Baru-baru ni Lanun "become fan" pada facebook Ustaz Zahazan Mohamed, Hmm..memang banyak info yang berguna kat facebook ustaz ni. Kalu korang biase tengok tanyalah ustaz tv9 dan halaqah tv9 mesti kenal punya dengan ustaz ni. Ini antara ustaz favourite lanun selain dari Dr danial dan byk2 lagi.
Ape yang lanun nak kongsikan adalah mengenai cara tidur / tidoq he3, bagaimana menjadikannya suatu ibadah.??Pastilah dengan tidur ikut cara islam, tapi bagaimana? Mungkin semua dah tahu, cuma kali ni nak mengingatkan semula diri lanun dan semua. Dalil pun ader Lanun sertakan sekali supaya ape tindakan kita berpaksi pada yg sohih. Kiter ikuti penerangan Ustaz Zahazan TV9 yang lanun petik dari FB beliau :
TIDUR NABI MUHAMMAD SAW : (ringkasan dari artikel asal)
1. Berwudhuk, mengiring sebelah kanan, dan berdoa.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud : "Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah do'a ini (seperti do'a yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan do'a itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)".
2. Membaca 3 Kul, kemudian menyapukan keseluruh badan
Menurut Ummul Mukminin Aisyah ra. Beliau berkata: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, baginda akan menghinmpunkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At-Tirmidzi , Lihat Kitab Syamail Muhammad cet Telaga Biru, hlm 167-168 )
3. Tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) berbantalkan tangan kanan.
Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
4. Nabi melarang tidur menelungkup
Hadis ini bermaksud : Tidak dibenarkan terlungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya samada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur terlungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang shohih)
Adab-Adab Lain Sebelum Tidur
Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab-adab tidur yang menjadi amalan Nabi s.a.w dan salafussoleh ialah :
1. Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
2. Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
3. Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
4. Tidur dalam keadaan suci.
5. Tidur dalam keadaan berwudhuk.
6. Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi s.a.w sebelum tidur.
7. Bercelak dengan celak.Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud : Henaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. ( riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim )
8. Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur.Ini adalah berpandukan kepada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud : Orang yang tidak tidur hingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
9. Mengibaskan tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan bismilLah seperti riwayat al-Tirmizi.
10. Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
11.posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan.
PENTING PENTING
BEST : Share Ilmu?? : Join Facebook Fan : Facebook Ustaz Zahazan [KLIK SINI]
ARTIKEL ASAL : Tidur-peluang-untuk-menjadikannya-sebagai-ibadah [KLIK SINI]
Lanunsepet : jelas lah kiter dengan cara tidur yang terbaik dalam islam, pastinya dengan cara yang betul dan mengikut sunnah akan mebuahkan pahala :-). Tapi kalau masa tidur tu berubah jd lain gayanyer..tak jadi masalah, maklum lah ade yang ganas atas katil..mana nak sedar ape nak mase tidur kan. So mulekan tidur anda seperti cara di atas.. Tq ustaz zahazan.
* Back To Halaman Utama *
4 komen disini yer..:
TQ lanun..:-) Lanun jgn lupe yer tips di atas..;-)
SAME2.... he3.. iyer wak.. kite igt2kan yer selalu..
thanks for the tips..
Great article. Couldn’t be write much better! Keep it up!
Post a Comment