22 March 2012

Tahniah Kepada Calon SPM 2011

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun nak ucapkan tahniah kepada semua calon calon SPM 2011 yang telah mendapat keputusan masing masing. Banyakkan bersyukur dan dalam gembira ni janganlah melampaui batas yer. Harapan Lanun, semoga adik adik dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi. Jangan sia siakan hidup dan pastikan sentiasa berusaha untuk jadi insan yang lebih terbaik. Ibu dan Ayah jangan di lupakan jasa dieorang dan sentiasalah jaga hubungan dengan mereka. 

15 March 2012

Happy Ending Nurul Nadirah Abdullah

0 komen disini yer..
Salam...
Semoga Allah memberi rahmat kepada Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang. Tidak lupa juga kepada keluarga khususnya ibu arwah, semoga Allah memberi kesabaran dan kekuatan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini. 

Ketahuilah bahawa apa yang terjadi adalah happy ending yakni kesudahan yang baik. Dirang akan dikurniakan syurga InsyaAllah dan berharap ibu arwah dan yang lain menjaga amal masing masing supaya dapat menuruti anakanda nya suatu masa nanti.

Ini adalah ujian dari Allah untuk memberi ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak. Trauma, tekanan dan pelbagai lagi perasaan akan bercampur. Janganlah bersedih dan carilah redha perlahan lahan. Segala didikan dan jasa ibu Nadirah akan dibalas di kehidupan akan datang yang lebih kekal abadi. Aamin..

Bertambah cantik :)

2 komen disini yer..
Salam...

Pujian yang positif akan memberi impak yang positif, lebih lebih lagi pada isteri anda, kawan anda, atau orang di sekeliling anda. Tak kurang juga ada yang tak suka di puji. Itu hak peribadi lah kan. Tetapi apa yang Lanun nak share adalah tenaga positif yang kita beri jika memberi pujian. Puji dan berilah kata kata semangat kepada orang disekeliling anda, ia akan jadi doa dan kesan yang mengkagumkan. Cubalah! ha3.. mcm produk lah pulak.

Lanun suka puji isteri Lanun.. sebab dia memang comey. :)

13 March 2012

Backhoe Naik dan Turun Dari Lori Tanpa Bantuan Kenderaan Lain.

0 komen disini yer..
Salam...
tengah pun semua? dah makan malam? sambil sambil tunggu nasi masak sempat pulak tengok satu video ni. Video bagaimana 1 backhoe ni naik ke atas lori tana bantuan kenderaan lain. Memang driver backhoe ni expert habis. Bukan senang, setiap bahagian pada backhoe digunakan dengan teratur dan akhirnya backhoe itu naik dan turun dengan sempurna. Memang mantap!.

12 March 2012

Al Mathurat Wazifah Sughra

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan bacaan zikir Almathurat sughra / pendek / ringkas yang cukup terkenal dan diketahui umum banyak khasiatnya. Zikir zikir di dalam nya adalah zikir zikir yang di sokong oleh hadis yang sohih jadi kita boleh mengamalknannya tanpa ragu ragu. Lanun mengajak marilah kita sama sama mengamalkan almaksurat ini. 

Semoga kita beroleh kebaikan dari zikir ini., InsyaAllah... Wallahua'lam...

05 March 2012

Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Kotak Ni?

1 komen disini yer..
Salam...

Lanun ada banyak kotak2 lama.. nak buang malas pulak nak angkut2.. Agak agaknya apa lar yang boleh di buat dengan kotak  kotak besar ni? aada kotak TV kotak mesin basuh dan macam macam lagi lah. Cari juga di internet idea idea kita semula tapi tak jumpa lagi yang sesuai. Hmm.. Kalau tak da memang buang jer lah nanti. 

04 March 2012

Lar Chatbox ShoutMix dah tak free..

3 komen disini yer..

Gara gara lama tak update blog, tak perasan pun yang Shoutmix ChatBox dalam blog Lanun ni dah expired. Napa pulak expired? rupanya ShoutMix dah tukar servicenya kepada servis berbayar lah pulak. Hmm.. nampaknya tak da pilihan lah tukar semula ke Cbox.ws. 

mesti korang dah lama tahu pasal ni kan? he3.. Lanun yang lambat.