29 January 2010

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Hati & Tindakan Lelaki...

Sumber : Ahmad Baei Jaafar ( Blog idhamlim )

Berapa tahun anda mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Sebelum ini penulis pernah mencadangkan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin agar menulis dan menyenaraikan apakah yang digemari pasangan, dan yang dibencinya. Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dalam ruang yang terbatas ini penulis akan menjelaskan bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.

Perhatikan sikap di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ... [ selanjutnya di bawah... ]


Sikap Suami

1 Memuji masakan isteri

Maksud Tersirat
Dia suka dengan masakan dan sesuai dengan cita rasanya.

Tindakan
Ambil perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang.

2 Memuji masakan orang lain

Maksud Tersirat
Dia memang suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu.

Tindakan
Ambil tindakan segera untuk belajar risipi tersebut.

3. Memuji pakaian seseorang wanita

Maksud Tersirat
Dia mahu isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah itu.

Tindakan
Isteri perlu tanya suami pandangannya secara ikhlas.

4. Memuji seorang wanita

Maksud Tersirat
Dia mahu isterinya bersikap seperti wanita itu.

Tindakan
Isteri perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu.

5. Suami selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu.

Tindakan
Isteri perlu selidik mengapa mereka bergaduh.


6.Suami suka bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri pandai jaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak dia akan merima nasib yang sama.

Tindakan
Isteri perlu membuat kajian mereka boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam pergaulannya.

7.Suami suka mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak.

Maksud Tersirat
Dia mahu isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai

Tindakan
Isteri perlu mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini.

8.Suami mengajak isteri mengurut belakangnya.

Maksud Tersirat
Dia mahu bermanja dengan isterinya.

Tindakan
Segeralah masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur.

9.Suami masuk tidur awal

Maksud Tersirat
Dia mahu mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur.

Tindakan
Hentikan segalaa urusan dan memberi perhatian kepada suami.

10.Suami membawa balik makanan yang dibeli di luar.

Maksud Tersirat
Suami mahu mengucapkan terima kasih kepada Isteri yang selalu memasak untuknya.

Tindakan
Isteri perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepadanya.


Kesimpulan

Paparan ini adalah pandangan peribadi penulis hasil pengalaman dan kajian secara rawak dalam kalangan umat Islam. Lazimnya isteri tidak faham maksud itu, lalu bertindak sebalik sehingga berlaku pergaduhan antara kaki tangan. Caontoh yang paling dekat ialah no 6, apabila suami berbuat begitu, isteri mensyakki sesuatu terhadap suaminya. Dia segera mengenakan syarat yang berbagai-bagi.

Suami sebenarnya tidak mahu poligami tetapi kadang-kadang sikap suami itu seperti doakan pula. Akhirnya suaminya kahwin lain. Jadi, betulkan sikap demi keharmonian rumah tangga.

LanunSepet : Apa pendapat korang pas baca? Ianya adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman nya.. peace...

Ilmu untuk dikongsi bersama.. lanun amik kat blog idhamlim he3. Ada sape2 leh wat kan edisi isteri lak? khas untuk suami supaya suami tahu ape yang isteri mahu.. 

Kdg2 lelaki pun kurang paham dengan wanita.. Tapi berbincanglah dgn baik.. igt matlamat kita...  ( ewah2 lanun ni nasihat mcm lanun dah kawin lak he3..)



* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

10 komen disini yer..:

she said...

Nice :)
Terima Kasih for this post. Saling ingat, mengingati :)

CoKLaT uNGu said...

:-) thanx 4 da information..
kna praktik la nnti yer...

LaNuNsepet said...

:-) sama2 coklatungu...

edisi untuk suami ader tak? teringin nak baca..

M[i]$Z[a]C[k] said...

thanx 4 d info :) boley d jadikan pengajaran,., huhu

CoKLaT uNGu said...

nnti la c.u wat research dulu..hehe

LaNuNsepet said...

he3...nant dah siap research gtau ek..nak buh kat lanunsepet :-p

Milofloat said...

kalau mcm aku ni x de awek lg nak wat mcm mana ek?? kena ambik tau gak ker??hehehehe

LaNuNsepet said...

ha3.. eh3..buke mu dah kahwen? suh isteri mu bace.. he3

Anonymous said...

erm..aku xkawen lg ni cmner lak?..mak aku xbg kawen kg..huhuhu

LaNuNsepet said...

he3... baca gak .. tak kire kawin ke tak.. nnt pasni kwin gak InsyaAllah...

:-) sekadar perkongsian ilmu..