19 September 2011

Soalan Lazim Kadi Ketika Akad Nikah

Tangan Lanun masa akad nikah... sian tangan tok kadi kena tarik.. he3

Salam..
Alhamdulillah Lanun dah selamat dinikahkan dengan zaujah tercinta pada 3September 2011. Pernikahan dengan beliau merupakan kebahagiaan dan nikmat yang cukup indah kurniaan Ilahi pada diri ini. Lanun sayang sangat pada zaujah Lanun, Salam Sayang buat dinda :) 

Lanun masa  hari tu, cuak dan gementar habis, bukan apa risau dengan tok kadi yang mana lah tahu tiba tiba nak uji ilmu yang di dada ni dengan soalan bab fardhu ain. Kata orang, kalu gementar habih semua lupa. Kebetulan lak Lanun ni orang darah gemuruh memang kecut perut masa nak akad hari tu. Tapi alhamdulillah dengan 1 lafaz, semua selesai syukur kepada hadrat mu Ya Allah.

Antara yang Tok Kadi minta Lanun bacakan adalah, Khutbah Nikah, Istighfar, dan Mengucap dua kalimah syahadah beserta maksud, kemudian selepas akad bacaan Taklik. Tetapi ada sesetengah tok kadi yang rajin tanya orang ni. Rezeki calon suami lah kan. Antara soalan yang popular @ lazim @ spot dan mungkin ditanya semasa akad nikah ialah :

  1. Syahadah dan maksud
  2. Istighfar
  3. Selawat ke junjungan besar Nabi Muhammad SAW
  4. Rukun Nikah, Iman, Islam, atau Rukun Solat.
  5. Niat dan Cara mandi wajib
  6. Qunut
  7. Tanggungjawab seorang suami
  8. Tapi zaman sekarang jarang dah dengar kena tanya tanya ni... 
Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

Anonymous said...

laa dah kawen upenyer lanun.. smpai hati x jmput.. isk3 .. majuklah ngan lanun cm ni...

LaNuNsepet said...

dah jemput hari tu.. Mesti tak baca post Lanun pasal jemputan kahwin.. :) betul2 nak datang? Lanun akan wat kenduri di perak 26nov nanti..

kalau nak datang bagilah alamat..
emailkan pada lanunsepet@gmail.com

Cik Nor said...

selamat pengantin baru dik lanun. semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. selamat hari raya jugak. kalau dekat dah pergi dah

eiryz said...

kahwin dah....gambarnya mana? nak gak tengok....jangan ler dekut...pleszzzzzzzz

injectable steroids said...

Found your post interesting to read. I cant wait to see your post soon.
Good Luck for the upcoming update.This article is really very interesting and effective.