31 May 2010

Pontianak Serang Balai IPD Polis...

6 komen disini yer..
Salam..
Penjenayah takut pada Polis..
Pendatang tanpa izin P.A.T.I pun takut kat Polis..
Mat Pit, Mat Ganja, Mat Top pun takut ngan Polis..

Tapi dia ni tak takut, kejadian ni jadi kat Betong, Ada sini orang Betong? Pontianak ni lah yang tak takut Polis, sekarang ni kat IPD Betong yang baru ja diduduki kena kacau ngan Pontianak. Siap main lari lari, main sergah sergah, masuk bilik boss, menyamar jadi polis pun ada jugak. Polis pun tumbang tau face to face dengan Pontianak ni. Lanun memang salute respek ar ngan Pontianak IPD Betong syabas!! he3. Tapi ada cerita disebaliknya, Jom baca :


BETONG: Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu.

Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.

Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan.

Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit ‘menyamar’ rakan setugas mereka.

Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur.

“Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, ‘anggota’ terbabit hanya mendiamkan diri,” katanya.


Beliau berkata, anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan.


“Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang.

“Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu,” katanya.

Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya.

“Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.

“Ketika mahu membuka suis lampu berdekatan, tiba-tiba lembaga itu berdiri di depan saya dengan rambut berjuntai ke lantai,” katanya.

Difahamkan, pihak IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz untuk ‘menangkap’ lembaga terbabit.

Menurutnya, ustaz berkenaan memaklumkan lembaga terbabit ‘tidak tenteram’.

“Kami dimaklumkan, tempat ini pernah menjadi tempat pembunuhan yang menyebabkan lembaga itu melakukan gangguan. Ketika hayatnya, lembaga itu dipercayai dirogol dan dibunuh di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan, Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, tiga anggotanya diganggu lembaga itu sejak bulan lalu dengan kali terakhir berlaku minggu lalu.

“Saya akui perkara ini berlaku dan kami sudah berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Kami memanggil seorang ustaz dengan harapan ia tidak berulang,” katanya.

Misi ke Gaza Diserang Israel : Doakan Semua Dalam Selamat...

9 komen disini yer..
Seperti yang kita dengar berita tergempar, bahawa peserta konvoi Kapal Turki "Mavi Marmara" telah diserang Komando Tentera Israel Laknatullah. Dieorang dalam perjalanan dalam misi membantu Palestin di Gaza. Sukarelawan ni telah diserbu oleh Israel dan diserang melalui kapal dan helikopter mereka.

Wartawan Malaysia juga turut sama dalam misi ini, dimana waratwan astro awani di dalam kapal Turki masih belum diketahui nasib mereka. Israel sekali lagi tunjuk kekejaman dieorg, menyerang orang awam tanpa usul periksa. Kenapa diserang? bagi bantuan tak sampi, supaya rakyat di Gaza menderita, nak orang islam di Gaza lemah dan mati. Hoi Israel, kamu adalah anak kecil yang penakut!!!

Lanun terima berita ni mula mula melalui SMS rakan yang berbunyi :

Confirmed : kapal kemanusiaan Mavi Marmara ditembaki oleh helikopter israel, 3 orang syahid, 30 org terluka 10 minutes ago via web* korban bertambah 3 org syahid..confirm ed! 12 ago via web* heard overTurkish TV feed live from Mavi Marmari: " Wehave critically injured people here. we need help. Do not fire on us, we are civilians" 12 minutes ago via website masih dintimidasi..mereka menembak anggota kafilahdari helikopter..confirmed : 2 org syahidda dan 30 org terluka!! 13 minutes ago via web* Israel menyerang kapal kemanusiaan mavi marmara sebar dan doakan!.

Marilah kita sama mendoakan semua mereka selamat dalam misi mulia itu. Ya Allah engkau lindungilah para  sukarelawan yang dalam misi ke palestin, jauhkan lah mereka dari Israel, dan selamatkan mereka dalam perjalanan pergi dan balik. Israel Penakut besar!!!

Info & Maklumat : di Facebook Misi Lifeline 4 Gaza Break the Siege : [KLIKSINI]

Perkembangan Terbaru Misi Ke Gaza Diserang :
  1. BH -  Sukarelawan Malaysia selamat pulang ketanah air 
  2. Malaysiakini - Rachel Corrie sah dirampas
  3. BH - Tentera Israel pintas kapal misi bantuan Rachel Corrie
  4. BH- Sukarelawan Malaysia atas kapal Rachel Corrie tekad terus kan misi
  5. BH - Turki bawa pulang sukarelawan mayat mangsa serangan Israel
  6. BH - Aktivis misi Gaza keluar dari Israel
  7. BH - 28 jam rasai azab Palestin : Tersiksa Tentera Israel Kejam
  8. BH - Askar Israel arah tanggal seluar
  9. BH - Ashwad Shamsul nyaris terkena tembakan komandoIsrael
  10. BH -12 rakyat kita selamat 
  11. Malaysiakini - 12 rakyat Malaysia selamat, kini di Haifa 
  12. Thestar - Kapal Rachel Corrie (6 org penumpang Msia) terus maju ke arah Gaza.
  13. BH - Nasib 11 rakyat kita masih samar
  14. BH- Israel bunuh aktivis mis iGaza
  15. Harakah - Dr-rani-selamat-jamuliddin-dan-wartawan-awani-tidak-diketahui
  16. BH -Nasib dua wakil Astro Awani belum diketahui selepas serangan komando Israel
  17. BH - Sekurang-kurangnya 10 terbunuh apabila Israel serbu kapal bantuan ke Gaza
  18. BH - Rakyat Malaysia bersama konvoi kapal Rachel Corrie ke Gaza selamat 

30 May 2010

Tips Simple Rehatkan Mata Buat Orang Yang Sayang Mata...

5 komen disini yer..
Salam..
Terkebil kebil mata Lanun merenung skrin, macam mata katak bila kene simbah air. Mengadap skrin komputer ni lama lama memang bahaya, semua orang tahu. Tapi Lanun degil hmm.. pernah dari pagi sampai malam dok depan notebook jar, kes nak jadi blogger tegar :-p korang ade gtu? Kalau belum kene try.

Mintak jauh lah kan sakit mata, rabun ke, ape ke kan. Alhamdulillah hari ni masih cerah lagi dan pergi cek kat kedai spec pun doktor kata takyah pakai spec heheh... ok la tu kan? syukur banyak banyak.


Pada yang mata ok lagi tu jaga lar, tahu la blogger tegar tapi kasi rehat sket mata k (cakap kat diri sendiri). menghadap lama skrin sebenarnya beri stress yang tinggi kat ainun kita ni. Ahaa..jadi bawah ni Lanun nak share sedikit info macam mana nak rehatkan mata untuk mata mata blogger dan mata mata facebook,  yang tugasnya mencangok didepan skrin. sumber dari Klinik Ummi  edited by  Lanun :
  1. Gerakkan biji mata anda dalam bulatan-bulatan besar dalam kedua-dua arah
  2. Lihat untuk kedua belah seboleh-bolehnya dan kemudian pergi dari atas ke bawah.
  3. Imbas sebuah teks khayal di dinding dari kiri ke kanan.
  4. Tengok kawasan yang luas, pokok, atau langit
  5. Pandang luar tingkap pandang sejauh mungkin kemudian patah balik ke titik/objek paling dekat (macam zoom out zoom in) buat beberapa kali.
  6. Urut urut sket sekeliling mata guna jari, tekan dan pusing pusingkan secara slow.
  7. Pejam mata tidurlah sekejap.

Nape Susah Nak Dapat Buffered Kat LargeRectangle LR Ads ??...

10 komen disini yer..
Salam...
Lanun dulu teringin sangat nak dapat buffered earnings ni. Alhamdulillah atas berkat kerajinan tanpa putus asa berblogging dapat la merase sket sket. Tapi.. mmm.. ada tapi, Lanun tak pernah lagi dapat buffered earning kat bahagian LR (large rectangular 336 X 280). Korang pernah dapat?

Nuffnang ada 3 saiz iklan, pertama SS skyscrapper (paling kecik belah tepi tu), kedua LB leaderboard (yang lanun buh kat bawah header) dan ketiga LR largerectangular (yang kotak besar). SS dan LB Lanun dah merasa dapat buffered earning, tapi yang LR ni memang tak pernah lagi. Ape yang salah agaknyer ek...

Korang rase sebab per? kalau blog lain pun susah nak tengoak yang dapat buffered tang LR tu. Kalu ade tips or jawapan pada persoalan ni share kan ngan Lanun k. Untuk yg masih tak dpt buffered keep it up.

From Lanunsepet to Nuffnang, hope lepas post ni, bagi la buffered kat LR blog Lanun he3.


Nak teknik  berkesan tambah trafik : [KLIK SINI]
Nak dapat buffered earning : [KLIKSINI pulak..]

29 May 2010

Pakistan Lawan Facebook... Cipta Millatfacebook....

6 komen disini yer..
Salam...
Pakistan ambil langkah serius dengan menutup Facebook dari memasuki internet negara dieorang hingga isnin ni. Tindakan menutup tu atas kes penghinaan nabi kita Nabi Muhammad SAW dalam group lets draw mohammed. Selain tu warga negara pakistan turut membuat satu lagi website seperti facebook sebagai serangan balas dan alternatif pada tindakan facebook yang berdegil untuk tidak menutup group kurang ajar tu.

Web sosial baru tu bernama Millatfacebook atau MFB. "Millat" bermaksud negara, pengguna facebook di Pakistan sekarang 2.5 juta tetapi menurut perkembangan dalam masa 3 hari jar bilangan penduduk Pakistan mencecah 4300 orang menjadi ahli web sosial baru tu.

Bagi Lanun ni salah satu dari serangan balas yang baik dari warga Pakistan, dari kita just duduk diam tak buat apa, baik ikhtiarkan sesuatu. Walaupun web MFB ni slow dan serba kekurangan tapi Lanun tetap sokong. Kita kat Malaysia juga ada alternatif buat facebook , jom usyar Myfriend2u hasil buah tangan local web kita. Lanun dah join he3.

GAMBAR : K3G Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan... Cara Mudah Nak Dapat Kerja...

2 komen disini yer..
Salam...
Lama nya postponed artikel ni, sekarang ni baru teringat balik. Kompem la dah basi dah cerita pasal K3G ni ha3. Orang yang hadir K3G ni pun dah ramai dapat interview baru Lanun nak citer kat blog.

Untuk yang tak tahu pada 14,15,16 Mei haritu berlansung Karnival Kerjaya dan Keusahawanan kat PWTC. Lanun ngan kawan kawan dari BENE & BENC ditaja oleh fakulti kami FKEKK untuk ke karnival tu. Bukan untuk jalan jalan suka ria ke ape, tapi cari kerja.

Alhamdulillah setakat hari ni ramai kawan kawan Lanun dpt interview hasil dari drop resume dan isi borang permohonann kerja masa kat sana. Company yang datang memang banyak beratus ratus dan pelbagai bidang. Dari kerajaan hinggalah swasta, dari yang besar macam Petronas, Sime Darby, hinggalah ke syarikat kasino Berjaya pun ada. 

Pada hemat Lanun ar.. dalam enginnering ni paling laku sekarang Kejuruteraan Mekanikal, Pembuatan, dan Elektrik. Lanun elektronik industri..he3.. tapi semua nya adalah ditangan tuhan yang menentukan rezeki setiap hambanya, kalau ada rezeki InsyaAllah tak kemana, tapu dengan syarat usaha dan usaha. Pada yang mencari kerja, Lanun suggest karnival gni and walk interview memang merupakan cara paling senang nak dapat kerja dari kite bersaing dalam Jobstreet yang semakin sesak.

Ok sapa sapa nak tengok GAMBAR sekitar K3G Lanun amik haritu boleh la tengok kat bawah :

28 May 2010

Lelaki Kotak & Perempuan Wayar...

15 komen disini yer..
Salam....
Macam ada betulnya...

Lelaki : Otaknya dibina berkotak kotak.. kotak itu kotak ini, kotak study, kotak kerja, kotak isteri, kotak duit, kotak hobi, kotak anak anak, kotak kereta, kotak memori lama, kotak ptptn, kotak hutang, kotak tidur, kotak rehat,  kotak dan kotak macam macam kotak lagi. Setiap kotak tak bersentuh antara satu sama lain.

Perempuan : Otaknya dibina dengan wayar, wayar itu wayar ini.. wayar study, wayar kerja, wayar suami, wayar anak anak, wayar ibu mertua, wayar family, wayar tidur, wayar kereta, wayar hutang ptptn, wayar memori lama, wayar duit, wayar bla bla, semua wayar wayar. Semua wayar ni bersambung / bersentuh antara satu sama lain "short".

Situasi : 

Lelaki : Setiap kotak ni tak bersentuh antara 1 sama lain, jadi berkemampuan buat sesuatu, dan pada masa yang sama boleh lupakan perkara yang satu lagi. Lupakan pasal kerja dan family sambil main golf.

Perempuan : Semua nya wayar, short/ bersentuh antara 1 sama lain. Ada masalah ngan kerja leh efek wayar lain, short dengan wayar rehat, short dengan wayar tidur. Tidur and rehat mula terganggu. 

Sumber : motivation video from youtube..


GB GengBlogger Kena Hack!!! Apa Motif? Apa Kes?

9 komen disini yer..
Salam..
Lanun masuk Gengblogger nak ping blog macam bese pagi ni past update, terkejut lak kat Homepage GB ada alert mesej kat bawah ni, 2 kali pulak tu. GB kena hack! Sebelum ni memang pernah kena hack sampai down habis website GB yang memang popular dikalangan blogger semalaya. Kena hack lagi la ni yer?

Kenal tak ngan GB? GB ni komuniti blogger, ramai dah blogger kat situ, n sapa nak tingkatkan trafik, tanpa rasa bersalah cepat cepat ping setiap kali korang update blog. Memang leh naikkan trafik korang. 

Mesej hacker : kenapa semua takleh admit yang GB kena hack? bagus sangat ke website ni? lol
Ni mesej Lanun pada si hacker g la hack website lucah ker, dapat gak pahala!! ni wat per la kacau blog awam? lol.


Kalu benarlah kena hack lagi apa motifnya? dengki? tunjuk terel? tunjuk jantan? yang peliknya ada buh url www.ohtidak.com (Ohtidak!) . Tu kan salah 1 website Justkhai, takkan la si khai hack GB, Khai pun pengguna GB jugak. Ni dah sah ada nak wat fitnah ni, cuba nak babitkan dengan Khai. Kalu tu lar niat dier, dier sebenarnya dah tambah kan lagi ke popularan si Khai dan website Ohtidak!.

Apa kes hack hack ni? unite la brother, come on.


alert box kat gengblogger.com

Logo Croc : Dari Terus Rasa Ragu-Ragu... Ni Langkah Terbaik...Logo Selipar Croc Menyerupai Kalimah Allah?

8 komen disini yer..
Salam...
Kecoh memang kecoh dengan isu logo Selipar Croc yang menyerupai kamlimah Allah. Dari pengamatan Lanun memang ada benarnya. Tapi dalam isu ni Lanun tengok ade bagi macam macam pendapat. Ada yang kata kita ni pandai pandai buat cerita, benda tu takda maksud gtu pun tapi kita duk pk melampau sangat jadi macam nih.

what ur opinion??

Tak kurang jugak yang fikir ni adalah propaganda licih musuh Islam yang secara senyap senyap gunakan setiap medium untuk hancurkan dan hina orang Islam . Kita tau kan dieorang ni licik betul tak? Dulu dalam logo ubat Darlie, dalam logo Coca Cola, sekarang Croc pulak. Kalau ia benar memang dieorang bijak sungguh sebab Selipar Croc ni dah jadi trend meluas sekarang.

Geng Lanun 3,4 orang baru jer beli selipar Croc kat uptown Dataran pahlawan aritu, RM13-15 selipar croc macam macam design. Lepas jar dapat tahu isu ni dieorang amik langkah berjaga jaga. Lanun cukup setuju dengan tindakan dieorang. Dari kita duk ragu ragu jalan terbaik adalah hapuskan ragu ragu tu. betul tak?

Apa kawan kawan Lanun buat? Dieorang Oter/ubah sedikit/kikis logo Croc bagi tak da lagi menyerupai kalimah Allah. Ia jalan terbaik. Jadi Lanun harap korang pun sama sama buat jika rasa ragu ragu. Kalau anda yakin ia tidak benar, terpulang lah. Tapi buat kemas kemas k, nanti cacat kang tak mau pakai lak. Korang macam mane? terus tak pakai ape?

wat elok2..jangan bagi buruk..


 yang penting ragu2 tu hilang...

27 May 2010

Time Gni Lar Yang Tak Tahan, Air Tak Ada Weyh... Rungsing Nyar Aku....

17 komen disini yer..
Salam...
tu keluhan Lanun ngan member member dari maghrib tadi. Mana taknya air kat hostel tiba tiba tak ada.. ada la sket nak amik air semayang tu tapi macam meleleh gitu jar. Nasib baik,  Lanun bertindak bijak mandi awal petang tadi bila pasan air kecik heheh kikiki.. suka3..  

Rungsingkan bila air takda ni? Letrik and internet tak ada boleh tahan lagi. Camna pulak kalu air takda, letrik takda, internet down camna? habislar blogger tutup kedai. Tapi series, air ni memang takleh ar.. Air ni nadi kehidupan, tak ada memang susah.. dari mandi membasuh bersuci wuduk n bla3... air dan air tau.

teringat pada sungai kat kampung Lanun.. meh la bercuti sini best.. 
Gopeng Resort!!! search kat google..

Bayangkan bila air takda:

  • baju melambak tak boleh basuh bila air takda
  • badan akan bau macam kambing
  • nak solat susah... ( tayammum reti tak?? KLIK SINI kalau tak tahu..
  • nak berinstinjak? takleh bayangkan wooo... 
  • perfume akan laku, jualan perfume meningkat ha3.
  • tekanan perasaan jiwa dan raga.
  • Nak pergi gali telaga jap g kat depan ofis hostel Lanun...

Cara Membuat Semakan Keputusan e Rayuan Kemasukan Ke Politeknik KPT Sesi JUN 2010...

0 komen disini yer..
Salam...

Atas permintaan pengunjung Blog Lanun, Lanun tunjukkan bagaimana nak check rayuan kemasukan ke Politeknik. Bagi yang buat rayuan sebaik sahaja permohonan korang tak berjaya hari tu boleh lah buat semakan. Mungkin ada rezeki masuk Politeknik.

Untuk semakan e rayuan kemasukan ke Politeknik KPT bagi sesi Jun 2010 anda boleh menyemak dengan memasukkan IC anda ke web di bawah :

Semakan e rayuan Politeknik Jun 2010 : [ KLIK SINI ]

** Selepas masuk ke laman web politeknik tu, 
  1. Korang perlu scroll kebawah, 
  2. Pandang sisi belah kiri korang sampai korang nampak menu "Rayuan". 
  3. Pilih bahagian "Rayuan" dan klik "e-Rayuan"
  4. Jika tidak berjaya anda akan diberitahu kenapa anda gagal.
  5. Pada yang berjaya tahniah, pada yang tidak berjaya ni bukanlah titik noktah kejayaan anda.

Drama Yang Lanun Tunggu Selama ni Dah Nak Muncul.... Drama Arjuna TV3 KRU..

11 komen disini yer..
Salam...
Teringat lagi waktu dulu dulu, drama silat Syahadan yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli dan Faizal Hussin. Seiring ngan drama tu kalau korang semua ingat, citer citer drama pendekar. Drama ilmu silat, ilmu aura dan kuasa sakti. Rasanya budak budak lelaki mesti minat drama drama tu kan? Syahadan tu dulu ramai peminat woo. Genre drama macam ni Lanun memang minat, bese la kan budak lelaki, filem fighting kompem jadi pilihan utama betul tak? Tapi Adamaya Lanun sebat jugak ha3.

Selepas beberapa musin drama macam tu banyak siar TV, ia lama lama makin kurang pastu takda dah. Lanun sebagai peminat memang rasa kehilangan betul drama macam tu. Agaknya masa tu filem dari mexico, hindustan pulak amik alih penuh berlambak kat TV. Rimas and tak minat lansung. Memang ramai nak drama lawan lawan macam tu balik... tapi takda sapa yang buat pun. 

Sekarang ni KRU keluarkan satu drama, nama dia "Arjuna". Korang mesti pasan promo dier kat TV kan? Arjuna ni filem epik, filem silat, lawan lawan, ada kuasa , n ada aura (ha3 part ni aku suka ni). KRU cakap dier guna CGI, hopefully CGI drama ni mantap. Dari trailer nyer Arjuna ni macam best, jadi kita sama sama tengok nanti k.

Pada KRU, Lanun bagi harapan kat drama Arjuna ni, sebab dah lama dah teringin nak tengok drama ala ala "fighting power" gini. Hopefully drama Arjuna ni leh bagi ape yang Lanun mahukan, aksi banyak, kurang bercakap, xda jiwang jiwang sangat, dan lawan tu biar nampak real bukan nampak "kayu". KRU, jangan hampakan Lanun.. sebab tak pernah pernah Lanun post pasal drama kali ni post pasal drama lak. Korang agak agak minat tak citer ni? Atau awal awal memang xmau tengok?

poster smart dah.. jangan kecewakan aku der..

Fakta drama Arjuna:
  • Terbitan : KRU
  • (Download Drama Arjuna Episod 1 : [KLIKSINI] )
  • ( Tonton Online Drama Arjuna Episod 1 : [KLIKSINI] )
  • Website Rasmi  Chekeyydawtthttp://www.tv3.com.my/arjuna/
  • Facebook Page  http://www.facebook.com/arjunaTV3
  • Tarikh : Setiap Isnin jam 9 malam bermula 31 Mei ini.
  • Pelakon : Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata dan Komeng
  • Sinopsis drama : Pendita Dzulkarnain adalah guru kepada 3 pendekar sakti yang handal; Adipura, Grakus dan Gempita. Namun malang apabila Grakus dan Gempita berpaling tadah kepada dunia jahat. Mereka diarah mencuri Permata Wilis dan Pedang Wilis Rupasari yang ingin diwariskan oleh Pendita Dzulkarnain kepada anak muridnya yang paling layak. Akibatnya mereka disumpah dan dibuang daripada perikatan Pendekar Sakti dan pedang dan permata itu diwariskan kepada Adipura dan keturunannya sahaja. .
  • Sapa takda TV kita tengok online  k : http://www.tv3.com.my/arjuna/
  • nak download drama arjuna tv3 : tak lama lagi ada la tu orang buat collection, kt download sama2.

26 May 2010

Akademi Al Quran Musim Ke 4 Dah Bermula.... Apa Elemen Baru Dalam AQ 4?

3 komen disini yer..

Salam...
Dalam kita tenggelam dengan macam macam rancangan realiti yang berkonsepkan hiburan masa kini, Lanun kat sini nak bagitahu yang rancangan realiti alternatif Akademi Alquran musim terbaru iaitu musim yang ke 4. Program tv ni dah pun start pada 21 mei hari tu.

Untuk kali ni pengacara bagi AQ4 adalah Ustaz yang cukup terkenal dengan rancangan Mari Mengaji iaitu Ustaz Zamri Mantop. Bersama ustaz, ada 2 orang pengacara wanita yang menjadi pembantu. Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman, n Khairul Noormaaidah Azali (Aida) pulak sebagai pengacara pembantu di lokasi.

Nak tahu elemen baru di Akademi Al Quran 4 ? [KLIKSINI]

Akademi Alquran 4 bersiaran :
  • TV 9
  • Hari Jumaat
  • Start 9 Malam
Finalist 12 AQ4 (10 lelaki 2 perempuan) :
  • Siti Aishah binti Baain, 13 tahun, Pahang
  • Amirul Shahida binti Md Noor, 22 tahun, Pahang
  • Mohd bin Ahmad Zahid, 15 tahun, Kuala Lumpur
  • Mohd Nazif bin Zuhairi, 17 tahun, Kedah
  • Mohd Ramadan bin Haji Razali, 22 tahun, Perak
  • Rusli bin Abd Latif, 22 tahun, Kelantan
  • Yahya bin Haji Ali, 23 tahun, Terengganu
  • Mohd Kamarulzaman bin Daud, 24 tahun, Terengganu
  • Nor Aslam Faiz bin Othman, 24 tahun, Perak
  • Ahmad Tirmizi bin Haji Ali, 25 tahun, Terengganu
  • Mohd Hassan Adli bin Yahya @ Yahuza, 25 tahun, Perak
  • Husni bin Ali Hassan, 25 tahun, Melaka
Terlepas episod pertama haritu? Nak tengok ? leh tengok secara online kat www.tv9.com.my dan pastikan korang register dulu sebelum boleh view semua video tu k. Untuk register sila klik kat sini. Pas register sila ke "all shows" dan pilih "akademi alquran 4".

Aktiviti Melanun Macam Ni Lanunsepet Tak Bertanggungjawab K...!!!

1 komen disini yer..
Salam...
Berita latest, sekarang ni bukan saja blog Lanun and blogger lain yang aktif ikut melanun, sekarang ni pun lanun lanun kat luar sana makin aktif jugak melanun. Tapi melanun dieorg bahaya der..melanun dengan senjata, rompak sana rompak sini, culik, curik dan bla3..except blogging :-p

Dalam banyak banyak lanun, Lanunsepet ni jer lah the only Lanun yang berblogging..hehehe... Tapi amaran, Melanun macam kat bawah ni jangan sesekali contohi k..
MalaysiaKini 26Mei - Sebanyak 16 kes kejadian lanun bersenjata terhadap kapal-kapal dilaporkan di Asia bulan lalu, jumlah kes itu berganda berbanding pada tempoh yang sama tahun lalu. Bilangan insiden itu meningkat pada bulan lepas di perairan Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Laut China Selatan, kata ReCAAP dalam kenyataan di sini. ReCAAP menyatakan jumlah insiden meningkat menunjukkan lanun mempunyai sedikit perancangan yang dilihat lebih teratur dan mungkin beroperasi secara sindiket di Laut China Selatan [berita asal]
Semoga pihak berkuasa dapat hapuskan Lanun jahat.. hancur hancur...

Ada Ape Dengan Judi?

10 komen disini yer..
Salam..
Lagi pasal judi bola sepak sempena FIFA 2010 Afrika ni. Korang tau kan sekarang kecoh pasal kerajaan dah luluskan "lesen" pada Berjaya Corporation untuk handle judi bola sepak melalui cawangan TOTO (Tolong Orang Tipu Orang).

Dulu memang ada satu cadangan suruh Malaysia gabungkan perjudian sket dalam Bola Sepak kat negara kita ni. Baru la boleh naik sebab kita tau dari judi memang boleh banyak dapat untung sebab berlambak lambak orang beli nombor. Dari lah ke non muslim hinggalah ke melayu beli nombor. Tapi alhamdulillah usaha tu tak berjaya.

Kenapa kita kena halang judi ni? kenapa kita tak bagi? walaupun hanya untuk orang non muslim sahaja tetap tak bagi? Ni Lanun senaraikan sket sebab apa judi ni haram, actually Lanun geram sebab orang tak ambik endah pun hal ni. Judi akan hasilkan tahi judi yer anak anak, tahi judi yang :
  1. Judi akan hasilkan orang yang syirik. Sebab ape? percaya pada nasib, bila nak tikam nombor mula lah ke bomoh, kubur, tilik nasib, buat penyembahan, ni syirik. Syirik = neraka selama lamanya.
  2. Ketagih, bila dah main, tak menang, tengok orang lain main menang. Mula lah nak beli lagi. Lama kelamaan duit habis kat judi beli nombor. Padahal boleh guna untuk lain kan?
  3. Dari ketagih boleh datang geram dan sifat dengki jugak amarah. Bila dah emosi anak bini? kat mana? tali pinggang? penampar? kat penyepak? Banyak kes der.. Rumah tangga jadi  tunggang langgang.
  4. Jadi pemalas, judi akan buat korng jadi malas. Dok berharap nombor kena jar. Tikam dan tikam lagi, impikan nombor kena. Padahal penuh orang beli, nak kena ingat senang ke? tu bila dah malas tanggungjawab mula la terabai.
  5. Kalau kena, hidup takkan berkat. seronok ke kalau kena duit nombor? silap silap jadi target perompak. ada yangkena pukau, jadi bahan hasad dengki dan aniaya orang.
  6. Duit yang korang guna "wang panas" takkan berkat, beli ape akan mudah rosak, accident, tak tahan lama dan paling takut makan tuan nyer sendiri.
  7. Kalau korang bagi anak bini makan guna "wang panas" siap sedialah. Anak anak akan jadi buas, dan jangan la salahkan isteri, cikgu kalau anak tak menjadi. Cuba cek ape yang bagi makan anak tu.
  8. Judi ni lebih kepada penipuan sebenarnya. Wang yang penganjur dapat berlipat ganda dari hasil yang kita beli nombor tu. Penipuan ni taknaklah jadi budaya dalam negara and masyarakat kita.
Sekian... Lanun membantah pemberian lesen judi..korang??

25 May 2010

RC Drift Beraksi Kat MBMB...

2 komen disini yer..
Salam...
Haritu lepak jap kat dataran MBMB amik angin ngan member member. Buat eksperimen photoshoot sket  sambil tu ushar mamat mamat mane ntah he3 main drift kereta. Oh ada ke drift kat MBMB? Bukan kereta betul k, ni RC "remote control". Lanun usyar dieorg main cam besssttt jer..dah la kereta RC ni pun sebijik macam kereta betul design body dier. Ade design macam kereta PDRM pun ada tau.

Smart giler biler tengok dieorg buat lap, kalau kereta betul susah tu nak buat. Dulu ade jugak musim orang main kereta RC kat tempat Lanun, tapi just race kat track jer. Tapi sekarang bukan ajer race drift pulak. Drift ni bukan bergantung pada kereta jar? tapi skill tu penting.

Kalu Remote control car ni :
  • kena labur duit lebih sket RM 400 ke atas.. RM 2000 pun ada.
  • rajin maintenance sebab komponen dier kecik kecik der.
  • ade yang pakai minyak (bunyi bising & asap) & bateri.
  • ni website untuk rujukan [http://www.rcdreamz.com.my/]
  • jangan bagi budak kecik main.. nnt hmm.. jadi gulai la jawabnyar.
  • kelebihan? selamat dari kemalangan dan tak payah bayar insuran heheh.
  • ada minat nak main?? atau.. dah ada blogger yang memang dah hobi dier nih?
  • So kalu nak beli kete racing betul agak agak tak mampu, nilah penggantinya. he3 
1. Video yang Lanun shoot malam tu. ( Lokasi MBMB : Malam 11PM Ahad malam isnin )



2. Video ehsan Youtube Melaka RC Drift ( Lokasi MBMB )


3. Video ehsan Youtube ( luar negara ) ni paling best!!!

23 May 2010

Tutorial : Log in 2,3 atau lebih Yahoo Messenger dalam satu masa... Double YM Log In...

20 komen disini yer..

Salam...
Lanun nak kongsi satu tutorial macammana nak log in 2,3 atau lebih Yahoo Messengger YM dalam satu masa. Mungkin trick ni useful bagi korang yang banyak identiti? macam Lanun he3. Identiti untuk tu identiti untuk ni dan dot dot.

Multiple YM ni jugak boleh mudahkan kita untuk manage antara peribadi dengan perkara lain. Contoh mudah; satu untuk kawan kawan dan YM 1 lagi untuk rakan rakan blog yang nak tanya soalan mungkin. Takpun satu lagi untuk hal hal pejabat. Useful jugak ada multiple YM ni, kawan kawan datang nak guna YM pun takyah signout kita punya just open 1 lagi then sign in. Amacam?

Oklah korang leh follow tutorial ni kat bawah, tutorial ni mungkin ramai dah tahu sebab dah lama dah. Lanun pun buat post ni pun berdasarkan post tutorial member Lanun si Milofloat. credits untuk beliau. So get ready k..

22 May 2010

Apa kita boleh Lakukan?? Page Group Facebook Menghina Nabi Muhammad... Kita Boleh Dengan...

16 komen disini yer..
Salam...
Lanun cuba masuk page yang hangat dikatakan sekarang kerana menghina Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Sungguh kurang ajar kumpulan ekstremis ni bila meneruskan lagi memaparkan imej menghina walaupun dikutuk keras pelbagai pihak.


Lanun ada nyatakan beberapa cadangan di bawah apa yang kita leh lakukan dalam isu ni, tindakan dieorang ni bukan pertama kali tapi dah berulang banyak kali tanpa mohon maaf atau rasa bersalah. Kali ni mereka telah mempersendakan Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dengan satu group facebook di mana jadi tempat untuk memaparkan lukisan dan gambar yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Lanun menyokong usaha supaya Facebook menutup group tu supaya ia tidak meningkatkan lagi kebencian antara dua pihak Islam dan bukan islam.

Antara usaha yang kita leh buat?
  1. Berdoa kepada Allah supaya memberi hidayah pada individu dalam kumpulan ni.
  2. Mohon supaya Allah memberi balasan setimpal kepada kumpulan yang masih enggan memberhentikan usaha keji group tu.
  3. Memperkukuh kesatuan kita sesama Islam dan sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam.
  4. Teruskan memboikot produk yahudi yang sekarang kita ada banyak produk muslim n local sebagai alternatif.
  5. Turun berdemontrasi dan tunjukkan kesatuan kita membantah mereka.
  6. Mendesak facebook menutup group tu, dengan "report page"
  • Capai page group tu disini KLIK SINI
  • Pergi ke sebelah kiri page scroll ke bawah, korang akan nampak satu link text tulisan "report page" klik.

  • Select reason dan pilih mana yang sesuai, Lanun pilih "Racist/Hate speech", n then korang klik submit.

Semoga usaha ni berhasil, walaupun ia belum tentu dapat menutup sepenuhnya page group kurang ajar tu tapi kita dah berusaha untuk menentang tindakan kumpulan tu menghina Nabi Muhammad SAW. Nak minta mereka minta maaf?? Lanun yakin mereka mesti taknak mintak maaf pada semua umat Islam. 

Jadi marilah  kita teruskan bersatu dan teguh bersama Islam, selain tu kat sini Lanun jugak nak mengajak semua join satu lagi page group sebagai satu respon pada mereka. Jom join ramai ramai group bawah ni. 

Group : [KLIK SINI] Kami Benci Orang Yang Menghina Nabi Dan Agama Kami.

Trip Lubuk Petai...Air Terjun,Camping Site & Ade Line...

10 komen disini yer..
Salam...
Lubuk Petai? pernah dengar tak? kalau anda suka membedal petai anda harus tahu tempat ni he3. Lubuk Petai ni terletak kat daerah Rembau Negeri Sembilan berdekatan dengan kilang air mineral E'den. Untuk sampai ke lubuk ni korang kena jungle tracking dalam 20-30 minit, takda la parking terus sampai bro.

Pasal parking takyah risau, korang boleh parking motor kat kawasan rumah penduduk kampung situ, n then bayarlah sket sebab tumpang tempat rumah orang kan. Kami bayar rm1 satu kenderaan, Ok la kan? selamat pun selamat ada orang jaga. Sebab jap g nak masuk dalam jauh dalam hutan nun. Pas parking kami 24 orang gerak terus ke pintu masuk hutan, baca doa and then start jungle tracking. Minta Allah lindungi kita betul tak? maklumlah tempat "orang".


redah dan redah lagi...

Tengok gambar atas tu, tengok syok jungle tracking. Syok ke lenguh? he3. Laluan untuk ke tempat tu kire ok la, ade denai dan takdalah sesat InsyaAllah, line telefon pun ada walaupun tempat tu agak terpencil. Actually, kalau sapa yang tahu Gunung Datok mesti tahu lubuk petai ni sebab memang berdekatan member Lanun cakap, Korang pernah dengar Gunung Datok? Lanun dengar jar, pergi tak pernah pun he3. Pas kiteorang sampai.....

Pacman Di www.google.com.my Ganti Logo Google... Nyet... Nyet...

10 komen disini yer..
Salam...
Korang ingat lagi Pacman? Games Pacman yang duk ngap ngap hantu hantu pink, kuning, hijau tu. Games tu memang banyak nostalgia. PC dulu dulu games macam tu lar yang ada pun, pacman, pinball, kad kad daun terup  dan lain lain yang sewaktu dengannya.

Ape yang menarik Lanun jumper hari ni kat www.google.com.my ada game Pacman ganti logo Google yang sebelum ni. Bukan jar untuk paparan tapi siap leh main. Button " Im feeling lucky" lak diganti dengan button "Insert Coin". Button "Insert Coin" guna untuk Newgame. Korang leh kawal guna arrow up down left and right k. Have fun...

Tak silap Lanun ia sempena Ulangtahun ke 30 game Pacman dicipta pada 22hb mei 1980 lalu. Untuk tahu lebih lanjut sejarah Pacman leh rujuk Wikipedia Pacman. Dari apa yang Lanun baca mungkin logo game Pacman akan kekal dalam 2 hari gitu. So test ar skill korang tu he3.

Kalau takda, korang leh main kat sini jugak "free" : http://www.freepacman.org/


Pacman and google, memang kreatif ar google nih.
KJBJMJU4WWGT

21 May 2010

Mari Semua Blogger : Blog Lanunsepet Membantah Pemberian Lesen Judi World Cup 2010 Kepada BERJAYA....

10 komen disini yer..
Salam..
Seperti yang kta tahu secara rasminya lesen judi telah diberi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA. BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

BERJAYA dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan. (Judi halal ka bila ada lesen?). Tindakan ni dibantah pelbagai pihak, khususnya termasuk pakatan pembangkang dan NGO Melayu-Islam di Malaysia.

Lanun disini menyatakan pendirian bahawa Blog Lanunsepet menentang pemberian lesen judi ini kepada sesiapa pun. Lanun juga menekankan disini selain ia adalah haram didalam Islam, ia juga bertentangan dengan budaya Malaysia yang tak berjudi di dalam bidang sukan. Lanun berharap mufti dan golongan semua bangkit menentang pemberian lesen ni.

BERJAYA mempunyai anak syarikat :
  1. T.O.T.O
  2. Kenny Rogers
  3. Starbucks Coffee
  4. Papajohn Pizza
  5. 7 eleven dan lain lain...
Lanun jugak mengajak semua bersama sama menyokong usaha ni, kerana kita tahu judi sememangnya haram, n bukanlah satu budaya yang baik, sebaliknya banyak bawa kesan buruk pada individu,keluarga dan masyarakat sekali gus kat negara kiter ni. Sama sama membanteras perkara ni walaupun ni macam usaha yang sangat kecik tapi bermakna.


leh amik and copy jika anda menyokong usaha ni yer.. tq

E Card Dari Cikgu Farha....

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun kat sini , nak beri penghargaan pada kawan blog Lanun atas pemberian beliau  Toyota VIOS 1.5 TRD Sportivo pada Lanun sebab rajin berblogging katenyer he3...

Actually bukan tu, tapi Lanun terima Friendship Ecard speciallll hand made tu.. dari seorang bakal cikgu, Cikgu Farha. Korang leh usyar blog die kat sini yer "http://cikgufarha.blogspot.com/". Friendship Ecard ni dier cakap untuk semua rakan rakan blogger katanyer. Jadi dengan berbesar hati menerima E Card tu, Tapi cikgu farha... kalu kad, posman datang umah hantar, ni Lanun kena mik sendiri, takleh hantar ke cikgu farha? he3.. 

Sebut pasal Cikgu Farha, Lanun akan teringat pasal umah dier, dah habis cat ke belum? cincin idaman nyer dah beli ker? untuk cincin tunang ker nikah ek? dan pulut lepe yang tersergam indah dalam blog nyer he3.


19 May 2010

Respon Download Download Video Adegan Seks Di Asrama Pelajar.... Hu3.. :-(

13 komen disini yer..
Salam...
Selepas jar dikeluarkan berita dalam Kosmo mengenai video kononnya adegan seks ustazah dan warden tu tersebar luas hu3. Google mencatat pencarian yang cukup tinggi bagi keyword berkaitan dengan video klip adegan seks tersebut. Blog Lanunsepet sendiri mencatatkan pencarian yang tinggi untuk keyword "adegan seks ustazah". Takda apa nak dibanggakan pun trafik tinggi sebab keyword tu, yang ada cuma perasaan marah dan malu pada Berita Kosmo dan pelaku kerana merakamnya.

hu3... :-(

Pastinya selepas baca berita di Kosmo tempoh hari tu ramai akan mencari rakaman video tu untuk download kan? Pastinya remaja remaja pun berpusu pusu mencari video kat internet, tanya pada rakan dan sebagainya. Pendapat Lanun selepas penyiaran berita tu ada kesan buruknya.
  1. Ramai akan cari video tu, untuk tengok. Siapa? Remaja-remaja, adik-adik kita, Anak anak kita, mesti nak tengok pas baca berita Kosmo tu. 
  2. Bila search, dieorang terdedah pulak dengan video lucah lain yang berlambak dalam internet, sapa lagi kalu bukan Remaja-remaja, adik-adik kita, Anak anak kita hu3.
  3. Bila dah terdedah ngan website macam tu, dieorg download, simpan, tukar tukar dengan kawan, akhirnya video tu akan rosakkan mereka.
  4. Institusi pendidikan agama akan tercalar, tak banyak pun sedikit. Orang mungkin akan keluarkan kata kata yang tidak baik, sangkaan buruk pada insan yang tidak sepatutnya hu3.
Ini hanya sekadar pendapat bebas Lanun, maaf kalu ia salah dan menyalahi realiti sebenar. Lanun mengutuk perbuatan zina, hubungan yang tiada batas, dan juga satu lagi dosa yang sekarang kita pandang enteng iaitu mendedah aurat yang sama haram. Sama sama kita banteras semuanya.

Lanun harap jangan lah kerana kewujudan video ni yang tiada maklumat yang benar benar sahih kita membuat penilaian yang buruk pada golongan golongan tertentu. 

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester bagi Program Matrikulasi & Semakan Keputusan Panggilan Temuduga KPLSPM Ambilan Jun 2010 (Calon Tambahan)

1 komen disini yer..
UNTUK SESI YANG TERBARU.. SESI 2010 DAN 2011
SILA GUNA LINK DIBAWAH 
LAMAN WEB SEMAKAN KEPUTUSAN 
EXAM MATRIKULASI 2010/2011 : KLIK SINI UNTUK SEMAK


Salam...
Ni updates Lanun dapat dari website Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  1. Semakan Keputusan Peperiksaan Semester bagi Program Matrikulasi [KLIK SINI]
  2. Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 (Calon Tambahan) [KLIK SINI]
Website KPLSPM : Laman Rasmi KPLSPM
Website Matrikulasi : Laman Rasmi BMKPM

"Star CTR" Lanunsepet UP!!! Satu Bintang.....

0 komen disini yer..
Salam...
Dari dulu hinggalah hari ni, Star CTR (click through ratio) blog Lanunsepet tak pernah pun nak bertambah, asyik 3 bintang jer. Tapi sekarang, nuffnang bertambah kamcing dengan blog Lanunsepet nih. Kat leaderboard 1 bintang lagi dah muncul menjadikan Star CTR untuk leaderboard jadi 4 bintang. Ape maksudnyer?

up up and away....

More star, more ads... Lebih bintang lebih banyak iklan...
More star, more earnings... Lebih bintang lebih masyukk....

Untuk sapa sapa yang tak tahu apa maksudnya bintang CTR tu meh kat sini Lanun terangkan, Bintang-bintang di sebelah kanan statistik korang dalam nuffnang tu menunjukkan "rating click". Rating ni berdasarkan nisbah klik pada iklan di blog korang tu dapat. 

Contohnya iklan Lanun kat atas ni, leaderboard adalah paling banyak dapat klik dari pembaca, jadi dengan naiknya rating tu pengiklan akan lebih berminat nak letak ads kat blog kiter (dapatlah buffered earnings). Jadi dengan rating ni kiter leh tahu guane rating kita dimata pengiklan. Bintang ni jugak jadi sebagai penanda aras kita sebagai pemapar iklan

Nak tambah star CTR?

Pendapat Lanun, untuk tambahkan star rating CTR ni kenalah kerja keras tingkat trafik. Tu je lah satu satunya cara untuk tambah CTR (Click Through Ratio). Nak tambah tu macam mana pulak? belajar lah dari yang pakar iaitu Lanun.. eh bukan.. mestilah pada JustKhai (Teknik meningkatkan trafik blog yang dijamin berkesan).

17 May 2010

Iklan Project Alpha Paling Mahal Ker?

8 komen disini yer..
Salam..
Dah 2 kali, Lanun perasan yang iklan Project Alpha 2 adalah iklan yang paling banyak sekali bagi "earning" kat Lanun. Adakah sebab dier iklan "large rectangular" ? atau sememangnya ia bernilai tinggi? yerlakan tengokla berapa company yang taja Project Alpha 2 tu Adidas, MAS, P1 wimax, Ruumz, Era FM, and bla bla lagi. Semua part and bahagian, ade sponsor baik dari penginapan, make up, media, and ke rambut pun skali ade penajanya tu.

earning nuffnang project alpha 2

TQ to Project Alpha yer, 1 more thing suke sangat Lanun bila buffered earning masih lagi tak jemu jemu "menempek" kat blog lanunsepet, cuma buffered ads kat bahagian "large rectangular" jer tak pernah lekat lekat lagi hu3 kenapa??. Kat skyscrapper ngan header selalu jer dapat. Yang paling banyak buffered earning setakat nie Ads Toyota Vios RM 27 he3, tapi dah stop dah, rasanya tunggu nak jadi metered earning jer. Yang terbaru buffered earning dari FundMart Store, Anmum, Pizza Hut Fish Pizza, and Digi Weeave.

Santai : Kelakar Tol Video Nih, Omputih Memang Pandai Prank Orang...

1 komen disini yer..
'
he3.. ni video hasil dari idea orang2 nakal.

PAS bersama Non Muslim... PAS 4 ALL...

0 komen disini yer..
Salam...
PAS tak lama lagi akan secara rasmi memperkenalkan sayap baru nya iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS. Dewan ini disertai oleh semua kaum tak kira kaum apa, warna kulit apa, dan apa agama sekalipun. Inilah satu pendapaian yang sangat besar dimana sesuai dengan konteks islam itu sendiri yang diturunkan untuk sekalian manusia.

Alhamdulillah makin ramai non muslim memahami Islam, walaupun barat dan musuh islam sering memberi gambaran buruk pada Islam. Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan Islam kerana ianya bukan agama paksaan.

Syukur sebanyaknya padaNya, walau pelbagai rintangan, Islam terus gah kerana ianya dilindungi oleh kuasa yang tak mampu sesiapa menandinginya, Allah SWT. Islam ni ibarat sungai..tahanlah bagaimana pun ia pasti akan tetap mengalir celah manapun.

Islam ini sesuatu yang indah, tak kenal maka tak cinta. Dengan semakin ramai Ulamak yang memberi penerangan dan penjelasan akhirnya PAS kini melangkah setapak lagi kehadapan. Perkembangan ni Lanun yakin mengusarkan musuh musuh politik PAS.

Parti berasaskan kaum? masih relevan kah? ISLAM 4 ALL...

DAP Berjaya Memenangi PRK Sibu..

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun jangkakan BN akan menang pilihanraya kecil kat Sibu, disebabkan faktor penyampaian maklumat. Kat sana mungkin tak macam kat bandar yang orang mudah dapat info, dari majalah, surat kahabar, internet. Tapi Alhamdulillah, nampaknya penduduk Sibu mungkin dah jemu dekat berpuluh puluh tahun BN memerintah masih tidak lagi pembangunan di Sabah dan sarawak menjadi seimbang. Pembangunan hanya ditepat tertentu. Pembangunan hanya bila ada pilihanraya, berpusu pusu dana masuk sepanjang hari kempen. Ni seakan memainkan penduduk Sibu. Akhirnya malam tadi diumumkan :
  • Calon DAP Wong Ho Leng - 18,845 DAP menang dengan majoriti 398.
  • Calon BN Robert Lau Hui Yew -18,447
  • Calon Bebas Narawi Haron - 232
Walaupun kecil majoritinya tapi dikira berbaloi kerana Pakatan Rakyat berhadapan dengan kerajaan BN bukan berhadapan dengan SUPP sahaja. Pakatan jugak berhadapan dengan BN yang menyalurkan dana berjuta juta dan pelbagai projek mee segera. inilah pembangunan tak seimbang, kawasan lain tengok mesti sakit hati, kenapa sibu jer dapat? takkan tgu pilihanraya kecil baru dapat?

16 May 2010

Ontheway Balik Karnival K3G : Kemalangan Pakcik Tua...Di Highway KL-Melaka,

2 komen disini yer..
Salam...
Hari ni 15 Mei, kami budak BENE & BENC (3 bas), buat satu trip ke karnival kerjaya dan keusahawanan anjuran MOHE (k3g) kat PWTC. Selesai di karnival kami pun bergerak lah balik semula ke Melaka. Masa kami ontheway balik ke melaka kami selisih dengan satu accident,baru jer accident tu jadi. Ape yang Lanun nampak seorang pakcik tua accident, tak silap Lanun pakcik tu orang cina.

Nampak 2 motor, 1 dah terbaring. Sah lah accident antara motor dan motor. Pakcik tu ngan motor dier dah terlantar, mata terpejam, tp masih tercungap2 bernafas lagi, kepala dier berdarah hu3. Simpati sangat masa tu. Alhamdulillah ada orang datang berhenti and tolong buat panggilan kecemasan. Driver bus kiteorg pun bertindak buat emergency call untuk hantar ambulan kat pakcik tu hu3..tu jer mampu tolong.

Selang depan 2 meter, ade sorang lelaki, rasanya budak muda. Pakcik tua tu accident dengan budak tu la kalau tak silap, sebab dia ngah terbaring tersandar kat divider jalan, sambil mesej, ngah luruskan kaki nampak macam dier ngah dalam kesakitan. Lepas buat panggilan kiteorg terpaksa terus gerak untuk balik ke hostel.

Semoga pakcik and lelaki sorang lagi tu selamat..aaminn..ni rakaman masa accident tu.


video ihsan member : rakaman masa dalam bas.. simpati sangat kat pakcik tu..

Untuk pengetahuan semua sekiranya kecemasan di Lebuhraya :
  • Telefon talian kecemasan 999, bagitahu kedudukan anda, dan minta nasihat apa perlu dibuat untuk bantu keadaan.
  • Bantuan PLUSRonda telefon PLUSLine bebas tol di 1800 88 000 atau
  • Gunakan telefon kecemasan yang disediakan pada setiap 2 kilometer di sepanjang jalan ekspres PLUS


Lanunsepet : Update pasal k3g esok yer... dekat 26 resume Lanun dropkan kat sana, harap harap ade yang mengena InsyaAllah..

Guruku...Award Untuk Guru Guru.... Guru Yang Hebat... Lahirkan Murid Yang Hebat...

7 komen disini yer..
Salam..
Hari ini adalah hari istimewa bagi guru and cikgu di malaysia. Hari ni lah akan berkumandangnya lagu "Kami Guru Malaysia" lagu yang cukup bermakna bagi setiap guru di malaysia. Setiap pelajar yang amik pendidikan mesti akan nyanyikan lagu ni masa mula mula masuk daftar kat U, pas habis nanti pun akan nyanyi lagu ni. Memang lagu ni dekat sangat di hati setiap guru.


Lagu kami guru malaysia

tema tahun 2010 untuk hari guru ialah Guru Pembina Negara Bangsa". Guru sememangnya di iktiraf sebagai insan yang mulia. Sejak kita sekolah lagi, kita anggap guru ni adalah seorang paling pandai, paling hebat, tahu semuanya, dialah idola, yang kita suka, and tak kurang jugak yang kita takut dengan kegarangannya kat sekolah.

Macam mane pun perangai guru, dieorang adalah insan yang ditugaskan untuk bentuk kita. ibu bapa kedua kita masa kat sekolah. sedih sangat bila banyak guru sekarang ajar main main, tak sungguh sunguh, lepas tangan, bagi beban pada murid banyak sangat, kurang ajar, tak kurang jugak siap ada kes gangguan seksual hu3. Harap kerajaan lebih hati hati memilih bakal guru, mereka yang nak jadi guru mesti diwajibkan memiliki kesabaran dan akhlak yang baik. Kalu tak macam mana nak jadi contoh? nak jadi pembina negara bangsa?

Cukuplah kot he3.. Lanun bukan seorang guru pun nak banyak banyak komen. Jadi sebelum tamatkan post ni Lanun nak ucap selamat hari guru dan terima kasih yang tak terhingga pada semua cikgu Lanun masa Tadika Kemas, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah menengah teknik. Semoga kalian semua dirahmati Allah selalu.

Selamat hari Guru kepada semua Guru-guru Malaysia.. Didikalah generasi baru dengan lebih baik penuh amanah dan tanggungjawab, anda juga faktor penentu masa depan negara, tanggujawab tu di bahu anda sedarlah.

Jadi sempena hari guru ni Lanun nak bagi award lah, firstime buat award ni he3. Award ni untuk blogger blogger yang jugak seorang guru, ni sebagai mernghargai jasa korang sebagai pendidik generasi baru. Terima lah award ni "Award Cikgu Juga Blogger". Maaf la kalu tak berapa menarik he3.


leh "copy image" or "copy image url" or "copy code" ni kat blog cikgu yer..

Blogger yang Lanun pilih ialah :
  1. http://jqafsksulaiman.blogspot.com/
  2. http://dahliajournal.blogspot.com/
  3. http://ustazabdulsomad.blogspot.com/
  4. http://azemi09.wordpress.com/
  5. http://cikguairin.blogspot.com/
  6. http://www.esasamad.com/
  7. http://jqaf-skjitra.blogspot.com/
  8. http://jqaf-mekasar.blogspot.com/
  9. http://jqafskt.blogspot.com/
  10. http://jqafskdatonaning.blogspot.com/
  11. http://ppisksg.blogspot.com/
  12. http://skptelipok.blogspot.com/
  13. http://jqafskg-pusat.blogspot.com/
  14. http://cikgufarizal.com/
  15. http://cikguyati.wordpress.com/
  16. http://www.cikguazleen.com/
  17. http://cikguafezi.blogspot.com/
  18. http://tcersyikin.blogspot.com/
  19. http://www.cikgu-oeddin.blogspot.com/
  20. http://blogsimantanguru.blogspot.com/
  21. http://impianaintan.blogspot.com/
  22. http://kenanganjadirinduan.blogspot.com/
  23. http://klcitizen.blogspot.com/
  24. Dan untuk semua guru guru di malaysia... 

15 May 2010

Tahniah : Lanun Terpilih Dalam Blogger Award Negeri Pasir Berdengung...

4 komen disini yer..
Salam...
Mula mula sekali nak gtau yang badan Lanun oh sungguh lah penat balik dari karnival kerjaya dan keusahawanan k3g kat PWTC tengahari tadi. cuaca panas tambah dengan kesesakan memang menguji kesabaran betul. Ni lah semangat orang na cari kerja ha3. InsyaAllah.. usaha dah dibuat.. doa dan tawakal menyusul pasni lak.

Tahniah tahniah.. Lanun dapat dapat (2 award kan?) blogger award dari Keyyah dari negeri pasir berdengung he3. Pandai-pandai jar Lanun bagi nama negeri dier pasir berdengung macam dalam citer Pramlee. Papepun keyyah Lanun memang tak tahu Keyyah asal mane? kalu baca ni sila jawab k. Lanun dapat 2 award nice blogger award and sunshine award, thanx Cik Keyyah..satu lagi guane sebut "keyyah" ni? actually Lanun baca "kenyah" selama ni ha3.
award sebab Lanun ni nice... keyyah kate.

award sunshine sebab Lanun dah hitam kena sunshine selalu..

1. Apa yang bermain di fikiran kamu sekarang?
Nak rehat badan penat... nak sms...
2. Apakah nama samaran kamu?
Lanunsepet
3. Berikan 3 orang yang kamu sayang.
islam, mak, ayah,uci,nenek, adikbradik, bakal tunang n sedare mare..
4. Panggilan untuk si dia.
Panggil nama depan dia.
5. Hadiah yang kamu impikan dari seseorang yang istimewa.
hmm.. zuriat, kereta vios, rumah banglo... kejam x?..
6. Blog mana yang kamu suka visit?
blog 4 orang budak master... keyyah, ser, dalila, adah,
7. Tagkan kepada 15 orang rakan blogger kamu.
ramainya... Lanun bagi pada 5 ja lah.. kekangan internet slow sangat sekarang nih.
Sudi sudilah amik yer kekawan, Moga persahabatan kita terjalin bahagia... mmm.. manisnya ayat....

Cek Nuffnang Pertama Aku...

13 komen disini yer..
Salam...
Penantian selama dekat sebulan lebih Lanun akhirnya tamat. Cek Nuffnang pertama sepanjang penglibatan Lanun dalam aktiviti blogging ni akhirnya membuahkan hasil. Actually buh Nuffnang Ads ni sekadar sampingan jer, kalau dapat pay dapatlah kalau tak dapat takper. Tapi selalunya mesti dapat pay punya cuma sama ada cepat atau lambat earning kita naik.

Sekarang ni pulak blog lanunsepet dah mula dapat banyak buffered earning, rahsia nya? Rahsia adalah unik visitor mesti melebihi 150++ gtu n maintain dalam tempoh 15hari to 30hari macam tu. Bila Lanun punya trafik maintain jer macam tu terus dapat banyak buffered earning. Sekali dah lekat buffered earning mudahlah nak dapat lagi. Jadi kesimpulanya untuk dapat buffered earning :
  1. Tingkat trafik & unik visitor.
  2. Status Gliterati kena ada : Jangan buh iklan lain (contoh : adverlets) kat blog kita.
  3. Update blog selalu.
  4. Kalu korang ada banyak blog, jangan register sume kat nuffnang, buh yang paling trafik tinggi.
  5. Delete blog yang dah "mati" dari list blog dalam akaun  nuffnang korang.
  6. Log In pas tu g "Edit Survey" update survey korang, dalam tu gunakan lah bahasa inggeris sedikit dalam satu perenggan, puji blog korang n goreng goreng lah.
  7. Tapi paling penting maintain trafik unik visitor kasi up k 150++ gtu..100++ pun leh kot.
my first nuffnang cheque

tq nuffnang...

14 May 2010

Pejuang Bersama sama Nabi Ada Juga Yang Masuk Neraka...Kenapa?

0 komen disini yer..
Lanun lama dah nak share citer ni, tapi terlupa and terhilang pulak ceritanya, hari ni Lanun jumpa balik artikel tu jadi nak kawan kawan semua baca macam mane seorang pejuang di zaman Nabi, berperang dengan gagah sekali bersama Nabi kita, tapi akhirnya di masukkan ke Neraka. Kenapa??? Jom ikuti..

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata.

Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.

"Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh.

Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

credits : http://anakcucunabiadam.blogspot.com/

13 May 2010

13 Mei... Dan Al-Arqam, Ashaari Muhammad...

0 komen disini yer..
1. 13 Mei, Sayangkan perpaduan..

Salam...
Hari ni 13Mei rupenyer, ia macam hari biasa sepeti hari lain, tak terfikir pun pasal tragedi tu dah. Generasi muda mmg tak perlu lagi rasa emosi bila lagi 13 Mei, ini masa untuk kita orang muda memacu negara kite sayang ni kearah yang lebih jelas dan sejahtera. Lanun petik satu pendapat seorang lelaki tua yang melalui hari gelap 13 Mei.

Sekarang jika isu ini dipolitikan hanya orang yang tidak berpengetahuan sahaja yang akan terpedaya."Saya berasa menyesal kerana peristiwa ini telah membawa kepada keganasan dan pembunuhan. Cuba kita lupakan tentang peristiwa 13 Mei untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran dalam hidup.

Yang baik jadikan teladan.. Yang buruk jadikan sempadan.. Lanun sayangkan perpaduan semua kaum di Malaysia...

2. Ashaari Muhammad meninggal dunia, Al fatihah..

Satu lagi updates Lanun nak sampaikan, Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang hari ini kerana jangkitan paru-paru. Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh. Al fatihah...

E Book : Kisah Penjara Pudu Dulu & Kini.... Sejarah & Kenangan...Leh Download..

2 komen disini yer..
Salam...
Penjara Pudu merupakan antara bangunan yang semua orang kenal. Macam macam kisah kiter pernah dengar dari mulut mulut orang pasal cerita Penjara Pudu nih. Antara yang Lanun dengar pasal kisah seram, hantu, bilik gantung, bilik terakhir, bomoh, pasal suara suara misteri, tak kurang jugak kisah kisah lawak yang orang gunakan Penjara Pudu sebagai modal kenakan orang he3. (lanun pun pernah terkena..)

Baru baru ni umumkan UDA Holding akan mula meroboh Penjara Pudu untuk buat satu projek mega Projek Bukit Bintang City centre. Kerja meroboh dah pun bermula dan planning UDA ni dah lama dah pun dicadangkan. Agak agaknya berhantu tak bangunan tu nanti? he3.

Jadi kat sini Lanun sediakan satu Ebook Penjara Pudu untuk korang kenali sket pasal Penjara Pudu ni. Dari awal sampai sekarang. Mungkin tak banyak maklumat Lanun bagi, tapi ada gambar dan penerangan sekali leh la nak kenal sket sebanyak dengan Penjara Pudu yang kini tinggal kenangan. Nak download? Boleh Download kat sini.. 1MB saje

DOWNLOAD E book Penjara Pudu (1MB) : KLIK SINI [http://www.mediafire.com/?yj2ymqq2ruz]