03 January 2010

Isu Nama Allah, Melenting? Ikuti Setiap Pendapat... Tambah Ilmu...

Salam...

Kebelakangan ni isu penggunaan ALLAH yang diminta oleh satu pertubuhan gereja katholik dalam surat khabar mingguannya The Herald. kekecohan berlaku bila hakim bukan islam telah membatalkan larangan penggunaan perkataan Allah, dan membenarkan mereka menggunakannya. Isu ini telah menarik komen pelbagai pihak.

Lanun disini bukan untuk memberi pendapat (ilmu tak cukup) tapi menasihat semua kita sebagai golongan berilmu meneliti setiap pandangan dari ulamak serta pakar. Jangan hanya dengar pendapat dari satu pihak sahaja. Ulamak sumber rujukan kita. Kita ikuti beberapa pendapat dibawah sebelum kita menyimpulkan sesuatu isu itu sebelum kita buat kesimpulan supaya lebih adil.. Klik Bawah untuk baca.. pandangan mereka...



Ustaz Nasaruddin Hassan

"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.

"Pendirian kami, siapapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.



Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

” Jika keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah itu hendak dipakai, garisan panduan dan peraturan hendaklah dibuat. Ya, manusia memang patut memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Itulah Tuhan yang sebenar. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW pun, nama Allah telah digunakan untuk memanggil Tuhan. Namun meletakkan nama tersebut dengan tujuan menghina adalah patut ditentang. Ini seperti jika menulis nama Allah pada berhala.

Namun jika mereka berkata ” Allah Tuhan semesta alam”, itu tidak menjadi masalah, kerana itu kenyataan yang benar. Kuffar Quraish pun memanggil tuhan Allah, tetapi tidak menamakan berhala mereka Allah.Maka peraturan mesti dibuat. Elakkan perbalahan kaum tanpa melihat kepada penyelesaian terlebih dahulu. Saya akan mencadangkan beberapa garis panduan selepas ini.”

Pendapat terdahulu dr Asri...Klik sini..

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi. Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini,

Ulasan penuh... Klik sini


Ustaz Zaharuddin Abd rahman..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Ulasan Penuh... Klik Sini..


Lanun : Pendapat lain akan lanun tambah lagi kemudian.. kita perlu memahami isu ini betul-betul, lanun teringat kata-kata Tn Ibrahim Tn Man dalam kuliahnya semasa mula-mula berlaku isu ini, katanya aper yg kita jd takut dan punca masalah adalah kerana Islam lemah di negara ini..kita lemah, kalu kita kuat.. orang nak guna Allah kita patut bangga kerana mereka akan dekat dengan agama kita. tapi akidah orang islam ni negara kita lemah.. renung2kan...


Akidah kita pada kepercayaan bukan perkataan.. Semoga ada penyelesaian yang baik dalam isu ini.. Lanun pun tak dapat nak bg kesimpulan terbaik, perselisihan pendapat antara ulamak adalah biasa kerana mereka ada nas masing2.. :-) Dewan PAS pusat telah bermesyuarat untuk ambil kata putus, semoga ada keputusan yang baik :-)


* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: