Showing posts with label isu hangat. Show all posts
Showing posts with label isu hangat. Show all posts

30 May 2011

Tak Kena Tempat

1 komen disini yer..

Salam.. 
1 Gambar hangat sekejap tadi kat Facebook kawan Lanun bila gambar tu menunjukkan 4 orang belia bergambar di hadapan Bas Mara Liner yang terlibat dalam kemalangan pada 1 Treler 3 Bas 1 Proton Persona ( Sri maju, Mara Liner, dan Intercity ). Kalau bergambar biasa biasa takpa ni seakan akan seronok pulak.

Lanun rasa tak kena tempat korang bergambar macam tu, sekiranya korang termasuk dalam 10 orang penumpang bas lain yang cedera tu pasti korang tak kan berseronok macam tu. Marah mangsa kemalangan ni bila tengok gambar ni. Semoga jadi pengajaran pada semua.

p/s : Sahabat kepada kawan Lanun tu adalah pemandu kereta Persona yang terlibat dalam kemalangan tu. Alhamdulillah cuma cedera ringan saja.

20 May 2011

Pemilik Kopi Kluang Railway Station Jawab Isu Kopi DNA Babi.

1 komen disini yer..

Salam...
Tak adil rasanya kalau kita hanya mendengar sebelah pihak kan? Jadi kat sini Lanun kongsikanlah sedikit apa yang Lanun baca pada blog blog lain berkenaan isu Kopi Kluang dan DNA Babi nih. Ia adalah kenyataan atau pun komen dari pemilik Kopi Stesen Keretapi nih.

OhBulan : Penyelesaian Isu Kopi Kluang Railway
Hazrey.com : Pemilik Kopi Kluang Menjawab Isu Kopi
Hazrey.com : Kopi Kluang kembalikan wang semula

p/s :Semoga ada penyelesaian nya..

21 May 2010

E Card Dari Cikgu Farha....

3 komen disini yer..
Salam...
Lanun kat sini , nak beri penghargaan pada kawan blog Lanun atas pemberian beliau  Toyota VIOS 1.5 TRD Sportivo pada Lanun sebab rajin berblogging katenyer he3...

Actually bukan tu, tapi Lanun terima Friendship Ecard speciallll hand made tu.. dari seorang bakal cikgu, Cikgu Farha. Korang leh usyar blog die kat sini yer "http://cikgufarha.blogspot.com/". Friendship Ecard ni dier cakap untuk semua rakan rakan blogger katanyer. Jadi dengan berbesar hati menerima E Card tu, Tapi cikgu farha... kalu kad, posman datang umah hantar, ni Lanun kena mik sendiri, takleh hantar ke cikgu farha? he3.. 

Sebut pasal Cikgu Farha, Lanun akan teringat pasal umah dier, dah habis cat ke belum? cincin idaman nyer dah beli ker? untuk cincin tunang ker nikah ek? dan pulut lepe yang tersergam indah dalam blog nyer he3.


08 January 2010

GAMBAR : Pagi Ini 2 Gereja Diserang..Satu Tindakan Bodoh!!!..

4 komen disini yer..
Salam...

Memang mangkuk betul lar kan, pagi ni dilaporkan satu insiden serangan pada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. awal pagi tadi serangan bom petrol buatan sendiri tu telah menyebabkan kebakaran serta kemusnahan pada tingkat bawah gereja.

Selain itu lanun terbaca di berita harian di laporkan dua insiden keabakaran dua gereja dan satu ugutan dilaporkan awal pagi ini. Satu lagi kejadian tersebut di Assumption Church, Jalan Templar, Petaling Jaya pada pukul 4 pagi tetapi gereja itu bernasib baik kerana bom petrol itu tidak meletup. Sapa punya kerja nih??


Lanun mengutuk serangan ini kerana ianya adalah tindakan tak bertamadun dan penakut. Memang  lanun yakin orang membuat onar ni orang yang tidak mepunyai ilmu dan tidak rasional langsung. Tindakan ni memalukan negara kita n boleh menyebabkan jadi perkara yang lebih teruk. Pada yang terlalu terbawa-bawa dengan isu ini diminta jangan jadi bodoh..  [GAMBAR DIBAWAH...]

04 January 2010

Video Kuliah : Dr. Danial Zainal Abidin (author al quran saintifik)

3 komen disini yer..
Salam...
Baru-baru ni lanun ushar-ushar kat youtube cari video ceramah salah seorang ulamak yang cukup lanun minati (idola..he3). Sape dier? tentulah Dr Danial zainal Abidin (biodata beliau) iaitu seorang ulamak, penulis buku dan penceramah motivasi. 

Seorang ulamak yang mempunyai kepakaran dalam agama,sains dan motivasi termasuk sejarah juga.

03 January 2010

Isu Nama Allah, Melenting? Ikuti Setiap Pendapat... Tambah Ilmu...

0 komen disini yer..
Salam...

Kebelakangan ni isu penggunaan ALLAH yang diminta oleh satu pertubuhan gereja katholik dalam surat khabar mingguannya The Herald. kekecohan berlaku bila hakim bukan islam telah membatalkan larangan penggunaan perkataan Allah, dan membenarkan mereka menggunakannya. Isu ini telah menarik komen pelbagai pihak.

Lanun disini bukan untuk memberi pendapat (ilmu tak cukup) tapi menasihat semua kita sebagai golongan berilmu meneliti setiap pandangan dari ulamak serta pakar. Jangan hanya dengar pendapat dari satu pihak sahaja. Ulamak sumber rujukan kita. Kita ikuti beberapa pendapat dibawah sebelum kita menyimpulkan sesuatu isu itu sebelum kita buat kesimpulan supaya lebih adil.. Klik Bawah untuk baca.. pandangan mereka...

01 January 2010

Hebat Beb... Seorang Ulama Dan Juga Photographer....

3 komen disini yer..
Salam...
Selamat hari cuti... Ape korang buat sempena cuti hari ni? Lanun tak buat ape pun just menghadap intenet ni jar...naik sakit pinggang dah.. he3. Kali ni Lanun nak share sesuatu info yang mungkin korang tak tahu.. (dah tahu pun wat-wat tak tahu k.. ha3). Tapi lanun baru hari ni lanun tau..tak sangka betul ar..(penuh respek!!)