Showing posts with label kelebihan kelemahan. Show all posts
Showing posts with label kelebihan kelemahan. Show all posts

19 September 2011

Soalan Lazim Kadi Ketika Akad Nikah

5 komen disini yer..
Tangan Lanun masa akad nikah... sian tangan tok kadi kena tarik.. he3

Salam..
Alhamdulillah Lanun dah selamat dinikahkan dengan zaujah tercinta pada 3September 2011. Pernikahan dengan beliau merupakan kebahagiaan dan nikmat yang cukup indah kurniaan Ilahi pada diri ini. Lanun sayang sangat pada zaujah Lanun, Salam Sayang buat dinda :) 

Lanun masa  hari tu, cuak dan gementar habis, bukan apa risau dengan tok kadi yang mana lah tahu tiba tiba nak uji ilmu yang di dada ni dengan soalan bab fardhu ain. Kata orang, kalu gementar habih semua lupa. Kebetulan lak Lanun ni orang darah gemuruh memang kecut perut masa nak akad hari tu. Tapi alhamdulillah dengan 1 lafaz, semua selesai syukur kepada hadrat mu Ya Allah.

Antara yang Tok Kadi minta Lanun bacakan adalah, Khutbah Nikah, Istighfar, dan Mengucap dua kalimah syahadah beserta maksud, kemudian selepas akad bacaan Taklik. Tetapi ada sesetengah tok kadi yang rajin tanya orang ni. Rezeki calon suami lah kan. Antara soalan yang popular @ lazim @ spot dan mungkin ditanya semasa akad nikah ialah :

  1. Syahadah dan maksud
  2. Istighfar
  3. Selawat ke junjungan besar Nabi Muhammad SAW
  4. Rukun Nikah, Iman, Islam, atau Rukun Solat.
  5. Niat dan Cara mandi wajib
  6. Qunut
  7. Tanggungjawab seorang suami
  8. Tapi zaman sekarang jarang dah dengar kena tanya tanya ni... 

12 June 2011

Earning Pertama Lanunsepet di Advertlets

1 komen disini yer..
Salam...
Lanun malas nak komen apa cerita cerita blogger lain sebelum ni. Ramai yang kutuk Advertlet ni sebab bagi earning yang tak menentu, trafik maintain tapi earning kadang kadang terlampau sedikit menyebabkan ramai yang  jatuhkan talak pada Advertlet.

Apa yang Lanun buat ni saja nak bereksperimen, try try nak tengok bagaimana kalau Lanun buh Advertlet berapa agaknya boleh dapat. So semalam genap sehari , Advertlet detect impression Lanun mencapai 524unik sahaja dan hasilnya ialah Ringgit Malaysia....???

muahaha.. ciputt..

11 June 2011

Blogger Blogspot Bakal Hadapi "Tsunami Besar"

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun teringat perkataan tsunami bila dirujuk pada PRU yang lalu dimana orang sibuk mengatakan perubahan besar berlaku sehingga dinamakan tsumani politik. Itu dunia politik, bagi Blogger yang menggunakan Blogspot mereka juga telah mengalami sedikit sedikit perubahan kecil dan ini akan di ikuti oleh Tsunami besar tidak lama lagi.

Bila? itu tak tahu lagi tetapi Blogger menjanjikan perubahan yang besar dan serba baru pada interface Blogger di Blogspot. Akan ada banyak fungsi baru dan wajah baru yang akan kita lihat nanti. Ianya telah pun dilaporkan dalam Blog rasmi BloggerInDraft dalam post bertajuk Blogger Redesigned!! Teruja lak dengar.

Kalau kita menyusuri balik.. banyak dah Blogger ni berevolusi makin lama makin hebat! seriesly. Lanun memang teruja sangat.. Dari readmore, statistik visitor, design template yang sangat mudah, post editor yang makin advance, uploader gambar dan video yang semakin advance, pre preview blog post sebelum publish, dan terbaru tukar favicon dengan mudah. Bagi Lanun, Blogspot makin lama, makin mudah dan advance!

Untuk lihat PREVIEW TSUNAMI BESAR tu boleh rujuk video di bawah. Ia juga sebagai meraikan blogger yang gunakan medium Blogspot sapa lagi kalau bukan Lanun, kamu, kamu n kita semua. Jangan lepaskan peluang lihat video ni, anda akan lihat fakta fakta yang mengejutkan.

p/s : gunakan teknologi untuk sebar ilmu yang berguna...lebih2 lagi dakwah.. 

Nak tahu lagi banyakk.. ?? Baca sini...

75% trafik Blogger dari luar USA.. hebat!

10 June 2010

RMK 10 : Senarai dan Intipati Rancangan Malaysia Kesepuluh

6 komen disini yer..
Salam..
Pagi ni di dewan rakyat telah berlansung satu pembentangan RMK 10 Rancangan Malaysia Kesepuluh oleh PM Najib. Dalam RMK 10 kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM 290 Billion untuk pembangunan 2 perkara, fizikal dan bukan fizikal. 2 perkara ni dibahaga secara nisbah 60/40.

Untuk RMK 10 (2011-2015) kerajaan meneruskan kesinambungan wawasan yang diasaskan oleh Dr M iaitu Wawasan 2020. Wawasan untuk jadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Kali ini tema pembentangan RMK 10 adalah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.

Lanun sediakan disini intipati, senarai, kandungan rancangan malaysia kesepuluh RMK10 untuk kita teliti. Kita lihat sama sama adakah RMK 10 boleh membantu Malaysia menaikkan taraf hidup rakyat? Mencapai wawasan 2020? Untuk BACA intipati RMK10 sila klik sini Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) jika nak download senarai RMK 10 sila rujuk link bawah.

DOWNLOAD : Senarai & Intipati Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10).

Persoalan di kepala Lanunsepet :
Benarkah W2020 dibuat dgn mengenepikan golongan luar bandar dan miskin?
Adakah pembangunan yang kita ingin kejar tu pembangunan yang seimbang?
Mampukah rakyat menghadapi kenaikan sara hidup dengan taraf gaji sekarang?
Lanun dan Rakyat harapkan yang terbaik dari kerajaan...