Showing posts with label audio. Show all posts
Showing posts with label audio. Show all posts

12 March 2012

Al Mathurat Wazifah Sughra

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan bacaan zikir Almathurat sughra / pendek / ringkas yang cukup terkenal dan diketahui umum banyak khasiatnya. Zikir zikir di dalam nya adalah zikir zikir yang di sokong oleh hadis yang sohih jadi kita boleh mengamalknannya tanpa ragu ragu. Lanun mengajak marilah kita sama sama mengamalkan almaksurat ini. 

Semoga kita beroleh kebaikan dari zikir ini., InsyaAllah... Wallahua'lam...

05 November 2011

Maksud Takbir Raya

3 komen disini yer..
Salam...
Lanun di sini ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha. Semoga dengan keberkatan zulhijjah ini Allah menambahkan rahmat ke atas kita semua. Lanun kali ini beraya di Borneo nampaknya. Kerinduan pada isteri dan keluarga di kedah dan Perak sangat sangat tinggi tapi tak dapat nak balik kampung. 

Dibawah ini Lanun kongsikan takbir raya yang dibacakan oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Lanun sertakan juga maksud bacaan takbir raya sekali untuk renungan kita. Lanun doakan zaujah tercinta sentiasa di rahmati Allah dan begitu juga mak ayah kedah n perak serta semua adik beradik, sanak saudara, sahabat sahabat dan seluruh umat Islam. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin.







“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.” “Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

19 June 2010

Jadual & Peta Roadshow Ceramah Palestin LifeLine 4 Gaza (LL4G)

7 komen disini yer..
Salam...
Seperti yang semua tahu, Lanun pun ada siarkan becrita dan info berkaitan serangan binatang yahudi laknatullah pada misi lifeline 4 gaza pada 31mei dahulu yang membawa pada kematian berbelas sukarelawan dari pelbagai negara. Ya, pada yang Muslim menurut ulama mereka Syahid dan Lanun pun bersetuju mereka syahid. Alfatihah untuk semua pejuang pejuang kita..

Lanun kat sini ingin berkongsi dengan semua, sekarang ni LL4G NGO lifeline 4 gaza sedang membuat roadshow, ceramah, dan taklimat berkaitan misi mereka, berkongsi pengalaman mereka, menyampaikan mesej mereka sekembalinya mereka selepas di kepung israel. Ketua misi LL4G Noorazman akan mengetuai roadshow dan jugak memberi ceramah bersama panel panel lain.

Lanun teringin nak pergi dan sedang tinjau tinjau tang mana sesuai n paling dekat nak pergi dengar ceramah roadshow dieorang supaya leh kite dengarsendiri pengalaman perit mereka semasa diserang zionis. Jadi untuk tu, mereka telah sediakan Jadual dan peta untuk ke event yang mereka dah atur. Jadi untuk tahu dimana? dan bila? sila klik link di bawah :

KLIK SINI : Jadual & Peta Roadshow Sukarelawan Lifeline 4 Gaza - Google Maps
(warna merah - event dah lepas warna biru - event akan dtg)

p/s : Lanun sgt sgt syorkan korang pergi... bagi mata kita terbukak sket.