, tapi pakai seluar panjang, Takda masalah! ada kawan yang pakai seluar pendek masa main bola tapi pakai "thight" Takda masalah!. Jangan jadikan alasan "tidak selesa" untuk kita tak tutup aurat. Tuntutan tutup aurat adalah sama wajib seperti Solat 5 waktu dan berpuasa di Bulan Ramadhan dan ianya "valid" sepanjang kita hidup.

Jangan tunggu kain kafan yang tutup aurat kita bila dah mati, Tutup Aurat Anda Sekarang. :-)

Ustazah Pilihan Astro Oasis : Sah Ditayangkan 1 Oktober 2011

22 komen disini yer..
Salam..
Sah.. Astro Oasis telah pun selesai buat perasmian rancangan realiti terbaru iaiatu Ustazah Pilihan yang bermatlamatkan pencarian ikon muslimah dan pendakwah dikalangan wanita. Rancangan ni telah pun dirasmikan oleh Ustazah paling popular di Malaysia tak lain dan tak bukan Dr Mashitah Ibrahim.

Konsep nya lebih kurang imam muda, 10 orang peserta, ada matapelajran tertentu cuma ianya melibatkan kesemua krew wanita, mursyid wanita @ mursyidah dan penonton yang datang juga adalah dikalangan wanita sahaja. Tumpuan mereka adalah isu isu wanita masa kini. Penerbit juga menjanjikan ianya berlandaskan syarak.

Sesi temuduga sudah pun disusun dan akal dijalankan di seluruh negara pada Julai nanti. 9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah 15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu 23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. 30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Dengan syarat berumur 18-27 tahun serta sihat tubuh badan. Yang berminat juga kena bawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

Siapa peserta peserta Ustazah Pilihan? Adakah ia benar benar menetapi syarak? Kita saksikan nanti.. Jika ia tidak, kita tentang habis habisan. Cuma Peringatan Lanun tetap seperti dalam artikel sebelum ni : KLIK SINI

p/s : adakah Wahida, Wardina n X wife Ustaz Akil Hayy akan masuk?

07 June 2011

Bahasa SMS Rosakkan Karangan Bahasa Melayu Di Sekolah?

3 komen disini yer..
Salam..
Lanun tertarik dengan berita yang dilaporkan bharian hari ini bertajuk Bahasa Terlarang yang menyentuh isu karangan bahasa melayu adik adik kita di sekolah kita di cemari bahasa bahasa ringkas SMS @ shortform. Menurut cikgu berkenaan kes ni semakin serius bila markah pelajar terpaksa di tolak kerana kekerapan penggunaan ayat ayat ringkas dan pendek tu. Ini berpunca dari kuat SMS, chatting dan ber facebook katanya.

Memang setuju.. kalau dah selalu sangat memang macam tu lah. Contohnya dalam blogging ni. Kadang kadang terbawa bawa juga guna ayat short form. Tapi ia nya tak bahaya kerana Blog ni tak libatkan exam dan markah kan. [seo tips : guna ayat penuh..jangan shortform!]

Dengan isu ni, Nampaknya tambah lah kerja guru untuk memberi kesedaran dan teguran pada murid murid. Selain tu, kempen kempen penggunaan bahasa dan ayat yang betul juga satu idea yang baik untuk atasi masalah ni. Lanun harap adik adik lebih berhati hati dalam bab bab akademik.

06 June 2011

For The Rest Of My Life - Maher Zain Versi Bahasa Melayu

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan lagu maher zain For The Rest Of My Life dalam malay version. Video ni Lanun ambil dari Youtube. Video klip nya pulak adalah sedutan dari filem ayat ayat cinta, best woo citer tu. Lagu ini adalah antara lagu lagu yang telah dialih suara kedalam bahasa melayu selain daripada lagu hits InsyaAllah. Jom kita hayati lagu Sepanjang Hidupku ini dari Maher Zain.

Buat isteriku....

01 June 2011

Yukabid - Kisah Ibu Kandung Nabi Musa

0 komen disini yer..
Lagu Hijjaz - Yukabid Ratu Sungai Nil ( Ibu Kandung Nabi Musa)

Ketabahan Ibu Musa dibalas kebaikan

YUKABID adalah ibu kepada Nabi Musa. Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya.

Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang.

Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki.

Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam.

Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya.

Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.

Dengan hati yang tenang dan sabar, maka Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun.

Kebetulan pada hari itu, Asiyah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiyah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiyah.

Maka Asiyah terus membuka peti itu dan dilihatnya da seorang bayi di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiyah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.

Tiba sahaja di istana, Asiyah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiyah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju.

Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiyah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh bayi tersebut.

Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiyah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan bayi itu.

Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiyah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid.

Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yukabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintah-Nya.